Monday, 22 December 2014

Selamaku Bernafas

Selagi jantungku berdetak di dalam tubuh
Aku kan menjaga cintamu di dalam hatiku

Selama bintang selalu ada di malam-malammu
Aku kan menjadi cahaya di dalam gelapmu..


Pernahkan dalam hidup..kita ade seseorang yang sangat istimewa. Namanya terpahat utuh dalam hati kita. Yang datang dan pergi, takkan pernah sama dengan dia seorang. Hanya teringatkan dia, tak disangka.. senyuman terukir indah di bibir kita. Setiap bait-bait perkataan antara dia dan kita akan selalu bermain dalam fikiran.. tak pernah luput. 

Tapi, biasanya.. kita takkan pernah dapat memilikinya. Sedih kan? Ingin sekali tangan dia kita genggam erat.. tubuhnya dipeluk dalam pangkuan kita.. Namun, segalanya hanya mimpi. Andai dalam mimpi kita mampu memiliki dirinya, pasti kita taknak terjaga dari mimpi. Biarlah...biarlah hidup dalam mimpi. Kerna, mimpi itu lebih indah dari realiti.

Meskipun hati kita sakit.. dalam masa yang sama, kita tetap inginkan yang terbaik untuk dia. Kita nak dia bahagia walaupun bahagia dia bukan dengan kita. Sakitnya dia, maka sakitlah kita.. 

Kita akan tetap berdiri di sini, menanti dirinya.. Walaupun kehadirannya mungkin hanya ingin bantuan daripada kita.. ianya sudah cukup membahagiakan kita. Sekurangnya, kita dapat tolong dia.. tolong orang yang kita sayang. 

Tipu kalau tak rindu. Tapi apakan daya... 

Hanya doa yang mampu kita kirimkan.

Friday, 5 December 2014

Drama King

Atas sebab tertentu, aku ambil keputusan chat dengan ex Ribena aka Jebon iaitu Shayla. Sedikit luahan yang terbuku dalam hati, dapat dilepaskan.. Dan dari situ jugaklah, banyak perihal Jebon terbongkar. Di sebalik wajahnya itu.. tersimpan beribu muslihat dan cerita yang tak pernah aku tahu.

Shayla, yang pernah hidup bersama Jebon hampir lima tahun telah ceritakan segalanya kat aku. Aku, yang agak kurang bijak.. bulat-bulat percaya setiap perkataan yang diungkapkan Jebon sewaktu ketika dulu. Dah sayang, mestilah percaya kan.. Takkan la orang yang kita sayang nak tipu kita. Betul tak? Itulah yang aku fikir dan rasa sejak aku kenal Jebon hingga sekarang.

Tapi... semua tu hanyalah dusta semata. Mana tak sakit hati aku waktu tahu kebenarannya walaupun masa tu aku dah takde pape hubungan lagi ngan Jebon. Masa ni jugaklah aku rasa betapa bodohnya aku selama ni.. Begitu mudah aku percaya kat orang. Percaya kat si Jebon, sampaikan aku menentang mereka yang kata aku ni buta - tak nampak apa yang Jebon telah lakukan dan banyak lagi. Aku pertahankan dia..

Entah-entah Shayla ni tipu aku tak? Bila aku fikir dan renung balik.. Aku percayakan Shayla.

Bila aku dan Shayla masing-masing bukak cerita..barulah kami tahu taktik Jebon. Selama ni, mati-mati aku ingat Shayla yang curang..pastu tinggalkan Jebon. Jebon siap cakap buruk-buruk lagi pasal Shayla ni kat aku. Rupa-rupanya, Jebon yang curang. Kata Shayla.. dulu waktu si Jebon ni nak pikat dia.. dia buat cerita macam ni jugak. Katanya, ex dia curang.. kantoi tido ngan orang lain la.. Dia raih simpati orang untuk dapatkan kasih sayang dan cinta. (Kesimpulan, aku dan Shayla kena tipu dengan cerita rekaan Jebon)

Boleh tak aku bagi award Raja Drama kat Jebon ni?

Siyessss aku cakap..kalau korang dengar citer dia, kompem percaya. "Dah ramai dah kena ngan dia.." ni ayat Shayla. Maka, 4.5k tu pun jangan haraplah nak terbang masuk poket aku.. Apatah lagi bakinya..

p/s: Rasa macam nak dedicate lagu je untuk si Jebon ni.. Lagu Drama King sesuai la kan? Nahhh...


Tuesday, 25 November 2014

Undangan Perkahwinan

Hari yang sangat aku tidak nantikan sepanjang dalam hidup sejak aku mengenali dirinya.. Walaupun jauh di sudut hati.. aku yakin dan pasti hari itu pasti akan tiba..tapi aku sangkal sekerasnya hanya untuk menyedapkan hati sendiri..

Namun, yang tertulis..pasti terlaksana jua. Hari itu akhirnya tiba.. 

Pinky.. Ye, Pinky orangnye. Baru-baru ini Pinky 'menghadiahkan' aku sekeping kad yang ternyata langsung tak memeranjatkan aku. Tertera namanya di situ dan juga insan yang bakal bergelar suaminya. Aku dah agak, Pinky akan kahwin ngan dia (juga merupakan sahabat aku). 

Terasa hiba di situ. Dan aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab Pinky bakal menjadi milik orang? Dan aku dah tak boleh untuk bermesra lagi dengan dia? Atau.. Aku sedih yang dia bukan milik aku??

Ahhh.. persetankan semua tu. 

Aku gembira.. sungguh.. aku sangat gembira bila dia bagitau mende ni. Terutamanya aku merupakan orang yang paling awal tahu.. Lagi satu, apa yang gembirakan aku ialah lelaki tu memang dapat jaga dan bimbing dia dengan baik.. Dan sekurangnya, aku tau orang yang aku sayang ni pasti bahagia dengan pilihannya ni. Kerna, melihat orang yang aku sayang bahagia..sudah cukup membahagiakan aku.

Tak banyak sangat perbualan aku ngan Pinky. Hanya sekadar ucapan tahniah dan doakan yang terbaik buat mereka. 

Tak lama lagi, majlis Pinky. Aku teringat pulak masa Pearl kahwin aritu. Dari bersolek.. akad nikah.. sesi fotografi sampailah makan beradab dan semualah.. Aku duk tunggu kat situ. Berat gila kaki nak melangkah pergi. Yelah, dah jadi hak orang.. lepas ni kompemlah orang yang kita sayang ni akan berubah. Sebabnya dah masuk dunia baru.. So, aku pun tunggu kat situ.. tunggu sehingga hati ini berkata, 'Baliklah.. dia dah jadi milik orang..'.

Hmm.. cakap pasal kahwin ni.. hampir 10% scoolmate aku dah naik pelamin. Pas sorang-sorang duk follow. Tu tak masuk yang dah bertunang.. bakal bertunang lagi. Yang kahwin senyap-senyap tu tak kira lagi.. tup-tup jemput kenduri. Nasib tak rapat sangat jenis ni.. Kalau tak.. memang merajuk la aku ngan dorang. kikiki

Anyway.. kita pulak bila Popcorn?? heee ;D

Wednesday, 12 November 2014

Masih Saling Mencinta

Mengapa perlu adanya perpisahan sekiranya dua insan masih saling mencintai?
Adakah sebab tidak saling melengkapi?
Atau jemu dengan pasangan kita?
Bosan dengan leteran, marah..

Tapi, andai dalam hati itu masih ada cinta..
Tak salah untuk 'fight'.. kan? :)

-Susan ft Udjo-

Aku manusia yang lemah
Maafkan bila ku tak bisa
Menjaga semua yang telah kita bina bersama

Aku juga manusia biasa
Yang tak luput dengan kekurangan
Tapi ku tak ingin diduakan
Apalagi dilupakan

Tapi.. apalah dayaku
Semua telah terjadi
Namun ku ingin kau tahu
Aku masih cinta

Bila kau memang cinta padaku
Janganlah kau pergi dari hidupku
Bila kita memang saling mencinta
Mengapa kita harus berpisah

Bila cinta ada di hati kita
Percayalah kita kan bersama

Tapiii.. kalau dah sorang tu dah memang takde rasa cinta dalam hatinya, buat ape lagi 'fight' kan.. angkat kaki jelah. Mulakan hidup baru walaupun sangat-sangat susah dan perit awalnye. Lama-lama pasti terubat.. :)

Wednesday, 5 November 2014

Genap Setahun

Sedar tak sedar, dah setahun dah blog aku ni wujud. Dan dalam setahun tu jugak banyak mende terjadi dalam hidup aku. Ada yang diluahkan dalam ni.. ada yang hanya tersimpan rapi dalam draft, ada yang terpahat dalam hati dan ingatan... dan macam-macam lagi.

Dulu, sebelum aku buat blog ni.. aku ada blog lain. Tapi kisah dalam blog tu takdela sesenget dalam blog ni. Hanyalah sekadar apa yang aku rasa, apa yang aku lalui.. Dan atas sebab tertentu jugak, aku stop menulis kat blog tu. Maka, terhasillah blog ni yang takdela begitu menarik untuk dibaca.

Niat buat blog bukanlah untuk meraih sambutan ataupun follower. Ianya hanyalah sekadar tempat aku meluahkan apa yang terbuku.. Kekadang, ape yang kita nak luah.. tak mampu diluahkan ngan kata-kata.. 

Sejak wujudnya blog ni.. aku kenal ramai orang yang bermacam ragam. Sedikit sebanyak, banyak jugak yang aku belajar dari pengalaman mereka. Semua orang ada susah masing-masing.. dan semua orang tak perfect. 

Kerana blog ini jugak, aku dapat kenal mereka yang sekarang dah jadi sahabat aku. Ada yang tetiba mendiamkan diri.. ada yang dah aku jumpa face to face.. dan ada jugak yang tak jumpa lagi tapi kami masih berhubung macam biasa. Thanx korang sebab sudi layan kerenah aku yang bukan-bukan..ngeee :D Sesungguhnya, persahabatan itu indah kan? 

Dan kerana blog ini jugaklah.. aku bertemu pasangan hidup aku iaitu Popcorn. Hubungan yang awalnya hanyalah berlandaskan kawan, lama-lama ianya berputik menjadi sayang dan cinta. Awww.. hahaha ;p

Akhir kata, thanx pada yang sudi membaca, mengomen.. dan juga pada yang tak sabar suruh aku update..hehe.. Maaf la, sekarang sibuk sikit. Nak layan bini lagi, anak lagi.. tu tak campur ngan study dan buang masa lagi.. hoho

Sunday, 26 October 2014

"Bila Nak Update?"

Bila orang tanya, "Bila nak update?"

Jawapan yang hanya mampu aku jawab, "Tak tahulah.."

Padahal bukan aku tak nak update.. dan ade je sebenarnye yang nak diceritakan. Tapi selalunya.. bila aku nak stat tulis, semua idea hilang terbang melayang entah ke mana. Hampeh betul. Padahal sebelum nak tulis tu kamain lagi datang terjah dalam kepala otak aku. huhhh

Kadang-kadang tu, bila dah siap tulis.. hmm, macam malas la pulak nak publish. Sebabnya aku sendiri pun tak tahu. Mungkin coretan tu mengada-ngada kot.. hahaha.. Takpun, aku rasa mende tu tak sepatutnya dipublishkan walaupun sebelum ni banyak je aku publish mende yang yang sepatutnya tak dipublish. Err, apsal ayat aku macam orang tak lulus BM je.. haha.. Lantaklah eh.. ;p

So, sebenarnya.. kat stok draft tu berlambak entry tak dipublishkan aku. Bila tiba masanya, aku publish la kot. Kalau tak, aku biar jelah ianya bersarang kat situ sampai jadi khazanah negara yang tak ternilai. kehkehkeh..

Jadi, kalau korang duk tanya lagi bila nak update? Ni haa.. aku dah update dah untuk korang. Bacalah yekkk.. (sory, yang ni je aku mampu update sekarang)

Anyway, Salam Maal Hijrah engkorang! Semoga tahun ini menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.. <-- ucapan cliche tapi sangat bermakna

Dan semoga tahun ini jugak aku, dia, kau dan korang sumer dapat menconteng, melakar buku baru dengan tulisan, lukisan dan seni yang cukup indah serta berwarna-warni.. Aminn!

Monday, 20 October 2014

Kawan

Apabila berkawan, aku kawan betul-betul. Tak kira kau ni ape. Dan aku tak pernah nak pandang masa silam kau.. yang aku tahu, kau yang sekarang. Semua orang tak perfect, dan semua orang ada sejarah memasing. 

Tapi, dalam berkawan ni.. kena hati-hati jugak. Ada yang boleh kita jadikan kawan dan ada yang kita boleh jadikan sahabat. Mencari sahabat, susah. Kerna sahabatlah yang akan sentiasa berada di sisi kau waktu jatuh bangun kau.. waktu kau sakit, susah dan senang. 

Mungkin sebab tu orang panggil persahabatan, bukannya perkawanan. Heee ;)

Bila berkawan ni.. satu je masalah aku. Iaitu, terlalu baik. Bila kawan aku susah, aku akan tolong setolong-tolongnya.. Bila mintak tolong even for a small matter, aku akan tolong. Tak kisah. Sebab bagi aku, apa gunanya kawan tapi bila mintak tolong, macam-macam alasan bagi.

Dan setiap kali, akan pasti ada yang menjadi 'gf' aku. Aku pun tak tahu kenapa..hahaha.. dari sekolah lagi. Bukan aku yang cakap, tapi kawan-kawan aku ni haa. Macam tadi nak keluar, si M cakap "Apple, mane gf?". Tergelak aku dengar..adeii.. Aku pun layankan jela.. hoho.

Paling sakit bila berkawan ni ialah bila putus kawan. Yang ni aku paling benci dan tak suka. Kalau putus cinta, boleh lagi cari yang lain.. tapi if putus kawan.. susah weh nak cari sebab tak semua ada perangai macam kawan kita tu. Terutama yang kita paling ngam.

Lagi satu, bila kita terpaksa hadkan limit kita bila berkawan. Macam aku ngan Jebon dulu.. dia agak kongkong aku bab berkawan ni. Aku tak boleh kawan ngan yang ni, yang tu.. Nasib LDR. Boleh la main tipu-tipu.. Kejadahnya nak limit2.. aku ni pulak jenis yang tak boleh duduk diam. Nasiblah Popcorn okay je..hee ;)

Kadang-kadang, kena limit sebab kawan kita tu taknak gf or bf dia jeles. Yang ni aku tak tahu la nak cakap ape. Ikut jela sebab aku taknak kerna aku, dorang gaduh dan paling teruk break. Yang penting, kawan aku tu happy.

Haa, sebut pasal ni kan. Ada jugak jenis kawan bila dah ade gf or bf.. kawan-kawan dah buang ke laut da. Hmm.. if aku ada berperangai cenggini..  mohon sangatlah bagitahu kat aku. Biar aku sedar diri sikit.

Papepun, aku sayang kawan-kawan aku. Kiss sikitt.. muaahhh! xoxo haha.. ;)

Thursday, 16 October 2014

Buku Baru

Apabila di saat kau berhadapan dengan wajah ibu tersayang, yang telah membawa kau di dalam perutnya selama sembilan bulan.. dan pada saat itu jugak, kau harus berkata jujur mengapa dan kenapa benda itu berlaku.

Bukan mudah untuk mengatakan, tapi harus dan mesti kerna untuk mendapatkan berkat daripada seorang ibu dan juga insan bergelar ayah.

Masih ingat entry aku pasal 14k tu? Pahit semana pun, malam tu aku terpaksa ceritakan segalanya namun agak bertapis. Aku tahu parent aku takkan marah tapi aku sebagai anak, tak sampai hati nak bagitau ke mana hilangnya semua tu. Rasa bersalah yang teramat. Dan kesalan tu aku rasa sampai hari ni even dorang tak pernah sebut or ungkit sikitpun pasal tu.

Aku tahu dorang dah tahu cerita sebenar cuma just nak dengar dari mulut aku. Satu persatu, aku ceritakan. Kenapa aku buat camtu. Dan kenapa aku senyap - menghilang. Bersebab.

Apa yang tersekat kat dalam dada selama ni, terasa lapang jap bila bagitau dorang walaupun tak semua aku ceritakan. Terkilan jugak aku rasa sebab barang bernilai tu.. satu-satunya pemberian mereka untuk aku. Hadiah untuk anak perempuan mereka. Tapi, aku seolah tak menghargai. Sedih, marah, kecewa, sesal.. semua ada dalam hati aku nih. Bila ingat mende ni, aku marah diri aku sendiri. Betapa bodohnya aku masa tu hanya kerana cinta.

Pujukan, kata-kata manis dan janji yang diungkapkan sewaktu mengambil barang tersebut dari tangan aku.. hanyalah sampah. Memang sial. Aku percaya kat dia bulat-bulat tapi cenggini dia buat kat aku. Last, aku jugak yang tanggung sorang-sorang.

Aku tak kisah 14k yang dah habis tu.. aku halalkan. Tapi apa yang aku kisah ialah barang tu je. Sampai mati, aku tak halalkan.. sampailah kau bagi balik barang tu. 

Dan malam itu juga, semua buku ditutup. Esoknya kami bukak buku baru, bersama langkahan kaki yang 'baru'. Alhamdulillah, buku baru yang dibuka ni sangat-sangat membawa aku kepada satu kehidupan yang bermakna.

Sesungguhnya, setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Cuma, hikmah tu kita tak tahu bila kita akan rasa, nampak. 

Monday, 6 October 2014

Dipilih Dan Memilih

Dalam hidup, kita memiliki dua pilihan iaitu MEMILIH atau DIPILIH. Jika kita memilih, maka pilihlah yang terbaik buat diri kita. Dan jika kita dipilih, maka jadilah yang terbaik buat dirinya.

Sepanjang perjalanan kisah cinta, kebanyakkannya aku merupakan insan yang dipilih. Dipilih atas dasar apa, aku tak tahu. Yang pasti, lamaran cinta daripada mereka untuk menjadikan aku teman hidup. Ada yang ditolak atas dasar persahabatan, dan ada juga aku menyambut tangan yang dihulur.

Menjadi insan yang dipilih, sangat-sangat bertuah kerana mereka akan mencuba sedaya upaya untuk membahagiakan diri kita. Apa jua hajat, impian dan harapan.. akan mereka cuba tunaikan. Hati dan perasaan dijaga kerana mereka yang memilih kita. Kalau boleh, walau secebis kuman sekalipun taknak hati kita terluka dek mereka. 

Untungkan jadi insan yang dipilih? :)

Untung, untunglah jugak.. tapi janganlah pernah amik kesempatan. Hargailah dirinya dan cubalah jadi yang terbaik! Kalau dulu suka sangat flirting sana, flirting sini atau pape jela yang tak molek tuh.. kalau tak dapat buangkan semua tabiat tu, at least kurangkan laa..

Dalam memilih, aku pernah memilih dan dirinya menjadi hak aku. Bahagia weh! Mana tak bahagia.. orang yang kita sayang, cinta jadi milik kita. Senyum je tiap-tiap hari. Tambahan pula, dalam memilih.. rupanya kita ni jugak adalah insan yang dipilihnya. Haa.. berpuluh kali gandalah bahagia tu...kan?kannn?

Namun ada kalanya.. apabila memilih, tidak semuanya indah. Kena rejek! Perghhhh...menusuk tertusuk segala suk sukk sumer tu sampai ke dalam kalbu dan sanubari. Cewah! ;p Sakitnya tu, aku tak tahulah nak cakap camne. Orang cakap, luka kat tangan letak ubat..nanti baiklah.. tapi kalau luka kat hati.. letaklah ubat papepun, susah nak baik. Siapa pernah lalu mende ni, pahamlah kan camne rasa tu.. Seolah hati ini ditikam - perit,perih. 

Tapi, ada jugak yang bila mereka buat pilihan memilih.. mereka tak berani nak luahkan. Sebab? Takut kena rejek.. Daripada kena rejek, dah lah sakit.. takpun nanti orang tu tak nak rapat ngan kita.. better zipkan mulut je kan?kan?? Bagi aku la.. biarlah kena rejek janji kau tahu jawapan dia daripada kau duk berteka-teki dia suka kat kau ke tak. Tu aku punya pendapatlah.. Sakit memang sakit, tapi once kau dah luah..kau akan rasa lega. :)

Dari sini jugaklah aku belajar untuk terima kenyataan. Belajar untuk terima orang yang kita sayang dan cinta sebagai sahabat. Belajar untuk lebih hargai sesuatu hubungan. Dan, belajar yang cinta itu tak semestinya memiliki.

p/s: Salam Aidiladha korang!

Saturday, 4 October 2014

Malam itu...

Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Xi dan Yen buat keputusan untuk lepak je dalam bilik. Macam-macam hal telah berlaku dalam sehari dua di mana ianya telah merenggangkan hubungan mereka berdua. Mesra seperti biasa namun agak hambar.

Tetiba.. 

'Tok!tok!tok!' bunyi ketukan pintu - kuat dan laju. Xi dan Yen saling berpandangan. Yen bangun menuju ke arah pintu. Pintu di buka perlahan, kelihatan dua lelaki tegap badannya; sorang gelap, sorang cerah kulitnya. Entah siapa, mereka berdua tidak kenal. 

"Xi, mintak IC", kata Yen sambil membuat muka. Tanpa membantah, Xi ambil IC dan hulurkan kepada mereka.

"Adik, abang nak adik kemas semua barang adik", kata lelaki cerah. Xi tercengang, tidak mengerti. "Kenapa bang?", tanya Xi.

"Adik kemas je..semua. Jangan tinggalkan walau satu pun", pesannya lagi. Xi mengikut arahan.

Perlahan, Yen menghampiri Xi sambil menolong kemas barang. "Dorang tu polis", bisik Yen. "Dorang nak ape?", tanya Xi. "Entahlaa..".

Selesai semuanya.. "Jom ikut abang.. Awak pun", matanya ke arah Yen. Mereka berdua berjalan mengekori dua lelaki tersebut. Banyak benda dan persoalan bermain dalam kepala otak dorang tapi tak terjawab.

Xi dan Yen berpisah. Masing-masing naik kereta lain. Sepanjang perjalanan menuju ke balai polis, banyak benda yang di soal oleh abang polis. Apabila tidak dijawab, dikatanya tidak memberi kerjasama. Apabila soalan dijawab, dikatanya kurang ajar.

Setibanya di balai polis, Xi dan Yen di bawa masuk ke dalam sebuah bilik berasingan. Masing-masing di soal siasat. Banyak soalan ditanya dan kali ini lebih terperinci. Yen di tuduh menculik Xi. Jika disabitkan kesalahan, tidur dalam lokaplah Yen. 

Sementara, Xi diugut jikalau tidak menceritakan hal sebenar, Yen akan disabitkan kesalahan. Maka cerita di buka tapi setiapnya berlapis. Kes ditutup. 

Pihak polis menghantar Xi pulang ke pangkuan keluarga manakala Yen di bebaskan daripada tuduhan menculik. 

Ini kisah Xi dan Yen di mana mereka tekad untuk membina hidup bersama meskipun tahu jalan mereka pilih ini salah. Kerana cinta, sanggup meninggalkan semua benda. Namun akhirnya, mereka terpaksa berpisah. Bukan sebab curang, bukan sebab tiada lagi cinta.. akan tetapi, cinta ini cinta terlarang.

Kehidupan 'kita' macam ni lah.. Ada yang bahagia dapat hidup bersama. Ada yang merana kerna tidak dapat hidup bersama.. Dan ada yang bahagianya apabila hidup berjauhan.. Masing-masing punya pilihan sendiri. 

Tepuk dada, tanya hati, tanya otak. 


p/s: Cerita ni ada benarnya. Bukan sekadar rekaan mahupun mitos. Cuma kita je yang tak merasainya. 

Thursday, 25 September 2014

Langit Tak Selalunya Cerah

Tertarik dengan entry 'Sometimes' yang ditulis oleh Belacan Temasek. 

Benar, kadang-kadang apa yang kita nak tapi tak dapat. Dan benda yang kita tak pernah pandang ataupun hajati...yang tu lah kita dapat. Kadang-kadang dapat, itu memang rezeki sangat-sangat!

Aku pernah suka, sayang takpun macam omputeh cakap, fall in love dengan seseorang di mana kalau sehari tak dapat dengar suara.. alahaiiii rindu teramat wehhhh! Dapat bercakap walau sekejap pun dah cukup melebarkan senyuman aku. Bahagia, cukup  bahagia.. Tapi, cinta ini hanya bertepuk sebelah tangan. Meskipun dirinya tidak dapat aku miliki namun dirinya tetap terpahat dalam hati ini.

Ada juga yang confess dan sanggup menjadi yang kedua walaupun dah tahu aku dah dimiliki. Aku sayang dia tapi hanya sekadar sahabat - tak lebih, tak kurang. Cintanya aku tolak secara baik tapi dia tak give up. Katanya sanggup tunggu aku dan sampai satu tahap, aku kurangkan conversation aku ngan dia. Mungkin masa tu baru dia sedar kot yang aku betul-betul tak leh terima dia.

Main tarik tali pun ada jugak. Aku sayang kau, kau sayang aku. Masing-masing tak memulakan langkah padahal dah tahu isi hati. Tak tahu kenapa. Sayangkan persahabatan mungkin. Tahun berlalu, dan aku ada gf begitu juga dia. Bila dapat tahu, terkejut.. menyesal. hahaha.. bodoh pulak rasanya. Layan Sixth Sense - Menyesal aku time ni.. kekeke :P

Ada kalanya jugak, cinta itu bertaut. Tapi apabila ikatan terjalin, macam-macam dugaan dan masalah kami hadapi. Selesai satu, datang pulak yang lain. Kekadang, tak selesai pun lagi.. ditambah pulak masalah lain. Macam lagu Forteen - Berdua Bersatu tu la kisah percintaan kami. Akhirnya, nokhtah harus diletakkan dalam hubungan ni. 

Hidup ini tak mudah dan langit tak selalunya cerah. Banyak cabaran, liku-liku yang harus kita semua lalui terutama bagi 'kita' - people like us. Apa yang aku dapat dari pengalaman, hargailah apa yang ada sekarang. Tak kira sesiapapun mereka.. aku hargai mereka semua dan nikmati hidup ini.

Lebarkanlah sayapmu dan terbanglah... Jangan jadikan alasan 'kita' sebagai satu halangan untuk kita merasai nikmat kehidupan.

Sunday, 21 September 2014

Me.Crush.Adam. - Dutch

Tipu kalau aku cakap aku tak pernah ada crush kat kaum Adam. Tapi tak la sebanyak crush aku kat perempuan. Boleh di katakan agak susah lah untuk hati aku terpaut kat Adam.. tapi kalau perempuan cepat je mata aku nih..kekeke... Adam yang betul-betul melekat, memang boleh kira ngan jari... Namun sesuka mana pun aku kat Adam, tak lah sampai tahap aku nak kapel dan ada angan-angan nak bina hidup bersama..

Hari ini aku nak share Adam yang pernah melekat dalam hati aku.. Adam je k.. Aku akan elakkan cerita pasal crush aku kat perempuan walaupun waktu tuh aku memang ada crush kat dorang.. Abaikan dulu mereka seketika dalam cerita aku sebab highlight post kali ini Adam..

Suatu ketika dahulu, aku pernah sukakan kaum Adam sebelum aku mengenali diri aku sepenuhnya... Iyelah, dari kecil aku di suapkan dengan hubungan seseorang itu mestilah antara lelaki dan perempuan. Lagipun, zaman aku dulu mana lah aku tahu benda-benda belok, senget nih.. 

Aku namakan Adam ni Dutch. Aku suka Dutch sejak zaman sekolah rendah lagi, waktu aku darjah lima kot.. Dan si Dutch ni pun ada pendam perasaan aku cuma iyelah, kecik lagi masa tuh so masing-masing hanya pendamkan perasaan. Kami tak pernah declare pape, cuma apa yang mengejutkan aku.. satu sekolah kot tahu pasal nih.. Siap cikgu-cikgu pun tahu.. dah la siap bagi support seolah merestui hubungan kami nih.. hahaha.. giler kan.. 

Masuk sekolah menengah, di takdirkan aku satu sekolah ngan Dutch. Perasaan tu masih ada cuma dah berkurang, sangat kurang aku kira.. Menjadi perbualan yang biasa antara aku dan kawan-kawan rapat menceritakan pasal crushes kami waktu sekolah rendah. Tapi aku tak tahu lah macam mana boleh tersebar pasal aku suka kat Ducth. Satu batch kot tahu lebih-lebih lagi classmate Dutch. Aku ingat lagi, ada pompuan ni, Ida namanya cari aku semata-mata nak tanya hubungan aku dan Dutch. 

Ida: Awak ni Apple kan?
Aku: Haah, kenapa?
Ida: Saya Ida.. kawan sekelas Ducth.. Awak suka Dutch lagi tak?
Aku: Err.... takdelah... dah tak suka.. 
Ida: Kalau saya mintak izin nak kapel ngan dia boleh?
Aku: Hahaha.. ambik jela wak, saya bukan ada papepun ngan dia..
Ida: Hehe.. Okay, terima kasih....

Aku menantikan hubungan mereka berdua namun takde satu berita pun aku dapat. Ida kapel ngan orang lain ada la.. 

Waktu form3, aku dan Dutch jadi classmate. Nak cakap excited tu, takdelaa cuma ada lah sikit-sikit bunga tuh.. Kawan-kawan Dutch selalu usik aku dan Dutch padahal jujur aku cakap, waktu tu aku tak rasa pape kat Dutch... Kalau tak rasa pape, maknanya dah takde la kan perasaan aku kat dia.. Namun aku silap, ada satu hari tu aku dapat tahu Dutch try nak tackle kawan baik aku.. Aku kenal sangat kawan aku ni, lelaki yang datang di reject nya tanpa rasa belas kasihan. Entah kenapa waktu dia tunjuk semua mesej-mesej Dutch, hati aku rasa sangat sakit.. 

Naik form4, cerita aku dan Dutch tetap menjadi perbualan. Aku tak paham kenapa. Kawan-kawan Dutch masih mengusik aku ngan Dutch.. Ada la jugak yang datang cerita kat aku pasal Dutch dan kawan aku tu cuma gurauan semata-mata sebab hati dia ni sangat kental, susah lelaki nak try.. sebab tu la Dutch nak try..nak tengok sejauh mana kekentalan hati dia nih... Peduli apa aku ngan semua tuh sebab masa nih aku dah betul-betul buang Dutch dari hidup aku...

Aku tak tahu kenapa, aku dan Dutch sangat femes sehinggakan junior-junior aku pun tahu.. Dorang siap datang tanya aku, macam mana hubungan aku ngan Dutch.. apa yang Dutch suka, blablabla... Aku pun siap cari dorang dari mana dorang dengar cerita pasal aku dan Dutch.. Dorang pun ceritalah yang Dutch selalu sebut nama aku kat tempat tuisyen dorang.. cerita pasal aku.. hmmm... 

Sampai hari ini aku sendiri tidak mengerti semua yang berlaku.. Aku malas nak merungkaikan semua ini.. Yang pasti, apa yang berlaku ni akan aku pahatkan menjadi satu kenangan dalam hidup aku.. Dan aku nak abadikan ia dalam blog aku kerna inilah sejarah aku... 

So nanti bila aku dah tua (hukk.. xnak tua boleh?..), bosan tak tahu nak buat apa, aku bukak blog ni dan baca entri-entri2 yang ada.. at least cerita Dutch ni akan mengingatkan aku waktu zaman persekolahan... =]

p/s: Dutch sekarang, still tak berubah.. sama seperti dulu.. Dan ikhlas aku cakap, kalau nak cari calon suami, cari lah orang macam Dutch...

Ratu Di Hatiku

Pernah aku mencintai wanita
tapi tak seperti saat ku mencintaimu
Pernah aku merindukan wanita
tapi tak seperti saat ku merindukanmu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Pernah aku menikmati wanita
tapi tak seperti saat ku menikmatimu
Pernah aku menangisi wanita
tapi tak seperti saat ku menangisi mu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku


-T.R.I.A.D-


Bila kira, lama jugak aku tak rasa bahagia macam ni. Terima kasih untuk kebahagiaan yang awak berikan tanpa awak sendiri sedari.. :)

Wednesday, 17 September 2014

Ribena Si Jebon

Aku pernah post entri ni tapi terpaksa tarik balik atas sebab tertentu.

Sebelum si Ribena block aku dari fesbuk dia.. setiap kali aku bukak fb, mesti terpampang gambar dia ngan girlfren. Hm, pergi honeymoon rupanya mereka ni. Banyak jugak tempat mereka pergi. Latest, tak silap dah fly Philippines.  

Jeles? Sikiiiiittttt pun takde. Cuma geram.. haha. Geram sebab apa? Takpelah, malas nak cerita. Bab kata Cotton Candy, 'Anggap sedekah je...' (ade kaitan ke? ;p) Cakap pasal mende ni, jujur aku tak kisah cuma aku nak satu je iaitu barang yang bernilai tu aku nak dia ganti balik. Yang lain, lantak dia lah..

Bila tengok gambar dorang ni.. tergelak pun ada. Pasalnyeee.. semua tempat dorang pergi tu, semuanya tempat yang pernah si Ribena ni bawak aku. Kata Popcorn, 'mungkin dia nak replace the memories kot'. Dan lagi satu, tempat yang dia nak bawak aku pun, dia angkut sekali girlfren dia ni pi. Hm, tertanya gak aku sebenarnye motif dia ni.

Yang terbaru, si Ribena dah tukar num. Aisehh.. susah la nanti aku nak tuntut barang aku yang dah lama terperuk kat rumah ex dia. Nak je aku p terus rumah ex dia tu tapi tak kenal lah pulak yang mana satu. So, kena mintak pertolongan Mai. Mai je la satu-satunya harapan aku.. 

Kepada Popcorn, nanti teman saya pergi amik barang k :)


Tuesday, 16 September 2014

Kehidupan Baru

Hi hi hi! 

Selamat menyambut Hari Malaysia sumer! Dannnn selamat bercuti.. hoyeaahhhhh!!! 

Ada masa, ada ruang sekejap ni.. saja nak berkongsi cerita kat tempat belajar aku. 

Kat sini, semuanya sangat-sangat baru untuk aku. Minggu pertama, agak perit dan memerihkan. Bayangkan, kau kena survive sorang tanpa kawan yang kau kenal dan classmate kau tu pulak, mereka dah jadi classmate untuk tiga tahun. Tetiba masuk aku dalam kelas dorang.. sapa nak pedulikan kan kannnn.. Terkontang-kanting la aku kat sini..

Masuk minggu ketiga, mereka dah start rapat ngan aku. Aku pun dah start lepak, keluar makan sama-sama ngan dorang. Sebelum ni, pergi dating ngan rumet je memana.. Sekarang? Hmm, jarang-jarang da keluar ngan rumet..hohooo

Hm! Belajar di sini, agak berbeza dengan kolej dulu. Di sini, peraturan dia boleh kira tahan ketat la terutama kalau nak keluar masuk. Tapi, aku macam biasa.. 'break the rules is my rule' :D.. Aku tak pernah nak letak kad or watsoever bila nak keluar p memana. Leceh weh! Macam budak sekolah sangat..

Hee.. tapi apa yang best kat sini.. awek-awek kat tempat aku belajar ni cantik! Terutama yang chinese..haha. Tengok pulak rambut yang ala-ala tak berapa nak panjang, tak berapa nak pendek. Ish, taste aku la tuu.. Tapi, still tak leh tanding pujaan hati aku - Ariana Rose!

Duk kat sini, aku kurang bersenam weh! Kekadang je aku turun padang p jogging. Takpun, main badminton.. Tu pun boleh kira bape kali aku main.. Aku tak tahu kenapa pompuan kat sini kurang bersenam. Sampai aku pun jadi malas.. Burok betul perangai! haha

Pasal kawan pulak.. Um, kawan-kawan kat sini so far so good. Cuma, aku dapat banyak nasihat suruh berhati-hati sikit bila berkawan ngan classmate aku (tak sumer, hanya sebilangan je). Kenapa? Panjang ceritanya. Cuma apa yang aku dapat simpulkan, dorang ni talam dua muka. Tapi, so far aku takde la judge dorang camtu sebab tak kena batang hidung sendiri kan. Just berhati-hati jela bila berbicara tu.. Dan lagi satu nasihat, jangan pernah kenalkan bofren kat dorang ni sebab tak mustahil nanti bofren kau tu rapat ngan mereka-mereka ni dan tup tuppppp jatuh hati! Maka, melepas la kau.. sobs sobss

Tapiiii, mengikut kawan aku ni.. dorang dah banyak berubah. Cuma, paham-paham la kan.. bila berubah, bukan 100% mereka berubah.. ada jugak sisa baki yang tinggal yang tak dapat di ubah. Aku hanya angguk tanda faham.. haha

Dah 4 bulan aku duk sini dan overall, kehidupan baru aku ni best. Alhamdulillah.. aku berjaya menempuh hidup kat sini dengan jayanya.. Weeee~~ :D

Saturday, 13 September 2014

One Girl In A Million


One girl in five maybe you maybe look away
One girl in ten maybe you give the time of day
One girl in fifteen and you’re cultured and polite
Oh please, and thank you, let me stay another night

But one girl in a million 
Will be your confidant, your paramour, your partner in crime
One girl in a million, 
Only one girl in a million is a friend for life.

Two girls make a party
Three girls make a war
Four girls make an opera and
Five just make you soar
Each one is so different, yet you remain the same
A lonely man with memories, who's not too good with names

“We will stand beside you, 
stand beside you when your moneys all run out...
and understand what moonlight
and a long walkout to know is all about”

One girl in fifty you might give a happy end
One girl in sixty throws you out upon your rear
Eighty had you crying 
Ninety bakes you cakes 
One hundred broke the bottom, broke your head and broke the vein

But one girl in a million 
Will be your confidant, your paramour, your partner in crime 
One girl in a million,
Only one girl in a million is a friend for life... 
One girl in a million
Only one girl in a million is a friend for life...


-Jennifer Beals-


Tuesday, 26 August 2014

Jawapan Yang Tak Terungkap

Kehidupan yang normal.. Lelaki mestilah dengan perempuan. Nak berkasih, mestilah berlainan jantina.. apatah lagi apabila bab kahwin. 

Apabila bergosip, mestilah perempuan ni ngan lelaki tu.. dan sebagainya. Ceritanya berkisah lelaki DAN perempuan. Apabila berkongsi cerita.. aku dan bofren aku kan..., bofren aku kan...., haaa ni lah bofren aku dan blablablaaa.. Dan apabila satu soalan diajukan..

"Apple, nak tengok gambar bofren.."

Jawapan yang tak mampu aku ungkapkan. Hanya sekadar senyuman manis lagi comel mampu aku berikan..

"Ala.. nak tengok je.. bolehla Apple.."

Lagi sekali senyuman yang sama mampu aku ungkirkan. Hahaha, maaflah kawan. Cuba next time tanya, nak tengok gambar girlfren.. Haa, kompem terus aku kasi..kekeke 

Kekadang, teringin.. sangat sangat teringin ingin berkongsi cerita tentang kisah kita dengan pasangan dengan kawan-kawan. Namun, apakan daya.. Hanya telinga yang mampu mendengar cerita, dan mendengar luahan.. 

Cukuplah, dengan hanya sekadar kekadang mulut berbicara. Tu pun, berlapis gila!

Manusia, semua sama anggota badan..  namun daya pemikiran itu, sangat berbeza. Silap bercerita, nahaslah yang kau cari. 

Beginilah kehidupan aku, seorang insan yang sukakan perhiasan dunia - perempuan. Cerita yang mampu diungkap dengan mereka yang satu jalan dengan aku.. takpun, di abadikan dalam blog dulu_kini_masa depan.

Tuesday, 19 August 2014

Swatch Pengikat Ikatan

Kedatangan Popcorn kali ini sangat bermakna. Banyak benda baru yang kami belajar dan yang paling penting, mengenal hati budi masing-masing secara lebih mendalam. 

Dan yang paling best ialah...

Tadaaaa! Jam Swatch pemberian Popcorn sebagai tanda ikatan hubungan kami.


Seriously, aku sangat suka jam ni. Combination colour yang menarik. Hee.. aku ni dah la jenis suka colourful, so pilihan Popcorn sangat tepat! Terima kasih ye.. next time bagilah lagi.. ngee :D

Bukan tu je, kali ini banyak tempat baru kami explore. Antaranya, naik bot penambang ke Kg.Laut. Sebenarnye kami main hentam je. Niat asal nak pergi menara tinjau tapi tutup. Alang-alang dah bot ni sebelah menara je, apalagi.. terus pergila kan. Tanya pakcik bot, dia cakap Kg.Laut ni terkenal dengan wayang kulit dan serunding. Haa, okay la tu. Tak pernah lagi aku tengok wayang kulit depan mata. Dapatlah jugak try main wayang kulit tu walaupun agak kekok di situ..

Cakap pasal makanan pulak. Lunch aritu, aku bawak Popcorn pekena teh tarik madu ngan sup ikan kat area PCB. Yang ni memang terbaik.. Korang boleh tanya pakcik gugel ' Teh tarik madu Pak Mat'. Harga RM3 untuk segelas. Okay la kan.. Cuma sup ikan dia ni portion besau. Tak larat eh dua orang nak habiskan. Aku rasa, dalam 4 or 5 orang pun boleh tu..

Pastu, dinner pulak kami try tomyam kat restoran.. er, aku lupa nama dia. Yang ni kawan aku rekomen. Tomyam dia memang sangat sedap! Pedas, masam, manis..perfecto! Kawan aku cakap, kedai ni Siam punya.. No wonder la nyumm. Aku yang jenis tak tahan pedas pun sanggup makan sebab sedap punya pasal.

3hari 2malam Popcorn kat sini, sangat sekejap rasanya. Hari Ahad kami terpaksa berpisah sebab masing-masing ada komitmen. hmmmm.. Sabar jelah..

For the next time, kami nak try ke air terjun pulak. InsyaAllah, kalau takde pape yang menghalang..


Tuesday, 12 August 2014

Harapan Dan Kekecewaan

Apabila harapan itu menggunung tinggi, ditambah pula dengan ke'eksaited'an.. dan bila mengetahui akan realitinya, ohhhh.. betapa kecewanya hati nih.. *me and my broken heart~

Hati yang berbunga terus jadi kosong.. harapan yang hanya indah dalam khayalan..

Sobs, sobsss.. T____T

Aku tak salahkan sesiapa, mungkin di situ ada miscommunication.. cuma aku ni haa berharap sangat. Bila tak dapat, mulalah nak kecewa segala bagai. 

Benda tu mungkin nampak tersangat kecik, bahkan tak penting pun.. tapi untuk aku tak.. sebab aku menunggu lama kotttt

Ah, lagi satu perkara yang buat aku hampir nak menyumpah seranah segala bagai.. Tetiba dapat mesej dan mengatakan 'Sukacitanya, saudari terpilih untuk mengikuti kursus bla,bla...blaaaaaaaa...'. Sukacita kepala hotak dia kot.. Tu namanya dukacita. Siyes, aku tak tahu banyak-banyak manusia kat kolej ni, aku jugak yang dia berkenan.. Dah la bulan september.. Gila! Ngan esemennya, nak buat arca lagi, nak camping la.. program lagi.. stressssssss!

Paling stress kursus tu laa.. Mende lain aku boleh tolak ansur lagi. Aku harap sangat tarikh kursus tu clash ngan aktiviti lain. Malas aku p kursus.. Aku rela pegi camping seminggu daripada p kursus yang hentah hape-hape.. Biasanya kursus ni mesti di selitkan jugak ngan politik. Muak dah aku ngan mende alah ni.. Bagi je nama kursus sekian, sekian.. tapi fokus utama 'kerajaan'..

Hmmm... 

Thursday, 7 August 2014

Double Triple Pain

Ulser menyerang!

Sakit okei..! Nak makan pun kena pelan-pelan. Siap kawan aku cakap masa ni lah dapat tengok aku makan dengan ayunya. Hampeh betol..haha. Kebetulan classmate aku sorang pun kena ulser jugak. Maka, ber'share' bonjela la kami berdua.. Bonjela ni dah turun temurun dari tangan tuan empunya kepada orang ni, orang tu dan akhirnya kepada kami berdua. Dan yang menarik, mangsa semuanya classmate aku..

Haa, tu baru ulser. Belom kira lutut aku ni yang kejap okey kejap tak okey. Aku rasa lutut aku ni memberontak sebab dah lama aku tak exercise kot. Mungkin minggu depan aku patut turun padang? ngee~

Pastuuuuuuu, aku tak tahu ape kes ngan mata aku ni. Aku rasa macam nak membengkak tapi tak bengkak pun. Aku takut gak sebab semalam rumet aku kena 'cium' ngan charlie. Ni bukan charlie chaplin okei.. charlie ni sejenis serangga.. Korang gugel sendiri la kalau nak tahu lebih lanjut.. hee. Tapi, charlie ni bukan sembarangan serangga weh.. boleh bawak maut!

Lagi satu, alergik aku ni haa. Aku tak tahu aku makan ape, tapi efek dia..perghhhh....! Menyakitkan hati je.. Dah la aku ni jenis main bedal je nak makan ape tapi tak pernah la worst camni. Ubat pulak takde sebab dah lama aku stop amik.. sebabnya, MALAS =="

Abang aku dah haramkan aku makan seafood segala bagai tapi biasa la, adik dia ni degil nak mampus. Takde nak dengar.. Sampaikan nak bukak kolej ni, dia buat betting lagi ngan aku. If aku tak makan seafood dan segala yang berbisa tu dalam masa dua minggu, nanti dia belanja aku. If tak, aku pulak yang kena belanja dia.. aisehh!

So, sekarang bila nak makan.. aku kena pikir dulu. Takleh dah main cedok je walaupun kekadang aku bedal je..hahaha.. Sorry, bro! ;p

Nway, doakan aku cepat sembuh k.. huhu.. Taknak la jumpa si dia nanti ngan keadaan macam ni. Tak best kot! T__T


Wednesday, 6 August 2014

Mat Ri Yeeeee!

Fuhh fuhhh.. Lama giler rasanye aku tak update blog. Kerja belambak sampai aku tak tahu mana satu yang nak buat dulu. Dua bulan ni memang sibuk ngan esaimen je memanjang. Habis bulan Ogos ni, aktiviti luar pulak menyusul.. haizt!

Nway, Mat Ri Yeeee! (Selamat Hari Raya!) :D Tak terlambat lagi kan nak wish..hehe.. 

Raya tahun ni alhamdulillah, better than last year. sobss.. Tahun lepas beraya di perantaun, maka duit raya pun tak dapatla kan.. huhh.. kering je poket tahun lepas. Tapi, tahun ni poket aku kembali tebal! Haha.. best woo walaupun umur macam ni masih dapat duit raya. Serius, terasa diri ini masih lagi muda.. mihmihmih :3

Dan tak sangka.. rupanya ramai jugak yang merindui aku. Al maklumla.. jadi perantau tahun lepas kan. Mak sedara aku kamain lagi peluk aku (dah la lama), cakap rindu bagai.. hahaha. Paling best, pergi rumah jiran waktu kecik-kecik dulu. Nostalgia gila! Dapat bergelak ketawa semua.. Kami semua ni dah macam adik beradik. Harap mak ayah je lain-lain..

Open house tahun ini sangat-sangat menggalakkan. Sebelum asar, main food dah habis da. Kesian pulak tetamu yang datang lepas tu. Menjamu kuih raya jela jawabnya.. Dan, kehadiran ex abang aku lagi memeriahkan suasana rumah. Walaupun bergelar ex, hubungan dia dan keluarga aku masih lagi akrab. 

Meskipun tahun ini aku dapat beraya bersama keluarga, namun jauh di sudut hati.. aku masih teringat raya tahun lepas. Ingat bukan bermakna rindu.. tapi kesakitan, keperitan dan keperihan itu masih dirasai. Kalaulah aku boleh delete memori tu dalam otak ni kan best..

Hm..

Papepun, Selamat Hari Raya sekali lagi! Maaf ampun dipinta atas salah dan silap selama ini. Andai ada yang terasa, kecik hati dengan penulisan aku.. mintak maaf sangat-sangat.. Dan yang mana mintak duit raya ngan aku tu, sorrylah tak dapat kasi lagi. InsyaAllah, lagi dua tahun meh tuntut ngan aku okei :)


p/s: menghitung hari


Friday, 25 July 2014

Penyatuan Dua Hati

Setelah berbulan lamanya kami berkenalan, mengenal hati dan budi.. Dan sepanjang itulah, banyak kali jugak aku tidak menyambut tangan yang dihulurkannya. Hanya jawapan 'Sabar.. apabila tiba masanya..' yang dapat aku ungkapkan meskipun blind date pertama kami berjalan sangat lancar.

Namun, setelah melihat betapa gigih dan tidak kenal erti putus asa dan penat lelah dalam meraih serta mencuri hati aku.. di situ, aku nampak betapa ikhlas sayangnya terhadap aku. Walaupun kekadang ada juga dirinya mengeluh, meluahkan perasaan sampai bila hubungan kami ini harus bergantung - tanpa satu ikatan. 

Minggu lepas merupakan birthday aku dan dia sanggup datang jumpa aku di mana perjalanan yang mengambil masa enam jam. Meskipun tiada hadiah, tapi kehadirannya sudah cukup sebagai hadiah birthday aku yang paling istimewa. 

Selama tiga hari dia kat sini, sabar je dia duk layan kerenah aku yang mengade ni. Dah la aku ni susah nak bangun bila waktu sahur tapi, dia cukup sabar kejutkan aku.. Suapkan aku makanan dan yang paling manis, waktu dia menjaga ketika aku sakit. Masa nilah, hati aku berkata.. 'Dia lah orangnya..'

Dan pada pagi 20 Julai 2014, aku melamar dirinya-Popcorn sebagai pasangan hidup aku. hehe.. dia macam tak percaya je sebab tetiba je aku melamar dia. Banyak pulak soalan dia.. 'Kita ni dah kapel eh?', 'I'm ur girlfriend?' haha.. adeiii.. 

Maka, tarikh ini menjadi saksi di mana terpatrinya hasil penyatuan dua hati dan jiwa. Di saat ini jugalah, termeterainya ikatan serta janji dan bermulalah pelayaran bahtera buat kami berdua. 

Buat Popcorn, thanx sudi datang jauh-jauh semata nak sambut birthday saya. Next time datang, jangan lupa bawak hadiah sekali eh.. hoho.. ;p Dan, maaf andai banyak sangat kekurangan dalam diri saya.. kerna saya baru belajar bertatih dalam mewarnakan lagi hubungan kita ini..

Doakan kami..


p/s: balik kampung wehhh.. jommmm!

Saturday, 12 July 2014

Because Of Love

If I add up all the amount, it is about 14k. 14k for a year and a half. And can you believe, I'm not the one who spend all 14k. Crazy! Yeah, crazy and stupid because letting other to handle the amount. Thing that I regret most in my life.

Although I need some money, I never ask from that person even if that is mine. Such a fool. What do I do then? I earn my own cash by joining rewards club. Till now, I still active in making money.

There once, I get 4.5k. I just take 1k. And the balance I give to that person. Half of it I save it in my 'pocket' and half of it I spend it - wisely. Soon after, I mean in two month I think, that person ask for 0.3k. That person said, 'I lost my card. I need that amount to pay something'. And once again, I did the same thing by giving the person that amount.

When I reflect on what I have done, I'm so stupid.. because in the end, I'm all alone. Everything that person promised me is fake. And the worst, that person is missing now..

'Whatever happen in the future, I will pay you back.. I'm promise.' This is what that person is saying long time ago.

Because of love, I believe those word. Because of love, I give everything. Because of love, I lost everything. Because of love, it is hard for me to put trust in people. And because of love, I through all these things ALONE..

But, Allah is a planner. There are some reasons why I have to walk in this path.. Even sometimes, I did mad at Him.. asking Him why must He put me in this trouble because I'm not strong enough to through this.

Now I understand why He put me through so much pain.. because He wanna give me this beautiful rainbow which I can see it today..


Wednesday, 2 July 2014

Panahan Cupid

Beberapa hari sebelum berpuasa, kehidupan aku di kolej ini 'diganggu' dengan kehadiran seorang insan yang hanya aku kenali di alam maya. Aku namakan dia PopCorn. Tidak aku menyangka, kata-katanya yang ingin berjumpa aku adalah benar belaka. 

Dan boleh aku katakan, ini ialah blind date ;p

Jujur, aku sangat malu. Entah kenapa, aku rasa sangat malu padahal kami dah berhubung selama setengah tahun. Dah banyak benda yang kami bualkan, tapi perasaan malu itu sangat menebal. hahaha.. poyo kan..

Hari demi hari berlalu, dan tibalah saat itu. Giler la jantung aku ni berdegup.. macam nak pecah rasanya! Cool, rileks.. aku cuba tenteramkan hati.. 

Wajah yang selama ni aku tatap tru fon sekarang dah ade depan mata! Umm, agak berlainan sikit. Macam dalam pic, nampak tembam je pipi tu haa tapi bila in real life..hmm, okay.. not bad. I like! :D

Sepanjang berdua dalam kereta, aku banyak senyap. krik krik krikkk..hahaha.. malu weh! Di tanya sepatah, aku jawab sepatah. Pastu, disebabkan tak tahu nak borak apa, aku pun mesej si Cotton Candy. Yang ni pulak satu hal.. kalau tak membahan aku memang tak sah.

Tempat ni aku tak explore pun lagi maka aku dan Popcorn gamble jela nak pergi jejalan kat mana. Satu je aku tak paham dia ni.. suka sangat ajak aku pergi pantai pukul 4. Panas kot! Macam waktu lain tak boleh p pantai je.. Berkerut-kerut mata dan dahi aku ni duk menahan keterikan matahari..

Walaupun tak banyak tempat sangat kami pergi tapi so far, semuanya best dan fun. Aku dapat kenal dia dengan lebih mendalam.. dan yang paling penting, aku dapat rasa sayang dan cinta dia kat aku.. awww~ hahaha :P

Sebenarnya, dah lama dia menunggu. Sentiasa sabar dalam menanti jawapan aku.. tapi aku seperti biasa memberi jawapan yang sama.. "I'm not ready yet..".

Sesungguhnya, blind date ini sedikit sebanyak telah membuka ruang hati aku untuk menerima dirinya..

Dan mungkin inilah masanya untuk aku berkata, "Yes, I do".. kan?


p/s: Happy Ramadhan! :D

Friday, 27 June 2014

Permulaan Hidup Baru

Alhamdulillah, dah seminggu aku berada di tempat baru setelah sekian lama aku melemakkan badan aku hampir setahun.. (takdela lemak sangat pun ;p). Dan selama setahun tu jugaklah otak aku ni tak bergerak.. Bila dah sambung belajar ni, haa maka mulalah kena cari gali balik mood belajar..

Di sini, semuanya baru untuk aku. Aku hanya kenal junior sekolah aku dulu. Okayla kan dari takde langsung. Terkejut macam tak percaya dia waktu aku cakap aku pindah sini. Hahaha.. berlari dia datang jumpa aku. Apa lagi, kenalah bahan kat aku satu dua sebab makin membulat dia sekarang. 

Tengah borak ngan junior, datang classmate dia. Maka sesi berkenalan pun bermula. Dan seperti biasa, mereka semua label aku 'chinese'! adeii.. hahaha.. Esoknya, aku pergi kuliah dan ternyata classmate aku pun terkejut sebab mati-mati dorang ingat aku ni chinese. Ish, cepat betul gosip liar tersebar kat sini..

Budak classmate aku okay. Kepala gila-gila. Dapat pulak lecturer yang melayan gila-gila dorang..so lagi happening la kelas tu. Hasil soal siasat, budak classmate aku aktif rugby touch.. haa, peluang baik ni! Nanti boleh aku join team dorang sebab aku pun minat ngan rugby touch ni. Aku sentuh kau, kau mati..kekeke..

Hostel aku sekarang kalau nak dibandingkan ngan yang lepas, lagi selesa dan lagi luas sekarang. Tengah-tengah tu pulak ade court badminton. Lagi best beb! Petang-petang, ade la amoi-amoi duk main badminton. Amoi pun amoi la kan, janji aku dapat main. Dengan muka tak malu, dah la takde raket.. pergi mintak raket dorang dan join dorang main. hehe.. 

So far, hidup kat sini okay. Cuma kekadang adelah jugak sekelumit perasaan rindu kat tempat dulu.

Semoga kehidupan aku kat tempat baru ni, dipermudahkan segalanya. Aminn..

Sunday, 22 June 2014

Follow The Flow


I have done this thing before. And yeah, the ending is totally disaster.. 
How I wish I could turn back the time
Oh 2012, please come back to me
I wanna restart my 2012

But for how many times I wish for it,
it is nothing.
Past is past..

And for the future, I have promise myself that I won't do this anymore
Just follow the flow


p/s: do wait for me k :)

Wednesday, 18 June 2014

"Boleh buat menantu ni"

Beberapa bulan yang lepas, di negara A.

"Pandainya dia buat air..", sapa seorang wanita - makcik.
"Eh, teh o je pun cik", kata aku - sambil taruk gula dalam cawan.
"Boleh buat menantu ni"
'Erk, apehal plak makcik ni..' Aku hanya mampu tersenyum. "Okay la cik, saya pergi dulu ye..".

Sejak hari tu, makcik ni mesti akan cari aku. Terutamanya bila nak bergambar.

"Apple, tolong ambil gambar..". Padahal ramai lagi yang ada, aku jugak yang kena. Mujurlah aku ni jenis suka ambil gambar so takde hal lah makcik.. 

Pernah sekali aku terserempak ngan dia dalam lif. Masa tu aku turun nak ke lobi. Aku just kenakan sweater je, malas nak tukar baju bagai. Setakat ke lobi je pun.

"Eh, nak gi mana ni?", tanya makcik ni. "Hee, nak gi lobi", jawab aku.
"Comelnye dia..", katanya. Aku senyum jela. "Boleh la buat menantu..hehe", sambungnya lagi. 

Aiseh, ni yang aku taknak berdua ngan makcik ni.. Pastu aku ubah topik, masuk cerita lain. Pheww, mujur dia layan. Kemudian cerita pasal anak-anak dia kat aku. Aku layan jela kan. Kelakar la jugak makcik ni...adeii sakit perut aku duk gelak. 

Memang sampai ke sudah - hari terakhir, kalau nak bergambar dia akan suruh aku. Sedangkan depan mata dia tu, ada je haa budak muda rombongan kami jugak tapi di endahkan je. Aduhai..hahaha..

Dan masa hari last tu jugak, ada wanita negara mana entah..dia tolak troli sesuka hati je dan 'dush!'. roda troli tu terkena kaki ayah aku. Terhencut jap kaki ayah aku. Aku pun secara spontan terkeluar "Ish dia ni.. tolak la leklok.. cepuk kang". 

"Alahai, tak jadi nak buat menantu..". Aku toleh ke belakang, oh makcik tu. "Takdela makcik.. agak-agakla kalau nak tolak troli pun. Ni main redah je..", kata aku. Hmm dengar pulak makcik ni eh. Padahal aku cakap perlahan je. Hmm, biarlah janji aku dah selamat..kekeke..

Dah selamat sampai tanah kelahiran, aku usha jugaklah makcik ni. Kalau boleh nak la salam cium tangan dulu. Mana la tahu tak jumpa dah. Tapi, dah takde da. Hmm, mungkin masa tu aku sibuk duk layan sorang mamat ni kot..hahaha ;p


p/s: akanku jejak tanah ini lagi.. dengan izinNya.

Saturday, 14 June 2014

No One's Gonna Love You

Sad and beautiful song. When things don't work out, that person will always have a place in your heart - will forever love her/him.


It's looking like a limb torn off
Or altogether just taken apart
We're reeling through an endless fall
We are the ever-living ghost of what once was

But no one is ever gonna love you more than I do
No one's gonna love you more than I do

And anything to make you smile
It is my better side of you to admire
But they should never take so long
Just to be over then back to another one

But no one is ever gonna love you more than I do
No one's gonna love you more than I do

But someone,
They could have warned you
When things start splitting at the seams and now
The whole thing's tumbling down
Things start splitting at the seams and now
If things start splitting at the seams and now,
It's tumbling down
Hard.

Anything to make you smile
You are the ever-living ghost of what once was
I never want to hear you say
That you'd be better off
Or you liked it that way

But no one is ever gonna love you more than I do
No one's gonna love you more than I do

But someone
They should have warned you
When things start splitting at the seams and now
The whole thing's tumbling down
Things start splitting at the seams and now
If things start splitting at the seams and now,
It's tumbling down
Hard.

p/s: mohon doakan kesembuhan patella aku

Monday, 9 June 2014

Skandal. Perlu ke?

Tepuk dada, tanya hati.

Bagi aku, hidup dengan skandal ni best sebab boleh melayan sana sini terutama bila hidup bujang. Tak payah nak risau pasal hati awek. Dah awek takde, buat apa nak risau kan? Enjoy life la beb! hahaha :P

Dulu, aku tak main la skandal-skandal ni sebab dah memang ada orang yang tercinta kan.. Kalau setakat crush tu memang berlambak la. Dan bila aku tercrush dengan seseorang, aku akan cerita kat partner aku. Kejujuran itu penting oke.. Lagipun crush aku ni datang dan pergi je.. tak pernah nak stay dalam hati.

Sebut pasal crush.. crush ni banyak kategori dia. Yang datang pergi tu biasalah kan walaupun excited bila jumpa dia.. tapi niat untuk jadikan partner sikit pun takde. Lainlah dengan crush yang berjaya membuat kau terbang ke udara, hati sentiasa berbunga-bunga dan buat kau tersenyum sorang. Kalau single, terus melamar la kan.. tapi kalau dah berpunya, pikir beratus kali lah yekkkk.. (bukan crush je, skandal pun sama)

Kembali kepada isu di atas.

Bila sakit bercinta, aku menyesal sebab tak pasang skandal banyak-banyak waktu berdua. So nanti if break up, at least dalam genggaman dah ada simpanan. Meranalah seminggu paling lama, pastu on la pulak ngan skandal. Dan kembali menjalani hidup berdua..

Hmm, boleh tak aku nak main skandal-skandal ni? Macam best je kannn.. Bila sakit ada tempat nak mengadu, merengek.. Bila marah, sakit hati dan sedih, ada tempat untuk luahkan perasaan. Dan kat sini boleh aku katakan bahawa skandal pengubat lara. Tak kira untuk yang single mahupun dah berpunya.

Tapi bak kata mereka, 'sampai bila nak berskandal?' 'Tak kesian ke kat dia?' 'Tu namanya selfish!'. Terdiam aku sejenak - tak dapat nak membalas. Benar semua kata-kata mereka..

Kalau takde skandal, seolah aku tak belajar dari pengalaman. Tapi, bila ada skandal seperti aku memainkan hati dan perasaan mereka terutama yang sayang kat aku. Kalau dah berpunya, seperti aku dah berlaku curang.

Maka, adakah perlu skandal ni? terutama kepada orang yang single..


Friday, 6 June 2014

Coretan Hati II

Saat bersama, pelbagai janji dituturkan. Gunung-ganang sanggup daki, lautan api sanggup redah asalkan dapat berdua. Yang buruk, yang busuk semuanya buang ke tepi.. namun semua itu hanyalah seketika - sewaktu bercinta.

Tidak aku menuding jari ke atasnya(Ribena) seorang atas apa yang terjadi. Salah aku jugak yang sangat sayangkan dirinya dan terlalu mengikut kata hati sedangkan kepala otak berkata jangan. Benar, cinta itu buta sampaikan aku sanggup buat apa sahaja demi dia. Tinggalkan segalanya untuk dia seorang.

Aku pejamkan mata, memekakkan telinga dan telan semua yang pahit hanya untuk bersama dia. Janjinya yang pernah diungkapkan sebelum terjadinya peristiwa itu hanyalah sekadar janji. Tidak pernah mencuba untuk kotakan. Dan inilah salah satu puncanya. Punca utama.

Manis saat dia berbicara, hingga aku turut terpana. Bukan aku seorang, janji yang ditaburkan kepada sahabatnya juga hanyalah sekadar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Satu persatu dipersalahkan padahal dia yang cepat melenting. 

Banyak yang dia sembunyikan dari aku tapi terkantoi sendiri. Pastu mulalah mencari alasan diiringi tangisan. Aku ni dah la lemah dengan air mata.. terus jadi lembut hati. Bila kantoi lagi, menangis lagi.. aku pun lembut hati lagi..haizttt

Sampai bila harus aku tanggung semua ni. Dan aku tahu dia takkan pernah nak kotakan janjinya sehinggalah hari ini. Sikit aku tak sedih waktu memutuskan hubungan ini mungkin kerna terlalu banyak hati ini disakiti dan duk asyik makan hati.. Aku rasa lapang sekarang.. hati senang :)

Kekadang, kenangan manis itu datanglah jugak menerjah dalam kepala otak.. tapi bila difikirkan yang masam dan pahit semua tu.. semua yang manis bertukar menjadi tawar. 

Cukuplah dengan apa yang berlaku. Walau hati ini masih sakit, dan masih ada sisa-sisa luka.. namun aku harus melangkah. 

Di kesempatan ini jugak.. aku nak ucap terima kasih buat Cotton Candy yang telah meminjamkan aku kekentalan hatinya.. dan sudi mendengar segala luahan aku selama ini. Terima kasih jugak sebab selalu nasihat dan marah aku. Dan buat si Bam, thanx sebab selalu disamping aku..


Wednesday, 4 June 2014

Perfect Match

Rancangan TV yang takkan aku miss setiap hari Ahad, jam 6.30petang di ntv7 (I feel good..haha). Dah lama sebenarnya rancangan ni siar kat TV tapi saja nak update kat blog. 

Kalau dulu aku sorang je yang duk ngadap TV tengok show ni. Kekadang ditemani adik dan abang aku. Dan sekarang siap mak aku sekali join..hahaha.. Penangan mencari jodoh!

Fokus utama mestilah 24 perempuan yang cantik jelita! Bukan calang-calang orangnya ye.. semuanya yang educated. Peserta lelaki pun apa kurangnya.. cuma kekadang aku tengok peserta lelaki ni kebanyakannya tak hensem..hoho. Tapi tapi, walaupun takde rupa sangat..mereka poket besar oke!

Nak pikat hati perempuan bukan senang. Peserta lelaki kena melalui 3 stage. Kalau sampai ke akhir ada yang masih mengekalkan lampu hijau, maka dapatlah dia bawak balik mana yang still on kan lampu. Kalau ramai yang masih on, dia boleh buat pilihan mana yang dia nak. Kalau semua 24 lampu dipadamkan, balik tangan kosong la mamat tu..kekeke 

Banyak-banyak 24 orang tu, ada dua orang yang telah berjaya mencuit hati aku. Nombor 4 dan nombor 9. Aku tak tahu nama dorang sebab kecik-kecik dulu aku tak belajar Mandarin. So, tak pandai nak baca. Aku teringin jugak nak tengok lelaki mana yang berjaya pimpin tangan dua orang awek ni. Banyak jugak yang datang semata-mata demi mereka tapi semuanya ditolak. Aku pun tak paham apalah perempuan-perempuan ni nak sebenarnya..hmmm..

Nombor 4 ni agak pendiam sikit tapi sangat cun! (bagi aku la..) Nombor 9 ni pulak, ada je celoteh dia..haha.. comel aku tengok..Kekadang tu nampak jugakla manja dia ni.. Paling best bila dia bertekak lidah ngan nombor 10. Tergelak-gelak aku tengok. Mereka berdua tak pernah bersependapat dan ada je yang nak dibantah. Jarang tengok mereka bergabung. 

Tengok pun tengok jugak tapi banyak sebenarnya aku belajar. Macam mana nak pikat hati perempuan.. apa yang perempuan tak suka.. Lebih-lebih lagi bila tiga pengacara tu bagi tips. Sangat berguna!  

Hmm..kalaulah aku orang China, nak je aku join show ni. Mana tahu dapat pimpin tangan awek nombor 9 tu :) 


Monday, 26 May 2014

Tangkap Muat

"Awak memang tak dapat hidup tanpa pompuan kan?"

Kata-kata yang pernah dilemparkan Ribena semasa last conversation kami berdua. Tidak aku menyangkalkan kerna memang benar, apa jua cara sekalipun aku tak dapat hidup tanpa perempuan di sisi. Perempuan di sini tak bermaksud partner mahupun kekasih gelap. Cukup hanya sekadar teman untuk berbicara.

Saat terputusnya hubungan yang terjalin, benar ada yang mencuba menghulurkan tangan namun aku bukan jenis yang tangkap muat. Apatah lagi Shiznat iaitu ex pertama aku yang masih mengharap dari aku. Ada jugak sekelumit perasaan untuk menyambung balik ikatan yang pernah terputus tapi sampai bila harus membiarkan dia hidup dalam bayang-bayang aku? 

"I'm sure, you will find your love soon.. believe me"
"Yea, I will.. thanx love" (Sampai arini masih panggil aku love..)

Keputusan aku yang sangat tepat. Shiznat akhirnya temui cinta hatinya. 

Balik kepada isu di atas. Tak sampai sebulan aku dan Ribena putus, begitu mudah baginya untuk mencari pengganti. Pernah dia bagitau aku ciri-ciri perempuan yang dia nak, namun apa yang aku nampak sikit pun takde kat perempuan tu. Bukan aku jeles, tapi perlu ke dia main kaut je mana yang ada depan mata? 

Seolah, sangat murah cintanya terhadap aku. Seperti cintanya itu bak angin yang bisa pergi bersama tiupan angin - berlalu begitu sahaja. Mana yang ada, semua dilayannya. Tak cukup yang tu, ex pun dibedalnya. Entah, aku sendiri pun tak paham. Dulu kamain kutuk kaw-kaw dorang depan aku tapi sekarang? hmm..

Mungkin aku sorang je kot yang kurang bijak, masih tak move on. Dia dah ber'wife''hubby' dah sekarang tapi aku masih macam ni. Bukan aku tak nak, tapi belum tiba masanya. Kalau nak main kaut je, dah lama aku buat tapi aku tak nak. Aku nak hati aku benar-benar bersedia.

Kekadang aku fikir, siapa yang tak dapat hidup tanpa perempuan sebenarnya?

Thursday, 22 May 2014

Hero Sebenar Kuch Kuch Hota Hai

Minggu lepas, TV3 tayang citer Kuch Kuch Hota Hai. Dan aku, sebagai peminat SRK dan Kajol memang duduk setia depan tv dari pukul 2 sampai pukul 6. hahaha.. Walaupun, dah berpuluh kali aku tengok tapi citer dia tetap segar bagi aku. Tak pernah bosan..

Hero dalam citer, umum dah tahu SRK kan. Tapi bagi aku tak. Hero sebenar Kuch Kuch Hota Hai ialah mamat ni walaupun dia punya scene sikit je tapi sangat bagi impak yang besar..


Salman Khan! yeahh.. Salman Khan bebeh...

Kenapa aku cakap dia hero??

Sebab, dia sanggup melepaskan orang tercinta (Kajol) hanya untuk melihat orang tu bahagia. Dia korbankan cinta dia, merelakan bakal isterinya berkahwin dengan orang lain. Sedangkan dia sayang dan cinta kat Kajol. Sanggup tak balik nak tunggu hari pernikahan.

Bagi aku, cinta dia sangat luhur. Benar kata pujangga..cinta tidak harus memiliki. Bukan dia mengalah dalam menawan hati insan tersayang, tapi baginya.. melihat perempuan yang tercinta bahagia sudah cukup membuat dirinya merasai kebahagiaan itu.

Memang kita nak orang yang kita cinta dan sayang menjadi milik kita.. tapi andai dirinya tidak bahagia, apa gunanya. Cinta dia mungkin kita tak miliki, namun kita miliki kasih sayang seorang sahabat. Tak berkasih tak bermakna tak boleh menjadi sahabat kan?


Thursday, 15 May 2014

The Human Centipede

Gara-gara 9gag share gambar nih.. membuatkan kepala dalam aku duk putar balik scene yang ada dalam 'The Human Centipede'.


Filem yang paling buat aku fobia dan tak lalu makan tiga hari. Filem ni aku tengok tiga tahun yang lepas. Sampai hari ni dalam kepala aku masih terbayang scene yang 'eeiii', 'yuckkk'.. Kawan-kawan aku yang lain tengok semua menjerit lebih-lebih lagi time cut sana, cut sini..

Ada jugak yang tak sanggup tengok sampai habis. Ada yang main skip. Dan kalau ada yang nak tengok full, mesti dorang ajak aku sebab aku ni jenis tak suka skip. Maka, terpaksa la aku tengok dua tiga kali citer ni. Kali ketiga tengok, aku dah okay sikit. Boleh gelak-gelak tengok reaction dan respond dorang.

Filem ni ada sambungan dia. Tapi yang second dan third aku tak tengok sampai ke sudah. Tak sanggup nak tengok. Boleh kembang tekak aku ni. Tengok yang first pun kegelian yang melampau apatah lagi sambungan dia. Dah la Human Centipede tu makin panjang..

Kekadang tu, teringin la jugak nak tengok sequel dia sebab kawan aku cakap lagi best dan lagi menggelikan. Tapi bila aku google.. mak aihhh.. tak sanggup weii.. @.@


Ni la human centipede tu. Bayangkan mulut di toreh pastu di jahit kat punggung.. Yang paling kesian yang kat tengah. Ada satu part, haa part ni la yang buat selera aku hilang iaitu 'poop scene'.

Mungkin sebab Human Centipede ada 'poop scene' yang membuatkan aku lagi prefer tengok 'Saw' dan 'Final Destination'. Kalau 'Saw' tu, aku tengok siap gelak ketawa lagi ngan rumet aku. Aku tak ingat 'Saw' yang mana entah baru buat kami berdua menjerit..kekeke.. 

Disebabkan 9gag jugaklah, aku rasa agak bersemangat nak tengok sequel 'The Human Centipede' nih.. Hurm, kena kumpul segala kekuatan dalaman ni.. hahaha..