Thursday 26 November 2015

Pensil Warna

Dulu, zaman sekolah mesti ada pertandingan warna. Masing-masing bawaklah pensil warna. Siap ada beli yang baru lagi. Aku punya lebih kurang macam ni je haaa... Yang ade dobelas batang. 


Pastu, dalam ramai-ramai tu.. mesti ada yang akan bawak yang laaaaaaagiiiiii besar daripada orang. Lengkap semua kaler ada. Nak yang mana, amik je. Masa ni laa.. muka sorang-sorang jadi macam ni... (termasuk aku)


Impress giler bile tengok okeyh! hahaha..

Mula lah sorang-sorang duk bukak mulut;

'Besarnya...!'
'Kayanye dia..!'
'Eh, tengok..dia ade kaler tu laa..'
blablabla..

Lagi banyak pensil warna, lagi kayalah orang tu. Hee.. prinsip dulu-dulu. Dan mungkin hari ni pun boleh pakai prinsip ni kan? Tak caya? Turun la padang.. haha

Monday 23 November 2015

Mendekat Lalu Menjauh

Hey lelaki!

Jangan pernah mendekat lalu menjauh.

Kalau dari awal memang tak nak serius, kenapa perlu kau mintak nombor fon dia?
Kenapa kau bagi harapan palsu?

Awalnya kau layan dia bagai nak rak.
Tak sampai setengah tahun, seminggu ada mesej tu dah boleh sujud syukur.

Birthday pun boleh kau wish seminggu lambat.
Sibuk mana pun kau, kalau serius.. takdenya macam ni.

Lepas berbulan kau senyap, then muncul.
Tanya apa khabar.
Tapi bila dia balas, kenapa kau langsung tak tengok?
Dua tiga hari masih tak blue tick.
Busynya kau sampai tak tengok fon. hehhh..

Kau biarkan dia bergantung.
Tanpa kata putus.

Hey. Dia tu kawan aku. Aku sakit hati bila kau buat camtu.
Kalau kau dah penat, terus terang jelah.

Jangan bagi dia terseksa kerana kau!

Sunday 22 November 2015

Abe

Got new nickname.

Abe.. aka abam aka bam aka abang.

Awalnya dalam kalangan kami je. Tapi sekarang macam dah tersebar sikit. Hopefully tak tersebar secara meluas. Cukuplah hanya kami-kami je.

Nama ni start dari first training. Terus melekat sampai sekarang.

Ada yang on off panggil Abe.. ada yang sepanjang masa panggil Abe. Tak kira face to face, on call takpun wassap.

Sejak hari tu, kadang-kadang Popcorn panggil aku ni Abe jugak. Tapi aku tak suka. Rasa awkward gila. Rasa geli pun ada. hahaha.. Terus aku tak bagi dia panggil camtu.

Beberapa hari lepas, parent datang. Kebetulan dorang ada sekali. Nasib tak tersasul panggil Abe.. hahaha. pheww~


p/s: happy 16th monthsary for us!


Tuesday 3 November 2015

Friends Turn Into Family.


Alhamdulillah. Thanks to Allah for giving me this chance to know them, getting closer everyday. We hang out, spend our time together like we have known each other for a long long time. They are my teammates. Because of hockey, we've become this close. Really close. Friends that turns into FAMILY.

Thanks guys ajak aku main mende ni.

Thanks sebab percaya kat aku walaupun ni kali pertama aku pegang kayu hoki.

Thanks sebab sanggup rawat luka aku bila aku injured. (aku tengok pun tak sanggup tapi korang rilek je sapu ubat..)

Thanks sudi layan kerenah aku bila lapar malam-malam.

Thanks sebab selalu hiburkan hati aku ngan lawak dan kerenah korang. 

Thanks for everything girls!

Walaupun team kita tak sehebat team orang lain.. tapi korang tetap hebat dalam hati aku. Kita menang dengan cara kita tersendiri. 


The best teammates I ever had in my life.