Setelah berbulan lamanya kami berkenalan, mengenal hati dan budi.. Dan sepanjang itulah, banyak kali jugak aku tidak menyambut tangan yang dihulurkannya. Hanya jawapan 'Sabar.. apabila tiba masanya..' yang dapat aku ungkapkan meskipun blind date pertama kami berjalan sangat lancar.
Namun, setelah melihat betapa gigih dan tidak kenal erti putus asa dan penat lelah dalam meraih serta mencuri hati aku.. di situ, aku nampak betapa ikhlas sayangnya terhadap aku. Walaupun kekadang ada juga dirinya mengeluh, meluahkan perasaan sampai bila hubungan kami ini harus bergantung - tanpa satu ikatan.
Minggu lepas merupakan birthday aku dan dia sanggup datang jumpa aku di mana perjalanan yang mengambil masa enam jam. Meskipun tiada hadiah, tapi kehadirannya sudah cukup sebagai hadiah birthday aku yang paling istimewa.
Selama tiga hari dia kat sini, sabar je dia duk layan kerenah aku yang mengade ni. Dah la aku ni susah nak bangun bila waktu sahur tapi, dia cukup sabar kejutkan aku.. Suapkan aku makanan dan yang paling manis, waktu dia menjaga ketika aku sakit. Masa nilah, hati aku berkata.. 'Dia lah orangnya..'
Dan pada pagi 20 Julai 2014, aku melamar dirinya-Popcorn sebagai pasangan hidup aku. hehe.. dia macam tak percaya je sebab tetiba je aku melamar dia. Banyak pulak soalan dia.. 'Kita ni dah kapel eh?', 'I'm ur girlfriend?' haha.. adeiii..
Maka, tarikh ini menjadi saksi di mana terpatrinya hasil penyatuan dua hati dan jiwa. Di saat ini jugalah, termeterainya ikatan serta janji dan bermulalah pelayaran bahtera buat kami berdua.
Buat Popcorn, thanx sudi datang jauh-jauh semata nak sambut birthday saya. Next time datang, jangan lupa bawak hadiah sekali eh.. hoho.. ;p Dan, maaf andai banyak sangat kekurangan dalam diri saya.. kerna saya baru belajar bertatih dalam mewarnakan lagi hubungan kita ini..
Doakan kami..
p/s: balik kampung wehhh.. jommmm!