Thursday 29 December 2016

Sukan

Tengok budak-budak sukan, rasa jeles.. Sebab? 
Sebab tu lah cita-cita dan impian aku dari kecik.. nak masuk sekolah sukan. Tapi tu laa, zaman sekolah dulu sekolah sukan tak banyak. Yang ade kat Bukit Jalil tu je haa.. Tak macam sekarang, dah banyak sekolah sukan. Hampir semua negeri ade.. Jelessss T___T

Nak jadikan citer.. memang sukan ni bukan rezeki aku.. Darjah 5 aku undergo operation dan mende ni stop aku dari bermain segala sukan. Takleh wakil sekolah dalam 100 meter dan netball. Even cikgu2 dah consult parent mintak izin.. tapi dah memang bukan rezeki :( Maka terkuburlah harapan aku kat situ nak masuk sekolah sukan.

Masuk sekolah menengah pulak.. sekolah yang sangat tak aktif sukan. Pelajaran tu nombor satu. Time pj jela aku boleh lompat2 macam kanak-kanak ribena tu. Heaven weh bila dapat pakai baju sukan tu

Abis spm, sambung belajar. Haa, kat sini aku start aktif balik. Dapat pulak geng yang suka turun padang. Lagi heaven. Geng laki pulak giler badminton. Malam sampai awal pagi, jangan cari aku kat bilik. Memang takde. Cari kat gym kompem ade. Hari minggu pulak futsal. Dengan rugby pun aku bedal. Sumer tak percaya aku main rugby. Mentanglah aku ni jenis papan.. huhhh.. Tahun lepas aku berjinak ngan hoki. Walaupun tak pandai sangat.. bedal jela..hikhok

Orang kenal aku sebab sukan. Bukan sebab comot dan berhingus.  Sampai kan pergi kelas pun..aku pakai track suit je. Dorang salu perli aku ni budak sukan. 

Kadang, terdetik dalam hati.. kenapalah dulu aku tak apply sukan je.. tapi, masih belum terlambat kan? :)

Wednesday 21 December 2016

Ting!

Ting! Whatsapp group masuk..

LD: AJ! H kawen malam ni.. Mohon tabah.. haha

AJ: Tau.. dah selamat dah jadi orang punya dia tu

LD: Eh yeke?

AJ: *Terus share pic akad nikah H* Yuk L.. kita berduka lara malam ni..

M: Hahaha.. siap berduka lara tu

LD: Malam berduka lara

AJ: Haha.. mestilah M. Marilah kita tarik selimut, tido

M: Awalnye AJ tido! hahaha

AJ: Merawat hati luka.. haha (walaupun hakikat, tak terkesan pun)


Sekian. Selamat pengantin baru H! :)


nota pendek:
Dan untuk abe gunung, selamat pengantin baru jugak.. Maaf tak dapat datang. Maaf jugak, atas pengakuan suatu ketika dulu. Kalaulah masa tu.. kebenaran yang keluar dari mulut ini.. pasti... :) Takpelah.. bukan rezeki.. Terima kasih jaga diri ni 200% sepanjang pendakian. Terima kasih untuk topi, teh o panas, makanan (maap, xpandai masak style survivor), teman malam2 gi tandas.. Thank you for everything.. Semoga bahagia :)

Sunday 11 December 2016

Hadiah

Ade satu kisah aku nak share.. kisah benar ye teman-teman.. Bila teringat je kisah ni, aku sedih sorang2.. huuu T_T

Ni kisahnye..

Sempena birthday tersayang.. si A bertungkus lumus design n siapkan kad birthday yang tak seberapa untuk si dia (D). Bukan tak mampu nak beli, tapi bagi A, kad buat sendiri lagi bermakna.. effort sendiri.

D sangat sukakan satu biskut ni.. memang fall in luv keras la ngan biskut tu. Kira macam biskut tu dah boleh buat dia ni bahagia dari pagi sampai esoknya.. haa gittewww.. nak cakap betapa gilanya dia ni kat biskut tu. So, A belilah biskut tu untuk dia. Tak mahal pun... memang mampu milik.

So, hadiah hari jadi.. hanyalah sekadar sepaket biskut dan kad.

Dalam diam, A ni agak segan sebab tu je dia bagi. Masa nak bagi pun, takut-takut je nak keluarkan. Fikir beratus kali nak bagi ke tak.. ke bagi kad je..? ke takyah dua2..? ke beli hadiah lain je? Sebab macam murah sangat hadiah.. pulak untuk tersayang.. lama jugak A fikir sementara tunggu si D ni siap mandi. Akhirnya, A nekad bagi jugak. Tebalkan je muka.. letak hadiah atas katil. Nanti D keluar mandi.. pandai-pandai lah mata dia tu perasan sendiri hadiah tu.

Phew.. nasib D suka hadiah tu. Lega.. sangat lega. Tu dari segi respon dan riak muka la yek. Dalam hati kita takleh baca.. so, kita anggap si D ni suka hadiah daripada A.

Hari demi hari berlalu....

A dapat whatsapp daripada D. Katanya nak bagitau something. Tadaaaa! A dapat gambar daripada D. Dan tadaaaaa! lagi.. gambar a bouquet of chocolate, surprise gift from her lover. Siap delivery to her house. Kelassss gitteww.. umpphhhh..! *thumbs up* AJ bagi 5 stars!

Nak dibandingkan dengan hadiah A, jauh sangat bezanya. Apatah lagi jika ukur ngan nilai.. A agak terasa.. A sedar.. dirinya tak mampu nak bagi apa yang orang tu bagi kat D. Walaupun D memujuk hati A.. katanya hadiah A jauh lebih bermakna daripada coklat tu. Dan A segalanya untuk dia.. Namun, hmm.. kalau aku kat tempat A pun.. tak mampu dah nak cakap ape.. 

"Whatever I did.. I will always lost to her lover" - A

sedih sobs! :'(

Thursday 1 December 2016

Badak, be strong!

Lama aku berteka-teki dengan Badak. Dan macam biasa, instinct aku betul.

Dengan jujur dia cakap, dia ngan perempuan. Banyak dugaan dia. Sangat banyak.
Dan dia mengaku.. bodoh dalam memberi kasih sayang. Sanggup buat ape saje untuk perempuan tu. Tapi langsung tak dihargai. Air matanya masih mampu bertahan daripada mengalir... 

Esok petang, kami berselisih.. Eye contact main peranan sangat penting mase ni. I knew, something bad happened.

"Badak..."

"AJ.."

Kami berpelukan. Dia bagitahu citer sebenar kat aku. Kejam. Ya, sangat kejam apa yang perempuan tu buat. Dia tak kuat nak hadap mende ni.. dan tahu, akan kalah jugak. 

Malam tu, kami habiskan masa bersama. Cerita dia, cerita aku. Kami berkongsi. 
Aku sedih ngan Badak.
She's such a good partner. Willing to do anything for that girl's happiness. Damn! Seriously, Badak deserves someone better.. not that girl.

I hope you keep strong buddy. 
I'm always right here if you need anything..