Saturday 19 September 2020

Perginya dia dengan lafaz pernikahan (Part 1)

Ogos dah berlalu pergi. Genap setahun si dia mengikat tali pernikahan. Jangan ditanya soal hati dan perasaan. Hanya Tuhan saje yang tahu. 

Ogos setahun yang lalu (2019)..

Pagi itu, lambat aku bersiap. Melawan diri sendiri. Melawan kenyataan dan realiti. Melawan dari tertumpahnya air mata ni. Melawan semua. Hari ini, aku akan hilang dia. Semua akan berubah, dah tak akan sama.

Cantik. Si dia sangat cantik. Dengan busana putih - sangat anggun di mataku. "Ya Allah, aku sayang dia.. aku cintakan dia", bisik hati aku.

Kami naik satu kereta ke dewan. Sepanjang perjalanan, aku genggam erat tangannya. Perlahan kereta yang dipandu aku. Tak sanggup. Sayu. Sedih. Pedih. 

Saat kaki melangkah masuk ke dewan.. dunia ni aku rasa gelap. Aku tak kuat weh! Tapi aku gagahkan jugak kaki. Sunglasses peneman aku masa ni. Aku tak kisah ape orang cakap pakai sunglasses dalam dewan. Janji orang tak nampak di sebalik sunglasses aku.

Aku duduk semeja dengannya sementara menunggu tok kadi tiba. Jantung waktu tu rasa nak pecah. Aku tak tahu celah mana datangnya kekuatan aku nak hadap hari ni.. nak tengok sendiri depan mata. Aku termenung sendiri.. dan..  "Aj, nanti teman Queen ye kat atas masa akad", pesan ayahnya menghampiri aku.

Aku menggangguk perlahan. 


Bersambung... (tak sanggup dah nak taip 😢)