Monday 26 May 2014

Tangkap Muat

"Awak memang tak dapat hidup tanpa pompuan kan?"

Kata-kata yang pernah dilemparkan Ribena semasa last conversation kami berdua. Tidak aku menyangkalkan kerna memang benar, apa jua cara sekalipun aku tak dapat hidup tanpa perempuan di sisi. Perempuan di sini tak bermaksud partner mahupun kekasih gelap. Cukup hanya sekadar teman untuk berbicara.

Saat terputusnya hubungan yang terjalin, benar ada yang mencuba menghulurkan tangan namun aku bukan jenis yang tangkap muat. Apatah lagi Shiznat iaitu ex pertama aku yang masih mengharap dari aku. Ada jugak sekelumit perasaan untuk menyambung balik ikatan yang pernah terputus tapi sampai bila harus membiarkan dia hidup dalam bayang-bayang aku? 

"I'm sure, you will find your love soon.. believe me"
"Yea, I will.. thanx love" (Sampai arini masih panggil aku love..)

Keputusan aku yang sangat tepat. Shiznat akhirnya temui cinta hatinya. 

Balik kepada isu di atas. Tak sampai sebulan aku dan Ribena putus, begitu mudah baginya untuk mencari pengganti. Pernah dia bagitau aku ciri-ciri perempuan yang dia nak, namun apa yang aku nampak sikit pun takde kat perempuan tu. Bukan aku jeles, tapi perlu ke dia main kaut je mana yang ada depan mata? 

Seolah, sangat murah cintanya terhadap aku. Seperti cintanya itu bak angin yang bisa pergi bersama tiupan angin - berlalu begitu sahaja. Mana yang ada, semua dilayannya. Tak cukup yang tu, ex pun dibedalnya. Entah, aku sendiri pun tak paham. Dulu kamain kutuk kaw-kaw dorang depan aku tapi sekarang? hmm..

Mungkin aku sorang je kot yang kurang bijak, masih tak move on. Dia dah ber'wife''hubby' dah sekarang tapi aku masih macam ni. Bukan aku tak nak, tapi belum tiba masanya. Kalau nak main kaut je, dah lama aku buat tapi aku tak nak. Aku nak hati aku benar-benar bersedia.

Kekadang aku fikir, siapa yang tak dapat hidup tanpa perempuan sebenarnya?

Thursday 22 May 2014

Hero Sebenar Kuch Kuch Hota Hai

Minggu lepas, TV3 tayang citer Kuch Kuch Hota Hai. Dan aku, sebagai peminat SRK dan Kajol memang duduk setia depan tv dari pukul 2 sampai pukul 6. hahaha.. Walaupun, dah berpuluh kali aku tengok tapi citer dia tetap segar bagi aku. Tak pernah bosan..

Hero dalam citer, umum dah tahu SRK kan. Tapi bagi aku tak. Hero sebenar Kuch Kuch Hota Hai ialah mamat ni walaupun dia punya scene sikit je tapi sangat bagi impak yang besar..


Salman Khan! yeahh.. Salman Khan bebeh...

Kenapa aku cakap dia hero??

Sebab, dia sanggup melepaskan orang tercinta (Kajol) hanya untuk melihat orang tu bahagia. Dia korbankan cinta dia, merelakan bakal isterinya berkahwin dengan orang lain. Sedangkan dia sayang dan cinta kat Kajol. Sanggup tak balik nak tunggu hari pernikahan.

Bagi aku, cinta dia sangat luhur. Benar kata pujangga..cinta tidak harus memiliki. Bukan dia mengalah dalam menawan hati insan tersayang, tapi baginya.. melihat perempuan yang tercinta bahagia sudah cukup membuat dirinya merasai kebahagiaan itu.

Memang kita nak orang yang kita cinta dan sayang menjadi milik kita.. tapi andai dirinya tidak bahagia, apa gunanya. Cinta dia mungkin kita tak miliki, namun kita miliki kasih sayang seorang sahabat. Tak berkasih tak bermakna tak boleh menjadi sahabat kan?


Thursday 15 May 2014

The Human Centipede

Gara-gara 9gag share gambar nih.. membuatkan kepala dalam aku duk putar balik scene yang ada dalam 'The Human Centipede'.


Filem yang paling buat aku fobia dan tak lalu makan tiga hari. Filem ni aku tengok tiga tahun yang lepas. Sampai hari ni dalam kepala aku masih terbayang scene yang 'eeiii', 'yuckkk'.. Kawan-kawan aku yang lain tengok semua menjerit lebih-lebih lagi time cut sana, cut sini..

Ada jugak yang tak sanggup tengok sampai habis. Ada yang main skip. Dan kalau ada yang nak tengok full, mesti dorang ajak aku sebab aku ni jenis tak suka skip. Maka, terpaksa la aku tengok dua tiga kali citer ni. Kali ketiga tengok, aku dah okay sikit. Boleh gelak-gelak tengok reaction dan respond dorang.

Filem ni ada sambungan dia. Tapi yang second dan third aku tak tengok sampai ke sudah. Tak sanggup nak tengok. Boleh kembang tekak aku ni. Tengok yang first pun kegelian yang melampau apatah lagi sambungan dia. Dah la Human Centipede tu makin panjang..

Kekadang tu, teringin la jugak nak tengok sequel dia sebab kawan aku cakap lagi best dan lagi menggelikan. Tapi bila aku google.. mak aihhh.. tak sanggup weii.. @.@


Ni la human centipede tu. Bayangkan mulut di toreh pastu di jahit kat punggung.. Yang paling kesian yang kat tengah. Ada satu part, haa part ni la yang buat selera aku hilang iaitu 'poop scene'.

Mungkin sebab Human Centipede ada 'poop scene' yang membuatkan aku lagi prefer tengok 'Saw' dan 'Final Destination'. Kalau 'Saw' tu, aku tengok siap gelak ketawa lagi ngan rumet aku. Aku tak ingat 'Saw' yang mana entah baru buat kami berdua menjerit..kekeke.. 

Disebabkan 9gag jugaklah, aku rasa agak bersemangat nak tengok sequel 'The Human Centipede' nih.. Hurm, kena kumpul segala kekuatan dalaman ni.. hahaha..


Monday 12 May 2014

Setia Itu Menyakitkan


Jangan terlalu mendalami tentang cinta
Bila tak bisa menerima kegagalan
Cinta bisa bahagia dan bisa terluka
Disakiti, menyakiti hati

Jangan pernah setia
Bila harus berhujung menyakitkan
Sia-sia setia 
Bila harus selalu terluka

Mungkin kerna setia
Cinta takkan pernah akan bahagia
Tapi kerna mendua
Cinta kan berakhir bahagia

Kerna cinta yang bisa membuat bahagia
Kerna cinta yang bisa membuat terluka

Jangan pernah setia
Jangan pernah setia...
Bila harus menyakitkan

Kerna cinta yang bisa membuat bahagia
Kerna cinta yang bisa membuat terluka


Friday 9 May 2014

Apabila Muka Serupa

Lepas dinner, aku lepak dengan mak dan adik aku. Macam-macam cerita yang keluar. Semuanya yang mengarut dan entah hape-hape. Bagai nak pecah rumah dengan gelak ketawa kami tiga beranak. Lebih-lebih lagi bila aku sebut peribahasa yang salah ' ke mana tumpahnya nasik kalau tak ke kuah!'.

Masing-masing senyap dan terus gelak. Dengan cepatnya aku betulkan balik peribahasa aku. Lagi gelak sakanlah kami.

Kemudian, terhasil la pulak cerita rekaan aku sendiri bagaimana buah 'Kuini' dapat nama.

Sebab, orang kat sini sebutnya 'Ki-ni' (aku tak tau la korang sebut camne). Aku pun tanya la namanya yang betul. "Buah Kuini", jawab mak aku. "Haa.. kite tau camne buah ni dapat nama..", kata aku. Adik aku pun cepat-cepat je "Camne? Camne??". 

Dengar je cerita rekaan aku tuh, mak dan adik ketawa tak berhenti. "Hahaha, kenapa pelik je jalan cerita kau ni? Macam takde kena mengena..", kata adik aku. "Hahaha, biarlah. Cerita aku kannn". "Kau ni memang suka sangat mereka..haha", kata adik aku lagi.

Pastu, aku masuk topik lain pulak. "Dik, kau nak tahu tak kenapa kau ni hitam?", tanya aku. Adik aku takdelah hitam pun sebenarnya. Cuma antara kami adik beradik, dia yang paling gelap. Nasibla kan dapat kakak dan abang yang suka menyakat.. hoho.

Aku: Sebab muka kau dan umi same!
Adik: ..... Blur. (Aku ngan mak sengih-sengih)
Aku: Yelah, kalau Tuhan buat kulit kau cerah, so muka kau same lah ngan umi..! (Kami bertiga gelak)
Mak: Kalau muka sekarang sama tak??
Aku: Umm.. kalau masa umi muda dulu, memang same..
Adik: Rambut pun same! hihihi

Mak pun keluarkan isu yang bila muka kita sama ngan seseorang tu, akan ada salah sorang yang pergi dulu. Ada kawannya, adik dan abang muka serupa. Dan, Tuhan dah ambil salah sorang. Mak cerita lagi. Sewaktu ada gotong-royong kat masjid di kampung kami, dia duduk sebelah kakaknya aka mak sedara aku la kan. Pastu ada orang tegur...

"Orang tu cakap muka umi sama ngan maklong eh?", tetiba aku menyampuk. Bagi kami sekeluarga, muka dorang memang sama. Aku ngan adik ketawa. 

"Dengarlah citer umi ni dulu...", kata mak aku. "Orang tu cakap..."

"Sekarang berdua jela kan pompuan yang tinggal. Mmm.. patutlah arwah pergi dulu, muka ada iras ngan adik dia. Orang yang dia paling rapat pulak tu.."

Mak: Maknanya, umi pergi dulu la sebab muka adik sama ngan umi.
Aku: Ni semua salah kau dik..!
Adik dan mak: Hahahaha
Adik: Tapi muka kita tak sama kan?
Aku: Tak.. tak sama. Kalau sama, aku bunuh kau sekarang! hahaha


Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan. 


Thursday 8 May 2014

Minesweeper

Sape yang tak kenal game ni, aku tak tahula nak cakap ape. Bukak komputer takpun lappy, pegi kat games. Kompem ada game ni. Best! Sebab game ni bukan main tekan-tekan je tapi kena fikir. Silap langkah maka meletup boommmm! 

Dulu, aku tekan-tekan je mana yang aku berkenan. Nasib baik, menang.. nasib buruk, kalah..kuikuikui.. Satu hari tu, aku tengok kawan aku main dengan jaya dan cemerlang. Terus mintak dia ajarkan aku. Dah faham konsep dia, maka lagi bestlah nak main.. :D

Akhir-akhir ni, ketagihan aku kat game ni menular kembali. Dulu, aku ketagih jugak. Susah payah aku nak berhenti dari main game ni. Dalam kepala asyik teringat je. Dah setahun lebih aku stop main. Dan sekarang, gara-gara kawan aku post gambar game ni kat fesbuk terus niat aku nak main membara. 

Bila dah start main, memang takdenye aku nak stop. Tak cukup kat lappy, aku donlod kat fon. Siap fon mak sekali aku donlodkan. Pagi petang siang malam benda ni la aku duk ngadap tanpa jemu. 

Kepuasan tu tercapai bila menang. Yelah, ingat senang ke nak fikir kat mana letaknye bom-bom tu. Berpuluh kali jugak la aku main, barulah menang. Yeayy!!

Haa, ni game aku main malam tadi. 


Beratus kali rupanya aku main, baru sekali je menangnya. haizttt... =="

Sunday 4 May 2014

04052014

Kekadang rasa rindu itu tidak mampu aku ucapkan, luahkan. Biarlah ianya tersemat rapi dalam hati. Teringin untuk diluahkan, tapi hati berkata 'JANGAN!'. 

Hanya mampu diungkapkan saat engkau tidak sedar, saat engkau tiada. Mengapa? Kerana aku belajar dari pengalaman.

Masanya akan tiba, pasti. Saat itu, aku mampu tuturkan rasa rindu pada kau.

Namun, usah kau risau. Kata-kata rindu itu takkan mungkin tersembur keluar dari mulut ini, tapi jauh di sudut hati... aku rindu kau. 


Kau sentiasa dalam ingatanku, dan doaku.