Thursday 29 December 2016

Sukan

Tengok budak-budak sukan, rasa jeles.. Sebab? 
Sebab tu lah cita-cita dan impian aku dari kecik.. nak masuk sekolah sukan. Tapi tu laa, zaman sekolah dulu sekolah sukan tak banyak. Yang ade kat Bukit Jalil tu je haa.. Tak macam sekarang, dah banyak sekolah sukan. Hampir semua negeri ade.. Jelessss T___T

Nak jadikan citer.. memang sukan ni bukan rezeki aku.. Darjah 5 aku undergo operation dan mende ni stop aku dari bermain segala sukan. Takleh wakil sekolah dalam 100 meter dan netball. Even cikgu2 dah consult parent mintak izin.. tapi dah memang bukan rezeki :( Maka terkuburlah harapan aku kat situ nak masuk sekolah sukan.

Masuk sekolah menengah pulak.. sekolah yang sangat tak aktif sukan. Pelajaran tu nombor satu. Time pj jela aku boleh lompat2 macam kanak-kanak ribena tu. Heaven weh bila dapat pakai baju sukan tu

Abis spm, sambung belajar. Haa, kat sini aku start aktif balik. Dapat pulak geng yang suka turun padang. Lagi heaven. Geng laki pulak giler badminton. Malam sampai awal pagi, jangan cari aku kat bilik. Memang takde. Cari kat gym kompem ade. Hari minggu pulak futsal. Dengan rugby pun aku bedal. Sumer tak percaya aku main rugby. Mentanglah aku ni jenis papan.. huhhh.. Tahun lepas aku berjinak ngan hoki. Walaupun tak pandai sangat.. bedal jela..hikhok

Orang kenal aku sebab sukan. Bukan sebab comot dan berhingus.  Sampai kan pergi kelas pun..aku pakai track suit je. Dorang salu perli aku ni budak sukan. 

Kadang, terdetik dalam hati.. kenapalah dulu aku tak apply sukan je.. tapi, masih belum terlambat kan? :)

Wednesday 21 December 2016

Ting!

Ting! Whatsapp group masuk..

LD: AJ! H kawen malam ni.. Mohon tabah.. haha

AJ: Tau.. dah selamat dah jadi orang punya dia tu

LD: Eh yeke?

AJ: *Terus share pic akad nikah H* Yuk L.. kita berduka lara malam ni..

M: Hahaha.. siap berduka lara tu

LD: Malam berduka lara

AJ: Haha.. mestilah M. Marilah kita tarik selimut, tido

M: Awalnye AJ tido! hahaha

AJ: Merawat hati luka.. haha (walaupun hakikat, tak terkesan pun)


Sekian. Selamat pengantin baru H! :)


nota pendek:
Dan untuk abe gunung, selamat pengantin baru jugak.. Maaf tak dapat datang. Maaf jugak, atas pengakuan suatu ketika dulu. Kalaulah masa tu.. kebenaran yang keluar dari mulut ini.. pasti... :) Takpelah.. bukan rezeki.. Terima kasih jaga diri ni 200% sepanjang pendakian. Terima kasih untuk topi, teh o panas, makanan (maap, xpandai masak style survivor), teman malam2 gi tandas.. Thank you for everything.. Semoga bahagia :)

Sunday 11 December 2016

Hadiah

Ade satu kisah aku nak share.. kisah benar ye teman-teman.. Bila teringat je kisah ni, aku sedih sorang2.. huuu T_T

Ni kisahnye..

Sempena birthday tersayang.. si A bertungkus lumus design n siapkan kad birthday yang tak seberapa untuk si dia (D). Bukan tak mampu nak beli, tapi bagi A, kad buat sendiri lagi bermakna.. effort sendiri.

D sangat sukakan satu biskut ni.. memang fall in luv keras la ngan biskut tu. Kira macam biskut tu dah boleh buat dia ni bahagia dari pagi sampai esoknya.. haa gittewww.. nak cakap betapa gilanya dia ni kat biskut tu. So, A belilah biskut tu untuk dia. Tak mahal pun... memang mampu milik.

So, hadiah hari jadi.. hanyalah sekadar sepaket biskut dan kad.

Dalam diam, A ni agak segan sebab tu je dia bagi. Masa nak bagi pun, takut-takut je nak keluarkan. Fikir beratus kali nak bagi ke tak.. ke bagi kad je..? ke takyah dua2..? ke beli hadiah lain je? Sebab macam murah sangat hadiah.. pulak untuk tersayang.. lama jugak A fikir sementara tunggu si D ni siap mandi. Akhirnya, A nekad bagi jugak. Tebalkan je muka.. letak hadiah atas katil. Nanti D keluar mandi.. pandai-pandai lah mata dia tu perasan sendiri hadiah tu.

Phew.. nasib D suka hadiah tu. Lega.. sangat lega. Tu dari segi respon dan riak muka la yek. Dalam hati kita takleh baca.. so, kita anggap si D ni suka hadiah daripada A.

Hari demi hari berlalu....

A dapat whatsapp daripada D. Katanya nak bagitau something. Tadaaaa! A dapat gambar daripada D. Dan tadaaaaa! lagi.. gambar a bouquet of chocolate, surprise gift from her lover. Siap delivery to her house. Kelassss gitteww.. umpphhhh..! *thumbs up* AJ bagi 5 stars!

Nak dibandingkan dengan hadiah A, jauh sangat bezanya. Apatah lagi jika ukur ngan nilai.. A agak terasa.. A sedar.. dirinya tak mampu nak bagi apa yang orang tu bagi kat D. Walaupun D memujuk hati A.. katanya hadiah A jauh lebih bermakna daripada coklat tu. Dan A segalanya untuk dia.. Namun, hmm.. kalau aku kat tempat A pun.. tak mampu dah nak cakap ape.. 

"Whatever I did.. I will always lost to her lover" - A

sedih sobs! :'(

Thursday 1 December 2016

Badak, be strong!

Lama aku berteka-teki dengan Badak. Dan macam biasa, instinct aku betul.

Dengan jujur dia cakap, dia ngan perempuan. Banyak dugaan dia. Sangat banyak.
Dan dia mengaku.. bodoh dalam memberi kasih sayang. Sanggup buat ape saje untuk perempuan tu. Tapi langsung tak dihargai. Air matanya masih mampu bertahan daripada mengalir... 

Esok petang, kami berselisih.. Eye contact main peranan sangat penting mase ni. I knew, something bad happened.

"Badak..."

"AJ.."

Kami berpelukan. Dia bagitahu citer sebenar kat aku. Kejam. Ya, sangat kejam apa yang perempuan tu buat. Dia tak kuat nak hadap mende ni.. dan tahu, akan kalah jugak. 

Malam tu, kami habiskan masa bersama. Cerita dia, cerita aku. Kami berkongsi. 
Aku sedih ngan Badak.
She's such a good partner. Willing to do anything for that girl's happiness. Damn! Seriously, Badak deserves someone better.. not that girl.

I hope you keep strong buddy. 
I'm always right here if you need anything..

Monday 28 November 2016

Rokok

Kata orang, merokok dapat hilangkan stress. Bila disedut dan dihembus.. dapat menenangkan fikiran. 

Sorang sahabat aku.. bila ade je masalah.. rokok la mende pertama yang dicari. Awalnya, segan jugak dia nak bagitau aku yang dia hisap rokok. Tanggapan orang. So far, aku takdelah pandang serong kat dia. Setiap orang ada masalah dan stress.. dan setiap orang ada cara sendiri untuk hilangkan stress..

Lately, dia selalu pesan kat aku.. jangan ikut cara dia. Kalau ada masalah sekalipun, jangan pernah cari rokok.. 

Tapi, betul ke hisap rokok dapat lupakan masalah? Hilangkan stress?

Tuesday 22 November 2016

Sayu

Tamat pengajian. Tahniah!

Hati gembira sebab dah habis study, Tapi pada masa yang sama.. sedih sebab terpaksa berpisah dengan mereka yang dah bertahun jadi classmate. Dah macam family. 

Sorang demi sorang member balik. Tengok sahabat baik aku petang tadi angkut barang nak gi airpot.. terasa sangat kehilangan. Dia lah yang banyak tolong aku sepanjang aku kat sini. Mintak tolong pun senang. Lepas ni, sumer dah jadi kenangan..

Dan aku masih di sini... training untuk tournament. Hostel makin menyepi. Gelak ketawa budak blok makin kurang.. Yang tinggal hanya junior dan team aku. Dan sebilangan sahabat baik aku yang masih kekal kat sini,. menghabiskan sisa baki hari kat sini. Maklumlah, orang dekat. Bila masa je boleh balik.. Sekurangnya, adanye mereka.. hati ni sedikit sebanyak terubat. 

Baru je tadi aku start mengemas.. sayu. Sangat sayu. Aku akan tinggalkan tempat ni. Banyak kenangan tercipta kat sini. Terutama dalam sukan. Dan bulan. Tiap malam nak kuar makan, benda pertama aku cari ialah bulan..

Wuuu..sedihnyaaaaaaa.. :'(
Tak dapat move on..

Wednesday 9 November 2016

Harry Potter!


Dah lama aku duk tunggu citer ni! Akhirnya.. this month.. wuhhuuuuu! Thank J.K Rowling sebab Harry Potter lah aku membaca buku. Tu pun buku kau je ngan RAM. Yang lain aku baca tajuk je.. hoho

Sape nak dating ngan aku tengok Fantastic Beasts?
Jommmmm...
Tapi bukan kat sini lah sebab tempat aku belajar takde wayang.. tsk tsk tsk


p/s: bestnya muvi nov ni T__T

Wednesday 28 September 2016

Final Year

Wuhhhuuuu...

Setelah berbulan berhempas pulas dengan segala kerja yang berlambak. Akhirnya I am free!
Pembentangan thesis dah setel. Esemen pun setel.
Yang tinggal saki baki jam kredit kelas je..

Sindrom final year ni memang hebat untuk aku.
Malas segalanya.
Sampaikan esemen nak hantar esok, malam tu baru aku buat. Dah la setiap esemen tu banyak part. 
Tiga hari berturut-turut pulak tu..
Pakaian takyah nak cakap la.. Track suit je.. dengan crocs :P

So, pasni focus on (xdela fokus sangat pun ==) MUET. Sebut je MUET aku boleh mencarut satu hari. Mende yang tak sepatutnya kena amik. grrr...

Hm, abaikan la dulu MUET. Kita fokus kat sukan.. hahaha..
Hi Colour Run!
Hi Hari Sukan Negara!
Hi hoki tournament!

p/s: classmate aku dah pregnant! yeayy..nanti dapat anak sedara..weehuuu~

Tuesday 2 August 2016

Hey Kamu!

Hey kamu gadis berbaju ungu
Dekat padaku di sini
Hey kamu
Yang mencuri hatiku.. 



p/s: jom explore pulau!

Sunday 24 July 2016

Bertambah Umur

Alhamdulillah.

Masih diberi kesempatan menyambut birthday.

Terima kasih hero dan heroin yang tak pernah lupa wish birthday anak dia yang sorang ni. Walaupun takde hadiah tahun ni, tapi hero dan heroin la hadiah yang terbaik, tak ternilai harganya.

Terima kasih jugak kepada yang wish.

Terima kasih kepada yang bagi hadiah.

Harap nanti hadiah bakal menyusul lagi :P


p/s: kerja belambak tapi masih goyang kaki

oh ade lagi satu.

Happy Anniversary to my dear Popcorn! ^_^

Monday 18 July 2016

*Smirk*

Bang! Bang! Bang!

Kena tembak. Tepat kat dahi, dada, jantung. Tapi, masih mengaku silap. Iya, salahnya di situ. Salah di awal permulaan.

Tapi, tak perlu kau terus menghukum. Kata kau, aku tikam belakang.

Siapa tikam belakang siapa sekarang. *smirk*

Sunday 17 July 2016

Kenapa?

Kenapa dengan orang yang kita sayang..

Kita akan marah lebih,
Bising lebih..
Gaduh lebih...

Sedangkan dengan orang lain,

Kita akan senyum lebih,
Baik lebih..
Sopan lebih.

Hm, kesian kesayangan kita. Kenapa ye?

Tuesday 12 July 2016

Salam Syawal

Alhamdulillah.

Tahun ini dapat lagi beraya bersama keluarga. Seperti biasa kemeriahan 1 Syawal kami raikan bersama.

Tahun ini juga, aku dapat melawat kubur arwah di pagi Syawal. Hati sayu. Tersangat sayu. 2010 meninggalkan kami, tapi seolah baru semalam. Hati menahan sebak. Rindu. Tersangat rindu.

Berjalan kaki menuju ke rumah saudara. Bersebelahan rumah arwah. Hati ini masih tak mampu pandang rumah arwah. Hanya pandang sekilas. Melepaskan rasa rindu. Masih rumah yang sama. Hanya warna yang berubah. Dan juga penghuni.


Dan.. Alhamdulillah. Tahun ni aku masih dapat duit raya! Wuhhuuuu.. ^___^


Selamat hari raya semorang! Mintak ampun andai selama ni ade terkasar bahasa, terkutuk dan segala terrr laa.. 0-0 yekk...
Jangan lupa bagi kat aku duit raya! 




Thursday 9 June 2016

Ia

Hari ini...

Biarkan ia - membisu. Tanpa sepatah kata.
Biarkan ia..dipendam rapi, terselit kemas, dikunci rapat.
Meski hati.. memaksa, meronta.. kenapa? mengapa?

Ia ini.. hanyalah ia.

Usah kamu bertanya,
Apakah ia..

Kerana ia.. terpahat jauh.

Moga ia terluah. Satu hari.


p/s: Salam Ramadhan.

Korek Hidung

Kadang macam korek hidung.

Ade yang senang.. ade yang susah.

Bila yang susah tu agak menyeksakan. Cuba jari ni, cuba jari tu pulak.. masih sama. Takde jalan penyelesaian.

Nak mintak orang lain tolong..macam tak kena.

Kesudahannya, kita sendiri yang tanggung.

Kita sendiri jugak kena cari jalan nak atasi.


Tamat.


p/s: bye. nak korek hidung..

Tuesday 24 May 2016

Salam...

Dear CottonCandyBubblePop!

Andai baca entri ni..
please contact kite.

I need you.
Badly.
:'(

Sunday 22 May 2016

Ding Dong!

Ding dong! Ding dong! Ding dong!

Fuhhh.. akhirnya ade jugak masa nak conteng kat sini. 

Sebelum tu.. Terima kasih kepada mereka yang sudi bertanya khabar.. *terharu*


Alhamdulillah, aku semakin sihat. Dua minggu lepas aku kena infection dalam perut. Tak tahu la kenapa. Tapi aku syak dhab penyebabnye. Hurmmm..

- Demam yang tiba-tiba dan suhu pun agak tinggi.
- Cirit-birit
- Takde selera makan
- Lenguh badan
- Sakit kepala

Mende ni datang serentak dan disebabkan badan aku memang tersangat panas, parent bawak pergi klinik. Doktor cakap simptom tak jelas dan if hari ketiga masih camni, aku kena pergi cek darah. Dan dia hanya bagi aku panadol. Sekaligus mode shopping dan nak tengok Civil War terbengkalai. T__T

Hari ketiga, masih sama. Pergi cek darah. Doktor cakap bukan denggi. Pheww, legaaaaaaa... Tapi sel darah putih banyak dalam badan aku. Kemungkinan tinggi, ada infection dalam perut. Tak kisah la, janji bukan denggi. Dan hehh... banyak giler ubat dia bagi dan besar-besar. Tak suka. ==

Sekarang, getting better. Perut pun kadang-kadang je buat hal. Dan semoga perut ni cepat2 100% baik ye.. Please behave ye perut.. xoxo


p/s: terlalu rindu

Wednesday 10 February 2016

Nasi Goreng

Sejarah nasi goreng kembali lagi. 

Dia tahu aku tersangat fail bila bab nasi goreng ni. Tak caya? Tanyalah dia sendiri.

Hari ini, setelah sekian lama.. aku cuba masak nasi goreng. Tu pun sebab abang aku nak makan sangat. Kalau tak, jangan harap aku nak masak. Aku rela masak ayam mayonis lagi dari buat mende ni. Suruh aku buat kek pun aku tak kisah lagi. Ni nasi goreng... Susah weii! Den tak reti T___T

Siapa yang cakap nasi goreng tu senang? Meh aku nak cepuk sikit.. huhhhh

Dah siap tumis segala bagai, letak nasi, garam dan seangakatan dengannya.. aku pun rasa. Aku tak tau nak cakap camne. Kosong je rasanya. Aku pun suh adik rasa. Kompem! Nasi goreng aku fail lagi. ==

Aku pun tambah ni, tambah tu.. konon nak sedapkan laa.. Bila rasa lagi..

SAMA JE!

Last, aku taruk sos cili.. Nah kau, taruk banyak-banyak. Tak rasa pun.. aku terus tutup api then hidang. Bila makan tu, not bad jugak eh. Abang aku pun cakap sedap..

Rupanya tips masak nasi goreng ni.. kena mood tengah fed up.. Mood yang kau rasa sakit hati sebab kau buat macam mana pun sampai ke sudah tak jadi.

Thursday 4 February 2016

Terbang


"Jangan terbang tinggi sangat, nanti jatuh...sakit.."


Kata-katanya yang masih aku pegang hingga hari ini.

Tapi, aku akan tetap terbang.. biarlah jatuh, biarlah sakit.

Aku akan tetap terbang.

Tuesday 26 January 2016

Angin Kuat

Akhir-akhir ni..

Kawan-kawan dah pesan kat aku. Setiap kali terserempak, mesti dorang suruh berjaga lebih sikit. Kot aku terbang kena bawak angin. hahaha..

Kenapa? Sebab...

Dah takde angin sepoi-sepoi kat bumi tempat aku belajar. Angin macam dah nak ribut. Pokok duk bergoyang je kiri kanan depan belakang. Tapi, tak hujan pun. Kalau hujan pun, kejap je. Tu pun tak lebat. Angin kencang je lebih.. Padahal ni dah hujung musim tengkujuh. Tapi tak rasa hujung musim langsung. 

Siang hari, takde lah rasa takut sangat. Kalau malam, takut jugak. Yelah, malam. Kalau apa-apa berlaku..dah la gelap. Siang hari sekurangnya cerah.

Tapi, dalam masa yang sama.. terlintas jugak dalam fikiran aku. Ni baru kiamat kecik.. kiamat besar nanti macam mana lah.

Sekarang, baru dapat berita yang PCB dah naik air. Air dah melepasi benteng. Ombak setinggi 8 hingga 9 kaki. Siapa yang pernah sampai PCB, mesti dah boleh bayangkan sendiri macam mana keadaan sekarang. 

Ya Allah, kau lindungilah bumi Kelantan ini. Aminn..

Saturday 23 January 2016

Happy Born Day!

Entri ini khas untuk awak, Cotton Candy Bubble Pop!


Assalamualaikum awak.. sihat? :)

Dah berhari-hari sebenarnya hari jadi awak. Bukan lupa, tapi saya agak sibuk sikit. Maklumlah, sem baru bukak. Banyak benda nak setel.

So, how was ur birthday celebration?
Did someone sang a birthday song to you? I wish, I could sing it for you..
Still got indulgence cake instead of blueberry cheesecake? ;p
How about the gifts you got?

Haha..sorry la ye banyak soalan. Sebenarnya banyak lagi nak tanya, tapi hold la dulu. Till the day we get in touch, masa tu saya akan tanya awak banyak-banyak.

And..my wish for you is still the same..

I wish that the shoulder you rest your head upon is always mine,
I wish the hand that supports you is mine,
I wish the ears that listen to you when you talk is mine.
I just want to be there for you always and forever..
Happy Birthday awak!
 
Nah kek.. Seperti biasa, hanya gambar mampu saya belanja. InsyaAllah andai diberi peluang, saya belanja awak kek ni.. mohon tuntut kayhhh!
 
 
Saya sentiasa doakan kebahagiaan dan kesenangan awak. Semoga tahun ini lagi baik dari sebelumnya. Oh ya, lagi satu! Mohon maintain comel dan kiut tu.. Nikmatilah setiap saat yang ada dalam hidup :) Sayang kau ngekkk!
 

p/s: hadiah untuk awak masih tersimpan rapi.. entah bila berpeluang untuk bagi.
 

Thursday 7 January 2016

Rambut

Arini aku teman kawan aku pergi potong rambut. Dah alang-alang rambut aku pun agak panjang, aku pun join dia jugak. Kedai rambut ni siap ade kelas or kursus lagi..ala, lebih kurang akademi la. Harga dia depends on siapa penggunting rambut tu. Kalau yang expert, memang mahal la. Kalau level junior dalam RM35. Harga level student (newbie) RM7 je. Kitorang amik yang student je.. Total cut and wash hanya RM9. Ok la kann..

Lepas dia siap basuh sumer tu.. dia tanya lah aku nak cut camne. Macam biasa la.. aku akan suruh cut bawah paras telinga.. atas kasi nipis.. then layer. At first dia macam tak faham. Aku pun ulang balik. Dia pun buat la kerja dia.

Tik tok tik tok... masa berjalan..

Pasaipa rambut aku jadi camni? Aku dah geli hati dah tengok rambut aku. Tapi aku biarkan je dulu. Kot lepasni dia kasi nipis dan layer rambut. 

Tik tok tik tok... masa berjalan lagi. Dah nak 2 jam.

Yang dia buat, duk ukur nak bagi balance panjang rambut aku tu. Cut kiri sikit..kanan sikit. Then kiri sikit, kanan sikit.. Dalam hati aku dah agak, ni la result rambut aku. 

Hmm.. sedih! Kecewa! Rambut aku dah tak hensem. Kawan aku duk tanya kenapa aku cut camtu. Aku pun explain la kat dia. Kamain dia gelak. Aku nak marah kat orang tu pun tak boleh sebab dia still in training. Silap dia satu je.. tak layerkan rambut aku. Kalau tak, ok la sikit. Pastu silap aku jugak. Sepatutnya aku bawak contoh hairstyle camne aku nak. Lesson learned!

Aku sampai hostel, aku tunjuk kat kawan aku yang lain. Kamain dorang gelak tengok rambut. Sumer duk pertikai kenapa aku ubah style.. kenapa aku cut camni.. kenapa tak cut macam dulu.. blablabla.
 
Tunjuk kat Popcorn. Dia pun gelak jugak! Tapi dia cakap comel (alasan la tu..nak amik hati.. ;p) Lepasni aku nak tunggu panjang sikit then nak gi kedai suh dia layerkan.. 

So far, kedai dia okay. Kalau taknak amik masa lama.. amik la yang expert or junior level tu. Kalau takde kerja dan tak kisah punggung kau lebam duk atas kerusi, amik la yang student ni.
 
Kemungkinan besar, aku akan pergi lagi kedai ni dan amik pakej ni lagi sekali. Cuma kena bear in mind..bawak contoh.
 
p/s: rasa nak amik gunting then cut sendiri nak kasi kemas