Friday 28 March 2014

Coretan Hati

Kenapa dulu kau tak mesej aku?
Kenapa dulu kau tak call aku?
Kenapa dulu kau tak cari aku?
Kenapa dari dulu kau tak pernah yakinkan aku?

Dan sekarang.. setelah sekian lamanya..
Kau datang
Kau muncul kembali.

Kau tahu? Walaupun hanya satu panggilan dari kau, ianya sedikit sebanyak menggerakkan otak aku untuk memutarkan balik filem kisah kita. Tipu kalau aku tak pernah teringat kenangan kita.

Aku takut. Aku takut hati aku hidup untuk kau lagi.

Aku baru beli set karaoke. Dan kau tahu, entah kenapa kebanyakan lagu karaoke yang aku donlod.. semuanya lagu kau, lagu kita. Bila aku pasang nak nyanyikan lagu tu.. sedikit perasaan rindu itu mula hadir. Rindu gelak ketawa kita bila kau selalu nyanyi dengan tempo yang salah, salah lirik even lirik tu dah ada depan mata kau.

Ini yang aku takut.

Tolong, hilangkan perasaan ini dalam diri aku. Aku benci perasaan nih. Persetankan semua ni.

Sebab aku gembira dengan hidup aku sekarang. Tanpa kau.

Thursday 27 March 2014

Si Anak

"Abah, tengok kaki kite ni..sobss..", mengadu seorang anak kepada ayahandanya. Lantas, menjadi tumpuan adik beradik dan bondanya.

"Camne boleh jadi camni?" tanya bonda.

"Tak tahulah. Dah lama dah..".

"Hmm, ni mesti sabun ni..", balas ayahanda kepada anaknya. Lantas berdiri mengambil ubat untuk di sapu. Sedangkan si ayah di waktu ini sakit. 

"Tapi, kalau main sabun mesti la tangan yang kena.. Ni kaki haa..burok dah..wuuu.."

Abang dan adik gelak-gelak. 

"Mungkin waktu tuangkan air sabun tu kot..pastu kena kat kaki..", bonda membuat andaian.

"Entah kau ni.. Tu laa, main sangat sabun", si adik mencelah sambil buat muka. Kenal sangat ngan muka tu. hahaha.. Nak je bagi setepek atas dahi :P

Ayahanda datang, membawa ubat dan juga cotton bud. "Nah, amik ubat ni sapu. Ubat ni macam lotion.. bagi kulit tu sejuk", sambil hulurkan kepada si anak.

"Kikiki, manja jugak kulit kite ni kan abah.." sambil tersengih-sengih duk sapu.

"Memang pun..". Ayahanda duduk di sebelah anaknya ini. "Tu kat celah-celah tu sapu.. kat tangan pun walau ade sikit, sapu jugak..", sambungnya lagi.


Si anak dan ayahanda sangat rapat. Ape-ape, akan mengadu kat ayahandanya. Anak emas (perasan jap :P).. haha. Tapi, betul. Tak tipu. Mungkin sebab jarak umur si anak dan adik agak jauh, dan tambahan pula dia ada dua abang. Maka apabila anak ketiga yang keluar ni pompuan, paham2 jela kan.. :) 

Sekarang, ayahandanya sakit. Bonda penat plus demam tak baik lagi. Maka tugas memasak jatuh kat tangan si anak dan adik (pembantu setia) sebab kepala otak mereka ni kreatif sikit bila nak memasak tanpa menggunakan minyak. Yup, tanpa minyak. Setiap hari. Takkan nak makan bubur dan sup je kan. Muak laa.. 

Inilah masa untuk berbakti. Walaupun, jasa mereka itu takkan mampu si anak balas hingga ke akhir hayat.


p/s: Dan si anak gembira, bila mereka puji masakannya. Terutama ayahanda. 

Sunday 23 March 2014

Result SPM

Sebelum result SPM keluar, pelbagai janji dan ganjaran dijanjikan untuk adik aku sorang ni. Terutamanya abang aku. Dia tawarkan Iphone 5s untuk adik aku andai dia dapat straight As. Ayah aku pulak janjikan untuk bawak dia ke umrah andai dapat 9A dan ke atas. Tapi belumpun result keluar, ayah dah bawak dia menunaikan umrah. Rezeki.

Seperti yang dijangkakan kami adik beradik, itulah result adik kami. Bukan nak kesian ke hape, tapi kami duk gelak sakan kat dia. Maaflah ye dik dapat abang dan kakak macam kami nih. kekeke... "Kenapa semua orang gelak dengar result aku?", kata adik aku. "Aku tepon abang, dia gelak. Aku balik umah bagitau kau, kau pulak gelak..hahaha.. Tak paham aku", sambung dia lagi.

Result dah dapat, maka sekarang masa yang genting untuk dia isi permohonan. Aku di kerah ayah untuk handle yang berkaitan ngan bidang aku sekarang. Abang aku pulak UPU ngan SPA. 

Bila isi permohonan ni, teringat pulak waktu zaman aku. Aku dulu, tak apply asasi. Bukan tak layak, layak je tapi aku lagi suka diploma. Semua pelik kenapa aku apply diploma. Bagi aku, diploma belajar rilek kot sebab masa dia panjang. Lagipun, terus menjurus ke jurusan apa nak amek waktu degree nanti. Kalau asasi, nasib tu masih atas angin. Matrik pun aku tak layan tawaran dia. Dapat pulak kampus main dia engineering. Lagi la aku pejam mata. hahaha

Pastu, tawaran dari kerajaan pulak medik. Ok, aku suka. Tapi tapi.. bila aku tengok tempat yang ditawarkan tu kat timur tengah, terus aku tolak. Aku sorok kot benda ni dari parent. Kalau tak, fly laaa aku ke sana. Taknak wehhh.. Kalau bagi Russia, nak la jugak.. (demand giler kann) Dan sekarang, bila duk tengok kawan aku p sana.. pastu melancong ke Europe bila cuti sem.. ada jugaklah timbul penyesalan tuh. Bukan menyesal pasal belajar, tapi pasal melancong... ngek!

Adik aku pulak, sampai arini tak habis-habis persoalkan kenapa aku taknak ke timur tengah. Tapi bila aku tanya dia nak pergi tak sana.. pandai pulak dia jawab taknak. Haiztt...

Aku tak kisah la adik aku dapat masuk mana-mana.. Janji mende tu dia minat dan boleh follow. Siap tanam hasrat nak satu kolej ngan aku lagi tuh.. Giler! hahaha.. Aku tak kasi kang nanti aku nak nakal-nakal tak boleh walaupun aku tahu dia takkan bocorkan segala rahsia aku.. 

Tapi, aku salute ngan azam dia. Katanya, nak lawan ngan kakak dia sorang ni. kekeke.. Yelah, asyik kena bahan dek aku jek.. Sape yang tak sakit hati kan. hehe.. Pembakar semangat sebenarnye tu dik oiii... Papepun, tahniah dan good luck! hahaha..

p/s: dan sampai arini, masih jadi bahan gelak ketawa kami adik beradik... :D

Tuesday 18 March 2014

Cinta

Cinta itu senu
Yang hadir tanpa diduga
Halus memasuki di jiwa..

Hadir secara rahsia
Rindu tanpa kewujudannya
Setiap bait kata pengubat jiwa

Apabila memiliki,
Berusaha membahagiakan
Menjaga sepenuh hati
Inilah bukti cinta dari hati

Indah, sangat indah di lubuk kalbu
Saban malam terbayang
Dilamun rindu 

Cinta itu membahagiakan
dan memeritkan

Andai dipertahankan,
Maka berkekalan
Andai goyang, tiada kejujuran
Kosong
Maka, putuslah

Cinta itu juga
Bisa pergi tanpa rela
Tanpa dipaksa..

::.apple_J.::

Sunday 16 March 2014

'Awek Airport'

Saat mata bertaut, hati dengan pantas berkata 'cantiknya dia!'. Aku terserempak dengan dia dalam surau. Dia tengah betulkan shawl dia. Serba hitam - atas bawah. Termasuk bingkai kaca matanya. Perlahan aku keluar dari surau, perhatikan gelagat dia. Gelaknya, menarik perhatian aku.

Aku bergegas mengejar adik dan emak. Kami duduk di tempat berkumpul sementara menunggu ketua rombongan bagi tiket penerbangan. Aku nampak dia, menuju ke arah kami. Berdiri di sebelah kami bersama parent dan keluarga. Mata aku, kerap kali mencuri pandang.

Aku : Adik, rombongan kita ada ke yang muda selain kita nih? Maksud aku yang pompuan.

Adik : Eh, mana ade. Kite je haa muda. Kalau ade pun, laki..

Aku : Sure? Dah tu (sambil angkat kening ke arah awek airport) nampak gaya cam join kite je.

Adik : Umm, haah la. Tapi aku kompem! Aku cek dah namelist.

Aku : Ohh.. (muka sedih sebab baru berangan nak kenal2). Cantikkan dia tu? 

Aku bukan nak perasan ke hape ke.. tapi dia pun duk curi-curi pandang aku. Sambil melemparkan senyuman yang manis kat aku. Berhenti jantung aku berdegup jap! Aku pun balas dengan agak-agak. Manalah tahu dia senyum kat orang lain (padahal aku je haa kat situ). 

Eh, tetiba dia bawak keluar dia punya kamera. Sambil sengih-sengih, shoot arah aku. Aku ni malu-malu kucing konon, mengalihkan muka aku - pandang ke arah lain. Aku nampak dia senyum. Nak je aku p kat dia, tanya nama, mintak num fon. Tapi, sabar. Betulkan niat.

Aku perhati je gelagat dia. Gaya dia, sangat aku berkenan. Semuanya manis aku tengok. Makin lama tengok, makin terpaut. hahaha.. Serius, dia sangat cantik. Dah la putih, kulit perghh gebu! flawless omputeh kate..

Dan apabila di sana, jujur aku lupa dah pasal dia ni. Kosong. Tak sangka jugak, hubungan aku ngan mak dia sangat kamcing. Betapa rapatnya hubungan kami ni sampai dia cakap 'aku' 'kau' je ngan aku. Tapi, tidak aku. Hormat tetap hormat. Nak gi mana-mana, ditariklah aku ni haa. Usik mengusik takyah cakaplah.. Ada je benda yang kelakar.. Memang asyik gelak je bila ngan mak dia ni..

Bila dah nak balik Malaysia, baru aku teringat kat dia. Aku ingat nak follow dorang bila dah landing tu tapi tak kesampaian sebab luggage aku lambat keluar. Haizt, melepas nak jumpa dirinya. Tapi, parent aku ada cakap nanti free nak pergi rumah dorang. Apalagi, berbunga la hati ni haa.. hahaha..

Hai 'awek airport'.. Semoga kita jumpa lagi :)


Wednesday 12 March 2014

Coretan - Luahan

Ku sangka, hujan bakal memadamkan kepanasan yang melanda namun, matahari tetap setia memberi baktinya. Jujur aku ingat semua dah setel dan hanya perlu menunggu pengesahan dari pihak berkenaan. Ternyata, ada lagi yang menyusul.

Ku terima surat 'cinta' yang jelas meragut jantung aku sekejap. Tidak ku duga, elaun yang aku dapat harus dibayar kepada mereka balik. Walaupun hanya untuk satu semester, tapi jumlahnya bukan sedikit. Aku tahu ayah aku takkan bangkitkan isu ini bahkan akan setel semua ini tanpa pengetahuan aku. Tapi aku rasa bersalah. 

Andai bisa ku putarkan balik masa itu, aku takkan jamah sedikit pun peristiwa hitam tuh. Orang yang aku sayang sendiri, lepaskan tangan dalam diam. Janji yang hanya tinggal kata-kata. Tidak di tunaikan apatah lagi untuk berusaha dalam mengotakan janji. Di fikirkannya waktu itu, cukup aku ada dengannya. Dan masa dan duit dihabiskan dengan keseronokan.

Bukan untuk membangkitkan isu, tapi itulah hakikat. Aku menolong dengan ikhlas dan tak minta diberi balasan. Cukuplah kau untuk aku. Benar, cinta itu buta yang akan membutakan segalanya sehingga sanggup buat apa sahaja demi cinta. Dan itulah salah aku yang nyata. 

Hubungan yang terputus ini, mungkin kau ingat aku yang selingkuh. Benar, sebagai manusia, aku sayang dirinya. Andai kau faham kata-kata itu. Tapi, fikiran kau jelas tidak padan dengan umur kau. Melenting, amarah itu pegangan kau. Malas untuk aku terangkan. Dah itu dalam kepala otak kau, penjelasan aku sia-sia.

Sekiranya kau mampu buka mata luas-luas, kau akan mengerti satu persatu mengapa hubungan ini aku putuskan. Bukan aku tak sayang..aku sayang tapi aku dah muak dengan semua cerita kau, janji manis kau. Kau hebat berkata, itu aku sangat tabik namun untuk dilaksanakan sukar sekali.

Dan kesudahannya, aku harus hadapi semua ini tanpa kau. Iya, seperti hari-hari yang lepas. Aku yakin aku mampu hidup tanpa kau. 


Sunday 9 March 2014

Tum Hi Ho

Thanx to him for asking me to listen to this song.
Deep meaning.
And, it becomes our fav song now.

What a coincidence, this song play at the mall.
And we like.. 'eh, eh.. our song la bro!' XD

I love this song so much!
The lyric, the music, the mood and tone..
perfect!


Kyun ki tum hi ho
Ab tum hi ho
Zindagi ab tum hi ho


::d.u.m.b.e.e.::

Saturday 8 March 2014

Di Negara Itu...

Dua minggu aku berada di negara itu, bermacam pengalaman dan peristiwa yang aku alami. 

Sepanjang aku di sana, segalanya sangat mudah untuk aku. Pernah sekali, waktu itu aku mencari ruang untuk solat. Pandang dengan mata kasar, memang tiada ruang langsung. Aku terpandang makcik sorang ni. Dari Turki kot. Aku abaikan pada awalnya. Tapi, hati aku jelas mengatakan sesuatu yang sukar untuk aku fahami. Dia senyum ke arahku dan memberi isyarat tangan untuk aku duduk - solat disampingnya. Entah kenapa, aku rasa satu ketenangan. Dari awal sampai akhir, dia sangat menjaga aku. Dia peluk aku waktu tetiba ada orang berkulit hitam melangkah tepi aku. 

Di bilik, aku bercerita kat ayah. "Baguslah, ada orang yang menjaga tapi adakah benar itu manusia?", kata-kata ayahku yang sampai arini masih ligat berlegar dalam otak fikiran. "Bayangkan, orang yang kita tak kenal, menjaga kita sampai macam tu sekali." Aku terdiam. Aku nak jumpa dia lagi. Tapi, hingga ke hari akhir, tidak ku temui dia lagi.

Karpet hijau, yang takkan pernah sesekali aku lupakan. Bayangkan, ribuan jutaan manusia berebut untuk dapatkan karpet hijau tersebut. Dan aku salah seorang manusa terpilih. Sukarnya hanya Tuhan yang tahu. Ditolak, dihimpit itu semua takyah cakaplah. Bayangkan ngan badan sekeping aku nih. Cuma hati berdoa, permudahkan untuk aku. Alhamdulillah, aku dapat front row. Siap ada guard yang jagakan untuk aku. 

Jujur ku katakan. Segalanya mudah walaupun melawat ke tempat lain. Orang lain mungkin berebut, terpaksa berasak-asak. Tapi aku hanya perlu berasak pada awalnya, di muka pintu sahaja. Setelah kaki melangkah masuk, ada je ruang untuk aku. Usai selesai semuanya, baru aku nampak betapa ramainya manusia yang tolak menolak, masing-masing berasak. 

Benar kata orang, setiap yang terlintas dalam benak hati kita pasti dikabulkan. Aku berhajat untuk try lain-lain tempat. Dan, aku kira ianya dikabulkan. Dalam mall sudah. Atas jalan raya pun sudah. Berhampiran dengan tempat jenazah disolatkan pun dah. Tempat berbatu dah. Tingkat atas dah. Berkarpet dan tak berkarpet pun sumer aku dah rasa. Paling best, berhadapan dengan 'ke arah yang satu'. 

Satu je hajat  yang tak kesampaian. "Mungkin belum tiba masanya lagi", kata ayahku - memujuk. Benar, tapi aku cukup gembira kerna hajat aku untuk sentuh pintu itu, berdiri di hadapannya tercapai. Dan sekali lagi, cukup senang untuk aku menyentuhnya. Setelah aku berundur - selesai, barulah orang ramai datang berkerumun. 

Sikit tiada rasa penyesalan sepanjang di sana. Semua hajatku dikabulkan melainkan hanya satu. Tidak mengapa, aku pun mengerti. Lagipun, aku tidak bersungguh-sungguh untuk yang satu itu. 

Di negara itu jugalah, aku belajar bersabar. Demam, selsema dan batuk yang datang menyerang sekaligus. Tiga hari aku hilang nikmat tapi ku gagahkan juga. Apabila dah kebah, selera pun bertambah. Aiskrim dan fruit juice peneman sejati setiap hari. 

Dan, padanlah bila dah balik rumah.. demam makin menjadi-jadi. ;)

Wednesday 5 March 2014

Sial

Mujur, semuanya dah berakhir sekarang. Tak sia-sia aku putuskan. Memang aku dah agak, setiap yang dia buat, semuanya dusta. 

Macam sial je kan. Bagitaw aku, fon hilang waktu kat hospital. Bagitaw orang lain, fon ilang waktu kat kedai makan. Aku dah cakap, semua tu tipu. Nasib aku tak percaya bulat-bulat. Dah la kantoi ngan aku banyak kali. Memang takde la aku nak percaya.

Tup tup sekarang, dah berhubby segala bagai ngan ex. Rindu la. Nak mama laa. Nak papa laa. Nak peluk laa. Cakap takde pape, memang takkan sambung balik ngan ex. Sekarang siapa yang ludah, siapa yang jilat? Siap cakap menyesal break up la. 

Tu tak cukup lagi tu. Dengan ex lagi sorang pun kau nak kaut eh. 

Dengan aku pun, kau nak bertaching2 lagi sekarang. Merajuk sebab aku tak bagitaw aku balik bila. Padahal, dalam hati sekarang memang kau duk kejar ex kau. Sekarang siapa yang mainkan hati siapa?

 Siyes, aku rase sumer ni macam sial! Macam babi je.




Shopping

Baru-baru ini, aku pergi bercuti ke suatu tempat. Sangat indah, sangat menenangkan. Hati rasa tenang, tenteram je waktu duk kat sana. Tambah pulak ngan cuaca ala-ala sejuk gitu. Memang lagi syiok laa.

Paling best kat sini ialah shopping. Untung kalau korang ni awek dan muda. Kompem korang dapat harga yang paling best. Barang yang beratus, boleh dapat dalam puluh-puluh takpun dalam seratus je . Hahaha.. tapi kena pandai la caranya. Kalau tak, memang seciput jela dia kasi kurang. kehkehkeh...

Eh, aku tak tipu oke. Ni dari pengalaman aku. Waktu mak dan ayah duk tawar menawar kat penjual tu, paling kurang dia bagi 140. Last price la tuh. Pastu aku pun masuk mencelah, sambil senyum cakap nak 100. Try luck je sebenarnya dan tak sangka memang dapat harga 100 tu. hahahaha..

Sejak peristiwa tu, pape barang, memang aku la jadi mangsa duk tawar menawar. Overall price yang aku dapat, 100. Yelah, orang letak harga 180, takkan nak mintak 80 kot. Tapi, kira okay la kan ngan harga 100 tuh. 

Paling best waktu beli perfume. Aku masuk, sambil senyum kat tuan kedai. Aku tanya harga perfume yang aku nak dan dia kasi aku 180. Okay, murah sangat kalau nak di bandingkan dengan harga kat Malaysia. Tak tahu lah kenapa, mulut aku ni ringan je cakap nak 50 je. Kamain terkejut beruk mamat tu. Dia kasi 150 tapi aku tetap ngan 50 aku. Dalam tawar menawar, senyum tu wajib oke! ahaksss.. Last price dia bagi 120. Aku up kan 10, kiranya 60. Dia cakap tak boleh sebab murah sangat. Aku pandang dia, buat muka kecewa, konon sedih laa.. pastu melangkah pergi. Tak sampai 10saat, dia cakap okay, 60. hahaha.. yes!yessss!!

Samalah waktu aku pergi tukar duit. Masa tu line sangat-sangat panjang. Dan aku satu-satunya yang muda kat situ. Tak sampai 5minit pun aku tunggu, terus dia mintak duit ngan aku. Setel. hahaha.. Tapi, kesian pulak aku tengok yang lain. hhihi. Dan ada sorang pakcik dari Malaysia jugak, nampak betapa cepatnya aku dapat tukar duit. Terus dia mintak tolong aku. Dan sekali lagi, kali ni tak sampai 3minit pun. ahakzz! :D

Itu tak kira pasal makanan lagi. Kalau pergi kedai yang jual secara borong tu, dari perut kosong korang masuk, sampai perut dah membuncit kenyang waktu keluar. Jalan sikit, orang ni hulur. Jalan sana sikit, orang tu duk hulur. Murah rezeki sangat untuk kite-kite yang pompuan ni. Lagi bonus kalau muda. Dah la makan free, harga pulak best.

Yang paling penting kat sini, senyum. Tak kiralah nak beli barang ke tak, senyum je. Kompem, dia akan bagi harga yang terbaik. 

Aku rindu makanan dia. Nyummmmm... :)

Monday 3 March 2014

Untitled!

Mudah, sangat mudah saat perkataan itu diungkapkan. Mana yang berjiwa seperti gula-gula kapas pasti terpaut, lantas cair seperti cairnya gula-gula kapas waktu di suapkan dalam mulut.

Mata dipejam rapat, hati berkata biarkan! Walau secebis kuman, tiada layaknya untuk berkata. Bukan hak milik. Itu kenyataan. Kenyataan yang kekadang, terpaksa menipu hati.

Tak kisah? Itu dusta.

Pijak di atas kaca mungkin lagi baik dari berpijak di atas tanah yang nyata.