Saturday 8 March 2014

Di Negara Itu...

Dua minggu aku berada di negara itu, bermacam pengalaman dan peristiwa yang aku alami. 

Sepanjang aku di sana, segalanya sangat mudah untuk aku. Pernah sekali, waktu itu aku mencari ruang untuk solat. Pandang dengan mata kasar, memang tiada ruang langsung. Aku terpandang makcik sorang ni. Dari Turki kot. Aku abaikan pada awalnya. Tapi, hati aku jelas mengatakan sesuatu yang sukar untuk aku fahami. Dia senyum ke arahku dan memberi isyarat tangan untuk aku duduk - solat disampingnya. Entah kenapa, aku rasa satu ketenangan. Dari awal sampai akhir, dia sangat menjaga aku. Dia peluk aku waktu tetiba ada orang berkulit hitam melangkah tepi aku. 

Di bilik, aku bercerita kat ayah. "Baguslah, ada orang yang menjaga tapi adakah benar itu manusia?", kata-kata ayahku yang sampai arini masih ligat berlegar dalam otak fikiran. "Bayangkan, orang yang kita tak kenal, menjaga kita sampai macam tu sekali." Aku terdiam. Aku nak jumpa dia lagi. Tapi, hingga ke hari akhir, tidak ku temui dia lagi.

Karpet hijau, yang takkan pernah sesekali aku lupakan. Bayangkan, ribuan jutaan manusia berebut untuk dapatkan karpet hijau tersebut. Dan aku salah seorang manusa terpilih. Sukarnya hanya Tuhan yang tahu. Ditolak, dihimpit itu semua takyah cakaplah. Bayangkan ngan badan sekeping aku nih. Cuma hati berdoa, permudahkan untuk aku. Alhamdulillah, aku dapat front row. Siap ada guard yang jagakan untuk aku. 

Jujur ku katakan. Segalanya mudah walaupun melawat ke tempat lain. Orang lain mungkin berebut, terpaksa berasak-asak. Tapi aku hanya perlu berasak pada awalnya, di muka pintu sahaja. Setelah kaki melangkah masuk, ada je ruang untuk aku. Usai selesai semuanya, baru aku nampak betapa ramainya manusia yang tolak menolak, masing-masing berasak. 

Benar kata orang, setiap yang terlintas dalam benak hati kita pasti dikabulkan. Aku berhajat untuk try lain-lain tempat. Dan, aku kira ianya dikabulkan. Dalam mall sudah. Atas jalan raya pun sudah. Berhampiran dengan tempat jenazah disolatkan pun dah. Tempat berbatu dah. Tingkat atas dah. Berkarpet dan tak berkarpet pun sumer aku dah rasa. Paling best, berhadapan dengan 'ke arah yang satu'. 

Satu je hajat  yang tak kesampaian. "Mungkin belum tiba masanya lagi", kata ayahku - memujuk. Benar, tapi aku cukup gembira kerna hajat aku untuk sentuh pintu itu, berdiri di hadapannya tercapai. Dan sekali lagi, cukup senang untuk aku menyentuhnya. Setelah aku berundur - selesai, barulah orang ramai datang berkerumun. 

Sikit tiada rasa penyesalan sepanjang di sana. Semua hajatku dikabulkan melainkan hanya satu. Tidak mengapa, aku pun mengerti. Lagipun, aku tidak bersungguh-sungguh untuk yang satu itu. 

Di negara itu jugalah, aku belajar bersabar. Demam, selsema dan batuk yang datang menyerang sekaligus. Tiga hari aku hilang nikmat tapi ku gagahkan juga. Apabila dah kebah, selera pun bertambah. Aiskrim dan fruit juice peneman sejati setiap hari. 

Dan, padanlah bila dah balik rumah.. demam makin menjadi-jadi. ;)

3 comments: