Friday, 23 October 2020

Perginya dia dengan lafaz pernikahan (Part 2)

Aku setia berada di sebelahnya sehinggalah lafaz "SAH" diungkapkan. Saat itu jugaklah, hancurnya hati dan perasaan aku - yang takkan mungkin dicantum kembali. 

Dia pusing ke arah aku, peluk. "Tahniah", perlahan aku bisik di telinganya. 

Tak lama untuk aku mampu bertahan. Aku keluar dewan - ke sebelah belakang. Ya, aku menangis. Menangis sepuasnya. Tuhan je yang tahu betapa remuknya, retaknya, sakitnya hati ni. Aku call kawan aku - bagitahu dia semuanya dah setel. Lama aku duduk di luar dewan - mencari ketenangan, mencari kekuatan untuk aku kembali melangkah masuk ke dewan.

Nafas ditarik sedalamnya lalu aku mulakan langkah.

Aku nampak si dia dari jauh. Masih cantik. Masih aku sayang. Masih aku rindu. Masih aku dambakan. Sayangnya, bukan hak aku dah.

The hurt, regret and despair at seeing the person you love marry to someone else is a bitter pill to swallow. And... it should have been me.

Saturday, 19 September 2020

Perginya dia dengan lafaz pernikahan (Part 1)

Ogos dah berlalu pergi. Genap setahun si dia mengikat tali pernikahan. Jangan ditanya soal hati dan perasaan. Hanya Tuhan saje yang tahu. 

Ogos setahun yang lalu (2019)..

Pagi itu, lambat aku bersiap. Melawan diri sendiri. Melawan kenyataan dan realiti. Melawan dari tertumpahnya air mata ni. Melawan semua. Hari ini, aku akan hilang dia. Semua akan berubah, dah tak akan sama.

Cantik. Si dia sangat cantik. Dengan busana putih - sangat anggun di mataku. "Ya Allah, aku sayang dia.. aku cintakan dia", bisik hati aku.

Kami naik satu kereta ke dewan. Sepanjang perjalanan, aku genggam erat tangannya. Perlahan kereta yang dipandu aku. Tak sanggup. Sayu. Sedih. Pedih. 

Saat kaki melangkah masuk ke dewan.. dunia ni aku rasa gelap. Aku tak kuat weh! Tapi aku gagahkan jugak kaki. Sunglasses peneman aku masa ni. Aku tak kisah ape orang cakap pakai sunglasses dalam dewan. Janji orang tak nampak di sebalik sunglasses aku.

Aku duduk semeja dengannya sementara menunggu tok kadi tiba. Jantung waktu tu rasa nak pecah. Aku tak tahu celah mana datangnya kekuatan aku nak hadap hari ni.. nak tengok sendiri depan mata. Aku termenung sendiri.. dan..  "Aj, nanti teman Queen ye kat atas masa akad", pesan ayahnya menghampiri aku.

Aku menggangguk perlahan. 


Bersambung... (tak sanggup dah nak taip 😢)

Thursday, 18 June 2020

Please tell her..

Please tell her,
That even when the sun goes down I think of her.
I always see her face.
Please tell her,
That I will never forget the sound of her voice calling my name.
And
Please let her know that,
She lives in my heart everywhere I go.

Sunday, 24 May 2020

Salam Aidilfitri 2020M ll 1441H

Assalamualaikum guys!

Ramadhan dah berlalu, dan datangnya Syawal.

Terima kasih untuk Ramadhan yang sangat bermakna untuk aku. Ramadhan paling terbaik sepanjang hidup aku. Adanya mereka yang sentiasa bersama dengan aku. Indah, semuanya sangat indah. 

Covid-19 memang menakutkan. Menghalang kita untuk ke sana ke sini, ke sana ke sini. Penghalang untuk kita berjumpa dengan orang yang tersayang. Membantutkan segala rancangan kita. Boleh kata, sebab covid ni, habis punah semua. 

Tapi, dalam sedar tak sedar.. ada banyak hikmahnya. Pejamlah mata. Pandanglah dengan hati. Untuk aku, ianya memberi banyak kesan yang tak terjangka tapi tersangat membantu. Perfect timing!

Terima kasih Ramadhan.
Harapnya kita dapat berjumpa lagi di tahun hadapan.

Dan..

Selamat Hari Raya semorang!!
Maaf zahir dan batin.

Tuesday, 19 May 2020

Please forgive me, I can't stop loving you


It still feels like our first night together
Feels like the first kiss
It's getting better baby
No one can better this
Still holding on
You're still the one

Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, if I need you like I do
Please believe me, every word I say is true
Please forgive me, I can't stop loving you

I remember the smell of your skin
I remember everything
I remember all your moves
I remember you yeah
I remember the nights, you know I still do

Please forgive me, I can't stop loving you...

Wednesday, 29 April 2020

Masih Di Sini

Aku masih di sini.
Masih berperang melawan dengan diri sendiri.

Melawan arah hati yang tidak tahu bila ia harus sedar dan memilih untuk berhenti.
Melawan rasa ketidakrelaan atas pemergianmu yang masih saja meronta sebuah kata kembali.

Tulisan sederhana ini khusus untuk kamu.

Yang telah singgah, tapi tak ingin sungguh.
Yang telah hadir, tapi tak ingin menetap.
Yang dulunya pernah memilih bersama,
Namun harus kembali tak menyapa layak tak terjadi apa-apa.

Semuanya telah berbeda.
Keadaan tak lagi sama.
Kita tak lagi kita.

-penghujung cerita-

Friday, 24 April 2020

Salam Ramadhan 2020

Sekejap je masa berlalu.. marhaban ya Ramadhan.

Ramadhan kali ini sangat berbeza. Dengan adanya Covid-19 - yang menghad pergerakan kita untuk ke sana dan ke sini. Tiada lagi solat terawih di masjid, moreh bersama.  Sungguh, ianya sangat berbeza. Dengan tiadanya lagi si dia dalam hidup aku. Tipu kalau aku cakap aku tak rasa kehilangan apatah lagi rasa kosong. 

Di malam Ramadhan, termenung aku sendiri. Sedih rasanya hati ni. 

Sebelum ni aku selalu bermonolog dengan diri sendiri;
"Tahun ni kau pose sorang2 la AJ.."
"Tahun ni dah tak sama puasanya tu"

Tapi, siapa sangka.. 

Di sebalik keluhan tu ada satu sinar cahaya. 
💚Aku tak puasa sorang2 pun tahun ni. Malah, bertambah mereka yang ada di sisi.
💚Tahun ni walaupun takde terawih di masjid, tapi manisnya tersangat indah.
💚Adanya mereka yang sentiasa bersama aku.
💚Banyak benda baru aku belajar tentang dunia ini.

Hidup tak selalu indah kan sayang. Kadang di atas, kadang di bawah.

Aku susun sepuluh jari, memohon kemaafan kepada kamu semua yang membaca.. baik kita kenal ataupun tak. Maaf atas segala kekhilafan aku selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini memberi kita semua beribu barakah.