Friday, 6 June 2014

Coretan Hati II

Saat bersama, pelbagai janji dituturkan. Gunung-ganang sanggup daki, lautan api sanggup redah asalkan dapat berdua. Yang buruk, yang busuk semuanya buang ke tepi.. namun semua itu hanyalah seketika - sewaktu bercinta.

Tidak aku menuding jari ke atasnya(Ribena) seorang atas apa yang terjadi. Salah aku jugak yang sangat sayangkan dirinya dan terlalu mengikut kata hati sedangkan kepala otak berkata jangan. Benar, cinta itu buta sampaikan aku sanggup buat apa sahaja demi dia. Tinggalkan segalanya untuk dia seorang.

Aku pejamkan mata, memekakkan telinga dan telan semua yang pahit hanya untuk bersama dia. Janjinya yang pernah diungkapkan sebelum terjadinya peristiwa itu hanyalah sekadar janji. Tidak pernah mencuba untuk kotakan. Dan inilah salah satu puncanya. Punca utama.

Manis saat dia berbicara, hingga aku turut terpana. Bukan aku seorang, janji yang ditaburkan kepada sahabatnya juga hanyalah sekadar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Satu persatu dipersalahkan padahal dia yang cepat melenting. 

Banyak yang dia sembunyikan dari aku tapi terkantoi sendiri. Pastu mulalah mencari alasan diiringi tangisan. Aku ni dah la lemah dengan air mata.. terus jadi lembut hati. Bila kantoi lagi, menangis lagi.. aku pun lembut hati lagi..haizttt

Sampai bila harus aku tanggung semua ni. Dan aku tahu dia takkan pernah nak kotakan janjinya sehinggalah hari ini. Sikit aku tak sedih waktu memutuskan hubungan ini mungkin kerna terlalu banyak hati ini disakiti dan duk asyik makan hati.. Aku rasa lapang sekarang.. hati senang :)

Kekadang, kenangan manis itu datanglah jugak menerjah dalam kepala otak.. tapi bila difikirkan yang masam dan pahit semua tu.. semua yang manis bertukar menjadi tawar. 

Cukuplah dengan apa yang berlaku. Walau hati ini masih sakit, dan masih ada sisa-sisa luka.. namun aku harus melangkah. 

Di kesempatan ini jugak.. aku nak ucap terima kasih buat Cotton Candy yang telah meminjamkan aku kekentalan hatinya.. dan sudi mendengar segala luahan aku selama ini. Terima kasih jugak sebab selalu nasihat dan marah aku. Dan buat si Bam, thanx sebab selalu disamping aku..


6 comments:

  1. It's my pleasure.
    Btw, happiness is easy when we let go of the things that don't matter.
    Be strong and you will survive my dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea.. and that is the thing that i do right now..
      let go and move on
      nway, thanx beb for everything :D

      Delete
  2. Dah lama kau pinjam hati kental aku tu..
    Bila nak pulangkan? Hahahaha
    Sorry la sebab selalu marah-marah kau..
    Kau tahu aku macam mana kan..
    Kesian tenlinga kau nak menadah semua tu.
    Sekarang ni mesti dah lega telinga-telinga tu.. Bhahahaha
    Good luck AJ.
    May happiness follow you whereevre you go.

    Ikhlas tapi jauh, CCBP!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasaipa jadi anon ni?? kekeke

      umm..tak nak pulangkan! hahaha :P
      ye tahu sebab tu tak amik hati pun..
      rileks r.. best kot bila awak duk bebel2 ni.. at least ade jugak yang mengingatkan sy..
      takdela lega sangat weh.. rindu nak dengar awak marah2..hehe ;)

      yea, thank you so much.
      me too.. always pray for your happiness

      Delete
  3. hati boleh mati bila mengenangkan semua pahit hempedu yg dia bagi. kalah dgn airmatanya, atas dasar kesian rela membiarkan hati sendiri terus sakit. walaupun hakikatnya cinta tu dah lama pergi.. akhirnya nekad melangkah bila everything getting worse. adakah ini yg kau rasakan wahai apple? lalala.. :)

    # semakin mengenali apple dr satu cerita ke cerita yg lain. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, tepat sekali dak keciq!
      nah cokelat seposen dua :D

      #selamat mengenali apple yang comot lagi serabai ;)

      Delete