Thursday 31 December 2015

Kuma Kuma & Pinky

Kenal tak bear turtle ni? Nama dia Kuma Kuma Turtle!

Banyak-banyak bear, Kuma-kuma ni lah yang paling menarik hati aku. Pulak tu kaler hijau. Aku tak boleh tengok mende alah ni. Excited lebih. Hahaha.. Pastu gatai je tangan ni nak beli.

First time aku kenal Kuma waktu form 4. Pinky ada beli keychain bear Kuma. Dia letak kat phone. Warna Pink. Cantik, comel. Sesuai sangat ngan dia. Sebab tu aku bagi nama dia Pinky :) Sejak hari tu, aku cari kat kedai. Tapi, takde. Katanya, beli kat Genting Highland.

Sebagai penawar duka (ceh,ayat..), aku beli keychain bear CJ7. Aku letak kat phone jugak.

Satu hari tu.. 

Aku, Pinky dan beberapa kawan yang agak rapat.. kami duk lepak kat meja bulat. Sambil tu aku dan Pinky duk main ngan CJ7 dan Kuma. Ala, macam main kejar-kejar camtu. CJ7 aku kejar dia punya Kuma. Then entah macam mana, aku letak Kuma dia atas CJ7 aku.

Aku: Ni J (sambil tunjuk kat CJ7) Dan ni Pinky (tunjuk kat Kuma) *senyum sambil pandang Pinky*

Serentak tu jugak, dorang pandang aku dan Pinky. Pinky tak cakap ape. Cuma hanya senyum. Then.. 

Pinky: Eh.. ni J (CJ7) ngan Ming (Kuma).. J kan suka kat Ming *dia letak CJ7 atas Kuma*

Aku: Eh.. kenapa pulak? *terus aku amik CJ7, simpan* 

Kecik hati jap. Patah hati pun ada. Merajuk pun ada. Conversation terus mati kat situ. Nasib ada orang alih topik. Dalam hati aku duk pikir, takkan la dia jealous aku ngan Ming? Memanglah sejak Ming pindah kelas kitorang, aku lebih suka usik Ming berbanding Pinky. Tapi, tu tak bermakna hati aku kat Ming.

Tapi.. ni semua hanya tinggal kenangan. Yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Terima kasih kenalkan saya ngan Kuma Kuma. Hingga hari ni, saya masih jatuh cinta kat mende ni. Dan..terima kasih kerana sampai hari ini, awak masih letak gambar kita berdua kat whatsapp awak.

Btw, Happy 1st Anniversary to you and hubby!

Tuesday 29 December 2015

Handphone

Walaupun dah pasrah, tapi sedih gak bila orang tu cakap fon aku tu tak boleh repair. Dia tak tau rosak apa. Dia suggest bawak pergi kedai ejen. Esok kalau bangun awal, aku p la.

If tak boleh repair jugak, ayah suruh aku beli fon lain. So far, fon yang duk main dalam otak aku..
  • Huawei Honor 7
  • Nexus 5x
  • OnePlus X

Ikutkan, aku lebih berkenan Nexus 5x. Dia punya design mantap. Pulak tu under google. 

Tapi, aku ni jenis yang suka amik gambar. So, kalau bab kamera, aku lagi prefer Honor 7. 

Tapiiii..kalau nak jimat duit dan pada masa yang sama dapat fon yang high spec, OnePlus sangat okaii. 

Hmm.. ketiga-tiga fon ni ade positif dan negatif dia. 

Nak iphone aci tak? ;p (macam poket tebal je.. =.=)


Kalau korang ada any suggestion, view or opinion.. sangat di alu-alukan. :)

Sunday 20 December 2015

Disember

Aku suka Disember. 

Kalau masa mampu diputarkan, aku nak kembali Disember 2013. Disember, detik perkenalan aku dan CottonCandy. Dan juga Popcorn.

Hadirnya mereka berdua dalam hidup aku memberi sejuta makna. Siapa sangka..hanya berkenalan di blog merapatkan hubungan kami menjadi sahabat, teman tapi mesra dan partner.

Tak semua aku bagi number fon bila di mintak. Aku lagi selesa berbalas emel. Tapi dengan mereka..cepat je. Entah kenapa, hati ni rasa senang je bila bagi kat Popcorn dan CottonCandy.

Bermula dari emel, kami sambung ke mesej. Dan call setiap malam..setiap masa. 

Semua cerita kami kongsi bersama. Suka dan duka. Dan yang paling bermakna..aku ada orang yang boleh nasihat kat aku. Marah aku bila aku buat salah. Marah aku bila aku malas. Bagi aku semangat bila aku down. Sentiasa menceriakan hari-hari aku. Tak pernah mereka mengeluh penat..

Aku bersyukur. Sangat bersyukur sebab dapat kenal dengan mereka. Orang yang kuat..tabah, cekal. Hati yang baik.

Terima kasih ya Rabb.. atas kurniaanMu.

Jagalah mereka untukku. Berikanlah mereka kesenangan di dunia dan akhirat. Permudahkanlah segala urusan mereka. Dan semoga hubungan yang terjalin kekal selamanya. Amin.


p/s: hai Popcorn..hari ni 20 Disember. date jom? :)

Friday 18 December 2015

What A Day...

Why today is so miserable for me?

My phone is having problem.. and now..

Popcorn :(

Tonight, it seems like.. sigh.. I lost my words. I don't know how to express my own emotion right now. 

I know sometimes I'm a bit harsh towards her. But it doesn't mean I didn't love her. I know I'm not that good for her. She is deserve someone better than me. Who can love her more than I do. Who can take care of her.. who won't hurt her. Who will always listen to her, hold her.. 

And tonight..yeah I admit. All my mistakes.. 

I'm not that good. I'm such a bad person. 

I wont let you go.. but deep in my heart.. I have to let you go eventhough you still want me after for what I've done.. You're such a nice girl. While me..such a jerk.. :( This is the best for you

I'm sorry for what I have done. Thank you for always being nice to me. Thank you, dear. Thank you for everything.

I hope.. I'm not that strong to let you go. Coz I want to create more memories with you.

I just hope everything will be fine between us. 

Pray for us.

Kerana Fon

Hari ini, aku bangun seperti biasa. Fon aku capai. Tapi, something is wrong with it. Dah banyak kali button power aku tekan, tapi skrin still gelap. Bermacam cara aku buat, tapi sama je. Gelap. Hitam. Benda paling aku takut bila fon rosak.

Aku tak sempat backup semua benda yang penting. Hari tu aku backup separuh je. Serius, aku menyesal giler sekarang :'(

Aku tak kisah game data semua kena reset. Yang paling aku sayang, gambar dan mesej.

Lunch, ayah panggil makan. Aku duduk kat meja makan dengan hati yang sangat berat. Sedih tak tertanggung kalau betul fon aku rosak. Pulak tu, semuanya built in. Lagi hancur hati aku..

"Abang.. fon aku rosak.."

"Rosak camne?"

"Aku try on tapi tak dapat.. banyak kali aku buat tapi sama je" aku cuba menahan sebak.

"Takpe..boleh beli fon baru.. duit kan banyak :) ..", mak cuba bergurau.


Aku dengar je fon baru.. aku bertambah sebak. Aku tak kisah pasal fon baru. Yang aku kisah isi dalam fon sekarang. Dan hari ini..kerana fon.. aku kalah. Air mata mengalir jua. Lagi buat aku sedih bila terbayang mesej CottonCandy. Kalau betul rosak, segala kenangan aku dan dia lupus camtu je. 

Satu family cuba memujuk. Masing-masing memberi kata-kata positif. Dalam kepala hanya terbayang.. mesej..gambar..

Aku buntu. Popcorn cakap maybe software. Kemungkinan besar semua data hilang. T____T

I don't know what to say anymore. Aku sedih. Sedih akan hilang semua tu. Aku harap sangat esok pergi kedai.. yang rosak tu minor je. Tak terusik storage aku.