Tidur manusia pelbagai gaya. Ada yang tidurnya macam bayi, mengiring, meniarap, kuak melentang dan macam-macam lagi. Ada jugak yang gaya tidurnya asyik berubah-berubah, sekejap meniarap, sekejap macam tapak sulaiman.. hahaha..
Kalau ikut fakta (tak tau la betul ke tak, pakcik Gugel yang bagitahu aku), kebanyakannya tidur dalam posisi yang sama dalam sepanjang malam. Hanya 5% sahaja daripada mereka yang berubah-ubah gaya tidur mereka.
Tak kisahla kan tidur macam mana pun, janji dapat tidur ngan aman dan tenteram. Tambah pula dapat mimpi-mimpi yang best. Lagi syiokkk...! Lebih-lebih lagi sebelum tidur tu pegi buat aktiviti berpeluh seperti main badminton, futsal, ber'taekwondo', gusti... hahaha.. kompem tidur sangat best..! Yang ni lah aku selalu buat tiap-tiap malam kekadang sampai pukul 1,2 pagi baru kenal jalan nak balik.. kehkehkeh... Kalau duk kat rumah, lebih-lebih lagi time cuti sem.. jangan haraplah ada aktiviti macam ni.. Tapi sekarang, agak kurang dah aku turun padang, kalau turun pun dalam 2, 3 kali je seminggu.. busy, busy, busy... (tapi update blog boleh je, maaf...)
Back to the main topic..
Semalam aku tidur ngan gaya yang dah lama aku tak buat.. Time musim esaimen berlambak, bertimbun paperwork yang nak kena hantar, nak siapkan projek lagi.. maka gaya tidur aku automatik berubah.. tiada lagi katil sebagai peneman tidur.. hahaha.. hanya bantal dan meja..
Yup, itulah gaya aku kalau dah busy sesangat. Al maklum la.. aku ni jenis yang buat kerja last minute, seminggu nak due date mulalah aku gelabah.. duk bersengkang mata cari maklumat..perah otak yang dah lama tak bergerak...huh... dah la bukan satu yang nak kena hantar tapi lima, enam.. kekeke.. tapi tetap cool..
Padahal aku tak busy pun akhir-akhir ni.. cume saje sibukkan diri.. Semalam, entah macam mana aku boleh tidur ngan gaya tu.. Siyes aku ingat aku dah tidur dengan selesanya atas katil.. Bangun pagi tadi, sendiri tertanya.. Mungkin aku tertidur waktu menunggu reply orang tu kot..
Yang pasti, tengkuk belakang aku ni dah sakit, lenguh-lenguh... Yelah, tidur ngan gaya macam tu, mana tak lenguh...
Lebih kurang macam gambar kat atas ni la aku tidur.. Cuma yang bezanya aku pakai laptop, dan meja aku bukan macam tu k.. hehhh..
Nanti nak pegi streching jap.. nak betulkan balik urat saraf aku nih.. huuu...
No comments:
Post a Comment