Saturday 28 December 2013

Dia Yang Dah Tiada

Genap enam tahun pemergiannya menghadap Ilahi..

Pie, iaitu insan yang pernah aku suka (passing crush) suatu ketika dahulu. Usia Pie dua tahun lebih tua dari aku dan perkenalan kami bermula dengan 'assalamualaikum'.. Waktu itu aku berada di rumah sahabat aku, duduk melepak sementara tunggu nak pergi ke kelas.

Pie merupakan sepupu sahabat aku di mana dia datang bercuti so tinggal la kat umah sahabat aku nih. Katanya dalam dua tiga hari je lepas tu dah nak balik hometown dia dah.. 

Aku sendiri tak tahu camne aku boleh tercrush ngan Pie.. mungkin style rambut dia kot yang ala-ala spike.. Aku dan dia tak bercakap sangat pun.. kalau ada pun pasal sukan dan badminton.. Waktu tu dia punya tournament badminton dah tak lama dah so aku pun bagi la support kat dia.. 

Hari terakhir Pie kat sini aku tak sempat jumpa dia di sebabkan aku ada kerja nak settle. Dia ada tinggalkan aku sepucuk surat, sekuntum bunga dan hadiah untuk aku. Sampai hari ni surat dan hadiah tu masih aku simpan tapi bunga tu dah lama aku buang..hahaha...

Nama pun passing crush maka perasaan tu pun terbang bersama angin. Bertahun aku lupakan dia hinggalah satu hari aku dapat panggilan dari sahabat aku mengatakan bahawa Pie dah tiada.. Seakan tak percaya tapi itulah hakikatnya...

Meskipun Pie dah tiada namun dirinya tetap dalam ingatan aku. Takkan pernah aku lupakan sesiapa yang hadir dalam hidup aku walaupun hanya untuk seketika.. kerana setiap mereka yang hadir dalam hidup kita pasti memberi dan membawa satu makna. Tuhan pertemukan kita ngan seseorang itu pasti bersebab...

Oleh itu, aku ingin abadikan kisah Pie dan aku di sini walaupun kisah kami takla sepanjang ataupun menarik seperti  mereka yang lain..

Semoga dirinya bahagia di sana... al-Fatihah...

p/s: Bulan ini aku kehilangan dua insan dalam masa tiga hari. Sesungguhnya Tuhan sayangkan mereka..


No comments:

Post a Comment