Sunday, 17 November 2013

Aku Jeles Dan Aku Rindu

Jujur aku cakap, aku sangat jeles melihat mereka dengan pasangan masing-masing. Bermesra, gelak ketawa bersama. Dapat bermanja, keluar dating. Oh, aku jeles dan aku sangat rindukan semua itu.

Ada yang dapat tinggal bersama, duduk sebumbung. Itu perkara yang paling di dambakan setiap pasangan. Begitu juga aku. Namun, aku hanya di beri kesempatan itu hanya untuk seketika. Ada je perkara-perkara yang berlaku. Tapi aku percaya, kami akan dapat bersama nanti cuma masa sekarang belum sesuai. Biarlah kami bersabar dan melihat kebahagiaan mereka yang mereka kecapi. Kerana kami akan mengecapi kebahagiaan kami jua suatu hari nanti. 

Aku juga jeles melihat apabila mereka membawa pasangan ke rumah masing-masing dan di terima keluarga. Mungkin pendangan keluarga hanya sebagai kawan tapi itu sudah memadai. Family boleh terima dan takde masalah kalau mereka nak pergi mana-mana dengan pasangan kerana family dah kenal. Boleh berkunjung ke rumah 'mak dan pak mertua' bila-bila masa sahaja. Itu yang aku sangat jeles. Kerana aku tak di beri kesempatan untuk ini. Family my Love terima aku dengan baik tapi family aku sebaliknya. Susah untuk kami.

Jeles melihat kebahagiaan orang tak bermakna aku berhasad dengki. Aku jeles kerana tiada peluang itu untuk kami berdua. Mungkin ada, tapi belum masanya.

Kekadang, aku rindu nak balik ke sana, rumah family my Love. Aku rasa tenang di sana dan sangat bahagia. Seolah-olah dan menjadi family aku sendiri. Hubungan aku dan 'adik ipar' aku sangat rapat. Aku sangat excited bila my Love ajak balik kampung dia. Satu, aku ni memang kaki jalan dan kedua, aku suka kampung dia. Rindu.

Tapi, aku tak pernah salahkan keadaan. Cuma kami yang tersilap langkah sehingga menjurus kepada pengakhiran ini. Aku tekad untuk bersabar dan tidak lagi membuta tuli dalam membuat keputusan kerana setiap keputusan yang di ambil sikit sebanyak bagi kesan dalam hubungan kami.

Jeles dan rindu. Itu ungkapan yang sentiasa kami ungkapkan. My Love minta aku bersabar dan kuatkan hati. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, kata my Love. Mungkin kita tak nampak hikmahnya sekarang tapi esok lusa, kita akan sedar mengapa ini terjadi. Kata my Love betul. Aku hanya perlu kuat, tabah dan sabar. Ini ujian untuk kami. 

Tapi rindu di hati tiada ubatnya.


No comments:

Post a Comment