Tuesday, 13 November 2018

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Rasa sayang dan cinta terhadap si dia tidak pernah pudar walau sebesar kuman.

Walaupun hampir setiap hari kami berjumpa.. rindu itu tetap ada. Aku sendiri pun tak tahu kenapa si dia ni tersangat istimewa. Tak pernah aku sayang orang macam dia. Tak pernah.

Bila hati dah sayang.. aku ade satu perasaan takut. Aku takut kehilangan si dia. Fasa hubungan kami sekarang - menghitung hari. Aku akan hilang dia dalam hidup aku. Hilang yang mungkin takkan kembali. :(

Sayang. Anugerah terindah untuk aku. Yang terbaik dalam hidup aku. Hilangnya dia.. hilanglah jiwa hidup..

Wednesday, 20 June 2018

:)

Di sini jugaklah tempat yang terbaik untuk meluahkan segala perasaan. Bukan mencari perhatian orang.. tapi sekadar luahan hati. Yang mana, orang di luar sana takkan pernah faham apa yang kita rasa, kita lalui.. Di sini, aku boleh menulis apa yang aku suka - gembira, marah, dendam, maki. Semua boleh.

Bagus jugak ade blog ni.
Kang nanti luah kat fesbuk, ceritanya jadi lain.
Luah kat ig, lain pulak ceritanya.
So, kat sini jelah yang terbaik.

p/s: pantun untuk kekasih hati..

Hutan belantara sanggupku rendah,
Mencari intan permata berlian.
Tiada yang paling terindah,
Melainkan awak, sayang.

Sunday, 17 June 2018

Salam Aidilfitri 2018

Masa pantas berlalu.. 2018 merupakan tahun ketiga aku dan Queen sambut raya bersama (walaupun jasad tak bersama). 

Berada kat tempat orang ni, dengar je lagu raya.. macam hari tu jugak nak balik kampung. Nasib dekat ngan cinta hati. Terubat jugaklah rasa rindu tu.

#Flashback bulan puasa jap
Puasa tahun ni.. Alhamdulillah.. boleh aku katakan hampir tiap hari dapat rasa masakan Queen. Sanggup dia masak untuk aku. *terharu weiii* Kadang beli barang sama-sama.. kadang dia beli sorang. Tunggu je aku datang rumah dia. Allahu, alangkah bahagia andai si dia dapat aku jadikan peneman hidup. 

Dan sepanjang bulan puasa ni jugaklah, aku tidur rumah dia. Padahal rumah aku ngan tempat kerja tak sampai 5minit.. tapi demi dia, setengah jam sanggup aku redah nak gi kerja. Petang pulak terus ke rumah dia. Ni lah rutin aku.

Okay dah flashback.

Dah terbiasa ade orang ironkan baju.. bila raya, kena iron baju sendiri. Haha adoiii.. tibe-tibe jadi tak pandai iron. Terima kasih sayang, jaga makan minum saya, pakaian saya.. Sangat terasa bila sayang takde kat sisi. Walaupun beraya bersama family, tapi lagi indah kalau kita semua dapat beraya sekali. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin semua!
Maaf andai ade salah silap selama perkenalan kita.
Yang mana kenal, nanti jom lepak raya.

Buat keindahan nur saya..
Semoga kita dapat beraya bersama lagi di tahun depan.
Saya sayang awak. Sangat.

Wednesday, 13 June 2018

1404 - Our Day

April yang lepas, aku ajak dia teman present project aku kat KL. Petang Khamis kami terus gerak ke KL sebab esoknya kena present. Dalam perjalanan tu, ade la sikit gaduh.. sampailah kat hotel, muka masih masam. Dah cek in semua, aku turun bawah jap amik barang then naik balik. Aku ketuk pintu bilik. Terus dia bukak.

"Happy Birthday!" sambil bagi kek kat dia. Chocolate indulgence. Her favourite. Pastu, terus sambung merajuk.. ^^"

Padahal birthday dia hari Sabtu tapi takut tak sempat nak celebrate so bagi jela awal2. Malam tu, sepi.. krik3. Tak seronok. Then, we had a talk. Alhamdulillah, the problem settled!

Esoknya terus check out sebab nak ke tempat conference. Tapi bendanya malam so aku ajak dia pusing KL. Dia tak tahu nak gi mana.. (good! because I have my own plan). Then, terus aku bawak kereta menuju Genting Sempah.

GF: Kita nak gi mana?
Me: Saje, jalan2.. tadi tak tau nak gi mana kan...

We had our lunch at Genting Sempah and continued our journey. Dah melintasi signboard "Bukit Tinggi".. dia terus... "Kita nak gi Bukit Tinggi ke?" And I just smiled..

And yeah! Kami ke Bukit Tinggi! Ape yang paling aku bahagia bila tengok reaction dia bila sampai Bukit Tinggi. Sebab ni lah tempat yang dia nak sangat2 pergi. Aku terus ke tempat parking. Dupdap dalam hati Tuhan je yang tahu.

GF: Sempat tak kita ni?
Me: Sempat.. kan present malam.. 

Dah setel parking.. aku cakap kat dia

Me: Best kan kalau tidur sini?
GF: *angguk* best
Me: Kalau gitu.. jom amik beg.. kite tidur sini..
GF: *looking at me with surprise* 
Me: Iyeee.. kite tidur sini.. Nak tak?
GF: Nakk.. abes present tu?
Me: *take a deep breathe* HAPPY ANNIVERSARY & HAPPY BIRTHDAY SAYANG!
GF: *speechless* 

And then, she was crying and crying and crying. Dia tak terfikir pun aku akan bawak dia datang sini.. dan ye, pasal presentation tu semua tipu. 

This is for you, sayang.. Kebahagiaan awak, kebahagiaan saya. Terima kasih untuk 2 tahun kita bersama. Apalah sangat hadiah dan kejutan tu kalau nak dibandingkan besarnya cinta dan sayang awak. Semoga kita masih dapat sambut anniversary kita yang ke-3 tahun depan. I LOVE YOU!

Wednesday, 28 March 2018

What Will I Do?

It has been a year (plus minus) I have posted this in my instagram. 

"One day, it will walk away.. away from you.
And what will you do?"

And till today, I am still did not find my own answer. What will I do?

What will I do when the time comes?
What will I do when the one I love is taken?
What will I do when my heartbeat is no longer beats for me?

I dont know.
Because, I am not ready for this thing to happen.
Yeah, sooner or later.. the time will come..
And again, the same question..
What will I do?

It is hard. Even writing this entry breaks my heart..

Wednesday, 7 March 2018

Surat Cinta



Setiap kali kali dengar lagu 'Surat Cinta Untuk Starla'.. yang terlintas dalam kepala otak adalah Queen. Terus terbayang wajahnya, senyumannya, gelak tawanya.. Dan aku bahagia. 

Tapi, bila masuk part.. 
"Aku selalu bermimpi tentang
Indah hari tua bersamamu
Tetap cantik rambut panjangmu
Meskipun nanti tak hitam lagi"

Murung jap. Kenapa? 
Walaupun aku selalu terbayang alangkah indahnya growing old together.. tapi mustahil.. (ulang:MUSTAHIL)

Tapi.. aku masih dan tetap suka lagu nih. Cukup padat menceritakan tentang perasaan sayang dan cinta aku kat Queen. Walaupun sekarang aku dah start mengira hari, perasaan ni tak pernah pudar..

Andai masa dapat diputarkan dan terus diputarkan.. aku hanya nak stay dengan tarikh ini.. 14.04.2016

p/s: how can i live without you.. :(



Sunday, 14 January 2018

I Hate Myself! :(

These 4 days, I hate my ownself. I cant control my jealous.. and it bring disaster and chaos to our relationship. I dont know why in this relationship, I will get jealous easily. Compared to before, I'm not like this. This isnt me! And I hate this! 

The thing called ego come along with jealous. Any pujukan from her didnt work. Hati keras - yang teramat. And again, this isnt me! :(

I'm hurt. She is hurt. We are hurt. 
Hurt because of our actions. 
The actions that we did repeatedly..

No one can cheer me up like she did.
No one can brighten my life like she did.
No one can make me feel alive like she did.
She is my everything.
My soul. My life.

Help me to fix this. 
I love her. I love this relationship. And i miss her :'(