Beberapa minggu yang lepas, aku chatting ngan Shiznat, ex-gf aku.. yang juga merupakan gf pertama aku.. Ternyata, hidupnya makin bahagia. Akhirnya, dia jumpa pengganti aku, setelah bertahun kami berpisah. Aku tumpang gembira, kerna itu impian aku sejak kami berpisah. Aku nak dia gembira, dan rasa bahagia.
Shiznat tunjukkan gambar gf nya kat aku. Sangat cantik, dan mereka amat padan. Bagus untuknya kerana Shiznat pernah luahkan kat aku, susah untuk dia cari pengganti aku. Sedangkan aku dah bahagia dengan orang lain. Aku tahu, waktu itu dia masih dambakan aku. Dan tipu kalau aku cakap aku sikit pun takde perasaan kat Shiznat. Memang aku dengan orang lain, tapi secebis perasaan itu masih ada.
Akhir-akhir ini, hubungan kami makin menjauh. Aku tak tahu mengapa. Tapi dia ada mesej aku..
" You will always remain special to me... in my heart "
Aku tak tahu apa maksudnya. Namun, Shiznat will always remain in my heart too.. as she have made my life before..
Walaupun begitu, Shiznat masih menjadi kawan terbaik aku. Dia seolah dapat membaca fikiran dan perasaan aku. Cuma, aku tak berani nak lebih-lebih seperti dulu memandangkan dia dah berpunya. Aku tak nak gf Shiznat fikir kami berdua masih ada hubungan. Apa yang patut aku cerita dan luahkan, aku beritahunya..
Tapi, aku percaya.. dia akan sentiasa dengan aku. Begitu juga aku. Kerna itu janji kami. Walaupun kami bukan lagi sepasang kekasih, namun kami akan treasure this friendship..
Mungkin kami gagal sebagai pasangan kekasih, tapi tidak dalam persahabatan...
Shiznat, I hope she will take care of you well and treasure you like I did.. Thanks a lot for come into my life and being part of my life. Hope you both happy till the last breathe.. I'm so happy for you, Shiznat.. Friend forever kayh...! :)
p/s: true friend will never apart...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehye bel.. ^^
Delete