Ade satu kisah aku nak share.. kisah benar ye teman-teman.. Bila teringat je kisah ni, aku sedih sorang2.. huuu T_T
Ni kisahnye..
Sempena birthday tersayang.. si A bertungkus lumus design n siapkan kad birthday yang tak seberapa untuk si dia (D). Bukan tak mampu nak beli, tapi bagi A, kad buat sendiri lagi bermakna.. effort sendiri.
D sangat sukakan satu biskut ni.. memang fall in luv keras la ngan biskut tu. Kira macam biskut tu dah boleh buat dia ni bahagia dari pagi sampai esoknya.. haa gittewww.. nak cakap betapa gilanya dia ni kat biskut tu. So, A belilah biskut tu untuk dia. Tak mahal pun... memang mampu milik.
So, hadiah hari jadi.. hanyalah sekadar sepaket biskut dan kad.
Dalam diam, A ni agak segan sebab tu je dia bagi. Masa nak bagi pun, takut-takut je nak keluarkan. Fikir beratus kali nak bagi ke tak.. ke bagi kad je..? ke takyah dua2..? ke beli hadiah lain je? Sebab macam murah sangat hadiah.. pulak untuk tersayang.. lama jugak A fikir sementara tunggu si D ni siap mandi. Akhirnya, A nekad bagi jugak. Tebalkan je muka.. letak hadiah atas katil. Nanti D keluar mandi.. pandai-pandai lah mata dia tu perasan sendiri hadiah tu.
Phew.. nasib D suka hadiah tu. Lega.. sangat lega. Tu dari segi respon dan riak muka la yek. Dalam hati kita takleh baca.. so, kita anggap si D ni suka hadiah daripada A.
Hari demi hari berlalu....
A dapat whatsapp daripada D. Katanya nak bagitau something. Tadaaaa! A dapat gambar daripada D. Dan tadaaaaa! lagi.. gambar a bouquet of chocolate, surprise gift from her lover. Siap delivery to her house. Kelassss gitteww.. umpphhhh..! *thumbs up* AJ bagi 5 stars!
Nak dibandingkan dengan hadiah A, jauh sangat bezanya. Apatah lagi jika ukur ngan nilai.. A agak terasa.. A sedar.. dirinya tak mampu nak bagi apa yang orang tu bagi kat D. Walaupun D memujuk hati A.. katanya hadiah A jauh lebih bermakna daripada coklat tu. Dan A segalanya untuk dia.. Namun, hmm.. kalau aku kat tempat A pun.. tak mampu dah nak cakap ape..
"Whatever I did.. I will always lost to her lover" - A
sedih sobs! :'(
No comments:
Post a Comment