Zaman sekolah, zaman kegemilangan. Benda jahat, baik semua aku dah buat waktu kat sekolah. Geng aku merupakan geng yang terkenal dalam batch aku. Siyes,aku tak tipu. Dan geng kami ni dalam 20 orang or mungkin lebih.
Dan crush aku, Pinky juga merupakan salah seorang daripada geng aku. Seorang gadis yang sangat ayu, lemah lembut. Aku kenal dia masa form 2 tapi hanya kenal sekadar nama sehinggalah aku naik form 4 di mana aku satu kelas ngan Pinky.
Sayang aku kat Pinky lain. Tak seperti aku sayang aku kat kawan-kawan aku yang lain. Cukuplah dalam satu hari tu aku dapat tatap wajah dia, dengar suara dia, gelak ketawanya.. Semuanya indah bagiku. Iya, aku jatuh cinta ngan Pinky. Namun, ramai yang cakap dia kapel ngan Zul. Tapi mereka berdua deny. Aku tak kisah, dan tak peduli. Janji aku sayang kat Pinky..
Aku rasa sangat bahagia apabila Pinky mengatakan dia sayang kat aku. Dia pernah bagitahu aku yang dia taknak gaduh ngan aku sebab sakit rasanya. Kami selalu gaduh persis sepasang kekasih walaupun benda tu kecik je.. Sahabat baik Pinky(juga kawan rapat aku) pernah bagitahu aku..
"Apple, ko kan husband Pinky.."
Kata-kata itu, sangat mengejutkan aku. Aku tak sangka. Dan ramai jugak yang perasan yang aku sangat ambil berat pasal Pinky. Kalau Pinky menangis, mereka akan panggil aku untuk memujuk Pinky. Katanya, aku sorang je yang mampu pujuk Pinky.
Pinky jugak tak pernah lupakan birthday aku. Dia akan belikan hadiah untuk aku walaupun hari jadi aku dah lepas. Berbunga-bunga hati ini dapat hadiah dari orang tersayang. Even satu family dia pun kenal aku termasuklah sepupu2 dia.
Namun, semua itu hanya kenangan. Selepas tamat sekolah, kami makin berjauhan. Yang aku tahu, dia sekarang dah jadi gadis muslimah. Bagus baginya dan aku gembira dengan penampilannya ini. Sebab aku nak lihat orang yang aku sayang menjadi insan yang baik dan berguna serta solehah.
Sampai hari ini, aku masih menyimpan perasaan terhadap Pinky. Jikalau aku ini lelaki, sudah pasti aku mengambilnya menjadi isteri aku yang sah. Tak perlu aku cari pompuan lain. Cukuplah dia untuk aku...
Selamanya,hanya Pinky...
No comments:
Post a Comment