Thursday 8 January 2015

Me.Adam.Crush - Milo

Milo adalah satu-satunya Adam yang berjaya membuka hati aku untuk melangkah ke tahap yang seterusnya. Dan dia merupakan sahabat baik aku. Hubungan kami sangat rapat sehinggakan ramai yang menyangkakan kami kapel. Jujur aku cakap, pada awalnya langsung takde perasaan papepun kat Milo walaupun setiap malam (iye, setiap malam) aku dan dia duk berchatting YM. Habis ngan YM, kami sambung kat henfon pulak. 

Mungkin ini berkat doa kawan-kawan kot. Tiap-tiap hari duk padankan aku dan Milo.. duk tanya pasal aku dan Milo. Lama-lama perasaan tu berputik sendiri. 

Perasaan nih tak bertepuk sebelah tangan. Dia confess bagitau apa yang dia rasa kat aku, dan begitu jugak aku. Tapi kami masing-masing tak nak memulakan hubungan sebab waktu tuh kami fokuskan study (ceh..konon).  Kalau ada jodoh antara kami, biarlah segalanya bermula selepas tamat sekolah.

Naik tingkatan lima, kami masih menjadi classmate. Dan doa kawan-kawan tak pernah putus untuk aku dan Milo. Ada je cerita yang mereka nak kaitkan aku dan Milo. 

Yang paling buat aku geram bila tibanya hari raya. Aku dan kawan-kawan memang akan beraya ke rumah Milo memandangkan mak Milo cikgu kami. Kawan aku sorang ni sibuk je nak try bagi hint kat mak Milo.

"Cikgu, ni lah Apple.." Dan aku dapat merasakan yang mak Milo faham hint tuh. Seperti biasa, aku buat tak tahu je.

Habis sekolah, hubungan kami tetap macam biasa. Ada satu hari, Milo datang rumah aku, sorang-sorang.. semata-mata nak share pengalaman dia waktu interview. Speechless sebab aku ingat dia bergurau, rupanya dia dah ada depan pintu pagar rumah aku. Maka berkenalanlah Milo ngan family aku. 

And guess what... Parent aku sangat berkenan kat Milo terutamanya my mum. Memang tak lekang dari mulut duk tanya pasal Milo sehinggalah hari ini okay.. 

Dah sambung belajar, masing-masing dah membawa haluan sendiri tapi kami tetap menjadi sahabat baik dan aku tak pernah letakkan harapan sebab waktu ni aku dah start kenal siapa aku. Aku kurangkan bermesej ngan dia. Setahun lepas tu, aku dapat berita yang dia kapel ngan kawan sekolah aku. Good for him..

Tahun berikutnya aku pergi rumah Milo sebab ada kenduri kahwin. Awalnya malas nak pergi sebab dia bagitahu last minute tapi dah asyik kena paksa so aku pun mengalah. Waktu aku salam ngan mak Milo, korang tahu apa mak dia cakap..??

"Milo, yang ni ke bakal menantu mak?" sambil senyum pandang aku dan Milo.

*terkejut* "Eh tak la cikgu.. orang tu tak dapat datang la.." sambil senyum. Aku pun terus bergegas keluar. Mata mak dia masih memandang aku. Aku jumpa Milo dan terus minta diri nak balik. Entah kenapa, aku rasa agak kecewa..

Tahun lepas dorang dah break up. Siyes, aku terkejut sebab tengok dorang okay je..takde pape masalah pun. Dan, Milo start rapat balik ngan aku terutama bila cuti semester. Kebetulan, kami berdua ni pentingkan fitness so topik perbualan biasanya pasal jogging. Setiap petang akan mesej ajak aku pergi jogging. Bila aku tak pergi, katanya aku sombong padahal aku malas. kekeke.. Pastu buat merajuk ngan aku pulak. Haha..ni malas nak layan ni. Makanya, pergilah aku jogging keesokan harinya. Bila jumpa depan mata, duk asyik mengutuk je. Gemok la.. makin berisi la..dll.

Apa yang pasti, aku akan sentiasa di sisi Milo waktu susah dan senang. Sebagai sahabat.. aku takkan pernah biarkan dia jatuh tesungkur.. Aku nak dia bangun dan teruskan hidup walaupun susah. Yang paling mengharukan aku bila dia cakap... "Kau je yang selalu ada ngan aku dari sekolah sampai sekarang".

Well, aku sayang kau Milo! Tapi as a friend je. Tak lebih. Dan kau lah satu-satunya kawan lelaki yang paling aku rapat.. yang aku boleh citer segala benda (kecuali 'dunia ini').

To my mum, I'm so sorry. Your face when I told you that he sent a regard, clearly I know that you really like him. You're so happy. I like him too, mum. But, again.. as a friend. 

No comments:

Post a Comment