Sejak akhir-akhir ni, selera makan aku dah takde. Kalau dulu, nasi lah peneman setia aku. Tapi sekarang air milo je jadi kawan baik aku. Pagi petang malam, tu jela yang mampu aku telan. Bukan tak lapar, lapar.. tapi entahla tekak aku ni.. Kesian kat perut aku.
Kalau makan pun, sebab mak aku masak. Tu pun sebab nak amik hati. Yelah, penat mak kite masak.. takkan la tak nak jamah walau dua tiga empat suap kan. Dorang pun hairan kenapa aku makan seciput je. Aku pun tak tahu dah nak jawab ape. Jawapan mudah, 'kenyang lagi'.
Aku ni dah la sekeping, bila dah jadi camni makin bertambah la sekepingnya tu. Ditiup angin, mahu tak terbang aku.. Tak macho, tak cool la nanti. hahaha.. Aku pun tanya pakcik gugel camne nak tambah selera makan. Macam-macam tips la pulak. Dah la banyak ngan ayat panjang berjela-jela. Memang tak la aku nak baca. Main scanning sudah.
Cari punya cari, adalah satu penulisan sorang ni. Duk promote Shaklee. Aku tak kisah pun shaklee tu. Yang penting camne nak tambah selera makan. Banyak-banyak cara kan.. yang paling aku tertarik ialah
'Dapatkan seorang pasangan yang menarik untuk suapkan makanan. Tak telan, dia merajuk.'
Tips yang ni aku suka. hahaha.. Barulah ada selera nak makan beb. Ada orang tolong suapkan.. ;p Maka, aku kena cepat-cepat melamar Ariana Rose jadi pasangan aku. Nanti boleh dia masak untuk aku.. suapkan aku. Bahagianyaaa...
Harapan agar lamaran aku diterima. Oh Ariana Rose...
p/s: she's getting married ^__^
Pergh. Ariana Rose tu.
ReplyDeleteTak makan-makan lah kalau camni, beb.
Hehe
haha.. kekasih idaman hati tu beb
DeleteTak makan-makan tu kalau tak dapat dia..
Kalau dh dapat, kompem makan-makan.. hehe ;)
amboi... ariana rose tu hahaha... xleh2... bini adam :D
ReplyDeleteala, tapi die cantik dan menawan hati..
Deleteabaikan la adam tu. boleh? haha
A good partner not only motivate you to eat, but may help you to add few extra kilos (of which I am not sure if it is a good idea or the other way around) lol.
ReplyDeletehaha.. i think it is a good idea as i want to gain my weight. plus, nak cari balik selera makan tu yang hilang entah ke mana.. lagipun, hilang nikmat makan ni rugi..
DeleteYep. Nikmat makan paling berharga. Tak makan, apa pun tak boleh buat. All the best dlm pencarian mu ya! Nanti akan jumpa tanpa di sangka. Tepuk hati tanyalah selera. ;)
ReplyDeletekann.. paling berharga nikmat makan ni.. nikmat dunia! hehe
Deletebila tiba masanya, dah tepuk hati.. pastu selera cakap, 'itulah dia' maka bersatulah aku dan dia.. cewaaahhh! haha
nway, thanx. do pray for me k :)