Thursday, 16 October 2014

Buku Baru

Apabila di saat kau berhadapan dengan wajah ibu tersayang, yang telah membawa kau di dalam perutnya selama sembilan bulan.. dan pada saat itu jugak, kau harus berkata jujur mengapa dan kenapa benda itu berlaku.

Bukan mudah untuk mengatakan, tapi harus dan mesti kerna untuk mendapatkan berkat daripada seorang ibu dan juga insan bergelar ayah.

Masih ingat entry aku pasal 14k tu? Pahit semana pun, malam tu aku terpaksa ceritakan segalanya namun agak bertapis. Aku tahu parent aku takkan marah tapi aku sebagai anak, tak sampai hati nak bagitau ke mana hilangnya semua tu. Rasa bersalah yang teramat. Dan kesalan tu aku rasa sampai hari ni even dorang tak pernah sebut or ungkit sikitpun pasal tu.

Aku tahu dorang dah tahu cerita sebenar cuma just nak dengar dari mulut aku. Satu persatu, aku ceritakan. Kenapa aku buat camtu. Dan kenapa aku senyap - menghilang. Bersebab.

Apa yang tersekat kat dalam dada selama ni, terasa lapang jap bila bagitau dorang walaupun tak semua aku ceritakan. Terkilan jugak aku rasa sebab barang bernilai tu.. satu-satunya pemberian mereka untuk aku. Hadiah untuk anak perempuan mereka. Tapi, aku seolah tak menghargai. Sedih, marah, kecewa, sesal.. semua ada dalam hati aku nih. Bila ingat mende ni, aku marah diri aku sendiri. Betapa bodohnya aku masa tu hanya kerana cinta.

Pujukan, kata-kata manis dan janji yang diungkapkan sewaktu mengambil barang tersebut dari tangan aku.. hanyalah sampah. Memang sial. Aku percaya kat dia bulat-bulat tapi cenggini dia buat kat aku. Last, aku jugak yang tanggung sorang-sorang.

Aku tak kisah 14k yang dah habis tu.. aku halalkan. Tapi apa yang aku kisah ialah barang tu je. Sampai mati, aku tak halalkan.. sampailah kau bagi balik barang tu. 

Dan malam itu juga, semua buku ditutup. Esoknya kami bukak buku baru, bersama langkahan kaki yang 'baru'. Alhamdulillah, buku baru yang dibuka ni sangat-sangat membawa aku kepada satu kehidupan yang bermakna.

Sesungguhnya, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Cuma, hikmah tu kita tak tahu bila kita akan rasa, nampak. 

Monday, 6 October 2014

Dipilih Dan Memilih

Dalam hidup, kita memiliki dua pilihan iaitu MEMILIH atau DIPILIH. Jika kita memilih, maka pilihlah yang terbaik buat diri kita. Dan jika kita dipilih, maka jadilah yang terbaik buat dirinya.

Sepanjang perjalanan kisah cinta, kebanyakkannya aku merupakan insan yang dipilih. Dipilih atas dasar apa, aku tak tahu. Yang pasti, lamaran cinta daripada mereka untuk menjadikan aku teman hidup. Ada yang ditolak atas dasar persahabatan, dan ada juga aku menyambut tangan yang dihulur.

Menjadi insan yang dipilih, sangat-sangat bertuah kerana mereka akan mencuba sedaya upaya untuk membahagiakan diri kita. Apa jua hajat, impian dan harapan.. akan mereka cuba tunaikan. Hati dan perasaan dijaga kerana mereka yang memilih kita. Kalau boleh, walau secebis kuman sekalipun taknak hati kita terluka dek mereka. 

Untungkan jadi insan yang dipilih? :)

Untung, untunglah jugak.. tapi janganlah pernah amik kesempatan. Hargailah dirinya dan cubalah jadi yang terbaik! Kalau dulu suka sangat flirting sana, flirting sini atau pape jela yang tak molek tuh.. kalau tak dapat buangkan semua tabiat tu, at least kurangkan laa..

Dalam memilih, aku pernah memilih dan dirinya menjadi hak aku. Bahagia weh! Mana tak bahagia.. orang yang kita sayang, cinta jadi milik kita. Senyum je tiap-tiap hari. Tambahan pula, dalam memilih.. rupanya kita ni jugak adalah insan yang dipilihnya. Haa.. berpuluh kali gandalah bahagia tu...kan?kannn?

Namun ada kalanya.. apabila memilih, tidak semuanya indah. Kena rejek! Perghhhh...menusuk tertusuk segala suk sukk sumer tu sampai ke dalam kalbu dan sanubari. Cewah! ;p Sakitnya tu, aku tak tahulah nak cakap camne. Orang cakap, luka kat tangan letak ubat..nanti baiklah.. tapi kalau luka kat hati.. letaklah ubat papepun, susah nak baik. Siapa pernah lalu mende ni, pahamlah kan camne rasa tu.. Seolah hati ini ditikam - perit,perih. 

Tapi, ada jugak yang bila mereka buat pilihan memilih.. mereka tak berani nak luahkan. Sebab? Takut kena rejek.. Daripada kena rejek, dah lah sakit.. takpun nanti orang tu tak nak rapat ngan kita.. better zipkan mulut je kan?kan?? Bagi aku la.. biarlah kena rejek janji kau tahu jawapan dia daripada kau duk berteka-teki dia suka kat kau ke tak. Tu aku punya pendapatlah.. Sakit memang sakit, tapi once kau dah luah..kau akan rasa lega. :)

Dari sini jugaklah aku belajar untuk terima kenyataan. Belajar untuk terima orang yang kita sayang dan cinta sebagai sahabat. Belajar untuk lebih hargai sesuatu hubungan. Dan, belajar yang cinta itu tak semestinya memiliki.

p/s: Salam Aidiladha korang!

Saturday, 4 October 2014

Malam itu...

Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Xi dan Yen buat keputusan untuk lepak je dalam bilik. Macam-macam hal telah berlaku dalam sehari dua di mana ianya telah merenggangkan hubungan mereka berdua. Mesra seperti biasa namun agak hambar.

Tetiba.. 

'Tok!tok!tok!' bunyi ketukan pintu - kuat dan laju. Xi dan Yen saling berpandangan. Yen bangun menuju ke arah pintu. Pintu di buka perlahan, kelihatan dua lelaki tegap badannya; sorang gelap, sorang cerah kulitnya. Entah siapa, mereka berdua tidak kenal. 

"Xi, mintak IC", kata Yen sambil membuat muka. Tanpa membantah, Xi ambil IC dan hulurkan kepada mereka.

"Adik, abang nak adik kemas semua barang adik", kata lelaki cerah. Xi tercengang, tidak mengerti. "Kenapa bang?", tanya Xi.

"Adik kemas je..semua. Jangan tinggalkan walau satu pun", pesannya lagi. Xi mengikut arahan.

Perlahan, Yen menghampiri Xi sambil menolong kemas barang. "Dorang tu polis", bisik Yen. "Dorang nak ape?", tanya Xi. "Entahlaa..".

Selesai semuanya.. "Jom ikut abang.. Awak pun", matanya ke arah Yen. Mereka berdua berjalan mengekori dua lelaki tersebut. Banyak benda dan persoalan bermain dalam kepala otak dorang tapi tak terjawab.

Xi dan Yen berpisah. Masing-masing naik kereta lain. Sepanjang perjalanan menuju ke balai polis, banyak benda yang di soal oleh abang polis. Apabila tidak dijawab, dikatanya tidak memberi kerjasama. Apabila soalan dijawab, dikatanya kurang ajar.

Setibanya di balai polis, Xi dan Yen di bawa masuk ke dalam sebuah bilik berasingan. Masing-masing di soal siasat. Banyak soalan ditanya dan kali ini lebih terperinci. Yen di tuduh menculik Xi. Jika disabitkan kesalahan, tidur dalam lokaplah Yen. 

Sementara, Xi diugut jikalau tidak menceritakan hal sebenar, Yen akan disabitkan kesalahan. Maka cerita di buka tapi setiapnya berlapis. Kes ditutup. 

Pihak polis menghantar Xi pulang ke pangkuan keluarga manakala Yen di bebaskan daripada tuduhan menculik. 

Ini kisah Xi dan Yen di mana mereka tekad untuk membina hidup bersama meskipun tahu jalan mereka pilih ini salah. Kerana cinta, sanggup meninggalkan semua benda. Namun akhirnya, mereka terpaksa berpisah. Bukan sebab curang, bukan sebab tiada lagi cinta.. akan tetapi, cinta ini cinta terlarang.

Kehidupan 'kita' macam ni lah.. Ada yang bahagia dapat hidup bersama. Ada yang merana kerna tidak dapat hidup bersama.. Dan ada yang bahagianya apabila hidup berjauhan.. Masing-masing punya pilihan sendiri. 

Tepuk dada, tanya hati, tanya otak. 


p/s: Cerita ni ada benarnya. Bukan sekadar rekaan mahupun mitos. Cuma kita je yang tak merasainya. 

Thursday, 25 September 2014

Langit Tak Selalunya Cerah

Tertarik dengan entry 'Sometimes' yang ditulis oleh Belacan Temasek. 

Benar, kadang-kadang apa yang kita nak tapi tak dapat. Dan benda yang kita tak pernah pandang ataupun hajati...yang tu lah kita dapat. Kadang-kadang dapat, itu memang rezeki sangat-sangat!

Aku pernah suka, sayang takpun macam omputeh cakap, fall in love dengan seseorang di mana kalau sehari tak dapat dengar suara.. alahaiiii rindu teramat wehhhh! Dapat bercakap walau sekejap pun dah cukup melebarkan senyuman aku. Bahagia, cukup  bahagia.. Tapi, cinta ini hanya bertepuk sebelah tangan. Meskipun dirinya tidak dapat aku miliki namun dirinya tetap terpahat dalam hati ini.

Ada juga yang confess dan sanggup menjadi yang kedua walaupun dah tahu aku dah dimiliki. Aku sayang dia tapi hanya sekadar sahabat - tak lebih, tak kurang. Cintanya aku tolak secara baik tapi dia tak give up. Katanya sanggup tunggu aku dan sampai satu tahap, aku kurangkan conversation aku ngan dia. Mungkin masa tu baru dia sedar kot yang aku betul-betul tak leh terima dia.

Main tarik tali pun ada jugak. Aku sayang kau, kau sayang aku. Masing-masing tak memulakan langkah padahal dah tahu isi hati. Tak tahu kenapa. Sayangkan persahabatan mungkin. Tahun berlalu, dan aku ada gf begitu juga dia. Bila dapat tahu, terkejut.. menyesal. hahaha.. bodoh pulak rasanya. Layan Sixth Sense - Menyesal aku time ni.. kekeke :P

Ada kalanya jugak, cinta itu bertaut. Tapi apabila ikatan terjalin, macam-macam dugaan dan masalah kami hadapi. Selesai satu, datang pulak yang lain. Kekadang, tak selesai pun lagi.. ditambah pulak masalah lain. Macam lagu Forteen - Berdua Bersatu tu la kisah percintaan kami. Akhirnya, nokhtah harus diletakkan dalam hubungan ni. 

Hidup ini tak mudah dan langit tak selalunya cerah. Banyak cabaran, liku-liku yang harus kita semua lalui terutama bagi 'kita' - people like us. Apa yang aku dapat dari pengalaman, hargailah apa yang ada sekarang. Tak kira sesiapapun mereka.. aku hargai mereka semua dan nikmati hidup ini.

Lebarkanlah sayapmu dan terbanglah... Jangan jadikan alasan 'kita' sebagai satu halangan untuk kita merasai nikmat kehidupan.

Sunday, 21 September 2014

Me.Crush.Adam. - Dutch

Tipu kalau aku cakap aku tak pernah ada crush kat kaum Adam. Tapi tak la sebanyak crush aku kat perempuan. Boleh di katakan agak susah lah untuk hati aku terpaut kat Adam.. tapi kalau perempuan cepat je mata aku nih..kekeke... Adam yang betul-betul melekat, memang boleh kira ngan jari... Namun sesuka mana pun aku kat Adam, tak lah sampai tahap aku nak kapel dan ada angan-angan nak bina hidup bersama..

Hari ini aku nak share Adam yang pernah melekat dalam hati aku.. Adam je k.. Aku akan elakkan cerita pasal crush aku kat perempuan walaupun waktu tuh aku memang ada crush kat dorang.. Abaikan dulu mereka seketika dalam cerita aku sebab highlight post kali ini Adam..

Suatu ketika dahulu, aku pernah sukakan kaum Adam sebelum aku mengenali diri aku sepenuhnya... Iyelah, dari kecil aku di suapkan dengan hubungan seseorang itu mestilah antara lelaki dan perempuan. Lagipun, zaman aku dulu mana lah aku tahu benda-benda belok, senget nih.. 

Aku namakan Adam ni Dutch. Aku suka Dutch sejak zaman sekolah rendah lagi, waktu aku darjah lima kot.. Dan si Dutch ni pun ada pendam perasaan aku cuma iyelah, kecik lagi masa tuh so masing-masing hanya pendamkan perasaan. Kami tak pernah declare pape, cuma apa yang mengejutkan aku.. satu sekolah kot tahu pasal nih.. Siap cikgu-cikgu pun tahu.. dah la siap bagi support seolah merestui hubungan kami nih.. hahaha.. giler kan.. 

Masuk sekolah menengah, di takdirkan aku satu sekolah ngan Dutch. Perasaan tu masih ada cuma dah berkurang, sangat kurang aku kira.. Menjadi perbualan yang biasa antara aku dan kawan-kawan rapat menceritakan pasal crushes kami waktu sekolah rendah. Tapi aku tak tahu lah macam mana boleh tersebar pasal aku suka kat Ducth. Satu batch kot tahu lebih-lebih lagi classmate Dutch. Aku ingat lagi, ada pompuan ni, Ida namanya cari aku semata-mata nak tanya hubungan aku dan Dutch. 

Ida: Awak ni Apple kan?
Aku: Haah, kenapa?
Ida: Saya Ida.. kawan sekelas Ducth.. Awak suka Dutch lagi tak?
Aku: Err.... takdelah... dah tak suka.. 
Ida: Kalau saya mintak izin nak kapel ngan dia boleh?
Aku: Hahaha.. ambik jela wak, saya bukan ada papepun ngan dia..
Ida: Hehe.. Okay, terima kasih....

Aku menantikan hubungan mereka berdua namun takde satu berita pun aku dapat. Ida kapel ngan orang lain ada la.. 

Waktu form3, aku dan Dutch jadi classmate. Nak cakap excited tu, takdelaa cuma ada lah sikit-sikit bunga tuh.. Kawan-kawan Dutch selalu usik aku dan Dutch padahal jujur aku cakap, waktu tu aku tak rasa pape kat Dutch... Kalau tak rasa pape, maknanya dah takde la kan perasaan aku kat dia.. Namun aku silap, ada satu hari tu aku dapat tahu Dutch try nak tackle kawan baik aku.. Aku kenal sangat kawan aku ni, lelaki yang datang di reject nya tanpa rasa belas kasihan. Entah kenapa waktu dia tunjuk semua mesej-mesej Dutch, hati aku rasa sangat sakit.. 

Naik form4, cerita aku dan Dutch tetap menjadi perbualan. Aku tak paham kenapa. Kawan-kawan Dutch masih mengusik aku ngan Dutch.. Ada la jugak yang datang cerita kat aku pasal Dutch dan kawan aku tu cuma gurauan semata-mata sebab hati dia ni sangat kental, susah lelaki nak try.. sebab tu la Dutch nak try..nak tengok sejauh mana kekentalan hati dia nih... Peduli apa aku ngan semua tuh sebab masa nih aku dah betul-betul buang Dutch dari hidup aku...

Aku tak tahu kenapa, aku dan Dutch sangat femes sehinggakan junior-junior aku pun tahu.. Dorang siap datang tanya aku, macam mana hubungan aku ngan Dutch.. apa yang Dutch suka, blablabla... Aku pun siap cari dorang dari mana dorang dengar cerita pasal aku dan Dutch.. Dorang pun ceritalah yang Dutch selalu sebut nama aku kat tempat tuisyen dorang.. cerita pasal aku.. hmmm... 

Sampai hari ini aku sendiri tidak mengerti semua yang berlaku.. Aku malas nak merungkaikan semua ini.. Yang pasti, apa yang berlaku ni akan aku pahatkan menjadi satu kenangan dalam hidup aku.. Dan aku nak abadikan ia dalam blog aku kerna inilah sejarah aku... 

So nanti bila aku dah tua (hukk.. xnak tua boleh?..), bosan tak tahu nak buat apa, aku bukak blog ni dan baca entri-entri2 yang ada.. at least cerita Dutch ni akan mengingatkan aku waktu zaman persekolahan... =]

p/s: Dutch sekarang, still tak berubah.. sama seperti dulu.. Dan ikhlas aku cakap, kalau nak cari calon suami, cari lah orang macam Dutch...

Ratu Di Hatiku

Pernah aku mencintai wanita
tapi tak seperti saat ku mencintaimu
Pernah aku merindukan wanita
tapi tak seperti saat ku merindukanmu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Pernah aku menikmati wanita
tapi tak seperti saat ku menikmatimu
Pernah aku menangisi wanita
tapi tak seperti saat ku menangisi mu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku


-T.R.I.A.D-


Bila kira, lama jugak aku tak rasa bahagia macam ni. Terima kasih untuk kebahagiaan yang awak berikan tanpa awak sendiri sedari.. :)

Wednesday, 17 September 2014

Ribena Si Jebon

Aku pernah post entri ni tapi terpaksa tarik balik atas sebab tertentu.

Sebelum si Ribena block aku dari fesbuk dia.. setiap kali aku bukak fb, mesti terpampang gambar dia ngan girlfren. Hm, pergi honeymoon rupanya mereka ni. Banyak jugak tempat mereka pergi. Latest, tak silap dah fly Philippines.  

Jeles? Sikiiiiittttt pun takde. Cuma geram.. haha. Geram sebab apa? Takpelah, malas nak cerita. Bab kata Cotton Candy, 'Anggap sedekah je...' (ade kaitan ke? ;p) Cakap pasal mende ni, jujur aku tak kisah cuma aku nak satu je iaitu barang yang bernilai tu aku nak dia ganti balik. Yang lain, lantak dia lah..

Bila tengok gambar dorang ni.. tergelak pun ada. Pasalnyeee.. semua tempat dorang pergi tu, semuanya tempat yang pernah si Ribena ni bawak aku. Kata Popcorn, 'mungkin dia nak replace the memories kot'. Dan lagi satu, tempat yang dia nak bawak aku pun, dia angkut sekali girlfren dia ni pi. Hm, tertanya gak aku sebenarnye motif dia ni.

Yang terbaru, si Ribena dah tukar num. Aisehh.. susah la nanti aku nak tuntut barang aku yang dah lama terperuk kat rumah ex dia. Nak je aku p terus rumah ex dia tu tapi tak kenal lah pulak yang mana satu. So, kena mintak pertolongan Mai. Mai je la satu-satunya harapan aku.. 

Kepada Popcorn, nanti teman saya pergi amik barang k :)