Friday 31 January 2014

Ekspedisi Gunung Dan Dia [Part 2]

Pertama kali dalam hidup aku, aku menikmati pagi yang cukup indah. Terbitnya sang fajar, di saat itu hanyalah kata-kata memuji Tuhan yang meniti di bibir. Sangat indah yang bisa membuat kamu kamu dan kamu menitiskan air mata. 

Ku mencari dirinya. Saling berpandangan tapi hanya senyum yang terukir. Kami mengabadikan gambar beramai-ramai di puncak gunung Tahan. Ada peluang je, dia akan berdiri di sebelah aku. Selesai bergambar, dia berpesan kat aku untuk kemas barang secepatnya.

Aku menolong dia melipat flyer. Mana barang-barang aku, aku masukkan dalam beg. Ada satu barang, entah milik siapa. Aku tanya dia samada dia punya. "Haah, ni barang saya. Apple, peganglah yang ni dulu boleh? Nanti dah sampai site, bagi kat saya ok..", katanya. Aku lihat ke arahnya, - senyum dan mengangguk.

"Apple, dah boleh gerak turun dah ni. Sebab kita nak sampai site sebelum maghrib. Takut tak sempat..", pesannya kat aku. "Memang nak turun dah ni, cuma tunggu mereka jap..", balas aku.

Sampai Bonsai tak silap aku. Penat, perut lapar. Aku rehat ngan mereka sambil ngap roti. Dia tengok aku makan dan datang kat aku. "Nah, roti..", aku hulurkan kat dia. Dah lepaskan semua penat lelah, kami mulakan perjalanan. Tetiba ada yang cramp. Terbantutlah sekejap perjalanan kami. Yang mana runner terpaksa pergi meninggalkan kami. Aku dan kawan aku, Knight jalan bersama dengan Epik. 

Jam dah pukul 6. Masing-masing tak solat lagi. Masa tu dia dah siap solat, dia bagi hint kat aku suruh aku gerak ngan dia sebab hari dah nak gelap. Aku minta dia gerak dulu sebab Knight tak solat lagi. Dia ada pesan, andai masuk maghrib tapi aku tak sampai lagi site, dia minta aku berhenti hormatkan waktu dalam 15minit. Kalau tak, memang benda buruk akan berlaku. Aku mengangguk, faham.

Dan, ternyata.. kejadian buruk berlaku terhadap aku dan Knight. Pengajaran buat kami dan mereka. Akan ku huraikan selanjutnya pada post yang akan datang.

Sampai site dalam pukul 11.30pm. Aku dan Knight penat, takut itu masih ada. Hanya Tuhan yang tahu betapa syukurnya kami. Aku nampak dia, riak wajah yang sangat cuak tapi lega. Dia suruh kami rehat. 

Runner mengagihkan air kepada kami yang lambat tiba ni. Tapi waktu tu, aku dan Knight masih tak dapat air. Aku mengadu kat Knight aku dahaga. Dan tetiba ada seseorang menghulurkan air kat aku - dia. Belum sempat aku ucap terima kasih, dia terus beredar meninggalkan aku. 

Aku tahu dia marah. 

Dah lepaskan penat dan lelah, aku ajak Knight mandi. Iyelah, dah berapa hari kami tak mandi. Dah alang-alang cuaca malam tu okay.. budak lelaki pulak dengan bahagianya duk bermandi-manda kat sungai. Kami tukar baju terus terjun sungai. Nikmatnya mandi. Kalau boleh nak berendam je dalam tu.

Selesai mandi - makan. Aku lihat dia sedang makan bersama kawannya. Aku duduk berhampiran dengannya. Tak bercakap. Bercakap pun sebab nak mintak lauk. Seolah tak menghiraukan antara satu sama lain.

Perut kenyang. Aku masuk tidur, dengan harapan esok perjalanan kami berjalan lancar. Iya, esok.. pengakhiran buat ekspedisi kami dan juga aku dan dia.


p/s: Happy Chinese New Year!

Wednesday 29 January 2014

Ekspedisi Gunung Dan Dia [Part 1]

Aku kaki mendaki gunung. Tapi aku tak dapat join atas sebab tertentu. Melihat persiapan mereka yang bakal mendaki gunung untuk CNY nanti, serius.. aku sangat terasa, sangat terkilan. Itu yang aku tunggu selama ini tapi tapi... haizttt.. 

Aku sangat mengharapkan. Iyelah, dah aku dah takde kaitan so buat apa la kan mereka nak jemput aku. Aku terpaksa let go ekspedisi Gunung Kinabalu yang bakal di daki bulan lapan nanti. Persiapan pun takde takkan la nak terus mendaki Kinabalu kan.. Gila ke hape.. Padahal, Gunung Kinabalu memang aku dah plan elok-elok ngan penasihat ekspedisi, siap plan step by step gunung apa yang perlu daki sebelum mendaki Kinabalu. Mungkin bukan rezeki aku kot.

Sangat sedih okay.. Dah la para pendaki ni memang kaki sporting nak mampus. Lebih-lebih lagi ada senior yang aku suka, boleh la cuci mata. Teringat pulak kenangan aku dan dia waktu mendaki Gunung Tahan.

Dia lah orang paling risau pasal aku sebab aku ni beginner. Dia ni legend. Aku ingat lagi meeting pertama kami. Aku lambat sikit untuk meeting tu sebab ada kerja nak settle. Kaki melangkah masuk je, aku pandang dia - dia pandang aku. Hensem okay! haha.. Dia ketua ekspedisi dan waktu dia bagi briefing tuh, mata dia tuh memang tak habis-habis duk pandang aku. 

Sejak hari tu, dia selalu text kawan aku macam mana persiapan aku sebab nak text aku memang tak dapatlah kan sebab aku tak bagi num fon aku. 

Hari mendaki tu, biasalah kena bahagikan makanan kan. Dia datang kat aku, ambil beberapa bahagian makanan yang perlu aku bawak. Maka, ringanlah beg aku. Dan beg aku adalah antara yang teringan.hoho..

Sepanjang mendaki, ada je pit stop, dia akan datang kat aku mintak air. Padahal kawan dia yang lain ada je kot air. Tapi dia terus meluru kat aku, senyum - mintak air. Cair aku jap okay! hahaha... 

Untuk memasak, kami dah agihkan beberapa kumpulan. Dan aku satu kumpulan ngan dia. Dia memang kalau boleh waktu kacau-kacau atas dapur tu, nak aku duduk sebelah dia. Betul, aku tak tipu pun. Dari breakfast, lunch hinggalah dinner. Dia akan panggil aku. Tak kiralah potong sayur ke, menggoreng ke.. memang aku akan duduk sebelah dia. Dan kalau boleh, dia nak masak lauk yang mana makanan aku bawak tuh. Beras pun, dia mintak beras aku dulu. Lagi ringanlah beg aku.. kihkihkih..

Paling best, waktu di puncak gunung. 3°C tak silap aku. Sejuk yang teramat. Dia datang kat aku, tanya "Apple, sejuk eh? Nak head cap tak?". Aku pun jawablah nak. "Jap eh, saya pergi ambil untuk awak..", terus berlari dia pergi ambil. "Nah, yang ni penting kalau kita mendaki gunung taw..", katanya. Aku ambil dan terus pakai. Senyuman jelas terukir di bibirnya.

Malam tu, hanya aku, dia dan kawan dia je lepak kat luar. Kami buat persiapan untuk masak breakfast esok. Macam-macam dia bercerita kat aku sehinggakan aku rasa kawan dia tu tak wujud langsung. Dia suruh aku beli baju sejuk macam dia barulah dapat keep warm the body sebab aku punya tuh yang biasa-biasa je. Dia siap suh aku try tapi taknak lah aku, malu ngan kawan dia.

Sebelum masuk khemah tu, alahai perut ni pulak buat hal. Puncak gunung, manalah ada toilet. Punca air pun jauh nak mampus. Aku dapatkan senior aku yang lain untuk teman aku. Tetiba dia datang dan tanya kenapa. Aku pun cakaplah hajat aku. Oh lupa nak cakap, bila macam ni.. takyah rasa malu okay bab-bab camni. Dia pun dengan sukarela nak teman aku. Omagoddd..hahaha.. 

"Dah bawak air?", tanya dia kat aku.
"Dah, dua..hehe..", jawab aku sambil tunjuk botol air kat dia.
"Tisu?"
"Dah..."
"Eh, cukup ke tu..? Biar saya pergi ambil untuk awak ye..". Terus dia pergi ambil tisu kat khemah dia dan hulurkan kat aku. Terharu.

Malu tu memang la malu, tapi dah situasi macam ni memang terpaksa buanglah perasaan malu tu dalam diri. Selesai semua tuh, kami berjalan ke khemah. Sebelum masuk tidur, aku bagi dia punya head cap. Iyelah, takkan la nak bawak masuk tidur, kesian la jugak kat dia kan. Dia pun mesti sejuk jugak. Dia senyum je. Tidurlah aku ngan lena malam tu. Iyeke lena? hahaha.. aku rasa tak. Sebab sejuk nak mampus..!


Monday 27 January 2014

Kebahagiaan Yang Dicari

Kebahagiaan apakah yang dicari selama ini? Diri sendiri ataupun orang lain? Atau bersama-sama mengecapi kebahagiaan? 

Memang jikalau boleh, ingin ku kecapi bahagia itu bersama orang yang aku sayang. Kalaulah boleh, kalaulah mampu, kalaulah....

Di saat hubungan itu di hujung tanduk, di saat perasaan sudah kosong.. mampukah aku lagi untuk meneruskan hubungan ini? Sayang itu masih ada, tapi tidak seperti dulu. Mungkin kerana hati aku yang berubah. Hati aku yang dambakan insan lain. Aku cuba menidakkan tapi aku tak mampu menipu diri sendiri. Benar, hati ini sudah terukir nama orang lain. 

Jahatkah aku andai aku putuskan hanya kerna hati ini berubah? 

Jahatkah aku andai tiada langsung ruang dan peluang untuk dirinya buktikan cintanya terhadap aku?

Jahatkah aku andai aku masih meneruskan hubungan ini tapi hati ini sudah terpaut pada orang lain?

Hakikatnya, aku memang jahat kerna membenarkan hati ini diketuk. Bukan aku minta, tapi di saat pintu hati diketuk, aku tak mampu menghalangnya. Dan perasaan itu hadir tanpa aku sendiri sedari.. 

Entah. Aku sendiri tidak tahu apakah yang patut aku lakukan. Aku taknak lukakan hati mana-mana pihak. Aku rela, aku je yang sakit, yang perih terluka.. janji bukan mereka. 

Kata-kata cik Bebit benar. 'Apa ertinya kalau ada pihak yang sakit hati dengan kebahagiaan yang kita ada? Kadang-kadang usaha untuk buat orang happy itu lagi berbaloi.'

Mungkin ku patut meneruskan hubungan ini. Tapi mampukah aku? Mampukah aku memberikan kebahagiaan yang dia impikan? Sedangkan pada masa yang sama, hati ini mahukan insan lain. Adakah ini pengorbanan yang patut aku lakukan? 

Andai, aku meneruskan.. kepada dirinya, hati ini akan tetap untuk kamu. Takkan pernah pudar perasaan ini terhadapmu. Aku akan sentiasa minta yang terbaik untuk diri kita. Ini tak bererti aku mengalah, tidak bererti aku akan berhenti mengejarmu.. Aku akan sentiasa menyayangimu. Dan ini juga merupakan permintaanmu untuk melihat aku bersamanya. 

Akan ku tunggu saat tibanya waktu itu, untuk aku memilikimu. Mungkin di saat ini, kamu bukan untuk diriku lagi. Tapi, percayalah.. aku takkan pernah mengalah.

Iye, mungkin ini yang patut aku lakukan. Ku pernah kata, janji aku yang sakit bukan mereka. 


Pendamlah. Telanlah. 



Saturday 25 January 2014

Cinta Terlarang

Malam yang sepi, termenung Jim di luar jendela. Memikirkan apa yang telah terjadi petang tadi. Tak sangka, perkara itu berlaku tanpa dia duga. "Bodoh, bodoh, mengapa aku bodoh sangat?", bentak hatinya. 

Petang itu, selesai bermain futsal dia menuju ke rumah Mina, sahabat baiknya dan juga merupakan orang yang dia sayang. Dah lama dia pendamkan perasaan terhadap Mina namun memikirkan persahabatan mereka, Jim hanya mampu mencintai Mina dalam diam. Meskipun sakit hatinya apabila mendapat tahu Mina sudah berpunya namun andai itu yang membahagiakan Mina, dia pasrah - merelakan.

Sampai je di rumah Mina, seperti biasa Jim akan memberi salam namun salamnya tak terjawab. Dicubanya call tapi masuk voicemail. "Ish, manalah pulak budak ni pergi ye..", bisik hati Jim.

Tanpa berfikir panjang, Jim cuba membuka tombol pintu - tak berkunci. Perlahan Jim melangkah masuk, dan dilihatnya Mina lena tidur di atas sofa. "Comel jugak eh budak ni tidur..", katanya sambil tersenyum. Jim menuju ke arah sofa, ditatapnya wajah Mina. 

Perlahan, Jim mendekatkan wajahnya ke wajah Mina. Makin dekat, makin berdegup kencang jantungnya. Jim pejamkan mata dan dikucupnya bibir Mina. 

"Jim...?" Tersentak Jim. Mata mereka bertentangan. Jim bangun, lalu meminta maaf atas kelakuannya itu. Mina pegang erat tangan Jim. "Jim, apa semua ni..??". Jim tunduk membisu, menyalahkan diri sendiri - bodoh sebab tak dapat mengawal nafsu.

"Jim..." belum sempat Mina habiskan ayatnya Jim membalas.. " Jim sayangkan Mina. I love you sejak dari sekolah lagi. Jim cuba abaikan perasaan ni demi persahabatan kita tapi tak boleh. I keep thinking about you. I know this is wrong, I just... can't help it.. Hati Jim sakit tengok Mina dengan dia tapi Jim ni siapa je dalam hidup Mina. I'm just a friend for you. Jim tahu.. ini cinta terlarang, sebab tu Jim pendam semuanya asalkan Jim dapat tengok kebahagiaan Mina.." perlahan mengalir air matanya. 

"Sorry, I need to go..". Jim terus beredar.

Lamunannya terhenti - satu pesanan mesej masuk. Yang ni mesej yang ke berapa kali entah dari Mina tapi satu pun langsung tak dibalas Jim. Call dari Mina pun tak di angkatnya. Bukan tak nak, tapi dia takut segalanya berakhir. Dia takut kelakuannya petang tadi telah merosakkan persahabatan mereka.

Pagi menjelma. Dan Jim bersiap sedia ke tasik berhampiran rumahnya untuk jogging. Memang itu rutin Jim pada hari minggu. Alangkah terkejutnya melihat Mina berdiri di hadapan pintu rumah. Belum sempat Jim berkata, Mina memeluknya. "I love you too, Jim. Mina dah lama sukakan Jim tapi Jim seolah tak bagi respon. Jim buat tak kisah bila Mina ada boyfriend.. sakitnya hati ini hanya Tuhan yang tahu..". Suaranya jelas kedengaran - menangis. "Mina taknak kehilangan Jim.. I want you, Jim!", 

"Hey.. shhhhh....", Jim mengesat air mata yang membasahi pipi Mina lalu dikucupnya dahi insan yang dicintainya itu. 

Malam itu, bersama mereka meraikan cinta. Tak pernah Jim sangka selama ini Mina menaruh perasaan terhadap dirinya. Hatinya kini bahagia. Insan yang dia sayang, dambakan selama ini akhirnya menjadi hak miliknya. "Aku janji, akan jaga kau sebaiknya Mina. Takkan pernah aku benarkan sesiapa menyakiti kau", bisik hati Jim.

"B, jom tidur..penatlah..", kata Mina sambil mengusap lembut kepala Jim. 

"Iye sayang.. kite tidur ye..". Jim kucup dahi Mina perlahan. "Goodnight my sweetheart. Thanks sudi terima B dalam hidup sayang..".



p/s: Cerita ini mungkin cliche. Iye, sangat cliche. Tapi, ingin juga ku coretkan kerna ianya membawa makna dalam hidup aku. Harapan dan impian. 


Wednesday 22 January 2014

-Untitled-

Di sudut itu, tersimpannya segala barang yang pernah diberi, dihadiahkan oleh ex aku. Aku kumpulkan satu tempat, berhajat untuk membuangnya. Iya, buang agar segala memori bersamanya turut aku buang jauh-jauh. Namun, hingga hari ini ianya masih di situ - tak terusik. 

Seseorang pernah berpesan kepadaku, 

"Buanglah semua barang yang dia beri. Kalau boleh, lapikkan dulu tangan tu sewaktu menyentuhnya."

"Barang kamu yang ada dengannya, kalau boleh pergilah ambil. Tapi ingat, jangan disimpan.. buanglah atau bakarlah. Usah rasa sayang, kamu boleh beli yang baru."

"Dan, ingat pesan ini.. jangan pernah bertentang mata dengannya sewaktu kamu jumpa dia. Elakkan bercakap. Bacalah dulu sebelum kamu mengambil barang tuh."

Hari ini, aku masih tidak bertandang ke rumahnya untuk ambil segala barang aku. Berat sangat hati dan kaki ini untuk ke sana. Sedangkan dah bertahun semua ini terjadi. 

Bukan aku percaya, tapi apa yang dikatakan olehnya benar belaka. Sepanjang bersama, sedikit pun aku tiada perasaan iri hati mahupun jeles apabila melihat dia bersama orang lain. Dia yang jeles dengan aku adalah. Sayang, tipulah kan kalau tak sayang. Tapi, sewaktu dengannya aku lebih mementingkan kawan aku daripada dia. Aku sanggup cancel takpun melewatkan date aku hanya kerana kawan. 

Aku tak pernah kisah andai dia minta putus. Nak putus? Putus jelah.. Memang aku takkan pujuk, merayu segala bagai untuk kembali bersama. Aku kejam? Mungkin, tapi jujur aku katakan.. aku langsung tak kisah. Putus, sambung, putus, sambung.. Bosan okay! Sangat menyampah..! Dia lah yang biasanya menyambungkan balik hubungan kami tuh.

Sewaktu aku mendapat tahu akan kebenaran, mengapa perasaan aku sebegitu waktu bersamanya.. agak sukar untuk aku percaya. 

"Ada sebab kenapa dia suka tenung mata kamu. Ada sebab dia sentiasa bermain manja dengan rambutmu itu..", kata orang itu.

Aku hanya tersenyum sendiri. Seakan percaya tak percaya.


Tuesday 21 January 2014

Emas

Kata-kata itu masih berlegar dalam fikiran aku.

Emas di tangan, ingin ku genggam tapi seolah ianya bukan milik aku. Emas di hadapan mata aku; aku endahkan, tidak dihiraukan. Emas yang di dalam, sibuk ku gali - entah bila dapat aku miliki. 

Tepuk dada, tanya hati. 

Entah mengapa, hati berkata biarlah penat menggali.. biarlah berhempas pulas sekalipun, jangan pernah berhenti menggali. Mana tahu mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan emas yang digali itu bisa aku peroleh. 

Di depan mata, mengapa tidak di kaut je? Di ambil je? Tak perlu bersusah payah menggali segala bagai. Betul, benar.. boleh je untuk aku capai, simpan. Tapi adil kah? Secebis itu memang ada. Mungkin jikalau satu hari nanti emas itu tetap di situ, tak di ambil orang.. akan ku ambilnya. Mungkin.

Di saat engkau menggali, di saat engkau ada peluang untuk mengambil emas di depan mata.. pernahkah engkau fikir emas di tangan yang engkau genggam sekarang? Emas, lama-lama pasti akan pudar jugak tapi dah berkali aku polish, basuh. Berkilatnya tak seperti dulu. Harga memang mahal, tapi apa guna aku simpan andai aku dah tak pakainya lagi. 

Entah.

Ada yang berkata, bodoh. Ada yang berkata, ambil je emas depan mata tu - simpan elok-elok. Ada yang berkata, buanglah emas dalam genggaman tu dan ganti yang baru. Ada jugak yang persoal, sampai bila nak menggali. Ada yang minta untuk teruskan dengan penggalian tuh.

Pilihlah yang membahagiakan. Pilihlah yang boleh buat engkau berpuas hati.


Ku termenung, merenung.


Mengapa emas, bukan berlian?


Monday 20 January 2014

Kehilangan Dan Perpisahan

Dalam beberapa hari lagi, aku akan kehilangan Pearl. Aku tahu, hari ini bakal tiba tapi tidak aku jangkakan ianya secepat ini. Aku tak bersedia, sangat tak bersedia. 

Aku mesej Jade, untuk confirmkan tarikh.

'Jade, bila Pearl pindah?'
'Selasa ni.. eh, kitorang nak buat jamuan untuk Pearl. Jom la join..'

Esoknya, Jade post detail untuk jamuan tuh. Hanya kami-kami je.. iaitu cinta pertama Pearl. Aku tekad nak pergi walaupun aku agak segan sebenarnya disebabkan atas apa yang pernah aku buat. Tapi aku ketepi kan semua tuh demi Pearl.. Entah bila aku akan jumpa Pearl lagi.

Jam 8malam, aku dah ready nak gerak ke sana. Aku call Jade.

'Jade, sape lagi yang join? Kita-kita je kan..?'
'Haah..kita-kita je..cinta pertama Pearl.. Takde orang luar pun.'
'Oh, okaylah camtu..hehe..'
'Apple, aku nak cakap sikit.. Kau jangan terasa taw. Adalah sorang dia tanya aku, betul ke kau nak datang.. Dia cakap dia tak selesa kalau kau ade.. Tapi, kalau kau nak datang, datang jelah'
'Hmm.. Kau nak aku datang tak?'
'Weh, mestilah Apple..datanglah! Rindu kot kat kau.. Datanglah..!'

Aku drive slow je kereta aku. "Perlu ke aku pergi? Perlu ke?", bisik hati aku. "Ahh..persetankan ape orang cakap.. bila lagi aku nak jumpa Pearl.. Ni last kot..", aku tekad. Terus aku pecut kereta aku.

Sampai je, aku terus ke tempat majlis. Aku salam ngan Jade dan dia bagitahu aku sapa orang tuh. Cis, bukan orang yang ada kena-mengena ngan majlis ni pun. Macamlah aku nak gi sini nak jumpa dia. Lebih-lebih pulak orang tuh ngan aku. Haktuiihhhh... Agak menyampah la aku ngan budak tuh, kawan yang aku kenal hampir 10tahun kot tapi boleh pulak dia cakap camtu. Orang lain rileks je..tak cakap papepun. Siap mesej mintak aku datang sebab rindukan aku.

Ketibaan aku disambut Daddy. Rindunya kat kau, Daddy! Aku berdua ngan Daddy pergi kat bahagian belakang, kami sembang sepatah dua. Nampak di situ, air mukanya.. betapa dia rindukan aku. Betapa lega mukanya apabila melihat aku. Dia ada tanya aku pasal pemindahan aku. Terkejut aku camne dia tahu. "Aku tahu semua pasal kau.. Tak yah nak soroklah..haha..", katanya kat aku. Aku sekadar senyum. Dan dia bagitahu, yang dia akan sentiasa ada untuk aku. Apepun yang berlaku, aku boleh cari dia. Thanks Daddy! T___T

Daddy ajak aku masuk dalam, tolong tiup-tiup belon. Sewaktu kaki aku melangkah masuk, mereka..'adik-beradik' aku yang dah lama aku tak jumpa. Rindu sangat kat mereka. Masing-masing excited tengok aku.. lambai-lambai aku.. 'Apple...!' 'Hi Apple..' 'Apple, lamanya tak jumpa..' Itu yang lelaki. Pompuan pulak, macam biasalah.. peluk cium segala bagaikan. Ahhh.. rindunya semua nih. Macam mimpi pun ada.

Ada yang tetiba datang peluk aku dari belakang. Ada yang menjerit tengok aku.. 'Ahhhh...Apple...!!!' Terus peluk. Macam-macam gelagat mereka ni bila jumpa aku. Yelah, hampir setengah tahun kot aku tak jumpa dorang. Mereka tetap layan aku seperti biasa, seolah tiada apa yang pernah berlaku. Sebab itulah aku sayang mereka sangat-sangat.. dah seperti adik-beradik aku.

Akhirnya, setelah agak lama menunggu.. Pearl melangkah masuk. Hanya Tuhan tahu perasaan aku waktu aku nampak Pearl. Terubat rindu aku akhirnya. Terima kasih Tuhan berikan aku kesempatan untuk jumpa Pearl. Dia bahagia, jelas terpancar di wajahnya. Tapi hatinya berat untuk meninggalkan kami semua. Ucapan dimulakan dengan Daddy iaitu ketua kami, dulu kini dan selamanya. Seterusnya penolong kami. Kemudian Pearl. Banyak jugak flashback2 yang kami berkongsi malam tadi. Sangat indah tapi dalam masa yang sama menyedihkan. Dan malam ni, setelah sekian lama kami tidak berkumpul sebagai satu family. Last kami berkumpul bersama adalah 3tahun yang lepas.

Selesai sesi berucap, aktiviti kemuncak iaitu makan dan bergambar. Sangat happening okei! Penuh ngan gelak-ketawa dan lawak yang bodoh. Itulah kami. Aku, ambil sepotong kek dan hulurkan kepada Pearl. Tak sanggup aku menatap wajahnya. Aku beredar, join mereka ber'selfie'. Dan aku nampak, pandangan mata Pearl sentiasa melihat aku..terukir senyuman di bibirnya. Matanya sentiasa pandang ke arah aku dan aku tahu apa makna pandangan itu.

Dah berposing segala bagai, aku ambil sepinggan kek dan bawakan untuk Pearl. Kami pandang satu sama lain, senyum. Aku mohon maaf kat Pearl dan aku cium tangannya. Kami berdua sembang, seperti biasa.

'I thought Apple tak datang dah malam ni..' katanya kat aku sambil buat muka sedih.
'Apple datang ni pun demi Pearl.. sebab tak tahu bila kite boleh jumpa lagi kan..' sambil senyum.
'Betul la tu kan...'
'Cakap nak datang umah.. sombong...' sambil aku poke lengan Pearl.
'Tak la Apple..aritu nak datang, tapi takut ganggu sebab time tu cuti..'
'Umm..yelah.. Parent tunggu taw Pearl datang..Kenapa tak contact je..'
'Parent Pearl ada jugak ajak.. takut Apple busy.. Takpe, kim salam jela kat parent k..'
'Kenapa mintak pindah sana? Kenapa tak bandar B?'
'Uih, jauhlah.. Apple nak jaga ke?'
'Ehh, why not? I can take care of you..haha'
'Eleh, kononlah kan..hahaha..'

Aku dan Pearl, perbualan kami memang camni. Seperti kawan, tapi aku tetap menghormatinya sebagai tutor aku, lecturer aku. Dia lah tempat aku mengadu, tempat aku luahkan perasaan.. dan dia jugaklah yang sentiasa memberi sokongan kat aku, yang bangunkan aku waktu aku tersungkur.

Selesai majlis, aku dan dua sahabat mengiringi Pearl ke rumahnya. Lama tak jejakkan ke sana. Di sinilah, tempat yang biasa aku lepak ngan Pearl.. golek-golek sambil tengok tv, masak, borak-borak yang entah pape. Mungkin ini adalah kali terakhir aku pijak rumah ini.

Dah letakkan semua hadiah Pearl, aku mintak izin untuk pulang. Berat sangat hati ini waktu bersalam ngan Pearl.

"See you again, Pearl.. See you in KL, JB, S'pore, Melaka, N.9, Perak, PP.." kata aku sambil senyum.
"Amboi, JB..haha.. Yea, see you anywhere Apple..." balasnya.
"Bye Pearl..! Love you....!".. dan diikuti 'love you' oleh sahabat aku.
"Bye..." balas Pearl.
"Love you Pearl..love you..love you......!", jerit aku.
"Love you all too.. muahhh..muaahhhh muahhh.....", sambil Pearl buat gaya xoxo..
"Haha..amboi Pearl.. muahh muahh jugakk....", kata aku sambil pandang ke arahnya dan senyum.

Sebelum pulang, aku jumpa mereka. Salam-salam. Sayangnya aku kat mereka. Sayang sangat. Tapi aku tak sempat jumpa Jade dan Daddy. wuuuu...

Hiba, pedih sangat waktu masuk dalam kereta. Aku dah tak berjuang dengan mereka. Sedih rasanya nak pulang, berat untuk meninggalkan mereka. Sikit terkilan.. andai semua itu tidak terjadi.. andai aku masih di sini bersama mereka, berjuang dengan mereka hingga ke akhirnya.. Aku tatap wajah mereka, aku tahu ini bukan perpisahan.. tapi bilakah kami bakal bersua lagi.

Aku drive tapi otak pun tak tahu la ke mana melayang. Laju je aku tekan minyak. Mujurlah, tengah malam macam ni takde kereta sangat. Mencelah sana, mencelah sini aku bawak. Apa yang best bila otak melayang ni ialah aku dapat praktiskan skill driving aku. Memang tip top lah. hahaha..

Aku takkan pernah lupakan malam ini. Entah bila lagi kami dapat berkumpul sebegini, satu family. Dan aku juga takkan pernah lupakan cara Daddy pandang aku malam ini. Pandangan yang selama ini aku nantikan di mana menunjukkan betapa sayangnya dia kat aku, rindunya dia kat aku, care nya dia kat aku...

Semoga Pearl hidup bahagia di tempat baru. Jangan jadikan ini yang terakhir untuk kami. Semoga kami dapat bertemu kembali dan berkumpul seperti family lagi. Pearl dan merekalah selamanya 'family' aku di dunia dan akhirat.


p/s: Rindu nak main badminton dan futsal dengan mereka :')


Friday 17 January 2014


Dia, insan yang aku anggap seperti nenek aku sendiri meskipun tiada pertalian darah telah pergi menghadap Ilahi hari ini. Agak terkejut sewaktu mendengar berita tuh, sebab hajat aku nak melawat arwah esok (hari ini) memandangkan arwah sakit. 

Bukan rezeki aku kot.

Lepas je waktu Maghrib, kami terus bertolak ke rumah arwah. Pilu, hiba di benak hati ini. Aku teringat waktu arwah nenda aku meninggal dulu. Insan yang paling aku sayang dalam dunia ni. Menangis aku sebab tak sempat bersamanya di saat-saat terakhirnya. Sampai hari ini, rasa terkilan itu masih ada.. tapi janji aku dalam menguruskan persiapan mengebumikannya, aku penuhi.. Terima kasih Tuhan.

Aku menjejakkan kaki ke rumah nenek. Suasana kelam, suram. Duduk aku bersebelahannya, sedekahkan al-Fatihah dan Yasin. Hati aku menangis, aku kehilangan lagi seorang nenek..

Ku lihat, tatap wajahnya yang terakhir. Indah, cukup indah. Seperti sedang tidur. 

'Kau tempatkanlah nenek dalam kalangan orang yang beriman..amin..', bisik hati aku.

Selesai semuanya, kami pulang. Seakan tak percaya, seolah ianya satu mimpi..tapi itulah kenyataannya yang harus aku terima.

Dalam dua hari ini, banyak berita yang mengejutkan telah aku terima. Dapat tahu kebenaran yang sangat memeritkan tapi aku cuba mempositifkan segalanya sehinggalah aku dengar sendiri dari mulut dia. Aku setuju ngan Mai, jangan terus menghakimi.. mungkin ada sebab kenapa dan mengapa. Sabar dan menunggu bukan perkara yang mudah. Tapi itu yang aku dan Mai harus lakukan sekarang dan selagi aku mampu menolong Mai, aku akan tolong. 

Jujur, aku down sangat semalam. Tapi, ada yang hadir dalam menceriakan aku walaupun cuma seketika. Di tambah pulak dengan kisah kegelapan. Sehinggakan aku abaikan kawan aku sorang tu. Mujur dia memahami, tidak menyalahkan aku.

Baru je hari ini nak mulakan dengan langkahan yang baru, dapat pula berita nenek. Sabarlah duhai hati. Dan wahai hati yang sedang setengah mati rindukan dirinya.. tabahlah..

Semoga esok iaitu hari ini, akan berlalu dengan senyuman dan gelak ketawa.. tiada lagi keperitan.



Tuesday 14 January 2014

Happy Birthday!

Esok merupakan birthday seorang insan yang aku sayang di mana hadirnya membawa seribu satu makna dalam hidup aku.

Segala persiapan masuk meminang dah settle. Tunggu nak hantar je. Hajatnya hari ni la nak hantar tapi aku lupa yang hari ni cuti.. haiztt.. so nak taknak, esok ler aku terpaksa pos. Kecewa okei sebab tak seperti yang aku harapkan. 

Benda simple je aku nak bagi. Tapi tak tahu la dia suka ke tak. Siyes, aku takut sangat dia tak suka ngan hadiah aku bagi tuh. Bukan senang untuk aku buat keputusan. Macam-macam duk main kat dalam kepala otak aku. Sekejap nak bagi yang ni, nak bagi yang tuh.. Kang nanti bagi yang tu, tak suka.. bagi yang ni pulak, tak minat.. Ahhh, tension! Last, aku mintak pendapat adik aku. Barulah lega sikit kepala otak nih. Tu pun masih tertanya-tanya..

Untuk kad, orang cakap buat sendiri barulah bermakna kan. So, aku terpaksa la mengerah keringat, membanting tulang segala bagai nak siapkan kad untuk dia. Tak silap, empat malam kot baru siap kad tuh. Iyelah, kerja-kerja semua tuh aku boleh buat bila menjelmanya waktu malam. Kalau siang hari memang tak lah.. banyak sangat gangguan. Nak perah kekreativitian aku pulak satu hal. Dan hasilnya sangat berpuas hati! (puji hasil sendiri sebab takde orang nak puji) hahaha..

Mula-mula ingat nak share kad tuh kat sini tapi bila fikir balik, tak payah la sebab nanti tak surprise pulak. kekeke ;)

And..

This is for you,

I wish...

I wish that the shoulder you rest your head upon is always mine,
I wish the hand that supports you is mine,
I wish the ears that listen to you when you talk is mine.
I just want to be there for you always and forever..
Happy Birthday my Bebit..!!!


Nah, blueberry cheesecake seperti yang awak mintak.. Mungkin tahun ini hanya sekadar gambar kite mampu bagi, tapi andai tibanya satu masa nanti.. kite bagi yang betul2 okei.. Mohon tuntut ngan kite ye :)


Please maintain your kecomelan, kekiutan k.. ;p Jangan stress ngan umur tuh.. Yang penting, hidup ni kena enjoy. Jangan sia-siakan setiap saat yang ada. Sayang kau ngekk!! 

p/s: Andai aku di sana.. :')


Friday 10 January 2014

Tetamu Malam Tahun Baru

Cerita ini mungkin dah basi tapi bila di ingatkan balik, ada kemanisannya.

Tepat jam 12 am, dapat aku dengar bunyi bunga api.. 'Hurm, dah masuk tahun baru..sekejap je..' bisik hati aku. Aku sambung layan movie. 

Tak lama lepas tu, pintu bilik aku di ketuk. Tokk..tok... Aku pergi bukak, oh dia rupanya. 

"Nak main game kat bilik kau boleh?", tanya dirinya sambil menghempaskan badan atas katil aku.

"Main la.. aku tak kisah pun. Lagipun aku bosan nih", balas aku.

"Aku sedih...", perlahan je suaranya sambil main game handphone aku.

"Sedih kenapa pulak? Mesti gaduh kan.. Gaduh pasal ape?" tanya aku pada dirinya.

Air mata dah mengalir perlahan membasahi pipi dia. Dia sambung ceritanya kat aku. "Haah.. gaduh sebab jeles. Dia jeles ngan mamat ni. Tapi salah aku jugak sebab tak bagitahu dia awal-awal.. bla..bla.."

"Ala, macam la kau ada papepun kan ngan mamat tuh. Yang dia nak jeles segala bagai tu kenapa? Salah korang jugak kan sebab nak rahsiakan sangat hubungan tuh. Bagi aku, mamat tu tak salah sebab dia tak tahu kau dah berpunya..", balas aku. Geram pun ada gak ngan boyfriend dia nih.

"Memanglah..", perlahan je dia jawab.

"Hurmm.. dah la.. Takyah sedih sangat k. Rilek laa.. benda kecik je kot. Malam ni kan tahun baru. Chill la k..Tengok aku ni haa, aku berduka gak tapi okay je.." kata aku sambil lemparkan senyuman.

"Eleh, sikit pun aku tak caye kau tengah sedih. Nampak okay je..cam takde masalah je.." sambil dia buat muka kat aku.

"Iyelah, aku sedih pun still buat muka bahagia..gelak-gelak.. Sebab tu kau tak tahu. Jom la layan lagu malam-malam buta cenggini.. boleh tenangkan sikit hati kau tuh." sambil aku kuatkan volume laptop aku. Berkaroke lah kami pada malam tahun baru seolah dunia ni kami yang punya. Oh hati, tabahlah.. 

Dah melalak, perut pun mula berbunyi. Aku pun ajak dia pergi makan. Bila makanan dah masuk dalam perut, mulalah mulut ni mintak nak mengunyah yang ini, yang itu.. Maka berpesta makananlah kami berdua di tahun baru. Sambil makan, berceritalah aku kat dia bagi menggembirakan hatinya dan pada masa yang sama untuk aku melepaskan rindu. Gelak ketawa kami memecahkan dingin sunyi pagi. 

Kami sambung lepak di bilik aku sambil plan our next hangout. Jam menunjukkan 3.30am dan mata aku dah start ngantuk tapi tak sampai hati la pulak nak halau tetamu yang datang. Kena la layan kan. Borak punya borak, akhirnya dia minta diri. 

Aku baring atas katil - capai handphone lalu mesej dia. 

'Happy new year! takyah sedih sangat..adat bercinta memang camtu.hehe.. Gudnite!'

'Haha, senget..!'

'Memang aku senget pun!haha. Tido la.. esok okay la tuh..'

Aku capai handphone lagi satu. Ku tatap - perih rasanya andai itu kebenarannya. Ku pejamkan mata, cuba melupakan. Semoga apabila aku buka mata esok hari, perasaan ini hilang terbang bersama angin pagi. 

p/s: Ternyata, tetamu ini hadirnya tepat pada masanya. Mengubati duka dan lara aku walaupun secebis.


Tuesday 7 January 2014

Say It With Roses [Update]

mixed pink rose bouquet

It takes only a minute to crush on someone, an hour to like someone and a day to love someone. Yeah, it is true that love comes without warning. So be ready for love..!

And it hurts damn much to love someone and not be loved in return. But, what is more painful is to love someone and never find courage to let that person know how you feel. 

If you afraid to tell, so why don't you give her/him flower that can express the feelings of love. I want to highlight roses as roses will always be the symbol of love. 

The language of love. Roses come in many languages and there is sure to be one that will 'speak' for you.


Burgundy Rose: "You do not know how beautiful you are to me."

Christmas Rose: "You put my mind at ease."

Coral Rose: "All of my desires are tied to you."

Damask Rose: "You bring a freshness to my life that I have been missing."

Lavender Rose: "You have me under your spell."

Rose Green Flower 

Rose Orange Flower
Green Rose: "You make me feel strange."

Best given to those whom you wish happiness and lots of blessings to.


Orange Rose: "You have my attention. I am fascinated."

Often associated with desire, enthusiasm and interest. Orange rose also taken as a symbol for passion and excitement, an expression of zealous romance. It tells a woman you are interested in knowing her.


Rose Pink Flower
Pink Rose: "You are too sweet to me."
Dark Pink Rose: "I am so thankful that you are in my life."

Convey feelings of gratitude, appreciation and happiness. A dark pink rose may be a way of saying how much you appreciate the presence of that loved one in your life.


Rose Red Flower
Red Rose: "I love you."

The colour that depicts love, fire or heat and passion. A red rose being given to a lover is like saying 'I love you' out loud. Fabulous way of expressing your deep feelings of affection for that special person in your life.

Rose Dark Red Flower
Deep Red Rose: "You have nothing to be shy about."

Similar to the red rose, the dark read means a deep unconscious beauty. Dark red rose says it all. It gives you the joy of saying something that you are yearning to say but just don't find the right words for. And, you might consider sending this one to someone who does not know just how special they really are to you.


Rose White Flower
White Rose: "I respect your innocence."

Often used for wedding as it symbolizes happy love.  
Rose Yellow Flower
Yellow Rose: "I'm sorry I get so jealous."

Represent joy and friendship. A yellow rose may also bring about the message of starting a new; "Lets put this all behind and start a new page.


Actually, there are lots of meanings for each colour of roses. After did research about it, this one is the best. You can read about it in detail here.

p/s: I'm working on something lately. Need lots of effort, passion and patience. Hope everything turns out well.

And yeah, I have my own intention why I post about roses actually.. :)


Monday 6 January 2014

Group Mencari Partner

Baru-baru ni, aku ada join satu group. Bukan ape pun, saja nak tengok apa aktiviti mereka dalam tu. Kalau korang single, nak cari partner.. takpun nak pasang lagi dua tiga orang, aku menggalakkan korang join group ni tapi risiko tanggung sendiri la. Tangan aku ni gatal je nak membalas komen, nak segala bagai tapi mujur hati aku tegas berkata 'JANGAN!!'. hahaha..

Kalau korang tulis single, nak cari partner.. kompem ramai yang akan datang berkomen kat kau..! Maka, bertambah la koleksi friend request tu. Approve, jangan tak approve k..hahaha.. Tapi, pandai-pandai la memlilih untuk di jadikan pasangan hidup tu.. 

Dan seperti biasa, kalau dah group macam ni maka banyaklah peringatan diberikan. Ceramah segala bagai pun ada. Aku tak kisah, aku baca je.. mana yang baik, aku ambil.. Dan macam biasa, ada yang tak boleh terima melenting marah segala bagai. Aku tak salahkan mereka.. masing-masing ada hak untuk pertahankan hak masing-masing. 

Ada yang bagi nasihat, sangat bertapis.. perkataan yang di gunakan pun okay, tak kasar. Maka sejuklah jugak hati yang membaca. Menerima dengan seadanya. Ada jugak yang pakai bahasa dan ayat yang kasar. Kasar yang kalau korang baca, memang korang akan sumpah seranah kat mereka ni.. Kalau jenis yang ni, memang ramai la ahli-ahli group yang tampil.. ngan aku sekali pun terlibat.. Sebab terlalu geram ngan perkataan yang mereka guna. Memang peperangan berlaku la dalam group ni.. Tembak sana, tembak sini..

Yang sangat menyakitkan hati aku bila di timbulnya isu, orang macam aku ni takde agama. Amboi, sedapnya tangan dia menaip bagitahu yang kami ni takde agama. Apabila di bahaskan, dorang bagitahu 'Kalau korang ada agama, korang tak kan jadi macam ni. Ni bukan orang Islam ni.. kalau Islam, takde nya jadi macam ni..Agak-agak la kan kalau nak bagi nasihat pun..

Lagi satu ayat 'kita sama tapi yang membezakan adalah amal dan taqwa'. Agak terkedu jugak aku membacanya. Dan adalah sorang membalas.. 'yeah it's true. i never said u r wrong.. but who r u to judge us..? to tell us that we r different from amal n takwa.. only He can judge me,us.. i'm his creator, i put my faith on Him..aku sembah pada Tuhan yang satu'. Aku menantikan jugak jawapan orang tu, tapi sampai hari ini takde pun.. senyap membisu..

Nasihat memang bagus. Tapi biarlah kena dengan caranya. Lain orang, lain la cara nak menasihatinya. 

Papepun, kalau aku bosan memang aku akan bukak group ni. Macam-macam ragam yang ada. Kalau ada niat di hati nak berkasih, nak bermadu.. jemput-jemputlah masuk group ni. Nombor fon mana yang korang nak, semua ade.. Wechat? Wasssaaaappppp?? Semua ada.. Macam group mencari jodohla pulak kan. Tapi ingat, janganlah permainkan hati mereka.. 

Dan setakat ini, aku memang pejamkan mata je bila duk tengok nombor-nombor fon, id wechat dan wassap segala bagai tu.. Tak berminat. Baik aku bermesej ngan mereka yang aku selesa, yang aku sayang. Lagi best.. :)


p/s: nama group tu cari sendiri la ye.. tak nak menggalakkan untuk join.. ;p


Thursday 2 January 2014

Salam Maaf Dari Aku


Saat aku lihat kalian,
Aku rindu.. rindukan kalian sangat

Maaf, aku sudah tidak bersama kalian dalam meneruskan perjuangan
Bukan ku menyerah kalah
Tapi aku akur dengan takdir..

Atas dasar, jalan kita masih sama
tapi di dalamnya kita berbeza..

Ku baca satu persatu..
Sayunya hati ini..
Maaf, aku tak dapat teman kau kawan
Hari pertama yang sepatutnya sekarang kita tengah bergelak ketawa,
berkongsi cerita..
Sesi luahan hati dan perasaan..
Maaf, aku tiada lagi untuk menjadi pendengar setia kau

Hadir Jade dalam perbualan itu,
Jiwa aku pilu, perih sangat rasanya
Ku cuba gembirakan hati
Tapi aku tak mampu menipu diri sendiri
Maaf Jade, aku terpaksa..

Kalian, aku mohon maaf..
Banyak yang kita rancang tapi semua terbengkalai kerana ketiadaan aku..
Maaf aku tak dapat tunaikan janji-janji aku,
Janji yang kita impikan

Aktiviti malam kita, aktiviti hujung minggu kita..
Semua tinggal kenangan.
Maaf, aku tiada lagi untuk berjimba bersama

Aku dengar luahan hati kau, kawan..
Sejak ketiadaan aku, tiada lagi huha
Hancur luluh hati aku tatkala mendengarnya..
Aku minta maaf andai pemergian ku ini membuat kau berduka

Bukan aku minta, tapi ini jalan hidupku..
Terpaksa aku lepaskan kalian
Meskipun perit sangat rasanya..
Maaf, peninggalanku ini secara mengejut

Aku sayang kalian..
Terutama kalian yang aku kenal sejak 'dari kecil'
Kita bersama hanya setengah tahun
Namun ikatan persahabatan kita kekal hingga hari ini
Walaupun kita di pisahkan dengan cara yang terpaksa..
Aku masih ingat ketika itu,
Hanya kita yang menentang perpisahan itu..
Hingga kini, kasih sayang antara kita tetap utuh

Kini, aku sudah tiada untuk lakukan semua ini..
Tiada lagi untuk menyakiti hati kalian,
Tiada lagi untuk menggembirakan kalian,
Tiada lagi untuk membuat kalian marah,
Tiada lagi untuk pertahankan kalian,
Tiada lagi untuk jaga kalian..
Namun, kalian tetap di hati aku

Hanya kata-kata maaf dapat aku ungkapkan buat kalian..
Maaf, maaf, maaf...
Aku susun sepuluh jari memohon kemaafan
Maafkan aku...

Bila tiba masanya, kita pasti bertemu..