Tuesday 31 December 2013

Babai 2013, Hai 2014


Pejam celik, pejam celik.. 2013 bakal melabuhkan tirainya. Banyak peristiwa yang berlaku; pahit, masam, manis semua ada.. Mana yang baik akan aku jadikan pedoman dan mana yang buruk akan aku jadikan sebagai teladan. Pengalaman ini semua mengajar aku mengenal erti kehidupan.. 

Tahun bertambah maka umur pun bertambah.. haiztt.. tapi takpe, janji jiwa masih muda..haha.. Banyak lagi benda yang aku nak teroka, tempat-tempat yang ingin aku pergi, gunung-ganang yang ingin aku tawan... Impian, azam dan harapan itu mestilah ada walaupun aku sendiri tak tahu bila aku boleh pergi ke semua tempat nih..huhu..

Persahabatan yang terjalin, akan aku jaga sebaiknya.. Aku dah jumpa mereka yang aku gelar sebagai sahabat. Terima kasih Tuhan pertemukan aku dengan mereka. Meskipun banyak kawan yang aku hilang, tapi Engkau gantikan mereka dengan sahabat yang aku cari selama ini. Terutamanya Jade.. dan Pearl..

Berakhirnya 2013 tak bermakna aku harus berhenti menawan kamu. Akan aku tawan kau, wahai kamu yang telah datang mengetuk pintu hati aku. Meskipun aku tahu sukar dan mustahil untuk memiliki kamu tapi aku akan sentiasa mencuri hati mu, membuat kamu gembira... Itu sudah memadai. Walau bukan hak aku sekalipun, aku tak kan benarkan sesiapa menyakiti kamu. Dan andai kamu temui dirinya yang bisa memiliki kamu, aku harap dirinya menyayangi kamu melebihi diri aku..

Dan yang paling penting, aku nak tingkatkan tahap kecergasan aku setelah berbulan tak turun padang. Kerja aku asyik makan, tido, layan movie, lepak.. Kesannya, aku hanya mampu jogging separuh pusingan je okeh.. Kali yang ketiga baru aku dapat cukupkan satu pusingan.. Giler tak giler tahap kecergasan aku.. Oh ye, di samping tu..aku nak tambahkan berat badan aku ni sebab ramai yang dah complain.. zzZZZ

Aku berharap, 2014 merupakan tahun yang terbaik untuk aku. Aku ingin warnakan tahun 2014 dengan warna-warni dengan keizinan-Nya.. Kerana, inilah permulaan hidup aku.. Aku bakal mengorak langkah yang baru dengan langkahan yang berbeza.. Harapan juga agar aku dan my Love dapat mengukuhkan serta mengembalikan semula hubungan kami seperti suatu ketika dahulu.. 

Semoga segala yang kita hajati, tercapai.. dan segala urusan dan jalan hidup kita dipermudahkan oleh Dia. Aminn... 

Goodbye 2013. May 2014 bring a lot of joy to everyone. Happy New Year! 


p/s: hembuskanlah angin rindu ini buat dirinya nun jauh di sana.. please jangan nakal sangat taw kat sana... ;)

2 comments:

  1. selamat tahun baru miss apple J.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru jugak miss hanie x..
      may 2014 give u happiness and prosperity :)

      Delete