Aku suka Disember.
Kalau masa mampu diputarkan, aku nak kembali Disember 2013. Disember, detik perkenalan aku dan CottonCandy. Dan juga Popcorn.
Hadirnya mereka berdua dalam hidup aku memberi sejuta makna. Siapa sangka..hanya berkenalan di blog merapatkan hubungan kami menjadi sahabat, teman tapi mesra dan partner.
Tak semua aku bagi number fon bila di mintak. Aku lagi selesa berbalas emel. Tapi dengan mereka..cepat je. Entah kenapa, hati ni rasa senang je bila bagi kat Popcorn dan CottonCandy.
Bermula dari emel, kami sambung ke mesej. Dan call setiap malam..setiap masa.
Semua cerita kami kongsi bersama. Suka dan duka. Dan yang paling bermakna..aku ada orang yang boleh nasihat kat aku. Marah aku bila aku buat salah. Marah aku bila aku malas. Bagi aku semangat bila aku down. Sentiasa menceriakan hari-hari aku. Tak pernah mereka mengeluh penat..
Aku bersyukur. Sangat bersyukur sebab dapat kenal dengan mereka. Orang yang kuat..tabah, cekal. Hati yang baik.
Terima kasih ya Rabb.. atas kurniaanMu.
Jagalah mereka untukku. Berikanlah mereka kesenangan di dunia dan akhirat. Permudahkanlah segala urusan mereka. Dan semoga hubungan yang terjalin kekal selamanya. Amin.
p/s: hai Popcorn..hari ni 20 Disember. date jom? :)
can't wait to see u in 2016 my dear ;)
ReplyDeleteme too!
Deleteumm, nak adiah tahun baru boleh? ;)
Boleh syg :)
Deletehaha..yeay!
Delete