Tuesday 31 December 2013

Babai 2013, Hai 2014


Pejam celik, pejam celik.. 2013 bakal melabuhkan tirainya. Banyak peristiwa yang berlaku; pahit, masam, manis semua ada.. Mana yang baik akan aku jadikan pedoman dan mana yang buruk akan aku jadikan sebagai teladan. Pengalaman ini semua mengajar aku mengenal erti kehidupan.. 

Tahun bertambah maka umur pun bertambah.. haiztt.. tapi takpe, janji jiwa masih muda..haha.. Banyak lagi benda yang aku nak teroka, tempat-tempat yang ingin aku pergi, gunung-ganang yang ingin aku tawan... Impian, azam dan harapan itu mestilah ada walaupun aku sendiri tak tahu bila aku boleh pergi ke semua tempat nih..huhu..

Persahabatan yang terjalin, akan aku jaga sebaiknya.. Aku dah jumpa mereka yang aku gelar sebagai sahabat. Terima kasih Tuhan pertemukan aku dengan mereka. Meskipun banyak kawan yang aku hilang, tapi Engkau gantikan mereka dengan sahabat yang aku cari selama ini. Terutamanya Jade.. dan Pearl..

Berakhirnya 2013 tak bermakna aku harus berhenti menawan kamu. Akan aku tawan kau, wahai kamu yang telah datang mengetuk pintu hati aku. Meskipun aku tahu sukar dan mustahil untuk memiliki kamu tapi aku akan sentiasa mencuri hati mu, membuat kamu gembira... Itu sudah memadai. Walau bukan hak aku sekalipun, aku tak kan benarkan sesiapa menyakiti kamu. Dan andai kamu temui dirinya yang bisa memiliki kamu, aku harap dirinya menyayangi kamu melebihi diri aku..

Dan yang paling penting, aku nak tingkatkan tahap kecergasan aku setelah berbulan tak turun padang. Kerja aku asyik makan, tido, layan movie, lepak.. Kesannya, aku hanya mampu jogging separuh pusingan je okeh.. Kali yang ketiga baru aku dapat cukupkan satu pusingan.. Giler tak giler tahap kecergasan aku.. Oh ye, di samping tu..aku nak tambahkan berat badan aku ni sebab ramai yang dah complain.. zzZZZ

Aku berharap, 2014 merupakan tahun yang terbaik untuk aku. Aku ingin warnakan tahun 2014 dengan warna-warni dengan keizinan-Nya.. Kerana, inilah permulaan hidup aku.. Aku bakal mengorak langkah yang baru dengan langkahan yang berbeza.. Harapan juga agar aku dan my Love dapat mengukuhkan serta mengembalikan semula hubungan kami seperti suatu ketika dahulu.. 

Semoga segala yang kita hajati, tercapai.. dan segala urusan dan jalan hidup kita dipermudahkan oleh Dia. Aminn... 

Goodbye 2013. May 2014 bring a lot of joy to everyone. Happy New Year! 


p/s: hembuskanlah angin rindu ini buat dirinya nun jauh di sana.. please jangan nakal sangat taw kat sana... ;)

Saturday 28 December 2013

Kisah Pak Mat

Zaman aku kecik-kecik, Pak Mat sangat femes.. siap ada lagu lagi pasal Pak Mat nih.. kekeke.. Lagu yang dah lama aku tak nyanyi weii.. rindu pulak zaman hingusan.. Jom kite nyanyi sama-sama nak? haha.. 


Set set set
Tom tom tom

Malam yang sepi pi pi
Pak Mat jual topi pi pi

Topi yang koyak yak yak
Pak Mat jual tempoyak

Tempoyak yang basi si si
Pak Mat jual nasi si si

Nasi yang enak nak nak
Pak Mat jual arnab

Arnab yang hilang lang lang
Pak Mat jual gelang

Gelang yang patah tah tah
Pak Mat jual getah

Getah yang putus tus tus
Pak Mat terus mampos pos pos

Pos apa? Posmen

Men apa? Mentol

Tol apa? Tolak

Lak apa? Laksa

Sa apa? Satu

Tu apa? Tunang

Nang apa? Nangka

Ka apa? Kayu

Yu apa? Yuran

Ran apa? Rantai

Tai apa? Tai One

One apa??

One
Two
Three
Four
Five
Six
Seven
Eight
Nine
Ten

Bang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kekadang main mende ni je pun boleh bawak gaduh.. sebab tak sempat nak tembak.. hahaha.. Bila teringat balik, rasa kelakar pun ade.. seronok weh zaman kecik-kecik nih.. Ni baru lagu Pak Mat, tak nyanyi lagu polis lagi.. hahaha.. 


Dia Yang Dah Tiada

Genap enam tahun pemergiannya menghadap Ilahi..

Pie, iaitu insan yang pernah aku suka (passing crush) suatu ketika dahulu. Usia Pie dua tahun lebih tua dari aku dan perkenalan kami bermula dengan 'assalamualaikum'.. Waktu itu aku berada di rumah sahabat aku, duduk melepak sementara tunggu nak pergi ke kelas.

Pie merupakan sepupu sahabat aku di mana dia datang bercuti so tinggal la kat umah sahabat aku nih. Katanya dalam dua tiga hari je lepas tu dah nak balik hometown dia dah.. 

Aku sendiri tak tahu camne aku boleh tercrush ngan Pie.. mungkin style rambut dia kot yang ala-ala spike.. Aku dan dia tak bercakap sangat pun.. kalau ada pun pasal sukan dan badminton.. Waktu tu dia punya tournament badminton dah tak lama dah so aku pun bagi la support kat dia.. 

Hari terakhir Pie kat sini aku tak sempat jumpa dia di sebabkan aku ada kerja nak settle. Dia ada tinggalkan aku sepucuk surat, sekuntum bunga dan hadiah untuk aku. Sampai hari ni surat dan hadiah tu masih aku simpan tapi bunga tu dah lama aku buang..hahaha...

Nama pun passing crush maka perasaan tu pun terbang bersama angin. Bertahun aku lupakan dia hinggalah satu hari aku dapat panggilan dari sahabat aku mengatakan bahawa Pie dah tiada.. Seakan tak percaya tapi itulah hakikatnya...

Meskipun Pie dah tiada namun dirinya tetap dalam ingatan aku. Takkan pernah aku lupakan sesiapa yang hadir dalam hidup aku walaupun hanya untuk seketika.. kerana setiap mereka yang hadir dalam hidup kita pasti memberi dan membawa satu makna. Tuhan pertemukan kita ngan seseorang itu pasti bersebab...

Oleh itu, aku ingin abadikan kisah Pie dan aku di sini walaupun kisah kami takla sepanjang ataupun menarik seperti  mereka yang lain..

Semoga dirinya bahagia di sana... al-Fatihah...

p/s: Bulan ini aku kehilangan dua insan dalam masa tiga hari. Sesungguhnya Tuhan sayangkan mereka..


Wednesday 25 December 2013

Perbualan Aku Dan Adik

Berjalan aku berdua ngan adik aku, menuju ke kedai telefon. Niat di hati ingin membeli nombor baru.

Aku: Adik, aku nak tanya sikit boleh?

Adik: Tanyalah

Aku: Um, kau rasa aku normal tak? Pada pandangan kau lah.. apa yang kau nampak

Adik: Haa..? Normal macam mana? Aku tak paham (muka kompius)

Aku: Ish kau nih.. cuba fikir luar dari kotak sikit

Adik: Aku tak paham laa

Aku: Kau tengok aku ni haa, kau rasa aku normal tak?

Adik: Normal je aku tengok. Cukup je sifat. Ada kaki, ada tangan..

Aku: Arghhh.. bukan tu maksud aku.. hurmmm..

Adik: Betullah.. comel je aku tengok kau

Aku: Eh, kau kata aku comel? hahaha.. mekaseh..

Adik: Mulalah tu nak perasan..

Selesai membeli nombor baru, perut lapar. Aku dan adik pergi kedai roti dan ngap dua tiga keping roti sebagai alas perut.

Adik: Aku rasa aku paham apa yang kau cuba maksudkan

Aku: Haa, apa dia..?

Adik: Normal tu maksud kau, normal macam aku kan? Ada boyfriend...?

Aku: Yup, exactly..! Akhirnya pandai jugak adik aku sorang nih.. hahaha.. So, kau rasa?

Adik: Ermm, agaklah... Tapi, satu je aku nak pesan.. mende ni tak baik, berdosa taw..

Aku: Aku tahu berdosa. Entahlah dik, benda macam ni tak leh nak paksa.. Um, mesti kau dah tak sayang aku kan? Mesti dah malu nak ngaku aku ni kakak kau kan? :(

Adik: Eh, tak la. Aku tetap sayang kau. Aku tak kisah pun..betul..

Aku: Hehe.. sayang jugak kau ni kat aku ye.. Kalau aku perkenalkan dia kat kau, kau nak tak?

Adik: Haha, aku tak kisah la.. Kalau dia okay, aku pun okay.. Macam kau okay ngan boyfriend aku.. Um, dia tu orang yang semalam kau tunjuk gambar tu eh?

Aku: Eh, hahaha.. amacam? Lawa tak? Comel tak?


Jawapan adik aku tuh, biar aku jela yang tahu ;) haha

Semenjak hari tu, kami sentiasa berkongsi rahsia, berkongsi cerita. Hubungan kami berdua memang sangat rapat. Dah bila macam ni, bertambah lagi rapat la.. Tapi, kesian kau adik dapat kakak yang perangai buruk nih.. Papepun, aku sayang kau!


Sunday 22 December 2013

Pendakian

Terkesima, terkedu.. itu yang hanya mampu aku responkan.. satu pendakian yang agak sukar aku kira.. Mungkin ada kekadang aku impikan yang lebih namun aku sedar siapa aku.. Tidak berani aku letakkan harapan yang tinggi..

Biarlah aku mendaki, hingga ke puncak untuk menaklukinya.. Walau jatuh, rebah, berguling sekalipun takkan pernah aku mengalah. Sakit, luka, berdarah waktu mendaki, itu perkara biasa.. Untuk sampai ke puncak, bukan senang.. banyak liku-liku cabaran yang perlu ditempuhi. Andai lalai, ke jurang dan gaung lah tempat aku. Setiap langkahan kaki yang melangkah, perlu di ambil kira sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan perkara yang tak di ingini berlaku.. 

Meskipun aku mendaki seorang diri, hanya bertemankan luka-luka.. ianya sedikit pun tidak mematahkan semangat aku. Biarlah hanya aku yang merasai sakit dan perih ini kerna aku yang memilih haluan ini, aku yang memilih pendakian ini.. 

Semakin  hampir aku merasakan untuk menawan puncak, semakin jauh jugak yang aku rasakan dalam menakluki puncak tersebut.. Mungkin hanya sekadar mimpi andai aku berjaya menawan puncak, tapi aku tidak pernah peduli.. kerna aku bahagia dengan pendakian ini.. dan takkan pernah letih meneruskan pendakian ini..

Bila bisa aku takluk? Jangan pernah di tanya kerna aku sendiri tidak tahu.. Selagi mampu aku melangkah, aku teruskan.. dan andai aku rebah dan tidak mampu meneruskan pendakian ini, tidak bererti aku mengalah.. Cuma aku tidak diberi peluang untuk menaklukinya.. maka terpaksa aku terima itu hakikatnya.. 


Selagi berpeluang, selamanya akan aku mendaki meskipun untuk ke puncak seperti mengejar mimpi.. Sekalipun tidak dapat menawan puncak, aku gembira dan bahagia kerana dapat menikmati pemandangan yang cukup indah sepanjang pendakian ini.. Banyak yang aku peroleh..semoga apa yang aku peroleh itu berada dalam genggaman aku hingga ke akhirnya..

Friday 20 December 2013

Crush

Having a crush on someone can be something so exciting and terrifying. Just seeing her/him will make your heart dup dap dup dap.. and without you notice, you are smiling! hahaha..  The feeling of having a million of butterflies flying around you when that special one is around, ohhh.. how you wish you could stop the time.. Crush can also make you feel crazy emotions like feeling super shy and uncontrollably giddy at the same time. kekeke.. :D

There are different kinds of crush.. (copied from wiki)

The Friendly crush
Letting yourself trust someone and become really close to someone without necessarily having romantic feeling for him/her. Wanting to be around a person all the time may just mean that you have gone from friends to best friends. Its normally to have a friend crush.. --> Jade 

The Admiration Crush
When you idolize a person (celebrity, teacher or friend who has done something cool) you may realize that you have really intense feelings about that person and what he/she has done. These feelings might be mistaken for romantic feelings simply because they are so intense. Its best to let a bit of time pass before really thinking too hard about these feelings. --> Pearl

The Passing Crush
Even if you are in a great relationship, you still might find that you feel attached to someone other than your boyfriend/girlfriend. If you are single, drop everything to try and be with him/her. Often times, passing crush is spiked by being attracted--most often physically--to someone. --> hahaha, yang ni banyak.. ;)

The Romantic Crush
Sometimes having a crush on someone really does mean you are really, really like her/him in a romantic way. Having a romantic crush means that you want to be with that person in more than just a friendly way--you want to be his/her boyfriend or girlfriend. If you fantasize about kissing, holding hands with or cuddling with that person, you probably have a romantic crush. --> err....wink..wink...^^~

So, it's up to you whether you should keep your feelings to yourself or share how you feel with your crush. Um, for me, if I have a romantic crush on someone, I will tell her/him.. I don't care, don't mind if I will be rejected.. It is not like I'm not afraid about being rejected, but what the matter for me is as long as she/he knows what I feel towards her/him.. Better said than regretting later... Who knows, you might have a chance to be with her/him... :) But, it's all up to you... Good luck! hehe..

Tuesday 17 December 2013

Kifarah Dosa

Berdiri aku di luar balkoni sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan.. Subhanallah, cantiknya seni awan dengan terbangnya burung-burung bebas di udara.. Ternyata aman, damai, tenang jiwa aku melihat semua ini... sejenak hilang segala resah, gelisah dan masalah yang membebani otak fikiran aku...

Aku merenung sendiri, memikirkan apa yang terjadi dalam hidup aku.. Satu demi satu yang datang, seolah dah menjadi sahabat aku.. Menemani aku ke mana jua aku pergi.. Rebah berguling sekalipun, ianya tetap di sisi aku.. Kekadang meninggalkan aku, namun tak lama datang pulak yang lain.. 

Bertanya aku kepada diri sendiri.. Mengapa semua ini berlaku? Berat sangat sehingga tak tertanggung rasanya.. Mengapa aku yang harus hadapi semua ini? Bukan orang lain.. Betapa jahilnya aku mempersoalkan apa yang terjadi.. Sedangkan apa yang berlaku adalah perancanganNya.. Qada' dan Qadar yang dah tertulis untuk hidup aku.. Aku mempersoalkan seolah tidak percaya akan ketentuan takdir.. Astaghfirullah... Buangkanlah semua perasaan negatif dan buruk sangka aku ini terhadapMu ya Rabbi.. :'(

Kifarah dosa, perkataan ini yang muncul dalam kepala otak aku.. Iya, mungkin inilah kifarah dosa buat aku.. Kifarah ialah balasan Allah di dunia akibat dosa-dosa yang dilakukan oleh hamba-hambanya.. Ianya sebagai 'penebusan' dan salah satu ujian dalam kehidupan.. Lain manusia, lain lah bentuk ujiannya.. Dan semuanya bergantung kepada ketentuan qada' Ilahi...

Aku percaya inilah kifarah dosa aku.. Aku bersyukur, kerna balasan yang aku dapat di dunia.. Biarlah di dunia, bukan di akhirat kelak... Ujian yang aku hadapi ini ternyata bukti kasih sayangNya terhadap diri aku.. Ujian dan musibah ini bukan bererti Dia benci tapi sebenarnya sedang mengangkat darjat seseorang itu ke maqam yang di tetapkan.. Tapi itulah manusia, iaitu aku... sering lupa akan semua ini.. sibuk berkeluh kesah dengan apa yang terjadi, kekadang menyalahkan takdir...dan paling teruk merasakan Dia sudah bencikan kita.. padahal aku lupa bahawa Dia sentiasa bersama hambanya, menyayangi hambanya... Allahu Rabbi... aku lalai, aku alpa selama ini.. sehingga sanggup membelakangi Engkau...

Apa yang terjadi, adalah seiring dengan keupayaan aku untuk menyelesaikan masalah tersebut.. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya cuma aku perlu tahu dan pandai bagaimana untuk selesaikan segala masalah yang berbelit-belit ini.. Dan Dia tidak akan membebankan seseorang melainkan kesanggupannya...

Lama aku termenung, muhasabah diri.. Aku kuatkan hati.. Aku percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Tidak aku nafikan bahawa setiap sesuatu yang berlaku, mempunyai sebab musabab dan boleh dikaitkan dengan perbuatan aku sendiri.. namun pada hakikatnya di sebalik fakta yang dapat diterima akal, qada' dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak akan difahami manusia, termasuk aku sendiri... 

Ujian aku ini mungkin nampak besar di mata aku, tapi aku tidak tahu orang di luar sana mempunyai masalah yang lagi besar.. dan lagi perih dari apa yang aku rasa dan alami... Mujurlah aku ada mereka yang dapat aku luahkan apa yang aku rasa... Aku mempunyai mereka di sisi yang sentiasa buat aku gelak, ketawa... dan sentiasa memberi dorongan dan nasihat.. Terima kasih kalian.. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian..

Ya Allah...
Tiada sekelumit kata yang dapat aku luahkan untuk menggambarkan perasaan aku.. 
Jiwaku gelisah, hatiku tak tenang
Memikirkan segala apa yang terjadi..
Sesungguhnya aku lemah, hina dan tak terdaya....

Ya Rabbi..
Aku terlalu banyak dosa.. tak terhitung rasanya..
Sebanyak butiran pasir pantai, malah lebih dari itu..
Janganlah Engkau berpaling dari ku..
Siapalah aku tanpaMu..

Ya Tuhanku..
Berikanlah aku ketenangan, ketenangan yang pernah engkau berikan dulu kepadaku suatu ketika dahulu...
Dosa-dosaku ini kerna lemahnya aku..
Rapuhnya iman aku..
Kejahilan aku.. kelalaian aku..
Aku mengharapkan keampunan dari Mu..

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku..
Hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam....

Aku yakin dan percaya... Dia tahu mana yang terbaik untuk aku.. Dan ini lah jalan hidup aku yang harus aku lalui dan tempuhi.. sesungguhnya, ini qada' dan qadar aku.. Ujian itu kifarah dosa..bukti kasih sayangNya terhadap aku...


Bila kepercayaan itu ada untuk Sang Pencipta, aku makin kuat dan tabah.. aku redha, pasrah dengan segala yang terjadi... kerna inilah ketentuan takdir hidupku... Dan andai aku lalai lagi, ampunilah aku...sesungguhnya aku hanyalah insan yang hina, lemah dan tidak sempurna...


Saturday 14 December 2013

.

Malam ni malam yang paling teruk kot bagi aku.. Aku dah tak tertahan sangat dah.. dah tak tahu mana aku nak luahkan segala yang terbuku.. kat sini jelah tempat aku mengadu nasib..

Kalau dulu, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut korang.. Relaks je, okay je, takde komen papepun.. Tapi sekarang, sejak isu tu timbul... apa yang aku buat semua salah.. Ada je yang tak kena.. Tak boleh tengok orang bahagia eh??

Kalau dulu, aku berambut pendek persis lelaki, ada ke korang kisah? Tak pun kan.. Bertahun aku berambut pendek dan tapi kenapa sekarang baru korang nak bersuara, mengatakan ini itu.. bingit telinga aku.. Kalau dari dulu tak suka, cakaplah awal-awal.. Atau sebab isu itu, korang mula meng'judge'kan aku... Dah tak boleh berambut pendek...? Ikutkan hati aku, lagi pendek yang aku nak buat.. tapi aku batalkan hasrat hati sebab korang...

Penat weh duk jaga hati korang je.. ada korang kisah pasal aku? Ada korang ambil tahu apa yang terjadi kat aku? Takde kan.. Bila benda dah menjadi parah, baru korang terhegeh-hegeh cari aku, duk tanya ini itu... Aku dah cukup muak, cukuplah....

Mengapa aku mintak yang jauh-jauh.. aku harap korang mengerti sendiri.. Bila berdekatan, pelbagai isu yang timbul.. Setiap langkahan kaki aku korang duk perhatikan.. Ingat aku tak tahu apa yang telah korang lakukan? Aku tak bodoh laa.. Aku tak kejam, tapi aku akan bersikap kejam ngan orang yang hancurkan hidup aku.. Selagi kau tak mengaku apa yang telah kau curik dari aku, sampai bila-bila aku takkan maafkan... 

Aku tahu segalanya walaupun sikit demi sikit aku berjaya korek.. Aku dah agak segala cerita yang konon-kononnya aku kena itu ini, pasal agama segala bagai.. itu hanya rekaan.. Tapi aku mengangguk menerima sebab aku hormat korang dan aku tahu salah aku.. Bawak lah aku pergi jumpa sesape pun, korang takkan pernah tahu apa yang aku nampak... Aku tak mintak ngan setan, jin.. tapi aku mintak ngan Tuhan aku yang satu akan kebenaran.. Dia tunjuk kat aku, tapi ada ke korang tahu? Takde... Korang duk menuding jari kat orang yang salah.. dan akhirnya aku yang terjebak ngan andaian korang yang entah pape...

Janji pun sekadar janji kan.. Nak ini, nak itu lah.. sampai sekarang habuk pun takde.. dah nak masuk tahun 2014 kot.. Aku hanya berdiam diri, aku malas nak bersuara kerna aku tahu.. isu itu pasti akan timbul tatkala aku bersuara.. 

Sungguh lambat masa berlalu.. aku tak sabar nak memulakan hidup kat tempat baru.. Korang duk asyik tanya mengapa aku mintak dipindahkan ke sana, mengapa bukan kat sini.. Sebab aku dah penat ngan andaian korang.. cukuplah dengan apa yang telah berlaku.. Aku dah nampak segalanya.. aku tak buta!

Entah sampai bila aku harus pikul benda yang bodoh ni.. Aku tahu, semua silap aku tapi tak payahlah sampai setiap gerak-geri aku korang duk persoalkan... Depan aku bolehlah korang buat tak tahu, tapi belakang aku...? hmmm....

Siyes, aku dah tersangat penat ngan semua nih... Dah la sejak akhir-akhir ni banyak benda yang berlaku... Penat otak aku, sakit hati aku, seksa jiwa aku.... Kalaulah aku boleh reset kepala otak aku nih...huhh..

Jangan salahkan aku kalau aku mula mendiamkan diri...


Broken Heart

Tears slowly falling down upon my cheeks as I got phone call from my Love.. The voice, the tone, the mood.. I miss them so much.. The way my Love treats me tonight, I mean this early morning is what I'm longing for.. calm, tender, warm..

But it's too late, I guess.. I feel empty inside me.. I know my Love still trying to get me back, but this pain not heal yet.. The wound is too deep..

This wound become worst when I read the status (before my Love call me), saying that my Love will (confirm) move to a new place together with them.. and I know nothing about it.. I just thought it just a plan and never expect they will move too soon because we had a little conversation about that three days ago..

Me: About the house, why I don't know anything about it??

My Love: Trying to tell you but you are busy..

Me: Is it me or you? You know I'm always free and waiting for you every night right? But still telling me that I'm busy... fine.. um, so where'd you will stay then?

My Love: We will move to T

Me: Ahh, I see... why must T? I thought you are planning to run it here..

My Love: Err.. I told you before right..

Me: Nope, you never told me about this. What I know is you are going to run that here..not there..

My Love: Sorry, I thought I have told you

Me: K...so, when is it?

My Love: Don't know yet... we are just planning.. Maybe next year?

Because of that, our relationship becomes so complicated.. plus Ikan things..huhh.. and I feel that I am nobody to my Love because I know nothing about this matter.. I don't mind if it just about the house but the fact that they will  are going to move to a new place...I can't accept it.. Looks like a stupid.. :'(

To know they will move out too soon, seriously.. I never expecting that.. The worst, my Love never mention about it even today (just now).. I'm waiting for my Love to tell me, explain to me about that.. but nothing is coming out from my Love's mouth... We just talk about unrelated things... 

Is my Love not intend to tell me? And just go away like that.. leave me clueless....?? Is it wrong for me to know everything? Am I just nobody?? Why must my Love hide those things from me...???

Again, my heart is broken.. 

Monday 9 December 2013

Ikan

Todak: Weh, kau kat mana?

My Love: Adalah.. kenapa?

Todak: Bila nak balik? Lamanya kau pergi bercuti..

My Love: Aku tak nak balik..kahkahkah.. :)

*******

Mai: You kat mana.. rindu laa.. bila nak balik?

My Love: Adalah... hehe..

*******

Mai: Tak tahulah hidup ni macam mana kalau takde dia, takde you..

My Love: :)

*******

Todak: Oit, hang kat mana?

My Love: Kenapa?

Todak: Aku nak pergi umah kau la bongok..

My Love: Aku ada kat Segamat ngan Pak Tam pergi jumpa IKAN

.................. (tersentap aku baca nama Ikan..)


Ikan?? Ikan ni jujur aku cakap dia memang syok gila kat my Love.. Dah tahu my Love ada aku tapi dia still keep messaging and calling.. cakap rindu sayang segala bagai.. Tu depan aku tuh. Kalau belakang aku tak tahu laa.. Nak je aku baling kasut kat muka kau Ikan tapi nasib baik lah aku ni jenis penyabar.. 

Yang bestnya, hari yang sama aku dan my Love berpisah.. sempat jugak ye my Love aku pergi cari Ikan nih.. Tak tahu la buat apa, malas nak layan malas nak fikir.. buat sakit hati aku je..

Terkejut aku bila dapat tahu my Love diam-diam pergi jumpa Ikan sekalipun ada Pak Tam.. Takkan la Pak Tam yang nak jumpa Ikan ni padahal Pak Tam memang menyampah gila ngan Ikan ni yang suka menggedik dan menggatal.. Lagipun Pak Tam dah ada awek, cun lagi.. My Love?? Aku tak tahu sebab kalau di ikutkan apa yang dia cerita kat aku, dia cakap Ikan ni bukan taste dia pun.. 

Kalau betul nak jumpa Ikan hanya sekadar kawan, jujur aku tak kisah... Tapi perlu ke nak sorok semua ni segala bagai ngan aku..? Patut la malam tu diam membisu je.. Aku duk mesej satu habuk pun tak di balasnya.. huhhh... Pukul satu pagi macam tu baru balas.. Bila aku tanya, jawabnya tengok TV dan tak perasan ada mesej masuk... Iyeke? Macam sangat kontra je dengan apa yang aku baca.. hahaha..

Biasanya, kalau nak tido memang dia ada call aku.. Tadi ada la jugak tapi aku malas nak layan sangat, so aku cakap aku mengantuk, nak tido.. ehh ehhhh... suara dia macam happy semacam je bila aku cakap aku nak tido.. Sebelum ni pasti dia mengeluh dulu dan agak susah nak lepaskan aku untuk tido.. nak tak nak kena teman dia sampai tetido.. ahakz! Apsal ehhh? kekeke...

Kalau betul pun nak cari orang lain.. tolong la bukan Ikan.. Ikan tu sangat pandai main kata-kata.. boleh cair, luruh jantung kau beb bila dia dah start mengayat... Dah banyak mana dia pasang.. At least, find someone who can take care of you, and be with you through thick and thin.. Bukan nak memburukkan Ikan tapi itulah kenyataannya..

Aku dah cakap, aku dah tak kan kisah.. nak buat papepun, buat laa.. janji selagi dia tak lebih-lebih dan tak melebihi batasan yang pernah aku bagitahu dia dulu... aku kira semuanya okay.. tapi kalau dah langgar batasan tuh, sorry to say laa.. memang goodbye la jawabnya... sobbsss...

Nampak sangat aku give up kan? hahaha... Entah la, aku pun tak tahu..sebab tu aku nak buat bodoh je biarkan semua mengalir seperti air.. aku serahkan bulat-bulat kat takdir.. Aku terima seadanya.. :)

Dan semoga hati aku kental menerima apa jua yang bakal berlaku dan sedang berlaku... dan juga yang telah berlaku...


Sunday 8 December 2013

Mengalir Seperti Air

Banyak yang berlaku, namun aku tidak lagi menghiraukan apa yang terjadi. Memekakkan telinga berpura-pura tidak mendengar lagi baik daripada aku duk melayan yang akibatnya boleh meremukkan hati aku sendiri. Menguncikan mulut dari berkata-kata, itulah yang aku lakukan sekarang. Apa yang patut aku jawab, aku jawab.. mana yang tak.. aku biarkan saja soalan-soalan itu berlalu dan mengalir seperti mengalirnya air di celahan-celahan batu.

Hari demi hari berlalu namun aku berlagak biasa seolah tiada apa yang berlaku. Cukup dengan segala persengketaan aku dan mereka, aku dan dia. Aku dah penat dengan semua ini.. Aku nak rehat panjang, kosongkan otak aku dengan semua itu. 

Namun, kekadang ada yang tak terduga terjadi. Mendung di langit, aku sangkakan baik rupanya tidak... Yang mana mampu aku hiraukan, aku buat bodoh.. mana yang tertusuk kat dalam kalbu nih, aku biarkan ianya terubat sendiri.. Luka boleh sembuh, asalkan kau pandai ubatkannya supaya tidak menjadi lagi parah...

Akhir-akhir ini, hubungan aku dan my Love agak hambar. Aku malas nak mempersoalkan mengapa.. aku redha dan pasrah.. andai ini yang terbaik untuk kami, aku terima.. Bukan aku mengalah, bukan aku putus asa.. tapi aku serahkan segalanya di tangan takdir.. Doa aku tak pernah putus, namun siapa aku.. aku hanyalah manusia yang hina dan kerdil yang hanya mampu menadah doa meminta, tapi segalanya di tangan-Nya...

Bukannya aku putus harapan, tapi kekadang penat hati ini.. asyik duk makan hati je.. Mesej aku pun jarang nak di balasnya.. Call apetah lagi, nak angkat pun susah.. Kalau cakap pun, paling lama 10 minit je.. Paling aku terasa, waktu aku sangkut aritu.. Bukan dia tak kisah, dia kisah tapi caring dia yang aku pernah kenal dulu seolah-olah dah hilang.. Tv lagi penting kot dari aku waktu-waktu camtu.. 

Aku malas nak layan sangat perasaan aku ni bila hati dah berbicara.. sebab tu aku biarkan ianya mengalir mengikut arus... Time-time camni, waktu hati gundah gulana.. aku lagi suka mendiamkan diri, letakkan jarak dalam hubungan kami.. tapi setiap apa yang aku nak buat, aku still inform kat dia... Nak tak nak, hati dia kenalah jugak aku jaga.. (kekadang aku benci, kenapa aku ni baik sangat.. terlalu berlembut hati...hayyy)

Perbualan aku ngan dia tadi pun dah tak semesra dulu.. Bukan main excited tadi aku dapat dengar suara dia, tapi bila dah dengar suara dia yang macam agak kurang berminat... terus aku down.. tapi still maintain cool.. Mungkin dia ada masalah kot, aku cuba mempositifkan fikiran aku.. 

Hati pun dah penat.. maka aku biarkan semua ini mengalir seperti air.. Andai jodoh kami panjang, hanya hati saja yang dapat tafsirkan perasaan aku... dan andai hubungan kami kat sini je, aku terima seadanya.. Mana yang terbaik untuk kami berdua, aku pasrah.. aku cuma berharap papepun terjadi, janganlah pernah putuskan ikatan ini.. 

Air yang mengalir takkan putus, selagi kita tak tutup pili air... kekeke ;)

p/s: Layan Runningman lagi best dari layan perasaan yang entah pape nih...

Friday 6 December 2013

Tayar Yang Bergolek

Setelah sekian lama aku meninggalkan bumi itu, akhirnya aku di beri kesempatan untuk memijaknya lagi sekali, cuma tempat berbeza namun di bawah nama yang sama. 

Perjalanan ke sana sangat mencabar dan pelbagai dugaan terpaksa aku tempuh. Hampir patah balik namun doa ku di makbulkan.. aku sampai jua walaupun lambat satu hari. Itu sudah memadai... Dapatlah jugak aku berhuha.. sambil relakskan mind..

Sewaktu empat tayar ini bergolek menyusuri jalan itu.. hanya Tuhan yang tahu perasaan aku. Aku tak mampu memandang mahupun menjeling sedikit pun tempat itu. Aku merebahkan badanku, cuba memekakkan telinga, memejamkan mata agar aku tidur... biarlah aku sampai ke destinasi tanpa perlu aku lihat jalan itu.. Tuhan dengar rintihan aku, aku tidur dengan mudahnya...

Aku terjaga, pandang sekeliling.. Alhamdulillah aku dah sampai.. Sempat jugak aku snap beberapa gambar untuk di jadikan kenangan..

Petang itu, aku berjalan pusing-pusing kawasan sekitar.. Deruan ombak sangat membahagiakan aku.. aku sukakan pantai, mententeramkan jiwa.. Bagi aku berjam-jam duk kat pantai pun aku tak kisah.. Biarlah hitam pun sebab kena cahaya matahari, aku tak kisah janji hati aku puas.. kekeke.. 

Malam itu, aku jalan-jalan kat bandar..nak isi perut yang dah mula merintih.. Bila perut dah kenyang, apa lagi.. shopping la.. hahaha.. Aku ni memang pantang nampak kedai baju.. gatal je kaki ni melangkah masuk pastu mula lah tengok yang ni berkenan, tengok yang tu berkenan.. ;p

Dah on the way balik.. eh ehh nampak pulak pasar malam.. so, singgah la kejap.. Dan aku pun beli baju lagi ==" ahahaha.. maaf, aku memang sukakan baju.. pastu cuci-cuci mata jap tengok ada yang berkenan di hati ke tak.. tetiba... ada mamat tegur..

Mamat: Awak, umur bape ni?

Aku: Ehh...??....huhhhh...

Mamat: Umur bape...saya tanya... *sambil tersenyum

Aku: Err... ** kenapa? (aku tak tahu la kenapa aku boleh jawab pertanyaan mamat nih... ngek betul..)

Mamat: Iyeke.. nampak lagi muda je.. macam 18,19 tahun je.. 

Aku: Eh tak laa.. betul la tu umur saya.. 

Mamat: Awak...

Aku: Saya pegi dulu ye... *senyum dan terus blah*

Bodoh pun ada jugak aku rasa sebab layan mamat tu.. Apsal la aku ramah sangat malam nih.. (marah kat diri sendiri)..

Malam tu aku tido sambil gelak sorang-sorang bukan sebab mamat tu k.. tapi sebab ada orang cakap telefon ngan aku time dia tengah mamai.. hahaha.. sangat comel..!

Esok tuh, aku keluar kejap beli something untuk mereka yang tersayang.. Pastu terus shoot balik hometown.. Kejap je kan aku duk sini.. nak buat macam mana, lari dari plan asal so nak tak nak terpaksa balik jugak.. Dan projek aku pun tak sempat di laksanakan.. huhh...! terpaksa cari setting lain pulak.. sobbsss...

Lagi sekali aku lalu jalan itu.... Hibanya hati ini.. Jalan yang sama pernah kami lalui bersama, bezanya hanya jenis tayar yang bergolek dan pemandunya.. Kenangan ligat berputar dalam otak fikiran aku.. ada yang indah, ada yang pedih, ada yang kecewa, ada yang bodoh, macam-macam... Ku tatapi sekeliling, rindunya... ku gagahi hati aku untuk lihat ianya sekali lagi meskipun hati menangis dan meraung.. 

Entah bila akan aku jejak bumi ini lagi... dan tayar bergolek yang manakah akan membawa aku ke sini lagi..

Sunday 1 December 2013

Misi Mencari

Bosan tahap gaban. Tak tahu nak buat apa. Nak tidur, tak ngantuk lagi.. hmmm... my Love pulak duk layan citer kat tv, tak nak bagi kesian... Cik Bebit (ya, itu kamu..hahaha) pulak tiba-tiba senyap... Buat apa entah dia tuh.. Tadi okay je duk mesej tiba-tiba menyepi...

Maka, bermulalah ekspedisi aku di muka buku. Mencari apa yang patut aku cari. Ada yang aku jumpa dan ada yang tak. Ada yang buat aku tergelak-gelak... ada yang buat aku rasa nak muntah.. ada yang buat aku geram sebab kekiutan dan kecomelan mereka.. haha

Terpandang nama Pinky, bukak profile dia. Hanya senyuman terukir. Teringat kenangan dulu. Dah lama aku tak pergi rumah dia, masing-masing sibuk ngan hal sendiri. Oh, dah ramai rupanya anak sedara dia yek.. rindunya aku kat anak sedara dia yang sorang tuh.. dah la chubby, kiut, pandai posing pulak tuh.. geram aku tengok.. 

Tetiba aku dapat idea, idea yang sangat mustahil la bagi aku.. bodoh pun ade gak aku rasa.. hahaha.. tapi biarlah, nak jugak.. Aku pun mula misi mencari muka buku seseorang walaupun habuk aku tak tahu pape pasal dia.. ngek kan.. XP

Try yang ni, try yang tu.. eh eh.. comelnya budak nih.. ahh, abaikan.. Aku sambung mencari lagi..

Dalam sibuk mencari, 'comel la budak tadi tu...hehe..' bisik hati aku.. Aku pun scroll up balik.. Memandangkan aku ada photo zoom so senang la aku tengok muka budak nih. Okay, comel sangat.. (tetiba teringat cik Bebit..haha).. Bukak page dia, ummmm... okay, bye.. but you look so cute in tudung la adik..

Malas dah nak mencari sebab perut dah berbunyi... Cari pun macam la aku boleh jumpa... Orang tu kedekut sangat..

Masa untuk isi perut dan perah otak untuk projek pertama aku tapi tak cukup pelakon.. hahaha.. macam mana eh... Papepun, tak sabar nak gi shoot kat sana... kekeke... Itu pun kalau jadi seperti yang di rancang.. Kalau tak, aku berhuha jela kat sana.. :)

p/s: dalam misi mencari, terpandang satu artikel.. tak sangka semuanya hanya kerana duit dan mende ni memang sangat normal berlaku... aku percaya, tak mustahil satu hari nanti 'ayam di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan..'