Friday, 23 December 2022

Semakin Ku Kejar, Semakin Kau Jauh

 Hi peeps! It has been a long time I didn't post here. 

A lot of things happened in my life. And never I thought, everything has changed. (Doakan aku rajin untuk update semua ni)

Well, this post is specially dedicated to my CottonCandy.

Awak, recently this song has been trending in TikTok which is "Semakin Ku Kejar, Semakin Kau Jauh". Whenever I listened to it, 

"Oh gosh.. this songggg :("

It reminds me of you. Did you still remember this song? I once gave this song to you..

Awak, saya rindu awak. Rindu sangat - yang sentiasa ada di dalam setiap doa saya. 

But, I don't know how to reach you..

If you read this post, and my email.. please do 'dingdong' me. 

Your J.

Sunday, 17 January 2021

A Call From You

 I've got a phone call from you. Your first call in 2021. 

Just hear your voice, all the miserable gone. I was smiling. My heart was beating in rhythm. I stopped doing my work, focused on you.. listening to your story. We had a nice and sweet conversation. We made jokes and we laughed at them. The spark is still there, I guess. Never stop. 

But, it just for a while.

You had to end the call since you are home. It was hard to say goodbye.

"Dah nak letak ke...?"

"Mmmm.."

"Mmmmmm.."

And yeah, you had to. But still, before you ending the conversation.. you never forget our routine. Still, the same wishes you uttered.

The call was ended. And I missed you.

Missing you right now.

Saturday, 9 January 2021

Tak Mudah. Rindu.

Perjalanan sepanjang tahun 2020 tak semudah yang disangka. Siapa sangka hubungan kami sampai ke penghujungnya. Kami terpaksa meletakkan satu noktah dalam kisah cinta kami. Luluh rasanya, perih rasanya, tak terkata. Takde satu ungkapan yang dapat aku jelaskan perasaan ketika itu.

Noktah ini bukan keinginan kami, bukan kehendak kami. TERPAKSA.

Lama untuk aku bangkit. Mengutip sisa-sisa kekuatan yang ada. Tak mudah. Dia masih tetap utuh dalam hati. Masih.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Aku tekad dengan satu langkah baru - capai impian yang aku pernah impikan dulu. Ya, inilah masanya. Dan ianya satu pelaburan yang tak merugikan. Doakan aku.

Bila datangnya angin membawa rasa rindu, aku keluar mencari ketenangan. Mencari bayangnya dalam kenangan kami. Merenung laut - kosong. Cerita kami mula berputar. Perasaan rindu makin mendalam tapi dibiarkan bersama dengan renungan laut yang kosong. Memujuk hati.

Kadang, rindu itu diluahkan dengan karaoke. Ambil satu bilik, pilih lagu dan dibiarkan je lagu tu berdendang. Masih terngiang suara dia yang bawa lagu-lagu tu semua. Rindu. 

Andai diberikan peluang untuk putarkan masa.. Aku akan tetap pilih untuk kenal dia. Takde satu penyesalan pun.. 

Terima kasih untuk semuanya sayang.

Tuesday, 22 December 2020

Lepas

Ada yang belum bisa dilepas,
namun sudah lepas.

Ada yang belum bisa dibiarkan pergi,
tapi telah pergi.

Akal sedar apa yang terjadi,
namun hati terang-terangan menolak.


"Ternyata, kepergianmu tidak pernah menjadi perkara mudah dalam hidup"

-penghujungcerita-

Friday, 23 October 2020

Perginya dia dengan lafaz pernikahan (Part 2)

Aku setia berada di sebelahnya sehinggalah lafaz "SAH" diungkapkan. Saat itu jugaklah, hancurnya hati dan perasaan aku - yang takkan mungkin dicantum kembali. 

Dia pusing ke arah aku, peluk. "Tahniah", perlahan aku bisik di telinganya. 

Tak lama untuk aku mampu bertahan. Aku keluar dewan - ke sebelah belakang. Ya, aku menangis. Menangis sepuasnya. Tuhan je yang tahu betapa remuknya, retaknya, sakitnya hati ni. Aku call kawan aku - bagitahu dia semuanya dah setel. Lama aku duduk di luar dewan - mencari ketenangan, mencari kekuatan untuk aku kembali melangkah masuk ke dewan.

Nafas ditarik sedalamnya lalu aku mulakan langkah.

Aku nampak si dia dari jauh. Masih cantik. Masih aku sayang. Masih aku rindu. Masih aku dambakan. Sayangnya, bukan hak aku dah.

The hurt, regret and despair at seeing the person you love marry to someone else is a bitter pill to swallow. And... it should have been me.

Saturday, 19 September 2020

Perginya dia dengan lafaz pernikahan (Part 1)

Ogos dah berlalu pergi. Genap setahun si dia mengikat tali pernikahan. Jangan ditanya soal hati dan perasaan. Hanya Tuhan saje yang tahu. 

Ogos setahun yang lalu (2019)..

Pagi itu, lambat aku bersiap. Melawan diri sendiri. Melawan kenyataan dan realiti. Melawan dari tertumpahnya air mata ni. Melawan semua. Hari ini, aku akan hilang dia. Semua akan berubah, dah tak akan sama.

Cantik. Si dia sangat cantik. Dengan busana putih - sangat anggun di mataku. "Ya Allah, aku sayang dia.. aku cintakan dia", bisik hati aku.

Kami naik satu kereta ke dewan. Sepanjang perjalanan, aku genggam erat tangannya. Perlahan kereta yang dipandu aku. Tak sanggup. Sayu. Sedih. Pedih. 

Saat kaki melangkah masuk ke dewan.. dunia ni aku rasa gelap. Aku tak kuat weh! Tapi aku gagahkan jugak kaki. Sunglasses peneman aku masa ni. Aku tak kisah ape orang cakap pakai sunglasses dalam dewan. Janji orang tak nampak di sebalik sunglasses aku.

Aku duduk semeja dengannya sementara menunggu tok kadi tiba. Jantung waktu tu rasa nak pecah. Aku tak tahu celah mana datangnya kekuatan aku nak hadap hari ni.. nak tengok sendiri depan mata. Aku termenung sendiri.. dan..  "Aj, nanti teman Queen ye kat atas masa akad", pesan ayahnya menghampiri aku.

Aku menggangguk perlahan. 


Bersambung... (tak sanggup dah nak taip 😢)

Thursday, 18 June 2020

Please tell her..

Please tell her,
That even when the sun goes down I think of her.
I always see her face.
Please tell her,
That I will never forget the sound of her voice calling my name.
And
Please let her know that,
She lives in my heart everywhere I go.