Monday 11 May 2015

Roti Canai

Setiap kali turun KL, sarapan aku yang wajib ialah roti canai kak Indon dan teh tarik. Aku mesti akan ajak Popcorn pergi sana jugak kalau hari-hari sebelum tu tak dapat. Roti canai dia dah la sedap, ngan kuah dan sambal dia tu..perghh memang kena lah! Teh tarik dia pulak perfect! Harga? Murah yang teramat.. Makan dua orang, RM4 je. Ce kalu gi mamak, mahu kena RM8. =="

Weekend baru ni aku turun KL. So macam biasa, roti canai menjadi sasaran aku. Tapi aritu kami terbangun lambat..

Popcorn: Jom gi makan tosei.
Aku: Cakap nak makan roti canai..
Popcorn: I teringin nak makan tosei.. lagipun roti canai masa ni dah habis
Aku: Yeke?
Popcorn: Iyee.. (dengan nada yang konfiden)

Maka makanlah tosei di kedai mamak. Aku nak habiskan satu roti boom tu kamain susah. Last sekali suh Popcorn habiskan. Pastu masa otw nak pergi tengok wayang, lalu la kedai roti canai tu. 

Aku: Eh tengok! Ramai je lagi orang kat kedai tu..
Popcorn: Haah..ramai kan? (nada tak terkejut langsung)
Aku: Tapi u cakap roti canai dah habis.. *kecewa
Popcorn: Haha..manalah I tau. Biasa dah habis da time macamni
Aku: Eleh, padahal dia mengidam nak makan tosei kan. Pastu bagi alasan camtu
Popcorn: Heee.. (senyum kambing)
Aku: Huuu.. :(
Popcorn: Iyee, esok kita pergi ye..
Aku: Yeay! :D

Dan esoknya, hasrat nak makan roti canai tercapai. Thanx Popcorn! :*

2 comments: