Monday 10 February 2014

Ilmu Baru

Beberapa hari lepas, aku pergi belajar ilmu baru. Ilmu yang bakal aku praktiskan tidak lama lagi. Mereka semua excited, bertanya mana yang tidak faham tapi aku yang hanya bertemankan pen dan sebuah buku nota kecil - melukis. 

Bukan aku berlagak pandai, tapi aku tak bersedia. 

Orang lain dah senyum sampai ke telinga, hati dah berbunga-bunga kerana diberi peluang. Segala persiapan semua dah setel. Cuma tunggu untuk berangkat je. Tapi aku, habuk pun takde. Kalau persiapan untuk hati tiada, tak guna jugak. 

Entah. Aku cuba tenangkan hati. Ini satu jemputan. Aku cuba positifkan. Tapi, tipu kalau aku tak takut. Dengan keadaan diri aku yang macam ini. Di terimakah aku? Jujur, aku sangat takut.

Pesanan mereka, aku masih ingat. Kata-kata mereka benar. Aku hanya perlu buat yang terbaik. Apa yang dalam hati, Tuhan tahu. 

Masa semakin singkat. Persiapan baru je 10%. Kot.

Aku tak mintak banyak. Aku cuma harap segalanya berjalan lancar dari awal hingga akhir. Cuma sekarang, persiapan hati yang harus aku utamakan. 

2 comments: