Tuesday, 17 December 2013

Kifarah Dosa

Berdiri aku di luar balkoni sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan.. Subhanallah, cantiknya seni awan dengan terbangnya burung-burung bebas di udara.. Ternyata aman, damai, tenang jiwa aku melihat semua ini... sejenak hilang segala resah, gelisah dan masalah yang membebani otak fikiran aku...

Aku merenung sendiri, memikirkan apa yang terjadi dalam hidup aku.. Satu demi satu yang datang, seolah dah menjadi sahabat aku.. Menemani aku ke mana jua aku pergi.. Rebah berguling sekalipun, ianya tetap di sisi aku.. Kekadang meninggalkan aku, namun tak lama datang pulak yang lain.. 

Bertanya aku kepada diri sendiri.. Mengapa semua ini berlaku? Berat sangat sehingga tak tertanggung rasanya.. Mengapa aku yang harus hadapi semua ini? Bukan orang lain.. Betapa jahilnya aku mempersoalkan apa yang terjadi.. Sedangkan apa yang berlaku adalah perancanganNya.. Qada' dan Qadar yang dah tertulis untuk hidup aku.. Aku mempersoalkan seolah tidak percaya akan ketentuan takdir.. Astaghfirullah... Buangkanlah semua perasaan negatif dan buruk sangka aku ini terhadapMu ya Rabbi.. :'(

Kifarah dosa, perkataan ini yang muncul dalam kepala otak aku.. Iya, mungkin inilah kifarah dosa buat aku.. Kifarah ialah balasan Allah di dunia akibat dosa-dosa yang dilakukan oleh hamba-hambanya.. Ianya sebagai 'penebusan' dan salah satu ujian dalam kehidupan.. Lain manusia, lain lah bentuk ujiannya.. Dan semuanya bergantung kepada ketentuan qada' Ilahi...

Aku percaya inilah kifarah dosa aku.. Aku bersyukur, kerna balasan yang aku dapat di dunia.. Biarlah di dunia, bukan di akhirat kelak... Ujian yang aku hadapi ini ternyata bukti kasih sayangNya terhadap diri aku.. Ujian dan musibah ini bukan bererti Dia benci tapi sebenarnya sedang mengangkat darjat seseorang itu ke maqam yang di tetapkan.. Tapi itulah manusia, iaitu aku... sering lupa akan semua ini.. sibuk berkeluh kesah dengan apa yang terjadi, kekadang menyalahkan takdir...dan paling teruk merasakan Dia sudah bencikan kita.. padahal aku lupa bahawa Dia sentiasa bersama hambanya, menyayangi hambanya... Allahu Rabbi... aku lalai, aku alpa selama ini.. sehingga sanggup membelakangi Engkau...

Apa yang terjadi, adalah seiring dengan keupayaan aku untuk menyelesaikan masalah tersebut.. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya cuma aku perlu tahu dan pandai bagaimana untuk selesaikan segala masalah yang berbelit-belit ini.. Dan Dia tidak akan membebankan seseorang melainkan kesanggupannya...

Lama aku termenung, muhasabah diri.. Aku kuatkan hati.. Aku percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Tidak aku nafikan bahawa setiap sesuatu yang berlaku, mempunyai sebab musabab dan boleh dikaitkan dengan perbuatan aku sendiri.. namun pada hakikatnya di sebalik fakta yang dapat diterima akal, qada' dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak akan difahami manusia, termasuk aku sendiri... 

Ujian aku ini mungkin nampak besar di mata aku, tapi aku tidak tahu orang di luar sana mempunyai masalah yang lagi besar.. dan lagi perih dari apa yang aku rasa dan alami... Mujurlah aku ada mereka yang dapat aku luahkan apa yang aku rasa... Aku mempunyai mereka di sisi yang sentiasa buat aku gelak, ketawa... dan sentiasa memberi dorongan dan nasihat.. Terima kasih kalian.. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian..

Ya Allah...
Tiada sekelumit kata yang dapat aku luahkan untuk menggambarkan perasaan aku.. 
Jiwaku gelisah, hatiku tak tenang
Memikirkan segala apa yang terjadi..
Sesungguhnya aku lemah, hina dan tak terdaya....

Ya Rabbi..
Aku terlalu banyak dosa.. tak terhitung rasanya..
Sebanyak butiran pasir pantai, malah lebih dari itu..
Janganlah Engkau berpaling dari ku..
Siapalah aku tanpaMu..

Ya Tuhanku..
Berikanlah aku ketenangan, ketenangan yang pernah engkau berikan dulu kepadaku suatu ketika dahulu...
Dosa-dosaku ini kerna lemahnya aku..
Rapuhnya iman aku..
Kejahilan aku.. kelalaian aku..
Aku mengharapkan keampunan dari Mu..

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku..
Hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam....

Aku yakin dan percaya... Dia tahu mana yang terbaik untuk aku.. Dan ini lah jalan hidup aku yang harus aku lalui dan tempuhi.. sesungguhnya, ini qada' dan qadar aku.. Ujian itu kifarah dosa..bukti kasih sayangNya terhadap aku...


Bila kepercayaan itu ada untuk Sang Pencipta, aku makin kuat dan tabah.. aku redha, pasrah dengan segala yang terjadi... kerna inilah ketentuan takdir hidupku... Dan andai aku lalai lagi, ampunilah aku...sesungguhnya aku hanyalah insan yang hina, lemah dan tidak sempurna...


2 comments:

  1. In sha allah segala yang berlaku ade hikmah.

    Bawak bersabar semua nie dugaan dariNya untuk menguji kita.

    ReplyDelete