Tuesday 18 February 2014

Siang Malam


Setiap detik, dirimu aku bayangkan..
Separuh purnama ini, pasti aku merinduimu
Nakal dan gatallah..
Tapi jangan melebih sudah ;p

Oh Ariana Rose.....


p/s: Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan

Monday 17 February 2014

Oh Hati

Ke mana hilangnya lirikan senyuman itu. Gelak ketawa seperti dulu. Semua itu seolah direntap dalam sekelip mata sekaligus mematikan hati. Kenapa? Mengapa? Persoalan yang selalu di persoalkan tapi jawapan tidak pernah menjengah di kepala otak.

Cuba berlagak biasa namun jauh di sudut hati, ternyata tidak bisa menipu diri sendiri. Mungkin bergelak ketawa, tapi dalam diam.. hati berduka. Entah, usah ditanya kerana sendiri pun tidak mengerti. 

Eksiden kuku kaki patah, berdarah seperti itulah apa yang dirasai. Tidaklah separah mana pun, cuma hati kecil ini memberontak. Salah sikit walau sekecil kuman sekalipun, diam membisu - sekadar mengangguk, petah itu hilang. 

Malam, waktu yang aku nantikan saban hari. Sekurangnya masa yang aku luangkan walau sekadar 5minit, sudah memadai merawat hati. Kehadiran pencinta cotton candy lagi menceriakan suasana. 

Hari itu bakal tiba. Bersediakah? Hati bergolak lagi.

Ikhlaskanlah. 

Itu yang cuba memujuk hati. 

Saturday 15 February 2014

Sesat

Malu bertanya, sesat jalan. Itulah perumpaan yang selalu kita dengar. 

Sesat jalan nak balik kampung, kita masih boleh bertanya. Tapi, macam mana nak bertanya kalau sesat tu dalam hutan? Kepada siapakah harus kita ajukan soalan? 

Perkara ini berlaku dalam hidup aku dan Knight sewaktu ekspedisi Gunung Tahan. 

Selesai solat, jam menunjukkan lebih kurang pukul 6 petang. Encik Sempoi iaitu pensyarah kami mengarahkan aku dan Knight bergerak dulu. "Knight dan Apple gerak dulu k. Follow group Singaporean ni. Saya janji nanti saya kejar awak berdua".

Semuanya berjalan lancar sehinggalah tetiba kaki Knight cedera. Aku dan Knight berhenti - tunggu Encik Sempoi sekaligus terpisah ngan group tu. Lama kami tunggu tapi langsung tiada kelibat dia mahupun rakan seperjuangan yang lain. Akhirnya kami tekad meneruskan perjalanan. 

Hari semakin gelap. Bunyi takyah cakaplah. Macam-macam benda duk main dalam fikiran aku. Dalam hati, tak tahulah nak cakap apa. Takut semua ada. Mulut tak lekang membaca apa yang patut. Aku melihat jam, 'Ya Tuhan, aku terlepas waktu Maghrib..', bisik hati aku. Aku dah cuak. Pesan dia aku lupa. Aku ajak Knight berhenti. Tanda menghormati waktu walaupun aku tahu dah terlewat. 

Aku perhati keadaan sekeliling - gelap. Aku kenal sahabat aku sorang ni. Walaupun dia seorang yang sihat, namun sangat penakut. Aku kuatkan hati, tenangkan dirinya. Rasa gelisah, gelabah, takut semua tu aku telan. Kalau tunjuk aku takut, dia sepuluh kalilah.

Tetiba kami terdengar suara orang bersorak. Kami saling berpandangan. Kami tajamkan pendengaran. Jelas, group Singaporean dah sampai campsite. "Mesti dekat je campsite kita ni. Kita jalan slow-slow nak tak Apple?", tanya Knight.

Dugaan. Banyak jalan bercabang yang kami jumpa. Padahal waktu mendaki, takdelah bercabang. Di setiap persimpangan, kami berhenti. Kami memilih jalan mengikut naluri hati kami - yakin dan tawakal.

Akhirnya, kami jumpa sungai. "Knight! Tu!", aku tunjukkan tanda yang diikat kat dahan pokok sebagai guide untuk pendaki. Maknanya kami di jalan betul. Kami menyusuri sungai lantas mengikut arah tanda. Entah macam mana, kami hilang arah tanda.

"Weh, tanda ni dah takde la Knight..". Aku toleh kiri kanan belakang depan mencari.
"Apple, kita ikut tepi sungai nak? Sebab campsite kita tepi sungai je kan..". Aku setuju.

Dari paras buku lali, kini air sungai paras paha kami. Hinggalah sampai satu tahap, kami terpaksa stop. Dengan hanya dipisahkan satu batu yang sangat besar, kami yakin benar kalau teruskan - tenggelam. Aku panjat batu, ada cahaya samar-samar. Kami cuba bagi signal kecemasan namun tiada respon. Di saat ini, kami putus asa. Mengalah. Sangat-sangat down. Mental dan fizikal kosong.

"Knight, kita patah balik nak? Dah pukul 10.30 ni. Kita tunggu kat sungai tadi. Mana tahu, bernasib baik." Knight setuju. "Tapi kena cepat la takut terlepas", sambung aku.

Dalam perjalanan berpatah balik, aku rasa jauh sangat. Entah macam mana aku rasa nak mendongak kat atas. Aku nampak cahaya lampu suluh. "Encik! Encikkk!", aku menjerit. "Kami kat bawah ni Encik..!". "Eh, camne korang boleh ada kat bawah?", tanya Encik. "Hulur tangan tuh". 

Ketinggian yang dipisahkan antara jalan kami dan mereka lebih kurang 2meter. Aku tak tahulah camne kami boleh end up jalan bawah ni. Lagipun, tak sampai 10minit pun jarak tempat aku jumpa dorang ngan campsite. Tapi entah camne, waktu kami berdua lalu jalan bawah tu.. tak sampai-sampai. Jauh gila rasanya perjalanan. 

Sampai campsite, aku dan Knight bercerita pengalaman kami.

"Korang stop tak waktu masuk Maghrib?", tanya Bob.
"Stop, tapi masa tu dah terlepas rasanya..", jawab aku perlahan.
"Hmmm.. Patutlahhh...." dia menggelengkan kepala. "Nasib baik tak jadi pape"
"Kenapa?", tanya Knight.
"Waktu Maghrib ni adalah waktu di mana pintu alam lain terbuka. Bila dah masuk alam dorang, memang susah la korang nak keluar". Kami berdua diam membisu.
"Sebab tu kalau boleh kita nak sampai campsite sebelum Maghrib. Tengok, berapa lama perjalanan yang korang ambil. Almost 5hours kan.." sambung Bob.

Sebenarnya, ianya hanya mengambil masa 2jam lebih je dari tempat kami berhenti solat untuk ke campsite. Tapi kami mengambil masa selama 5jam. Aku dan Knight memang padanlah sebab banyak stop. Encik Sempoi dan beberapa yang lain tu, aku tak tahulah. Jalan manalah 'dorang' bawak mereka tu. Tapi, ada hikmahnya jugak. Kalau tak memang tak tido campsite la aku dan Knight malam tu.

Cerita ini di simpan rapi antara kami-kami je. Tidak disebarkan. Takut, next ekspedisi kami ditolak mentah-mentah oleh pengarah kerana ini soal keselamatan. Even family pun aku tak bagitahu. 

Pengalaman pahit tapi sangat bermakna. Satu pengajaran buat aku, Knight dan juga mereka.


Wednesday 12 February 2014

Mimpi

Saat aku bangun dari tidur, aku tersenyum sendiri. Cuba memutarkan balik filem mimpi. Perempuan itu, muncul lagi dalam mimpi aku untuk yang kedua kalinya. Seolah ini adalah sambungannya.

Indahnya, sangat indah mimpi itu. Kalaulah mimpi itu menjadi kenyataan, alangkah gembiranya, bahagianya aku. Walau sekadar mimpi, ianya cukup membuat aku melompat-lompat - terbang di awan. 

Aku masih ingat, lirikan matanya. Manja, comel.. ahhh.. cair weh! Tu baru dalam mimpi dah buat aku jadi tak tentu arah.. apatah lagi kalau dah menghadap depan-depan. Mahu tak luruh jantung aku beb.

Suara manjanya.. setiap bait perkataan yang keluar dari mulut dia - bisa bikin jantung aku berhenti sekejap. Kata-katanya masih segar dalam otak kepala aku. Haizt, rindu la pulak nak dengar suara dia yang manja tu.

Aku tak mengharapkan untuk kali yang ketiga. Tapi andai dia hadir lagi, aku tak kisah. 

Tapi, mimpi hanya sekadar mimpi. Kebahagiaan itu hanyalah seketika. Bila terjaga, segalanya tiada. Hidup dalam realiti sangat pahit, penuh dengan keperitan. 


Andai bisa mimpi ini menjadi kenyataan...

Monday 10 February 2014

Ilmu Baru

Beberapa hari lepas, aku pergi belajar ilmu baru. Ilmu yang bakal aku praktiskan tidak lama lagi. Mereka semua excited, bertanya mana yang tidak faham tapi aku yang hanya bertemankan pen dan sebuah buku nota kecil - melukis. 

Bukan aku berlagak pandai, tapi aku tak bersedia. 

Orang lain dah senyum sampai ke telinga, hati dah berbunga-bunga kerana diberi peluang. Segala persiapan semua dah setel. Cuma tunggu untuk berangkat je. Tapi aku, habuk pun takde. Kalau persiapan untuk hati tiada, tak guna jugak. 

Entah. Aku cuba tenangkan hati. Ini satu jemputan. Aku cuba positifkan. Tapi, tipu kalau aku tak takut. Dengan keadaan diri aku yang macam ini. Di terimakah aku? Jujur, aku sangat takut.

Pesanan mereka, aku masih ingat. Kata-kata mereka benar. Aku hanya perlu buat yang terbaik. Apa yang dalam hati, Tuhan tahu. 

Masa semakin singkat. Persiapan baru je 10%. Kot.

Aku tak mintak banyak. Aku cuma harap segalanya berjalan lancar dari awal hingga akhir. Cuma sekarang, persiapan hati yang harus aku utamakan. 

Wednesday 5 February 2014

Retaknya Satu Hubungan

Sedang Shila sibuk melayan kerenah kawan-kawannya di fesbuk, deringan telefon 'Hanya Aku' memecah sepi malam yang dingin itu.

'Ah, dia yang call', bisik Shila. "Hello"

"Cantik kan phone? Baru beli tu..", bagitahu Wani kat Shila.

Wani, buah hati Shila atau lebih tepat bekas buah hati Shila. Hubungan mereka yang semakin renggang, tambahan pula dengan perangai Wani yang tinggalkan dirinya tanpa sebarang berita. Tup tup muncul - macam biskut chipsmore. Shila buat keputusan untuk putuskan hubungan itu. Penat dengan cerita rekaan Wani.

'Konon la kan phone baru. Macam aku tak tahu lah tu phone apa. Aku kenal sangat phone tu. Ahh..malas aku nak panjangkan, layan jela budak ni', bentak hati kecil Shila. "Pandai eh awak pilih.. cantik....".

"Dah awak kenapa nak sindir? Tak boleh eh saya beli phone baru? Awak bukan ada papepun ngan saya. Buat apa saya nak bagitahu.."

"Eh, mana ada sindir. Just bagitahu cantik phone. Oh, dah tak boleh puji eh? Okay..."

"Apa masalah awak sebenarnya?"

"Takde pape masalah pun. Um, tadi cakap dah takde pape kan. I thought we still.. you know, as you ask me to think about it."

"Memang saya mintak awak fikir. Tapi awak yang mintak putus. And then why you ask me about this? You should ask yourself..!"

"Hmm, yea I'm the one who ask for it."

"Yang nak cakap English tetiba ni kenapa? Dah tak boleh cakap melayu? Dah fikir belom?"

'Eh dia nih.. dia sendiri pun yang speaking, aku pulak yang kena', bentak hati Shila. "Dah fikir. Dan keputusan saya sama.. harap pasni kite still boleh berkawan."

"Kawan? Tak payah.. just get out from my life. I don't need you..!". 

'Ehh, tu bahasa ape cik abang oi.', hati kecil Shila merungut. "Ikut awaklah. Tapi saya nak awak tahu yang bukan saya tak pernah pertahankan semua ni. Kerana janji, saya sabar, saya telan je. Tapi, maaf.. saya tak boleh. Perasaan tu dah tak sama macam dulu..", bicara Shila dengan nada yang lembut. Cuba jernihkan keadaan. 

"Tahu. Dan awak dah ada girlfriend baru kan?", tanya Wani - sinis. Shila persoalkan. "Macam aku tak kenal kau. Kaki curang...!", kata Wani lagi.

"Awak, kalau saya nak curang, dah lama saya curang...", balas Shila. Wani senyap. Tak tahu apa perlu dikatanya lagi. "Tapi, kalau ada yang datang kat saya.. dan saya terima dia. Awak kisah tak?" tanya Shila. Saja nak tahu respon Wani walaupun dia tahu Wani marah.

"Apa aku nak kisah! Kau dah takde kena mengena dalam hidup aku. Ikut kau lah.. Kau tu memang kaki curang...lagipun kau memang dah ada girlfriend kan???!"

"Takde okay." balas Shila dengan tegas. Perbualan mereka berhenti di situ. Senyap - masing-masing membisu.

"Takpela awak. Good luck for your life", Shila mulakan bicara.

"I don't need your wish! Kau tak payah nak wish kat aku segala bagai. Kau penyebab aku jadi macam ni. Kau sakitkan hati aku!"

"Awak ingat awak sorang je yang sakit?"

"Memang.. memang aku sorang pun yang sakit..!"

"Hati saya pun sakit bila awak buat semua ni. Tapi saya senyap taknak perbesarkan. Dah la awak. Tak payahlah cakap kalau kita nak gaduh macam ni. Iye, saya still sayang kat awak.. tapi sayang tu bukan macam dulu. Perasaan tu dah berkurang. Hope lepas ni kita boleh berkawan, kawan baik", jelas Shila.

"Aku tak perlukan kawan macam kau!"

Talian terputus.

Shila masih mengharap Wani akan call. Tapi tak. 'Um, dah la Shila.. just ler her go. She not deserve for you. Sayang memang sayang, tapi kalau dah macam ni,, takde gunanya..', bisik hati Shila.  

Keesokannya, Shila bangun dari tidur terus capai phone. Ada miscall dan mesej dari Wani. Tatkala membacanya, air mata mula berlinang dan perlahan membasahi pipi Shila.

'I do still love you. I taknak sakit lagi. I'm sorry for using harsh words. Sorry.'

Deringan 'Hanya Aku' sekali lagi memecah sepi pagi. Diangkatnya perlahan. Harapan segalanya pulih tapi ternyata tidak. 

"Kenapa susah sangat nak angkat phone hah??!"
"Tak perasan, dah tido"
"Dah ni senang pulak nak angkat..?"
"Kebetulan.."
"Ahh..alasan..!" Terus Wani matikan talian.

'Aku tahu benar ini semua akan berlaku. Ahhh, bodoh..bodoh menangis untuk dia tadi. Bodoh!'. Shila marah dirinya sendiri. Shila tekad, biarlah hubungan ini berakhir. Dia tak nak menoleh ke belakang lagi. Cukuplah apa yang dah Wani buat terhadap dirinya selama ini. 


Sunday 2 February 2014

"Kau dah gemok...!"

Orang cakap, bila bercinta mandi ni tak basah, makan tak kenyang. Itu semua dusta! Kenapa? Sebab aku rasa bila aku mandi, basah je.. siap bersabun bersyampu lagi. Waktu makan lagi laa..selagi tak kenyang selagi tu la aku makan.

Aku bahagia dengan hidup aku semenjak dua menjak nih. Dulu aku makan seciput je okay. Kalau tak percaya, boleh tanya family aku..kawan-kawan aku. Kalau di tiup angin, akulah orang pertama yang akan melayang terbang. Tapi sekarang, entah kenapa selera aku makin bertambah. 

Orang pertama yang komplen, adik aku. Masa tu tengah lepak dalam bilik. "Aku rasa kau dah gemok la..!", sambil gelak kat aku. "Iyeke? Gemok eh? Ketara sangat ke weh?", tanya aku. "Yelah,tengok tu haa.. atas meja kau. Macam-macam makanan ade..ishhhh..!". Memang gelak sakan la adik aku ni sorang kat aku. "Well, orang bahagia..", sambil senyum kat dia.

Dalam beberapa hari kemudian, isu aku gemok ni masih menjadi topik hangat antara kami berdua. "Gemok sangat ke aku nih? Berat maintain je..", kata aku. "Iye, aku tahulah sebab tiap-tiap hari aku duk ngadap muka kau. Tengok pipi kau tu, dah tembam la..hahaha..". Sambung dia lagi, "Even our mum pun cakap kau dah gemok!". Gelak dan gelak. =="

Waktu makan malam, macam biasa satu pinggan tak cukup untuk aku. Tetiba ayah aku cakap, "Banyak eh Apple makan sekarang. Patut la dah makin gemok..". Berhenti jap aku waktu nak cedok nasik. Berhajat nak tambah dalam dua tiga senduk, terus jadi satu senduk je. Mak aku pulak sampuk, "Laa, gemok camni la okay". "Erkk....", aku terkedu jap dan sambung makan. Adik aku dah sengih-sengih dah.

Beberapa hari lepas kot, dirinya pulak yang cakap aku gemok. Yang ni buat aku agak terpana sikit. Padahal dulu dialah haa yang suruh aku makan banyak. Tambahkan berat laa.. kurus sangat laa.. Kamain lagi aku makan dan makan sebab nak tunaikan permintaan dia. Tapi, bila aku dah jadi camni macam-macam pulak yang dia komplen. Haihhh...nak je aku ngap-ngap budak nih. kekeke.. jangan marah eh ;)

Abang aku ada balik rumah. Dia pun cakap benda yang sama. Siap gelak-gelak lagi kat aku. Hampeh betul.. "Hahaha, kau dah gemok! Tengok pipi kau tu..tembam!", sambil tu duk main-main pipi aku nih. Grrr... "Mana ade gemok la.. Pipi je yang naik.. tapi berat aku maintain je..", bagitahu aku. "Ala, penimbang tu rosak.. kekeke.. macam tak percaya pulak tengok adik aku nih dah gemok..". "Nak buat camne, bahagia..oh bahagia..", jawab aku sambil tersengih.

Memang pipi aku dah tembam, sangat ketara kottttt tapi bila aku pegi timbang, berat badan aku ni maintain je. Adik aku lagi berat kot dari aku. 

Dan sekarang, topik aku gemok selalu menjadi perbualan mereka. Kalau tengah lepak tengok tv, ada je mana-mana yang comel - pipi tembam.. terus aku kena bahan. "Pipi macam kau lah....", "Bulatnye...macam kau Apple..!hahaha..", dan macam-macam lah. Nasib baiklah aku boleh terima.. 

Ahhh.. tak kisahlah. Janji aku bahagia sekarang. Sebab tu kot selera aku bertambah.hahaha.. :D