Monday 26 January 2015

Rambut

Semalam tengok Mentor Legend. Pastu tengok Mas Idayu dah cut die punya rambut. Ok, nice! Aku tengok rambut aku, hmm.. dah panjang. Aku rindu rambut pendek aku yang ala-ala kpop.. Then, keluar pulak Jaclyn Victor dan seperti biasa rambut dia pendek. Lagi membuatkan aku rasa tak sabar nak pergi potong rambut. 

Housemate Popcorn pun baru je potong rambut. Pendek. Jeles.. T__T Nak rambut macam tu jugak.. wuuu.. tapi lately aku busy. Takde masa nak pergi kedai. Nak potong kat sini, tak cantik. Kurang memuaskan. Hmm

Cakap pasal rambut, aku ni jenis yang tak suka sikat rambut. Haha.. Melainkan kalau ada orang tolong sikatkan. Kalau tak, jangan haraplah aku nak pegang sikat tu. Bila sikat rambut, aku rasa kelakar. Macam kemas sangat.. macam girly sangat. kekeke..

Sebenarnya, aku teringin nak buat rambut macam ni (gambar kat bawah). Bila la dapat buat ye.. Macam banyak sangat halangan untuk cut macam ni. Takpela.. takde rezeki lagi.


So, cut macam Yong Hwa pun okei kan. Dulu, rambut aku ala-ala macam dia la.. haha. Betul, tak tipu. Tak caya, godek fon aku ;p Dari dulu sampai sekarang, aku suka style rambut macam ni. Takpun macam GD. hoho..


p/s: rindu

Tuesday 20 January 2015

Soalan

Entah kenapa, aku rasa sorang classmate aku ni macam tau je yang aku ni tak berapa nak lurus sangat. Aku rasa jela kan.. betul ke idok tu tak tahu la..

Pasalnya, setiap kali kalau nak keluar dan kebetulan terserempak dengan dia.. mesti dia akan cakap,

"Mana awek kau?"

Baru-baru ni, keluar ramai-ramai jugak. Tapi, aku merempit dan dorang naik kereta. Kebetulan lagi sekali, terserempak ngan dia. Dia pun tanya aku..

"Ramai-ramai tu.. mana satu kau berkenan, Apple?"

Apa motif dia tanya, aku tak tau. Tapi aku anggap semuanya sekadar gurauan. Tak nak fikir lebih-lebih..haha.. 

Um, mungkin cara aku layan perempuan kot yang membuatkan dia tanya soalan macam tu. 


p/s: counting days.. :)

Thursday 8 January 2015

Me.Adam.Crush - Milo

Milo adalah satu-satunya Adam yang berjaya membuka hati aku untuk melangkah ke tahap yang seterusnya. Dan dia merupakan sahabat baik aku. Hubungan kami sangat rapat sehinggakan ramai yang menyangkakan kami kapel. Jujur aku cakap, pada awalnya langsung takde perasaan papepun kat Milo walaupun setiap malam (iye, setiap malam) aku dan dia duk berchatting YM. Habis ngan YM, kami sambung kat henfon pulak. 

Mungkin ini berkat doa kawan-kawan kot. Tiap-tiap hari duk padankan aku dan Milo.. duk tanya pasal aku dan Milo. Lama-lama perasaan tu berputik sendiri. 

Perasaan nih tak bertepuk sebelah tangan. Dia confess bagitau apa yang dia rasa kat aku, dan begitu jugak aku. Tapi kami masing-masing tak nak memulakan hubungan sebab waktu tuh kami fokuskan study (ceh..konon).  Kalau ada jodoh antara kami, biarlah segalanya bermula selepas tamat sekolah.

Naik tingkatan lima, kami masih menjadi classmate. Dan doa kawan-kawan tak pernah putus untuk aku dan Milo. Ada je cerita yang mereka nak kaitkan aku dan Milo. 

Yang paling buat aku geram bila tibanya hari raya. Aku dan kawan-kawan memang akan beraya ke rumah Milo memandangkan mak Milo cikgu kami. Kawan aku sorang ni sibuk je nak try bagi hint kat mak Milo.

"Cikgu, ni lah Apple.." Dan aku dapat merasakan yang mak Milo faham hint tuh. Seperti biasa, aku buat tak tahu je.

Habis sekolah, hubungan kami tetap macam biasa. Ada satu hari, Milo datang rumah aku, sorang-sorang.. semata-mata nak share pengalaman dia waktu interview. Speechless sebab aku ingat dia bergurau, rupanya dia dah ada depan pintu pagar rumah aku. Maka berkenalanlah Milo ngan family aku. 

And guess what... Parent aku sangat berkenan kat Milo terutamanya my mum. Memang tak lekang dari mulut duk tanya pasal Milo sehinggalah hari ini okay.. 

Dah sambung belajar, masing-masing dah membawa haluan sendiri tapi kami tetap menjadi sahabat baik dan aku tak pernah letakkan harapan sebab waktu ni aku dah start kenal siapa aku. Aku kurangkan bermesej ngan dia. Setahun lepas tu, aku dapat berita yang dia kapel ngan kawan sekolah aku. Good for him..

Tahun berikutnya aku pergi rumah Milo sebab ada kenduri kahwin. Awalnya malas nak pergi sebab dia bagitahu last minute tapi dah asyik kena paksa so aku pun mengalah. Waktu aku salam ngan mak Milo, korang tahu apa mak dia cakap..??

"Milo, yang ni ke bakal menantu mak?" sambil senyum pandang aku dan Milo.

*terkejut* "Eh tak la cikgu.. orang tu tak dapat datang la.." sambil senyum. Aku pun terus bergegas keluar. Mata mak dia masih memandang aku. Aku jumpa Milo dan terus minta diri nak balik. Entah kenapa, aku rasa agak kecewa..

Tahun lepas dorang dah break up. Siyes, aku terkejut sebab tengok dorang okay je..takde pape masalah pun. Dan, Milo start rapat balik ngan aku terutama bila cuti semester. Kebetulan, kami berdua ni pentingkan fitness so topik perbualan biasanya pasal jogging. Setiap petang akan mesej ajak aku pergi jogging. Bila aku tak pergi, katanya aku sombong padahal aku malas. kekeke.. Pastu buat merajuk ngan aku pulak. Haha..ni malas nak layan ni. Makanya, pergilah aku jogging keesokan harinya. Bila jumpa depan mata, duk asyik mengutuk je. Gemok la.. makin berisi la..dll.

Apa yang pasti, aku akan sentiasa di sisi Milo waktu susah dan senang. Sebagai sahabat.. aku takkan pernah biarkan dia jatuh tesungkur.. Aku nak dia bangun dan teruskan hidup walaupun susah. Yang paling mengharukan aku bila dia cakap... "Kau je yang selalu ada ngan aku dari sekolah sampai sekarang".

Well, aku sayang kau Milo! Tapi as a friend je. Tak lebih. Dan kau lah satu-satunya kawan lelaki yang paling aku rapat.. yang aku boleh citer segala benda (kecuali 'dunia ini').

To my mum, I'm so sorry. Your face when I told you that he sent a regard, clearly I know that you really like him. You're so happy. I like him too, mum. But, again.. as a friend. 

Monday 5 January 2015

Crush

What is crush? Crush is a burning desire to be with someone who you find very attractive and extremely special.


I wonder if you ever did these things.. because I did it :P (read again: did - past tense ;p)


1. Constantly check your phone to see if your crush has texted you 
1
even if it hasn't buzzed! haha..giler kan..

If they don't reply, you are like
1a

And if they do...you read their messages over and over again..plus! you feel like... ;)
Jenny Schecter

2. Know her daily schedule
 yeahhh! XD

3. Day dream about her A LOT
Shane McCutcheon
because day dreams always have happy endings!

4. Imagine your fairytale love story


5. Your heart beats faster than ever.. and when she is near you, you'd be..
Carmen Morales
there.. a smile - happiness - excited

6. You say this in your mind

7. Finally, when your crush tells you that she knew it already... you be like
Alice Pieszecki
XD


p/s: don't you miss THEM? that's why i put their pics.. :)

Saturday 3 January 2015

Sayonara 2014 :')

Membelek entri lama; baca balik apa yang aku wish untuk tahun baru 2014. Sedikit sebanyak ianya membuat aku tersenyum sorang-sorang. Tak sangka, begitu cepat masa berlalu.. Dah masuk tahun 2015.

2014, banyak cerita hidup aku. Bermulanya hanya secebis lembaran kain putih yang kosong. Dan kemudian kain itu di koyakkan menjadi cebisan-cebisan kecil yang tak mampu aku sambungkan balik. Hitam - hanya warna ini mampu aku gambarkan ketika itu. 

Dalam diselubungi warna hitam yang gelap dan kusam.. ada yang datang mewarnakan kain aku.. Jujur aku cakap, hiasannya sangat indah..sangat cantik yang membuat aku terpana. Sekelip mata, warna kehitaman itu bertukar menjadi warna-warni. Iye, aku sangat bahagia ketika ini. Tapi... dalam kebahagian itu, cebisan kain masih tak dapat aku cantumkan. 

Lama jugak untuk aku menjahit cebisan kain ini menjadi satu. Namun, dengan adanya insan yang bernama Popcorn.. perlahan ianya menjadi satu lembaran kain yang sangat cantik. Cebisan ini sudah mampu aku kaitkan menjadi satu. Tidak lupa jugak buat Cotton Candy yang selalu ada di kala aku susah dan senang. Sesungguhnya kamu berdua banyak membantu dalam mencorakkan lembaran kain putih 2014 aku. Kiss sikit..muahhh xoxo.. kekeke :P

Tahun 2014 jugak merupakan tahun di mana aku memulakan hidup baru di tempat baru - sangat asing. Perlahan aku menyesuaikan diri dan syukur.. aku berjaya survive! Walaupun kekadang rindukan tempat lama, tapi ini jalan yang aku pilih.. maka.. hidup itu mesti diteruskan. So far, aku happy duduk kat sini.

Paling membuat aku gembira, aku berada di sini - di samping keluarga. Tiada yang lebih bahagia melainkan bersama keluarga. 

Semoga 2015 menjadi tahun yang lebih baik buat aku, kau, dia dan kamu semua. Aku harap segala hajat yang tak tercapai tahun-tahun lepas.. dapat dilaksanakan tahun ini. InsyaAllah. Semoga kita semua bahagia, gembira dan sihat selalu. 

Selamat Tahun Baru semua! ^__^