Saturday 30 May 2015

Teringat masa awal-awal tulis blog. 

Ramai blogger dan reader yang aku kenal. Ada yang aku kenal tu sekadar hi then byebye.. Ada yang melekat sampai harini sebagai sahabat (ada yang dah hangout sama-sama..ada yang just keep in touch tru emel n fon), as my BIG sis  dan as my partner (Popcorn!).

Hari ni, aku bukak balik inbox emel aku. Macam-macam conversation. Ada yang buat aku tersenyum sampai ke telinga, ada yang buat aku kecewa dan etc. 

Paling aku rindu, 'Hi apple...' (andai awak baca, iye..that's you).

Hari, bulan, tahun berlalu... Jujur, aku rindu nak berbalas emel. Dengan awak. Dan awak juga. Sebab kat sinilah detik permulaan perkenalan kita. 


p/s: jen is missing acu b :'(

Tuesday 26 May 2015

End Of Semester!

Alhamdulillah, berakhir sudah perjalanan menepuhi semester ini. Dan aku punya cohort paling awal habis exam. Orang baru sibuk nak bukak buku nak study, kami dah start heret beg balik kampung. Ohh..so heaven okei! Biasanya, kami lah yang paling last balik. Thanx unit peperiksaan! hahaha

Seperti yang dirancang dalam kepala, aku ajak kawan-kawan pergi Rantau Panjang. Nasib plan menjadi kalau tak, memang aku p sorang-sorang je la. Sorang pun sorang laa janji kepuasan hati tercapai. 

Punyalah nak cari jalan pergi sana..kamain susah. Sorang duk cakap jalan ni, sorang duk cakap jalan tu. Aku senyap je sebab tak tahu jalan. Yang aku tahu lalu kut roundbout Wakaf Bharu. Tu je. kikiki.. Maklumlah, bukan Kelantanese.. Last2, bukak waze. Tunjuk jalan kut roundbout WB. Hahaha.. 

Perjalanan tak sampai sejam pun p sana. Dalam tengahari kami sampai. Perut lapar, apa lagi melantak makanan laa.. Perghh makanan Thai memang pujaan hati aku dari dulu hingga kini. Tak pernah menghampakan lidah dan tekak. Sedap! Nanti nak bawa Popcorn makan kedai ni.. :D

Misi shopping start! Masing-masing duk sibuk cari dress, jersi, seluar jeans dan etc.. Tapi aku sibuk cari buah laici dan seangkatan dengannya. Hahaha.. Aku selalu camni. Tak boleh kalau tak beli makanan. Masalah, bukan sikit.. tapi banyak! =="

Hasil shopping aku:
- Seluar track dan quarter (ni kiriman orang)
- Laici 2kg
- Mempelam 3kg
- Kacang gajus 1/2kg
- Lempuk durian 3 paket
- Beras siam..

Bukak wallet, less than RM10 T_T sebab kawan pinjam RM50 buat shopping baju. Nasib dah takde pape nak beli. 

Pulang dengan hati riang gembira..weeee~ ^__^


p/s: ikutkan hati esok tu nak pergi Pasar CT Khadijah nak beli jala emas.. tapi nasib dapat kawal nafsu. haha.. Nway, Happy Holiday! 

Tuesday 19 May 2015

Special For You :')

  • 7/5 - Go to KL
  • 9/5 - Got news : test on Tuesday morning [booking flight on Monday's evening]
  • 11/5 - Sigh.. here I am, in the college. Do nothing. Just waiting for tomorrow's test.
  • 12/5 - Sitting for test. *aku ade instinct yang next sem kena ambil balik.kekeke.. melayang la RM180.. T__T
  • 13/5 - Go to KL again (book tix last minute for return)
  • 17/5 - Hi hi hi Kelantan! :D

Disebabkan masa first aku datang tu just bawak keropok, nampak macam tak romantik sangat kan.. so, second visit tu aku buat kad untuk Popcorn. Gigih buat lepas test tu..haha. Mana tau, kot2 tak sempat siap esok bawak naik kapal terbang.

Nak dapat ilham buat kad bukan senang. Gugel sana, gugel sini.. tengok contoh kad. Cari gambar yang kiut miut untuk buat cover card (yang senang la untuk aku lukis). Pastu scroll pulak gambar dalam fon..nak letak gambar aku dan dia yang mana satu. Phew, nasib baik aku suka buat mende alah ni..haha :3

So, gambar yang aku pilih ialah waktu kami lepak kat Dataran Merdeka. Nak sesuaikan dengan kad pulak jadi masalah. Yelah, gatal tangan nak buat pop up card kan, so kena banyak pikir sikit la biar kad tu nampak WOW bila bukak..kikiki.

Setelah bertungkus lumus, akhirnya karya aku yang agung ni siap! *yeayyy!*



Yang pop up tu kat dalam. Takleh nak tunjuk sebab aku lupa nak amik gambar =="

Kad ni aku letak atas rak dalam bilik Popcorn. Dengan harapan dia nampak bila balik kerja. Dan aku macam biasa, will act nothing.. sambil main-main ngan meow dua ekor tu. 


p/s: Avengers & Pitch Perfect 2 done! :D 

Wednesday 13 May 2015

13052015

Apabila mendapat berita yang gembira ataupun buruk, mereka adalah orang yang terawal tahu - Family, Popcorn dan Cotton Candy. Kemudian barulah kawan. Tapi, sekarang ianya seolah tidak lengkap, tidak sempurna. Benda ni tak dapat lagi aku share dengan Cotton Candy :'( 

Andai awak baca post ini..

Saya nak awak tahu yang I got A for my practical. Tak percaya kan? Saya sendiri pun tak percaya.. Tapi Alhamdulillah, hasil praktikal selama sebulan inilah yang saya dapat. Dalam sebulan itu jugaklah banyak benda yang saya belajar. 

Pasal kehidupan.. selama ni saya belajar teori semata dan bila mempraktikkan dalam dunia yang sebenar, susah..teramat susah. How to handle the situation, mingle with others who are more older than me (older than you, Popcorn), gain respect from others and being friendly at the same time being firm. Menjejakkan kaki ke sana telah mengubah pandangan dan perspektif saya terhadap bidang yang saya ceburi sekarang. Too many holes here and there, but we have to follow,obey what government ask us to do. 

Dan awak masih ingat kawan saya yang psycho tu? I thought she has changed but *sigh... she's still the same. Acting like nothing has happened in front of me, at the back.. she create new stories about me and the worst, she twist what actually happened during our practical. Luckily, those people who she seeks and mengadu, never trust her 'fairy tale' stories. 

Sebenarnya saya tak kisah pun apa yang dia nak cerita.. as long as I'm happy with my own life. Lagipun, kawan-kawan saya memang dah masak sangat dengan perangai dia tu. Tapi terpaksa layankan sebab dia tu classmate. 

Haish..banyak sebenarnya saya nak cerita kat awak ni.. Next time la ye.. :)

Saya harap awak happy kat tempat baru. Kerja leklok..nanti dapat gaji, belanja la adik awak ni ye..Hee :3 

Wish you goodluck! Do take care of yourself.. - from me and Popcorn ^_^

Monday 11 May 2015

Roti Canai

Setiap kali turun KL, sarapan aku yang wajib ialah roti canai kak Indon dan teh tarik. Aku mesti akan ajak Popcorn pergi sana jugak kalau hari-hari sebelum tu tak dapat. Roti canai dia dah la sedap, ngan kuah dan sambal dia tu..perghh memang kena lah! Teh tarik dia pulak perfect! Harga? Murah yang teramat.. Makan dua orang, RM4 je. Ce kalu gi mamak, mahu kena RM8. =="

Weekend baru ni aku turun KL. So macam biasa, roti canai menjadi sasaran aku. Tapi aritu kami terbangun lambat..

Popcorn: Jom gi makan tosei.
Aku: Cakap nak makan roti canai..
Popcorn: I teringin nak makan tosei.. lagipun roti canai masa ni dah habis
Aku: Yeke?
Popcorn: Iyee.. (dengan nada yang konfiden)

Maka makanlah tosei di kedai mamak. Aku nak habiskan satu roti boom tu kamain susah. Last sekali suh Popcorn habiskan. Pastu masa otw nak pergi tengok wayang, lalu la kedai roti canai tu. 

Aku: Eh tengok! Ramai je lagi orang kat kedai tu..
Popcorn: Haah..ramai kan? (nada tak terkejut langsung)
Aku: Tapi u cakap roti canai dah habis.. *kecewa
Popcorn: Haha..manalah I tau. Biasa dah habis da time macamni
Aku: Eleh, padahal dia mengidam nak makan tosei kan. Pastu bagi alasan camtu
Popcorn: Heee.. (senyum kambing)
Aku: Huuu.. :(
Popcorn: Iyee, esok kita pergi ye..
Aku: Yeay! :D

Dan esoknya, hasrat nak makan roti canai tercapai. Thanx Popcorn! :*

Monday 4 May 2015

Mengimbau...

Dulu, dia yang aku kejar. Gaduh macam mana sekalipun, akan tetap berbaik. Kadang-kadang benda tu sekecik kuman je tapi kami suka membesarkan ia. Bila gaduh, sekelas tahu sebab kami memang tak akan bercakap. Dua-dua keras kepala.

Hampir setiap minggu kami akan gaduh sehinggalah dia bagitau, dia penat dah gaduh. Aku pun sama. Sejak hari tu, kami cuba elakkan untuk bertekak. Hari demi hari berlalu.. Melangkah ke sekolah merupakan hari yang sangat bahagia buat aku.

Suatu hari, dia menangis. Sebab apa, aku tak tahu. Disebabkan dah ramai yang pergi pujuk, so aku biarkan je dia menangis. Tapi ternyata semuanya tak berhasil. Maka, kawan aku panggil aku, bagitau yang aku sorang je yang dapat pujuk dia. Berbunganya hati ni hanya Tuhan yang tahu. 

Setahun berlalu, namun hubungan kami seperti biasa. Um, tak..aku tipu. Kami dah kurang on call apatah lagi bermesej. Aku di kelas sana, dia di kelas sana. Tapi, setiap hari Khamis pagi aku akan pergi lepak kelas dia. Cukup hanya sekadar menatap wajahnya dari jauh. Disampingnya, Rexa yang aku rasa dah mengambil alih tempat aku. Tapi, Rexa seolah tahu siapa dia untuk aku. Setiap kali dia cari aku tapi tak jumpa, Rexa pasti akan cakap, "Bini kau cari tadi..".

Bertahun lamanya selepas tamat sekolah.. tapi setiap tahun aku takkan miss wish birthday dia. Cukuplah dia tahu yang I'm still care about her. 

Hari ini, dia dah berkahwin. Dengan jejaka idamannya yang aku sangat yakin dapat pimpin dia ke syurga. Sedih saat malam dia diijab kabulkan. Tapi pada masa yang sama, aku bahagia. Senyuman dan tangisan dia pada malam itu, cukup jelas dia bahagia. Kebahagiaan dia, kebahagiaan aku. 

Bulan lepas, birthday dia. Seperti biasa, aku akan wish. Dan dia reply, "Thanx sentiasa doakan saya" siap ngan kiss emoticon. Oh, how I miss her. Aku rindukan saat bahagia aku dan dia. Andai waktu dapat diputarkan, aku nak nikmati setiap saat aku dengan dia. 

For my dear Pinky, your happiness is my happiness. Keep smiling. Dont ever shed your tears anymore.. I will always pray for you. Semoga awak dan dia bahagia hingga ke syurga. :)