Wednesday 20 June 2018

:)

Di sini jugaklah tempat yang terbaik untuk meluahkan segala perasaan. Bukan mencari perhatian orang.. tapi sekadar luahan hati. Yang mana, orang di luar sana takkan pernah faham apa yang kita rasa, kita lalui.. Di sini, aku boleh menulis apa yang aku suka - gembira, marah, dendam, maki. Semua boleh.

Bagus jugak ade blog ni.
Kang nanti luah kat fesbuk, ceritanya jadi lain.
Luah kat ig, lain pulak ceritanya.
So, kat sini jelah yang terbaik.

p/s: pantun untuk kekasih hati..

Hutan belantara sanggupku rendah,
Mencari intan permata berlian.
Tiada yang paling terindah,
Melainkan awak, sayang.

Sunday 17 June 2018

Salam Aidilfitri 2018

Masa pantas berlalu.. 2018 merupakan tahun ketiga aku dan Queen sambut raya bersama (walaupun jasad tak bersama). 

Berada kat tempat orang ni, dengar je lagu raya.. macam hari tu jugak nak balik kampung. Nasib dekat ngan cinta hati. Terubat jugaklah rasa rindu tu.

#Flashback bulan puasa jap
Puasa tahun ni.. Alhamdulillah.. boleh aku katakan hampir tiap hari dapat rasa masakan Queen. Sanggup dia masak untuk aku. *terharu weiii* Kadang beli barang sama-sama.. kadang dia beli sorang. Tunggu je aku datang rumah dia. Allahu, alangkah bahagia andai si dia dapat aku jadikan peneman hidup. 

Dan sepanjang bulan puasa ni jugaklah, aku tidur rumah dia. Padahal rumah aku ngan tempat kerja tak sampai 5minit.. tapi demi dia, setengah jam sanggup aku redah nak gi kerja. Petang pulak terus ke rumah dia. Ni lah rutin aku.

Okay dah flashback.

Dah terbiasa ade orang ironkan baju.. bila raya, kena iron baju sendiri. Haha adoiii.. tibe-tibe jadi tak pandai iron. Terima kasih sayang, jaga makan minum saya, pakaian saya.. Sangat terasa bila sayang takde kat sisi. Walaupun beraya bersama family, tapi lagi indah kalau kita semua dapat beraya sekali. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin semua!
Maaf andai ade salah silap selama perkenalan kita.
Yang mana kenal, nanti jom lepak raya.

Buat keindahan nur saya..
Semoga kita dapat beraya bersama lagi di tahun depan.
Saya sayang awak. Sangat.

Wednesday 13 June 2018

1404 - Our Day

April yang lepas, aku ajak dia teman present project aku kat KL. Petang Khamis kami terus gerak ke KL sebab esoknya kena present. Dalam perjalanan tu, ade la sikit gaduh.. sampailah kat hotel, muka masih masam. Dah cek in semua, aku turun bawah jap amik barang then naik balik. Aku ketuk pintu bilik. Terus dia bukak.

"Happy Birthday!" sambil bagi kek kat dia. Chocolate indulgence. Her favourite. Pastu, terus sambung merajuk.. ^^"

Padahal birthday dia hari Sabtu tapi takut tak sempat nak celebrate so bagi jela awal2. Malam tu, sepi.. krik3. Tak seronok. Then, we had a talk. Alhamdulillah, the problem settled!

Esoknya terus check out sebab nak ke tempat conference. Tapi bendanya malam so aku ajak dia pusing KL. Dia tak tahu nak gi mana.. (good! because I have my own plan). Then, terus aku bawak kereta menuju Genting Sempah.

GF: Kita nak gi mana?
Me: Saje, jalan2.. tadi tak tau nak gi mana kan...

We had our lunch at Genting Sempah and continued our journey. Dah melintasi signboard "Bukit Tinggi".. dia terus... "Kita nak gi Bukit Tinggi ke?" And I just smiled..

And yeah! Kami ke Bukit Tinggi! Ape yang paling aku bahagia bila tengok reaction dia bila sampai Bukit Tinggi. Sebab ni lah tempat yang dia nak sangat2 pergi. Aku terus ke tempat parking. Dupdap dalam hati Tuhan je yang tahu.

GF: Sempat tak kita ni?
Me: Sempat.. kan present malam.. 

Dah setel parking.. aku cakap kat dia

Me: Best kan kalau tidur sini?
GF: *angguk* best
Me: Kalau gitu.. jom amik beg.. kite tidur sini..
GF: *looking at me with surprise* 
Me: Iyeee.. kite tidur sini.. Nak tak?
GF: Nakk.. abes present tu?
Me: *take a deep breathe* HAPPY ANNIVERSARY & HAPPY BIRTHDAY SAYANG!
GF: *speechless* 

And then, she was crying and crying and crying. Dia tak terfikir pun aku akan bawak dia datang sini.. dan ye, pasal presentation tu semua tipu. 

This is for you, sayang.. Kebahagiaan awak, kebahagiaan saya. Terima kasih untuk 2 tahun kita bersama. Apalah sangat hadiah dan kejutan tu kalau nak dibandingkan besarnya cinta dan sayang awak. Semoga kita masih dapat sambut anniversary kita yang ke-3 tahun depan. I LOVE YOU!