Thursday, 31 December 2015

Kuma Kuma & Pinky

Kenal tak bear turtle ni? Nama dia Kuma Kuma Turtle!

Banyak-banyak bear, Kuma-kuma ni lah yang paling menarik hati aku. Pulak tu kaler hijau. Aku tak boleh tengok mende alah ni. Excited lebih. Hahaha.. Pastu gatai je tangan ni nak beli.

First time aku kenal Kuma waktu form 4. Pinky ada beli keychain bear Kuma. Dia letak kat phone. Warna Pink. Cantik, comel. Sesuai sangat ngan dia. Sebab tu aku bagi nama dia Pinky :) Sejak hari tu, aku cari kat kedai. Tapi, takde. Katanya, beli kat Genting Highland.

Sebagai penawar duka (ceh,ayat..), aku beli keychain bear CJ7. Aku letak kat phone jugak.

Satu hari tu.. 

Aku, Pinky dan beberapa kawan yang agak rapat.. kami duk lepak kat meja bulat. Sambil tu aku dan Pinky duk main ngan CJ7 dan Kuma. Ala, macam main kejar-kejar camtu. CJ7 aku kejar dia punya Kuma. Then entah macam mana, aku letak Kuma dia atas CJ7 aku.

Aku: Ni J (sambil tunjuk kat CJ7) Dan ni Pinky (tunjuk kat Kuma) *senyum sambil pandang Pinky*

Serentak tu jugak, dorang pandang aku dan Pinky. Pinky tak cakap ape. Cuma hanya senyum. Then.. 

Pinky: Eh.. ni J (CJ7) ngan Ming (Kuma).. J kan suka kat Ming *dia letak CJ7 atas Kuma*

Aku: Eh.. kenapa pulak? *terus aku amik CJ7, simpan* 

Kecik hati jap. Patah hati pun ada. Merajuk pun ada. Conversation terus mati kat situ. Nasib ada orang alih topik. Dalam hati aku duk pikir, takkan la dia jealous aku ngan Ming? Memanglah sejak Ming pindah kelas kitorang, aku lebih suka usik Ming berbanding Pinky. Tapi, tu tak bermakna hati aku kat Ming.

Tapi.. ni semua hanya tinggal kenangan. Yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Terima kasih kenalkan saya ngan Kuma Kuma. Hingga hari ni, saya masih jatuh cinta kat mende ni. Dan..terima kasih kerana sampai hari ini, awak masih letak gambar kita berdua kat whatsapp awak.

Btw, Happy 1st Anniversary to you and hubby!

Tuesday, 29 December 2015

Handphone

Walaupun dah pasrah, tapi sedih gak bila orang tu cakap fon aku tu tak boleh repair. Dia tak tau rosak apa. Dia suggest bawak pergi kedai ejen. Esok kalau bangun awal, aku p la.

If tak boleh repair jugak, ayah suruh aku beli fon lain. So far, fon yang duk main dalam otak aku..
  • Huawei Honor 7
  • Nexus 5x
  • OnePlus X

Ikutkan, aku lebih berkenan Nexus 5x. Dia punya design mantap. Pulak tu under google. 

Tapi, aku ni jenis yang suka amik gambar. So, kalau bab kamera, aku lagi prefer Honor 7. 

Tapiiii..kalau nak jimat duit dan pada masa yang sama dapat fon yang high spec, OnePlus sangat okaii. 

Hmm.. ketiga-tiga fon ni ade positif dan negatif dia. 

Nak iphone aci tak? ;p (macam poket tebal je.. =.=)


Kalau korang ada any suggestion, view or opinion.. sangat di alu-alukan. :)

Sunday, 20 December 2015

Disember

Aku suka Disember. 

Kalau masa mampu diputarkan, aku nak kembali Disember 2013. Disember, detik perkenalan aku dan CottonCandy. Dan juga Popcorn.

Hadirnya mereka berdua dalam hidup aku memberi sejuta makna. Siapa sangka..hanya berkenalan di blog merapatkan hubungan kami menjadi sahabat, teman tapi mesra dan partner.

Tak semua aku bagi number fon bila di mintak. Aku lagi selesa berbalas emel. Tapi dengan mereka..cepat je. Entah kenapa, hati ni rasa senang je bila bagi kat Popcorn dan CottonCandy.

Bermula dari emel, kami sambung ke mesej. Dan call setiap malam..setiap masa. 

Semua cerita kami kongsi bersama. Suka dan duka. Dan yang paling bermakna..aku ada orang yang boleh nasihat kat aku. Marah aku bila aku buat salah. Marah aku bila aku malas. Bagi aku semangat bila aku down. Sentiasa menceriakan hari-hari aku. Tak pernah mereka mengeluh penat..

Aku bersyukur. Sangat bersyukur sebab dapat kenal dengan mereka. Orang yang kuat..tabah, cekal. Hati yang baik.

Terima kasih ya Rabb.. atas kurniaanMu.

Jagalah mereka untukku. Berikanlah mereka kesenangan di dunia dan akhirat. Permudahkanlah segala urusan mereka. Dan semoga hubungan yang terjalin kekal selamanya. Amin.


p/s: hai Popcorn..hari ni 20 Disember. date jom? :)

Friday, 18 December 2015

What A Day...

Why today is so miserable for me?

My phone is having problem.. and now..

Popcorn :(

Tonight, it seems like.. sigh.. I lost my words. I don't know how to express my own emotion right now. 

I know sometimes I'm a bit harsh towards her. But it doesn't mean I didn't love her. I know I'm not that good for her. She is deserve someone better than me. Who can love her more than I do. Who can take care of her.. who won't hurt her. Who will always listen to her, hold her.. 

And tonight..yeah I admit. All my mistakes.. 

I'm not that good. I'm such a bad person. 

I wont let you go.. but deep in my heart.. I have to let you go eventhough you still want me after for what I've done.. You're such a nice girl. While me..such a jerk.. :( This is the best for you

I'm sorry for what I have done. Thank you for always being nice to me. Thank you, dear. Thank you for everything.

I hope.. I'm not that strong to let you go. Coz I want to create more memories with you.

I just hope everything will be fine between us. 

Pray for us.

Kerana Fon

Hari ini, aku bangun seperti biasa. Fon aku capai. Tapi, something is wrong with it. Dah banyak kali button power aku tekan, tapi skrin still gelap. Bermacam cara aku buat, tapi sama je. Gelap. Hitam. Benda paling aku takut bila fon rosak.

Aku tak sempat backup semua benda yang penting. Hari tu aku backup separuh je. Serius, aku menyesal giler sekarang :'(

Aku tak kisah game data semua kena reset. Yang paling aku sayang, gambar dan mesej.

Lunch, ayah panggil makan. Aku duduk kat meja makan dengan hati yang sangat berat. Sedih tak tertanggung kalau betul fon aku rosak. Pulak tu, semuanya built in. Lagi hancur hati aku..

"Abang.. fon aku rosak.."

"Rosak camne?"

"Aku try on tapi tak dapat.. banyak kali aku buat tapi sama je" aku cuba menahan sebak.

"Takpe..boleh beli fon baru.. duit kan banyak :) ..", mak cuba bergurau.


Aku dengar je fon baru.. aku bertambah sebak. Aku tak kisah pasal fon baru. Yang aku kisah isi dalam fon sekarang. Dan hari ini..kerana fon.. aku kalah. Air mata mengalir jua. Lagi buat aku sedih bila terbayang mesej CottonCandy. Kalau betul rosak, segala kenangan aku dan dia lupus camtu je. 

Satu family cuba memujuk. Masing-masing memberi kata-kata positif. Dalam kepala hanya terbayang.. mesej..gambar..

Aku buntu. Popcorn cakap maybe software. Kemungkinan besar semua data hilang. T____T

I don't know what to say anymore. Aku sedih. Sedih akan hilang semua tu. Aku harap sangat esok pergi kedai.. yang rosak tu minor je. Tak terusik storage aku. 

Thursday, 26 November 2015

Pensil Warna

Dulu, zaman sekolah mesti ada pertandingan warna. Masing-masing bawaklah pensil warna. Siap ada beli yang baru lagi. Aku punya lebih kurang macam ni je haaa... Yang ade dobelas batang. 


Pastu, dalam ramai-ramai tu.. mesti ada yang akan bawak yang laaaaaaagiiiiii besar daripada orang. Lengkap semua kaler ada. Nak yang mana, amik je. Masa ni laa.. muka sorang-sorang jadi macam ni... (termasuk aku)


Impress giler bile tengok okeyh! hahaha..

Mula lah sorang-sorang duk bukak mulut;

'Besarnya...!'
'Kayanye dia..!'
'Eh, tengok..dia ade kaler tu laa..'
blablabla..

Lagi banyak pensil warna, lagi kayalah orang tu. Hee.. prinsip dulu-dulu. Dan mungkin hari ni pun boleh pakai prinsip ni kan? Tak caya? Turun la padang.. haha

Monday, 23 November 2015

Mendekat Lalu Menjauh

Hey lelaki!

Jangan pernah mendekat lalu menjauh.

Kalau dari awal memang tak nak serius, kenapa perlu kau mintak nombor fon dia?
Kenapa kau bagi harapan palsu?

Awalnya kau layan dia bagai nak rak.
Tak sampai setengah tahun, seminggu ada mesej tu dah boleh sujud syukur.

Birthday pun boleh kau wish seminggu lambat.
Sibuk mana pun kau, kalau serius.. takdenya macam ni.

Lepas berbulan kau senyap, then muncul.
Tanya apa khabar.
Tapi bila dia balas, kenapa kau langsung tak tengok?
Dua tiga hari masih tak blue tick.
Busynya kau sampai tak tengok fon. hehhh..

Kau biarkan dia bergantung.
Tanpa kata putus.

Hey. Dia tu kawan aku. Aku sakit hati bila kau buat camtu.
Kalau kau dah penat, terus terang jelah.

Jangan bagi dia terseksa kerana kau!

Sunday, 22 November 2015

Abe

Got new nickname.

Abe.. aka abam aka bam aka abang.

Awalnya dalam kalangan kami je. Tapi sekarang macam dah tersebar sikit. Hopefully tak tersebar secara meluas. Cukuplah hanya kami-kami je.

Nama ni start dari first training. Terus melekat sampai sekarang.

Ada yang on off panggil Abe.. ada yang sepanjang masa panggil Abe. Tak kira face to face, on call takpun wassap.

Sejak hari tu, kadang-kadang Popcorn panggil aku ni Abe jugak. Tapi aku tak suka. Rasa awkward gila. Rasa geli pun ada. hahaha.. Terus aku tak bagi dia panggil camtu.

Beberapa hari lepas, parent datang. Kebetulan dorang ada sekali. Nasib tak tersasul panggil Abe.. hahaha. pheww~


p/s: happy 16th monthsary for us!


Tuesday, 3 November 2015

Friends Turn Into Family.


Alhamdulillah. Thanks to Allah for giving me this chance to know them, getting closer everyday. We hang out, spend our time together like we have known each other for a long long time. They are my teammates. Because of hockey, we've become this close. Really close. Friends that turns into FAMILY.

Thanks guys ajak aku main mende ni.

Thanks sebab percaya kat aku walaupun ni kali pertama aku pegang kayu hoki.

Thanks sebab sanggup rawat luka aku bila aku injured. (aku tengok pun tak sanggup tapi korang rilek je sapu ubat..)

Thanks sudi layan kerenah aku bila lapar malam-malam.

Thanks sebab selalu hiburkan hati aku ngan lawak dan kerenah korang. 

Thanks for everything girls!

Walaupun team kita tak sehebat team orang lain.. tapi korang tetap hebat dalam hati aku. Kita menang dengan cara kita tersendiri. 


The best teammates I ever had in my life.


Thursday, 29 October 2015

Just A Little Gift For You

Tengok orang lain dapat bagi fon Vivo, Oppo.. jam tangan, motor dan macam-macam lagi kat partner, kadang-kadang agak terasa. Aku tak mampu nak bagi benda semahal tu. Jujur, tak mampu. Untuk diri sendiri nak beli PSP pun beribu kali aku duk pikir.

Dah lama declare tapi takde cincin rasa macam tak lengkapkan? hahaha. So, baru-baru ni aku hadiahkan Popcorn cincin. Tak mahal pun. Siyes aku tak tipu. Hanya cincin yang simple. Aku satu, dia satu. Kotak pun takde. Sedihkan? :(

Pastu nak bagi nampak cantik sikit, aku beli frame yang sekali ngan kerusi. Aku pun tulis la ucapan. 

Kebetulan aritu Popcorn datang sini. Jadi, aku plan la nak bagi surprise kat dia.  Biasa sangat letak atas katil kan, so aku letak mende tu dalam bilik air.

Abaikan background tu.. ^^"

Ngee plan menjadi! Dia memang terkejut. Hahaha. Nasib baik dia suka. :)

Btw, sorry ye Popcorn. Yang tu je sekarang saya mampu. Sorry jika saya tak mampu jadi macam orang lain yang dapat bagi hadiah mahal-mahal kat partner. One day, when I'm officially get a job, I will buy you a new ring..okayh?

Tuesday, 20 October 2015

Macam Aku Dan Jebon

Minggu lepas aku habiskan lima hari duk kat Cameron. Walaupun tak lama tapi banyak yang aku belajar dan banyak pengalaman baru aku dapat. 

Ada satu malam masa window shopping, aku nampak pasangan macam kita. Benda yang pertama terbayang kat dalam kepala otak aku.. 'Macam aku dan Jebon'.

Sebab aku cakap camtu.. dressing couple tu memang macam aku dan Jebon. Aku yang suka pakai kemeja, rambut ala-ala kpop..tak pendek tak panjang.. Cuma bezanya dia tak pakai topi. Cara yang sorang lagi tu berjalan pun macam Jebon. Pulak tu naik kereta yang sama! Warna yang sama!

Aku perhati je pasangan ni. Dari pilih barang sampai beli barang. Cara dorang memang macam aku dan Jebon. Siyes, aku tak tipu.

Bila tengok dorang, kenangan lama tu terus berputar. Hanya ingat, tak bermaksud rasa sayang tu datang balik. Cuma rasa terkilan tu adalah sikit. Nak buat camne, jodoh tak panjang. Hahhaha.. Lagipun sekarang masing-masing dah bahagia. 



p/s: aku tak pernah puas dengan CH walaupun dah banyak kali datang


Saturday, 26 September 2015

Takut

Setiap orang ada takut. Dan masing-masing ada maksud yang tersendiri untuk perkataan takut.

*******

Bagi kawan aku (let say nama dia Sarah)..takut tu..

Sarah: Aku takut dah nak ada ape2 ngan laki
Kami: Kenapa?
Sarah: Aku suka A tapi A macam tarik tali. B suka kat aku, tapi aku tak suka dia.
Kami: Kejarlah A
Sarah: ......tapi, aku perempuan. Tak molek kan bila nampak sangat kita terhegeh kat dia (start menangis)

*******

Takut untuk sebahagian besar kawan aku.

Takut nak kahwin tapi pada masa yang sama nak kahwin. Sebab takut..

1. First night - sakit kata mereka
2. Bila nak bersalin

*******

Takut untuk Popcorn..

Popcorn: Badan je besar tapi penakut (cerita pasal meow dia)
Aku: Macam mama dia
Popcorn: Mana ada mama dia penakut
Aku: Iyeke?
Popcorn: Iye.. just takut kilat.. Dan takut kehilangan u

*******

Bagi aku..

1. Segala rahsia terbongkar
2. Hilang orang yang aku sayang dan cinta. 
3. Takut jika dia dah tak muncul lagi dalam hidup aku.

Tapi yang paling aku takut.... takpelah. simpan untuk diri sendiri jela.


p/s: Salam Aidiladha semua!

Friday, 25 September 2015

Baju Tidur

Baru-baru ni aku teman kawan beli hadiah kahwin. Katanya, kawan dia pernah request nanti kahwin bagi dia hadiah tu. So, dia pun nak tunaikan la hasrat tu.

Pergi dua tiga kedai, akhirnya jumpalah...baju tidur seksi auummmm! Harga pun ok lah jika nak dibandingkan dengan harga lain. Dia minta aku pilihkan design dan warna. Hahaha. Kamain excited aku pilihkan.

Pilih punya pilih, aku berkenan ngan kaler peach gitu. Design pun memang seksi habis! Rasa baik takyah pakai baju je sebab transparent sangat. hahaha..

Bak kata kawan aku lagi sorang, "Buat apa beli, nanti malam takde dah sumer tu."

Akhir-akhir ni aku tak tahu kenapa kepala otak dorang sumer laju bab-bab camni. Lepak ngan orang tu pun pasal ni.. lepak orang ni pun pasal ni.hahaha.. Wajib kahwin dah kot.. ;p


Untuk pengantin baru, semoga awak suka dengan hadiah ni. Pakai tau! ngeee~

Friday, 11 September 2015

Kids

Being around kids, let you learn something valuable. Priceless.


Most of them come from poor family background.

Some of them got no parents. Live with grandma or grandpa.

Some of them, the fathers are missing without a trace. 

Some, the mother works in KL, the father is a gangster. No one cares bout them.

The parents got divorce.


But, these kids awesome.

They love to lend a hand.

We did mad them, but they never hold a grudge toward us.


Thanks for the experiences and memories, kids. I heart you all. Till we meet again. :)

Monday, 7 September 2015

Hey!

Sekian lama, baru aku teringat. Adakah benar segala perbualan aku dengan G? 

G: Kamu dan dia takkan pernah bersama.
Aku: Kenapa pulak?
G: Itu saya tak tahu. Tapi kamu berdua memang takkan bersama.
Aku: Tapi benda ni kita tak tahu..
G: Kamu dan dia mustahil..
Aku: Kalau saya dan dia takkan pernah bersama, adakah dia akan sentiasa ada dalam hidup saya?
G: Itu saya tak tahu. 
Aku: Saya tak kisah. Janji dia ada dalam hidup saya.


G asyik duk ulang mende ni. Aku hanya mendiamkan diri. Mende ni soal masa depan. Kenapa dia yakin sangat? Hanya Tuhan je yang tahu pasal masa depan. 

Aku kuatkan hati. Jangan mudah percaya. Sejahat-jahat manusia, jahat lagi jin dan seangkatannya.

Tapi, hari ini hati aku berdetik. Adakah ini yang G maksudkan?

Ya, memang dia bukan milik aku.
Dan, sekarang dia dah pergi dari hidup aku.

Aku taknak percaya semua ni. Berdosa weh. Tapi, apa yang G cakap, ada benarnya. Aku harap benda ni semua tak benar. Ini hanyalah kebetulan semata-mata.

Aku masih berharap. Berharap dia kembali dalam hidup aku. As friend, just like before. I dont ask for much. Just come back to me. And can we start over again?


Hi Bel! 
I'm apple_J! :)


Monday, 24 August 2015

Truth or Dare

Pernah heartbroken?

Pertanyaan seorang sahabat sewaktu kami main game 'Truth or Dare'.

Aku hanya tersenyum. Mereka sabar menantikan jawapan aku.

"Jujur, aku yang banyak heartbroken kan orang", aku mula membuka cerita.

"Maksud kau?"

"Yelah,aku yang sakitkan hati orang. Curang..". Semua terkejut. Hurmm.

"Kenapa kau curang?"

"Biasalah, dalam hubungan tak pernah rasa puas. Mesti nak cari seseorang yang lagi perfect. Tak pernah cukup satu. Kadang-kadang bosan, pastu cari lain. blablaaa"

"Ni bila ni?Zaman sekolah?"

"Zaman dulu kala.haahaha"

"Ohh, biasalah. Time tu kita tak matured lagi."

"Ok dah! Next!". Balas aku.

Pheww.. selamat. Nasib takde soalan di luar kotak. Banyak cerita terpaksa ditapis. Nanti makin banyak soalan, makin terdedah la segala cerita. Hahaha. Sorry guys. Bukan taknak cerita, tapi dunia aku lain. Tak sama. Kita berbeza. Tapi, at least aku tak tipu kan. Aku bagitau the truth. 

Lain kali main game ni, tolonglah tanya.. Berapa kali aku tidur dalam sehari. Mana aku pergi bila ponteng. Kalau nak berak, suka tandas duduk ke cangkung.. Kaler taik warna ape.. Haa, kan mencabar tu. Ni tak, sikit-sikit.. soal hati. Hahaha.

p/s: Another truth, yes..aku pernah heartbroken.

Monday, 17 August 2015

Kau Yang Terindah

Kau yang terindah,
Tiada ternilai harta.


Cukuplah dengan hanya satu kehilangan.
Ini pun dah sakit, perit. Tak tertanggung.
Entah bila akan terubat.

Hanya satu permintaan.

Panjangkanlah umur kedua orang tua ku.
Aku masih tak puas menatap wajah mereka.
Aku masih nak kasih sayang mereka.
Aku masih perlukan sokongan mereka.

Aku nak berbakti untuk mereka.
Atas apa yang aku dah lakukan selama ni,
aku nak tebus balik.
Aku nak jaga mereka. 

Bagilah aku dan adik-beradikku kesempatan untuk berbakti.
Hanya dia ayah kami. Hanya dia emak kami.
Di dunia dan akhirat.


p/s: rindu

Friday, 14 August 2015

Seven Always Great

Phew.. lama tak update. Busy hoi! Sampai awek sendiri pun tak terlayan.

Bulan Julai tahun ni sangat special untuk aku. Aku sambut bithday sambil makan kuih raya. Pulak tu, masih dapat duit raya. Tu bermakna, den muda lagi okaii. Pastu, 20 Julai merupakan 1st Anniversary kami.

Walaupun tak dapat nak celebrate bersama, wish through phone pun dah memadai. Kan? :)

Kepada Popcorn, saya nak tuntut hadiah!
Saya nak belon banyak-banyak! Make sure ada belon IronMan k.
Pastu, saya nak...



Nak awak.


Cukup hanya awak je.



Terima kasih hadir dalam hidup saya. Terima saya seadanya. Selalu bersabar melayan kerenah saya. Sanggup menempuh perjalanan datang sini. Duit mungkin saya boleh bayar. Tapi, kasih, sayang dan cinta awak tak mampu saya bayar.

Salam rindu,
your AJ.

Sunday, 2 August 2015

Love is Hard

Why is it so hard to forget the person we love?
When I mention love, what play in people mind is.. cinta, buah hati, kekasih dan sewaktu dengannya.
Yeah, I do agree.
But love here is more to friendship, sisterhood, more than friend less than lover.

Just now, Pinky tag me in FB. And I feel like..ahhhhh.. *bergetar tulang rusuk jap.hahaha*
Lucky, she's married already. pheww~
Kalau tak, lagi panjang nak drag conversation aku ngan dia.

And, hey Cotton Candy.. I always wondering..
Do you still think of me like I think about you?
Do you still dream of me?
Do you missing me like I do?

*sigh*

Love is hard, isn't it?

Wednesday, 22 July 2015

Cinta Hati Pergi Tak Kembali

Jasad yang terbujur kaku.
Hanya mampu aku tatap.
Cinta hati pergi tak kembali.

Hembusan nafas terakhir, tanpa aku disisi.

Perlahan, aku melangkah.
Mandikan cinta hati
Untuk kali terakhir.

Saat kain putih membaluti tubuh,
Aku kekal di sisi.
Inilah janji yang aku ikrar,
Untuk bersamanya hingga ke destinasi terakhir.

Ciuman terakhir, aku kucup perlahan.
Bersama doa.

Di sudut penjuru, air mata ini mengalir jua.
Cinta hati pergi tak kembali.


**Arwah pergi sebelum Ramadhan. Puasa kami tanpa arwah. Takbir raya berkumandang, tiada lagi wajah cinta hati untuk kami tatapi. Untuk kami bersalaman, cium tangan. Tiada lagi gurau senda. Tiada lagi suara. Yang tersimpan hanyalah kenangan, memori. Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

Tuesday, 14 July 2015

Tudung

Raya dah nak dekat. Ada yang nak beli jubah, baju, tudung, kasut dan macam-macam lagi la. Aku pun fikir la nak beli ape untuk diri sendiri sebabnya baju dah ada. Seluar baru je beli. Selipar? Pakai selipar jepun sudah..hahaha.. Fikir punya fikir, aku nak beli tudung la.

Sabtu malam, kami p KBMall. Cari punya cari, satu aku tak berkenan. Hahaha.. Makanya, kawan aku suruh teman pergi beli baju untuk bf dia. Punyalah lama dia duk pilih sampai nak dekat jam 1030. Berbuih mulut aku cakap yang tu cantik. Nak jugak dia cari yang lain. Last2, amik yang aku tunjuk tadi jugak. Adoi la kawan..hahaha..

Otw balik, singgah bazar. Misi membeli mercun. Tudung dah tolak ke tepi. Give up! hahaha.. Beli mercun lagi best. Dah la murah kalau nak banding harga waktu siang. Dah beli semua, lepak kedai sampai jam 12.

Esoknya pergi kelas macam biasa. Mungkin dah tertulis jodoh aku dengan tudung kot.. Ada la sorang member ni datang kelas jual tudung. Harga not bad. Design pun boleh la. Semangat dorang duk tunjukkan satu-satu tudung kat aku. Semua kena reject!

Tiba-tiba, aku terpandang satu corak ni. "Yang ni ok tak?", aku tanya. Dorang cakap ok. Datang pulak kawan aku lagi sorang..

"Apple, amik yang mana?"
"Yang ni kot.."
"Haa, yang ni ok. Ko jangan ngade nak amik corak bunge2 tu"
"Eh kenapa pulak?"
"Sebab corak bunga tu tak sesuai ngan ko. Nampak perempuan"
"Hahahaha.. kenapa? Sebelum ni aku lelaki eh?"
"Haah, ko lelaki.."
"Ciss..hahahaha"

So, aku pun amik jelah tudung tu. Dah memang jodoh dengan tudung untuk raya ni. 


p/s: teringin nak buat rambut tempurung..hahaha.. boleh? :D

Tuesday, 7 July 2015

Cantik

We have known each other since Dec 2013. But today is a 'new' day for me. Why?

Because..

Today is the day I could see how beautiful she is when wearing tudung.
She looks so pretty, so ayu.
Hey, she bought lots of new tudung. So far, its look great on her.
Especially when she wears the turquoise one with jubah. *dupdapdupdap* Cantik!

But, today is also 'annoying' day for me as..

Whenever on call, she will keep asking this SAME question:
"I nampak cantik tak?"
"Cantik tak bila I pakai tudung tu?"

Of course my answer is positive. Cantik! (honestly,cantik. tak tipu)

But,sampai satu tahap..

Popcorn: "Cantik tak I pakai tudung tu?"
Me: Tiap kali u call mesti tanya soalan ni kan. Mentang2 la kite cakap dia cantik
Popcorn: Hahaha..mestilah..
Me: Hmm, burokkkkkkkkk!
Popcorn: Hahahahahaha. Then aku pun gelak sama.

Now I understand why my friend said that she looks beautiful when wearing tudung. I think it is not too late for me to realize and appreciate your beauty, right? :)


p/s: hey Cotton Candy! how I wish I could share this story with you..

Tuesday, 23 June 2015

Holding Hands

Have you ever felt this way?

When you are trying to hold her hands,
then she let go of your hands - slowly..

It is kinda hurt right?

Others hold your hands whenever they want.. in public, in class
But, when it comes to her.. it is impossible.

Do you find it inappropriate to hold your gf hand in public?
For me, the answer is NO.
But for some people, it is a big YES.

Yea I know people are different. 
You. She. Me. 
In terms of view, thinking, the way we act, etc

Is it wrong for people like us especially girl and girl holding hands?
Out there, lots of girls do that.

But...us??

Sunday, 14 June 2015

Suka, Sayang, Cinta

SUKA adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata "dia sangat cantik dan menawan".

SAYANG adalah saat kau melihatnya, kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan dari matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata, "buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku".


Pada saat orang yang kau sukai menyakitimu, kau akan marah dan tak nak bercakap dengannya.

Pada saat orang yang kau sayangi menyakitimu, kau akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata "tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan".


Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat sayang kepadanya, kau akan MEMBIARKANNYA untuk MEMILIH.

Pada saat kau cinta kepadanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan sangat tulus.


SUKA adalah apabila kau akan menemaninya bila itu dirasakan amat menguntungkan.

SAYANG adalah apabila kau akan menemaninya pada saat dia memerlukan.

CINTA adalah apabila kau akan menemaninya walau di saat bagaimanapun keadaanmu, keadaannya.


SUKA adalah yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan sepenuh rela.


p/s: aku jatuh cinta dengan Dewi Yusra

Monday, 8 June 2015

Kentut

Tengah best layan lagu, 'puuuff'' slow je bunyi dia. Takde orang perasan kot. Tapi bau dia, hahaha.. Tengok belakang, okey nasib baik adik aku tak perasan dan tak terbau. 

Pastu, aku terfikir..

Kentut yang busuk ni kalau kita duk bau banyak kali, apa akan terjadi kat kita?
Bahaya tak? Maksud aku, macam asap rokok tu.. lama-lama dia bagi kesan kat paru-paru kan.. so, kalau kentut busuk?

Aku ada cari la fakta tentang kentut ni.. 

Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen. Mungkin sedikit saja anda akan mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

Ni mungkin kentut yang biasa tu kot.. Kentut busuk camne pulak? :/

Btw,sekarang nak kentut depan Popcorn pun dah tak malu..hahaha ;P

Saturday, 6 June 2015

Hidup Susah

Pernah hidup susah? Aku pernah.

Tak sangka dalam usia begitu muda, aku pernah hidup susah. Duit takde. Dulu, aku lah 'bank' untuk kawan-kawan. Tak pernah kisah. Kawan punya pasal, no hal. Untuk partner lagilah tak kisah.

Aku tak tahulah kenapa, bila dapat partner je mesti yang jenis suka duit aku. Bukan aku komplen tak suka ke apa, tapi seolah mengambil kesempatan. Kalau aku tak beli, merajuk segala bagai. Pantang nampak $$$ masuk dalam bank aku, ada je barang nak beli. Handphone la, mp3 la dan etc. Tu tak masuk ngan family dia lagi. Yang ni pinjam yang tu pinjam. Tak kisah sebab family partner kan. Ngan ex no.2 even macam ni tapi aku still tak kopak.

Tapi, kehadiran Jebon mengubah semua hidup aku. Di sinilah bermulanya era kejatuhan aku. Dari berduit kepada tidak berduit. Salah aku jugak. Percaya dia bulat-bulat. Bagi dia pegang kad atm. Sampai satu masa, aku cek duit ada less than RM200. In a month 2000+ jd 200. Tak kisah. Sayang punya pasal kan.

Hidup cukup-cukup makan. Pulak tu Jebon bagi alasan macam-macam bila aku suh cari kerja. Harapkan aku sorang. Terpaksa tebalkan muka mintak hutang ngan member. Pastu terpaksa pinjam duit ngan member bila dah mati akal mana nak cari duit.

Apabila semuanya berakhir, baru aku celik yang aku ni bodoh. Benar kata Cotton Candy.

Dan hari ini, aku belajar dari kesilapan. Dari bawah aku start mendaki balik. Alhamdulillah, so far rezeki sentiasa ada. Simpanan RM5 yang aku buat start tahun lepas hampir cecah 1k. Yang dalam bank, alhamdulillah, masih ada.. Cukup untuk buat belanja tiap-tiap bulan. Dapat belanja parent, siblings, friends dan partner serta orang yang kita sayang.. dah cukup membahagiakan aku.

Tapi, bila semua ni terjadi..aku jadi agak berkira. Terutama beli barang untuk diri sendiri. Jangan harap aku nak beli melainkan sangat-sangat penting. Tapi, untuk orang lain cepat je tangan keluarkan duit. hahaha.. Takpelah, kebahagiaan orang lain juga merupakan kebahagiaan aku. :)

Saturday, 30 May 2015

Teringat masa awal-awal tulis blog. 

Ramai blogger dan reader yang aku kenal. Ada yang aku kenal tu sekadar hi then byebye.. Ada yang melekat sampai harini sebagai sahabat (ada yang dah hangout sama-sama..ada yang just keep in touch tru emel n fon), as my BIG sis  dan as my partner (Popcorn!).

Hari ni, aku bukak balik inbox emel aku. Macam-macam conversation. Ada yang buat aku tersenyum sampai ke telinga, ada yang buat aku kecewa dan etc. 

Paling aku rindu, 'Hi apple...' (andai awak baca, iye..that's you).

Hari, bulan, tahun berlalu... Jujur, aku rindu nak berbalas emel. Dengan awak. Dan awak juga. Sebab kat sinilah detik permulaan perkenalan kita. 


p/s: jen is missing acu b :'(

Tuesday, 26 May 2015

End Of Semester!

Alhamdulillah, berakhir sudah perjalanan menepuhi semester ini. Dan aku punya cohort paling awal habis exam. Orang baru sibuk nak bukak buku nak study, kami dah start heret beg balik kampung. Ohh..so heaven okei! Biasanya, kami lah yang paling last balik. Thanx unit peperiksaan! hahaha

Seperti yang dirancang dalam kepala, aku ajak kawan-kawan pergi Rantau Panjang. Nasib plan menjadi kalau tak, memang aku p sorang-sorang je la. Sorang pun sorang laa janji kepuasan hati tercapai. 

Punyalah nak cari jalan pergi sana..kamain susah. Sorang duk cakap jalan ni, sorang duk cakap jalan tu. Aku senyap je sebab tak tahu jalan. Yang aku tahu lalu kut roundbout Wakaf Bharu. Tu je. kikiki.. Maklumlah, bukan Kelantanese.. Last2, bukak waze. Tunjuk jalan kut roundbout WB. Hahaha.. 

Perjalanan tak sampai sejam pun p sana. Dalam tengahari kami sampai. Perut lapar, apa lagi melantak makanan laa.. Perghh makanan Thai memang pujaan hati aku dari dulu hingga kini. Tak pernah menghampakan lidah dan tekak. Sedap! Nanti nak bawa Popcorn makan kedai ni.. :D

Misi shopping start! Masing-masing duk sibuk cari dress, jersi, seluar jeans dan etc.. Tapi aku sibuk cari buah laici dan seangkatan dengannya. Hahaha.. Aku selalu camni. Tak boleh kalau tak beli makanan. Masalah, bukan sikit.. tapi banyak! =="

Hasil shopping aku:
- Seluar track dan quarter (ni kiriman orang)
- Laici 2kg
- Mempelam 3kg
- Kacang gajus 1/2kg
- Lempuk durian 3 paket
- Beras siam..

Bukak wallet, less than RM10 T_T sebab kawan pinjam RM50 buat shopping baju. Nasib dah takde pape nak beli. 

Pulang dengan hati riang gembira..weeee~ ^__^


p/s: ikutkan hati esok tu nak pergi Pasar CT Khadijah nak beli jala emas.. tapi nasib dapat kawal nafsu. haha.. Nway, Happy Holiday! 

Tuesday, 19 May 2015

Special For You :')

  • 7/5 - Go to KL
  • 9/5 - Got news : test on Tuesday morning [booking flight on Monday's evening]
  • 11/5 - Sigh.. here I am, in the college. Do nothing. Just waiting for tomorrow's test.
  • 12/5 - Sitting for test. *aku ade instinct yang next sem kena ambil balik.kekeke.. melayang la RM180.. T__T
  • 13/5 - Go to KL again (book tix last minute for return)
  • 17/5 - Hi hi hi Kelantan! :D

Disebabkan masa first aku datang tu just bawak keropok, nampak macam tak romantik sangat kan.. so, second visit tu aku buat kad untuk Popcorn. Gigih buat lepas test tu..haha. Mana tau, kot2 tak sempat siap esok bawak naik kapal terbang.

Nak dapat ilham buat kad bukan senang. Gugel sana, gugel sini.. tengok contoh kad. Cari gambar yang kiut miut untuk buat cover card (yang senang la untuk aku lukis). Pastu scroll pulak gambar dalam fon..nak letak gambar aku dan dia yang mana satu. Phew, nasib baik aku suka buat mende alah ni..haha :3

So, gambar yang aku pilih ialah waktu kami lepak kat Dataran Merdeka. Nak sesuaikan dengan kad pulak jadi masalah. Yelah, gatal tangan nak buat pop up card kan, so kena banyak pikir sikit la biar kad tu nampak WOW bila bukak..kikiki.

Setelah bertungkus lumus, akhirnya karya aku yang agung ni siap! *yeayyy!*



Yang pop up tu kat dalam. Takleh nak tunjuk sebab aku lupa nak amik gambar =="

Kad ni aku letak atas rak dalam bilik Popcorn. Dengan harapan dia nampak bila balik kerja. Dan aku macam biasa, will act nothing.. sambil main-main ngan meow dua ekor tu. 


p/s: Avengers & Pitch Perfect 2 done! :D 

Wednesday, 13 May 2015

13052015

Apabila mendapat berita yang gembira ataupun buruk, mereka adalah orang yang terawal tahu - Family, Popcorn dan Cotton Candy. Kemudian barulah kawan. Tapi, sekarang ianya seolah tidak lengkap, tidak sempurna. Benda ni tak dapat lagi aku share dengan Cotton Candy :'( 

Andai awak baca post ini..

Saya nak awak tahu yang I got A for my practical. Tak percaya kan? Saya sendiri pun tak percaya.. Tapi Alhamdulillah, hasil praktikal selama sebulan inilah yang saya dapat. Dalam sebulan itu jugaklah banyak benda yang saya belajar. 

Pasal kehidupan.. selama ni saya belajar teori semata dan bila mempraktikkan dalam dunia yang sebenar, susah..teramat susah. How to handle the situation, mingle with others who are more older than me (older than you, Popcorn), gain respect from others and being friendly at the same time being firm. Menjejakkan kaki ke sana telah mengubah pandangan dan perspektif saya terhadap bidang yang saya ceburi sekarang. Too many holes here and there, but we have to follow,obey what government ask us to do. 

Dan awak masih ingat kawan saya yang psycho tu? I thought she has changed but *sigh... she's still the same. Acting like nothing has happened in front of me, at the back.. she create new stories about me and the worst, she twist what actually happened during our practical. Luckily, those people who she seeks and mengadu, never trust her 'fairy tale' stories. 

Sebenarnya saya tak kisah pun apa yang dia nak cerita.. as long as I'm happy with my own life. Lagipun, kawan-kawan saya memang dah masak sangat dengan perangai dia tu. Tapi terpaksa layankan sebab dia tu classmate. 

Haish..banyak sebenarnya saya nak cerita kat awak ni.. Next time la ye.. :)

Saya harap awak happy kat tempat baru. Kerja leklok..nanti dapat gaji, belanja la adik awak ni ye..Hee :3 

Wish you goodluck! Do take care of yourself.. - from me and Popcorn ^_^

Monday, 11 May 2015

Roti Canai

Setiap kali turun KL, sarapan aku yang wajib ialah roti canai kak Indon dan teh tarik. Aku mesti akan ajak Popcorn pergi sana jugak kalau hari-hari sebelum tu tak dapat. Roti canai dia dah la sedap, ngan kuah dan sambal dia tu..perghh memang kena lah! Teh tarik dia pulak perfect! Harga? Murah yang teramat.. Makan dua orang, RM4 je. Ce kalu gi mamak, mahu kena RM8. =="

Weekend baru ni aku turun KL. So macam biasa, roti canai menjadi sasaran aku. Tapi aritu kami terbangun lambat..

Popcorn: Jom gi makan tosei.
Aku: Cakap nak makan roti canai..
Popcorn: I teringin nak makan tosei.. lagipun roti canai masa ni dah habis
Aku: Yeke?
Popcorn: Iyee.. (dengan nada yang konfiden)

Maka makanlah tosei di kedai mamak. Aku nak habiskan satu roti boom tu kamain susah. Last sekali suh Popcorn habiskan. Pastu masa otw nak pergi tengok wayang, lalu la kedai roti canai tu. 

Aku: Eh tengok! Ramai je lagi orang kat kedai tu..
Popcorn: Haah..ramai kan? (nada tak terkejut langsung)
Aku: Tapi u cakap roti canai dah habis.. *kecewa
Popcorn: Haha..manalah I tau. Biasa dah habis da time macamni
Aku: Eleh, padahal dia mengidam nak makan tosei kan. Pastu bagi alasan camtu
Popcorn: Heee.. (senyum kambing)
Aku: Huuu.. :(
Popcorn: Iyee, esok kita pergi ye..
Aku: Yeay! :D

Dan esoknya, hasrat nak makan roti canai tercapai. Thanx Popcorn! :*

Monday, 4 May 2015

Mengimbau...

Dulu, dia yang aku kejar. Gaduh macam mana sekalipun, akan tetap berbaik. Kadang-kadang benda tu sekecik kuman je tapi kami suka membesarkan ia. Bila gaduh, sekelas tahu sebab kami memang tak akan bercakap. Dua-dua keras kepala.

Hampir setiap minggu kami akan gaduh sehinggalah dia bagitau, dia penat dah gaduh. Aku pun sama. Sejak hari tu, kami cuba elakkan untuk bertekak. Hari demi hari berlalu.. Melangkah ke sekolah merupakan hari yang sangat bahagia buat aku.

Suatu hari, dia menangis. Sebab apa, aku tak tahu. Disebabkan dah ramai yang pergi pujuk, so aku biarkan je dia menangis. Tapi ternyata semuanya tak berhasil. Maka, kawan aku panggil aku, bagitau yang aku sorang je yang dapat pujuk dia. Berbunganya hati ni hanya Tuhan yang tahu. 

Setahun berlalu, namun hubungan kami seperti biasa. Um, tak..aku tipu. Kami dah kurang on call apatah lagi bermesej. Aku di kelas sana, dia di kelas sana. Tapi, setiap hari Khamis pagi aku akan pergi lepak kelas dia. Cukup hanya sekadar menatap wajahnya dari jauh. Disampingnya, Rexa yang aku rasa dah mengambil alih tempat aku. Tapi, Rexa seolah tahu siapa dia untuk aku. Setiap kali dia cari aku tapi tak jumpa, Rexa pasti akan cakap, "Bini kau cari tadi..".

Bertahun lamanya selepas tamat sekolah.. tapi setiap tahun aku takkan miss wish birthday dia. Cukuplah dia tahu yang I'm still care about her. 

Hari ini, dia dah berkahwin. Dengan jejaka idamannya yang aku sangat yakin dapat pimpin dia ke syurga. Sedih saat malam dia diijab kabulkan. Tapi pada masa yang sama, aku bahagia. Senyuman dan tangisan dia pada malam itu, cukup jelas dia bahagia. Kebahagiaan dia, kebahagiaan aku. 

Bulan lepas, birthday dia. Seperti biasa, aku akan wish. Dan dia reply, "Thanx sentiasa doakan saya" siap ngan kiss emoticon. Oh, how I miss her. Aku rindukan saat bahagia aku dan dia. Andai waktu dapat diputarkan, aku nak nikmati setiap saat aku dengan dia. 

For my dear Pinky, your happiness is my happiness. Keep smiling. Dont ever shed your tears anymore.. I will always pray for you. Semoga awak dan dia bahagia hingga ke syurga. :)

Thursday, 30 April 2015

Taik

Tengah on call ngan Popcorn, then dia nak p tandas.

Popcorn: Jap ye.. nak gi tandas.
Me: Alaaa..nak ikut..
Popcorn: Haha..yela,yelaa

Popcorn: Helo. I kat tandas ni
Me: Heeee.. tau.
Popcorn: Ahh..bestnya. Lega!
Me: Eiiiii.. kotor!Berak eh..
Popcorn: Haah..Hahahahaha

Me: Hahahhaa..banyak tak?
Popcorn: Tak tahu. hahaha
Me: Ala, banyak tak..takkan tak tahu.. hihi
Popcrorn: Hee, banyak!

Me: Keras ke apa?
Popcorn: Boleh laa..hahaha
Me: Hahaha..ni mesti kes tak cukup makan sayur n buah ni.. Umm, kaler ape?
Popcorn: Jap, nak tengok.

Popcorn: Coklat!
Me: Eiiiiii...hahahhaha

Kadang-kadang, dalam perhubungan tak semestinya kena bercakap pasal aku,kau je.. kadang-kadang bercakap tentang taik pun best jugak. Boleh membuatkan kita bergelak ketawa. :D

Tuesday, 14 April 2015

.Friend.

It has been a long time I didnt post anything here. Hectic days, weeks or I can say hectic month for me ==" So so so many things happened. The worst is, from close friend becomes acquaintance in which I hate it the most. I am person who really value friendship. Whoever you are, I accept you as friends. I never care your past or whatsoever, as long as.. you be kind to me, I will do the same. But, if you give me shit, I still can forgive and forget. Well, hidup berkawan biasalah kan.. Kadang2 kecik hati itu perkara biasa. Tapi, kalau dah buat taik.. siap create and twist story.. haha.. sorry kawan.. Kau akan tetap kawan aku, tapi tak macam dulu kot. Susah dah nak percaya.

Hopefully, you realize your mistakes. We just want you say sorry and admit what you have done. Kami tak kejam kawan. Jujur, kami bersedia hulurkan salam persahabatan dengan kau balik.. Bagi kami, kau tetap kawan.


Tuesday, 17 March 2015

Perempuan

Segagah manapun perempuan.. 
sekental manapun perempuan.. 
segarang manapun perempuan.. 
Apabila hatinya terusik,
maka rebahlah dia..lemahlah dia.. 
Terutama soal hati dan perasaan - cinta

-apple_J-


Perjalanan hidup aku sekarang semakin bermakna dengan kehadiran mereka disekeliling hidup aku. Yang sentiasa memberi sokongan, yang tak jemu membuat hidup aku ceria, yang tak pernah bosan melayan kerenah aku.. Terima kasih tak terhingga dengan kurniaan ini. Aku mungkin kasar dengan kata-kata dan perbuatan, tapi sebenarnya aku sayang mereka. 

Soal hati dan perasaan.

Seperti biasa kalau buat kerja kumpulan, mulut je yang bergerak. Tangan hanya kaku memegang pen dan pensil. Masing-masing bercerita berkisarkan soal hati dan perasaan. 

Ada yang dah berjaya move on setelah bertahun asyik terkenangkan ex. 

Ada yang dipermainkan.. seolah main tarik tali tapi bila ditanya, cukuplah sekadar kawan. Layanan mengalahkan kawan. Apa makna?

Ada yang dirinya dicurangi. Bertahun bersama, tapi bila berjauhan..sangat tegar si lelaki memutuskan segalanya setelah kantoi. Dirinya yang aku kenal dengan seorang yang tabah dan sangat garang (hee ;p) akhirnya kalah - air mata berlinangan lalu jatuh berguguran, Kami try pujuk tapi hati yang berdarah takde sorang mampu merawatnya. "Cis, lelaki!", dengus aku dalam hati. Sejak terputusnya hubungan tu, dirinya sedikit berubah. Dulu, dia lah orang yang pertama yang siapkan kerja dan yang pertama jugaklah rujukan bagi kami untuk copy & paste kerja dia.. tapi sekarang, semuanya dah terbalik. 

Lemahnya kaum kita dengan hati kan? Bukannya takde pengganti, tapi hati lebih memilih untuk rasai kesakitan itu.. Hati lebih pertahankan mereka yang pernah sakiti kita.. Hati masih memilih dia.. masih membenarkan namanya tersergam dalam hati kita.. Puas kita cuba padam, tapi hati lebih memilih nama tu kekal di situ..sehinggalah datangnya seseorang yang benar-benar mampu padamkan nama tersebut.

Aku, perempuan. Tapi aku tak suka, benci bila tengok kaum kita bersedih..berduka lara hanya kerana insan bernama lelaki. Come on girls! Be strong! Tunjuk kat mereka walaupun dorang tinggalkan kau, kau tetap mampu meneruskan hidup.. mampu ketawa, senyum.. Kecapilah kebahagian dengan cara kita tersendiri..


p/s: have a safe journey my Popcorn! :)

Monday, 9 March 2015

This feeling...

Have you guys ever feel like this? It's kinda hurt but, we are still there - waiting for that person, patiently. Just in case she needs us, we are here.. Never and ever leave her.

To those who I care so so much, I might not text or even call you.. but deep in my heart, I do care about you. If anything, I will always be here for you :) 

 







p/s: musim menghitamkan diri berakhir sudah.. yeay!

Wednesday, 25 February 2015

:: Untitled ::

Antara ex aku, sorang ni je yang aku masih berhubung. Tu pun jarangggg.. Bila contact tu maknanya ade something la tu nak cerita. Tak lain tak bukan, Shiznat. Juga, satu-satunya ex yang tak pernah nak block fb aku, unfriend apatah lagi. Aku dan dia bawak haluan sendiri tapi masih care for each other in our own ways. 

Sebut pasal ex, aritu tangan ni menggatal bukak page PG (ex no.2 aku). Uih, rupanya dia dah tak block aku. Dulu, kaw-kaw dia block aku. Habis satu family dia block aku. Aku malas nak cerita pasal dia detail sangat sebab tahap kebencian aku kat dia sangat2 mendalam. Kalau hati ni lembut, mungkin satu hari nanti aku citer pasal PG ni. 

Haa, guess what bila aku bukak page dia ni. Rupanya masih duk teringat kat aku. Ayat yang bila aku baca, boleh muntah hijau ungu. Huhhh.. Tu tak bukak page dia yang lagi satu. Yang kat situ lagi banyak dia duk merepek. Rindu laa.. sayang laa.. Blergghhhh.. 

Taip pasal dia sekarang ni pun dah buat tekak aku gelegak. Betapa benci aku kat dia. 

Huhh, terus hilang mood.

Aku cuba gak hilangkan sikit kebencian tu.. tapi ahhh.. tak boleh! Bila ingat apa yang dia buat kat aku.

p/s: Popcorn gemok! hahaha :P

Monday, 23 February 2015

Pondan

Banyak hari yang lepas, apa yang merasuk budak kelas aku.. tak tahu lah. Mentang-mentanglah lecturer tak masuk, macam pesta muda mudi pulak dah jadi. Pasang lagu kuat-kuat dengan speaker, karoke reramai. Siyes, happening giler! Macam dah habis exam.. ahaha. 

Dah habis melalak berapa banyak lagu entah, ada sorang keluarkan segala warna lipstick dia. Haa, apa lagi. Masing-masing duk pakai laa. Aku tengok dari jauh je. Hahaha.. takde maknanye aku nak pakai semua tu. Ada yang warna merah mengancam! Warna pink..oren.. Siap selfie muka menggoda. Main gigit-gigit bibir. Adeii.. hahaha..

Pastu, kawan aku si Azie ni tarik tangan aku. 

"Apple, meh la try pakai", sambil pegang lengan aku. Tangan dia lagi satu dah get ready dah nak leset mende tu kat lips aku. Maka, aku ni dah jadi tumpuan bebudak ni. Al maklum, orang tak pernah pakai segala benda tu. Hoho.. Aku layan jela. Haha.. Best gak kadang-kadang buat keje macam ni. Bukan selalu, kan? ;)

Dah siap touch up aku, apalagi, snap photo la! Suka eh dorang amik gambar aku pakai lipstick. Huhhh! Masing-masing dah ..
'waaahhhhhh Apple pakai lipstick..' , 
'eh, cantik la...' , 
'sesuai la ngan kau Apple..'

Pastu, aku pun sajelah nak tunjuk kat kawan aku lagi sorang ni. Dia ni dari tadi duk hadap fon. Sibuk sangat ngan bisnes! Tak hirau langsung apa yang berlaku kat dalam kelas. Bila aku panggil, dia tengok aku. Apalagi, kamain dia gelak kat aku.. dan cakap.. "Hahaha.. Apple.. macam pondan..hahahaha"

Ok, pondan T.T.. Hensem sangat ke aku ni sampai dia cakap aku pondan? sobs! haha.. tapi sikit pun aku tak amik hati sebab dah kenal sangat dengan gurauan dia ni.. Kawan yang boleh kau harap bila susah, apatah lagi senang. Kata-mengata itu menjadi kewajipan untuk kami..haha..

Sampai bilik, send pic kat Popcorn. Popcorn cakap cantik, nice! Hahaha.. tergelak-gelak aku. Adeiii...

Sekian, kisah pondan aku. Terima kasih kerana membaca. Doakan aku dapat mewakili kolej dalam olahraga (larian pecut).

p/s: Gong Xi Fa Cai! 

Thursday, 12 February 2015

Demi Kawan

Kadang-kadang, demi insan yang bergelar sahabat.. kita sanggup buat apa sahaja. Tak kira masa dan waktu. Terutama ketika mereka memerlukan pertolongan kita. Selagi boleh tolong, kita tolong. Apa gunanya kawan..kan? Itulah prinsip aku.

Baru-baru ini, Irza datang secara mengejut kat bilik aku. Ingatkan nak ajak pergi makan. Kebetulan masa tu aku dah bersiap nak keluar ngan kawan, Mila. Dengan muka riangnya aku sambut kedatangan Irza. Rupanyaaa...

"Apple, mintak tolong hantar stesen bas. Sekarang.."

"Eh, kenapa tetibe je ni?"

Mata Irza berkaca. Aku pandang dia - sayu. "Orang nak balik umah. Nak putuskan pertunangan..", kata Irza menahan sedaya upaya agar air mata dia tak menitis. 

Aku tengok jam, nak pukul 6 dah. Ada lagi ke bas? Aku terus mintak pinjam kereta dengan rumet. Aku tekad, nak hantar dia balik rumah. Tak kisah laa.. janji kawan aku ni selamat sampai rumah.

Mujurlah Mila berprinsip macam aku jugak. Tanpa dirancang, kami terus menuju ke rumah Irza. Dalam kereta, sesi luahan perasaan. Paling lemah, bila dia start menangis. Seriously, aku tak tahu nak buat apa. Terus mesej Popcorn. Hahaha.. Popcorn suruh pujuk, tapi.. aku biarkan je. Um, bila tengok kesian la pulak. Aku takleh tengok perempuan nangis wehh.. T_T So, I just tap her shoulder to calm her down. 

Sampai destinasi, Irza berbincang dengan parent dia. Tak tahulah ape yang dorang bincang sebab kami tak masuk campur. Hasil keputusan, parent Irza tak bagi putuskan. Seperti yang aku agak. 

Lebih kurang 8.30, kitorang gerak balik. Tak cakap banyak pasal pertunangan. Ada jodoh takkan ke mana kan. Aku dan Mila lebih selesa untuk bercakap pasal aktiviti hujung minggu, makanan, cuti dll. Sambil tu, tangan aku sibuk duk bermesej ngan Popcorn. 

Dalam 10.30, kitorang selamat sampai kampus. Langkah je kaki masuk bilik, terus disoal siasat oleh rumetku. Nasib Irza dah bagi izin untuk ceritakan hal sebenar, kalau tak..alasan apa la nak bagi. Dah la bawak kete orang gi jauh-jauh. 

Bagi aku, dalam hidup ni..senang je. Kalau kita rajin tolong orang, iAllah.. akan ada orang tolong kita. What we give, we get back. :)

Monday, 26 January 2015

Rambut

Semalam tengok Mentor Legend. Pastu tengok Mas Idayu dah cut die punya rambut. Ok, nice! Aku tengok rambut aku, hmm.. dah panjang. Aku rindu rambut pendek aku yang ala-ala kpop.. Then, keluar pulak Jaclyn Victor dan seperti biasa rambut dia pendek. Lagi membuatkan aku rasa tak sabar nak pergi potong rambut. 

Housemate Popcorn pun baru je potong rambut. Pendek. Jeles.. T__T Nak rambut macam tu jugak.. wuuu.. tapi lately aku busy. Takde masa nak pergi kedai. Nak potong kat sini, tak cantik. Kurang memuaskan. Hmm

Cakap pasal rambut, aku ni jenis yang tak suka sikat rambut. Haha.. Melainkan kalau ada orang tolong sikatkan. Kalau tak, jangan haraplah aku nak pegang sikat tu. Bila sikat rambut, aku rasa kelakar. Macam kemas sangat.. macam girly sangat. kekeke..

Sebenarnya, aku teringin nak buat rambut macam ni (gambar kat bawah). Bila la dapat buat ye.. Macam banyak sangat halangan untuk cut macam ni. Takpela.. takde rezeki lagi.


So, cut macam Yong Hwa pun okei kan. Dulu, rambut aku ala-ala macam dia la.. haha. Betul, tak tipu. Tak caya, godek fon aku ;p Dari dulu sampai sekarang, aku suka style rambut macam ni. Takpun macam GD. hoho..


p/s: rindu

Tuesday, 20 January 2015

Soalan

Entah kenapa, aku rasa sorang classmate aku ni macam tau je yang aku ni tak berapa nak lurus sangat. Aku rasa jela kan.. betul ke idok tu tak tahu la..

Pasalnya, setiap kali kalau nak keluar dan kebetulan terserempak dengan dia.. mesti dia akan cakap,

"Mana awek kau?"

Baru-baru ni, keluar ramai-ramai jugak. Tapi, aku merempit dan dorang naik kereta. Kebetulan lagi sekali, terserempak ngan dia. Dia pun tanya aku..

"Ramai-ramai tu.. mana satu kau berkenan, Apple?"

Apa motif dia tanya, aku tak tau. Tapi aku anggap semuanya sekadar gurauan. Tak nak fikir lebih-lebih..haha.. 

Um, mungkin cara aku layan perempuan kot yang membuatkan dia tanya soalan macam tu. 


p/s: counting days.. :)

Thursday, 8 January 2015

Me.Adam.Crush - Milo

Milo adalah satu-satunya Adam yang berjaya membuka hati aku untuk melangkah ke tahap yang seterusnya. Dan dia merupakan sahabat baik aku. Hubungan kami sangat rapat sehinggakan ramai yang menyangkakan kami kapel. Jujur aku cakap, pada awalnya langsung takde perasaan papepun kat Milo walaupun setiap malam (iye, setiap malam) aku dan dia duk berchatting YM. Habis ngan YM, kami sambung kat henfon pulak. 

Mungkin ini berkat doa kawan-kawan kot. Tiap-tiap hari duk padankan aku dan Milo.. duk tanya pasal aku dan Milo. Lama-lama perasaan tu berputik sendiri. 

Perasaan nih tak bertepuk sebelah tangan. Dia confess bagitau apa yang dia rasa kat aku, dan begitu jugak aku. Tapi kami masing-masing tak nak memulakan hubungan sebab waktu tuh kami fokuskan study (ceh..konon).  Kalau ada jodoh antara kami, biarlah segalanya bermula selepas tamat sekolah.

Naik tingkatan lima, kami masih menjadi classmate. Dan doa kawan-kawan tak pernah putus untuk aku dan Milo. Ada je cerita yang mereka nak kaitkan aku dan Milo. 

Yang paling buat aku geram bila tibanya hari raya. Aku dan kawan-kawan memang akan beraya ke rumah Milo memandangkan mak Milo cikgu kami. Kawan aku sorang ni sibuk je nak try bagi hint kat mak Milo.

"Cikgu, ni lah Apple.." Dan aku dapat merasakan yang mak Milo faham hint tuh. Seperti biasa, aku buat tak tahu je.

Habis sekolah, hubungan kami tetap macam biasa. Ada satu hari, Milo datang rumah aku, sorang-sorang.. semata-mata nak share pengalaman dia waktu interview. Speechless sebab aku ingat dia bergurau, rupanya dia dah ada depan pintu pagar rumah aku. Maka berkenalanlah Milo ngan family aku. 

And guess what... Parent aku sangat berkenan kat Milo terutamanya my mum. Memang tak lekang dari mulut duk tanya pasal Milo sehinggalah hari ini okay.. 

Dah sambung belajar, masing-masing dah membawa haluan sendiri tapi kami tetap menjadi sahabat baik dan aku tak pernah letakkan harapan sebab waktu ni aku dah start kenal siapa aku. Aku kurangkan bermesej ngan dia. Setahun lepas tu, aku dapat berita yang dia kapel ngan kawan sekolah aku. Good for him..

Tahun berikutnya aku pergi rumah Milo sebab ada kenduri kahwin. Awalnya malas nak pergi sebab dia bagitahu last minute tapi dah asyik kena paksa so aku pun mengalah. Waktu aku salam ngan mak Milo, korang tahu apa mak dia cakap..??

"Milo, yang ni ke bakal menantu mak?" sambil senyum pandang aku dan Milo.

*terkejut* "Eh tak la cikgu.. orang tu tak dapat datang la.." sambil senyum. Aku pun terus bergegas keluar. Mata mak dia masih memandang aku. Aku jumpa Milo dan terus minta diri nak balik. Entah kenapa, aku rasa agak kecewa..

Tahun lepas dorang dah break up. Siyes, aku terkejut sebab tengok dorang okay je..takde pape masalah pun. Dan, Milo start rapat balik ngan aku terutama bila cuti semester. Kebetulan, kami berdua ni pentingkan fitness so topik perbualan biasanya pasal jogging. Setiap petang akan mesej ajak aku pergi jogging. Bila aku tak pergi, katanya aku sombong padahal aku malas. kekeke.. Pastu buat merajuk ngan aku pulak. Haha..ni malas nak layan ni. Makanya, pergilah aku jogging keesokan harinya. Bila jumpa depan mata, duk asyik mengutuk je. Gemok la.. makin berisi la..dll.

Apa yang pasti, aku akan sentiasa di sisi Milo waktu susah dan senang. Sebagai sahabat.. aku takkan pernah biarkan dia jatuh tesungkur.. Aku nak dia bangun dan teruskan hidup walaupun susah. Yang paling mengharukan aku bila dia cakap... "Kau je yang selalu ada ngan aku dari sekolah sampai sekarang".

Well, aku sayang kau Milo! Tapi as a friend je. Tak lebih. Dan kau lah satu-satunya kawan lelaki yang paling aku rapat.. yang aku boleh citer segala benda (kecuali 'dunia ini').

To my mum, I'm so sorry. Your face when I told you that he sent a regard, clearly I know that you really like him. You're so happy. I like him too, mum. But, again.. as a friend. 

Monday, 5 January 2015

Crush

What is crush? Crush is a burning desire to be with someone who you find very attractive and extremely special.


I wonder if you ever did these things.. because I did it :P (read again: did - past tense ;p)


1. Constantly check your phone to see if your crush has texted you 
1
even if it hasn't buzzed! haha..giler kan..

If they don't reply, you are like
1a

And if they do...you read their messages over and over again..plus! you feel like... ;)
Jenny Schecter

2. Know her daily schedule
 yeahhh! XD

3. Day dream about her A LOT
Shane McCutcheon
because day dreams always have happy endings!

4. Imagine your fairytale love story


5. Your heart beats faster than ever.. and when she is near you, you'd be..
Carmen Morales
there.. a smile - happiness - excited

6. You say this in your mind

7. Finally, when your crush tells you that she knew it already... you be like
Alice Pieszecki
XD


p/s: don't you miss THEM? that's why i put their pics.. :)