Sunday 16 April 2017

Terima Kasih

Kepada mereka yang email aku.. 

Terima kasih banyak-banyak untuk segala kata semangat dan nasihat. Aku sangat hargai. 
Rasanya, dah tak perlu letak harapan kepada kami..
Andai masih ada sedikit harapan bagi kamu.. buanglah harapan tu. 
Harapan tu dah mati. 

Terima kasih sudi baca blog aku dari 1st entry sampai sekarang.
Terima kasih.

Aku mintak maaf. Buat masa sekarang, aku akan stop menulis di sini. Banyak yang dah tertulis, tapi aku tak mampu untuk publish kan. Maaf..

Biarlah segala yang terbuku sekarang diluahkan kat lain. Biarlah kisah sekarang hanya diceritakan kat lain. Bukan kat sini. Carilah aku di situ.

Aku akan kembali. Tapi bukan buat masa sekarang.. 

Terima kasih. Jumpa lagi. Bye.

- apple_J

Monday 10 April 2017

Tali

Mudah je kan hubungan ni.. Rasanye mudah.my pun tak semudah hubungan ni. Rasa nak lepas, biar je tali tu terurai. Rasa perlu, tarik balik tali tu. Macam best pulak game ni.. macam sukaneka sekolah tu.. acara tarik tali! Pernah main tak? Seronak kan? Biase ramai penonton acara ni.. Ade yang sokong pihak ni, pihak tu.. Ade yang tak kisah. Acara paling meriah kot bagi aku. 

Nak gi cari tali la esok. Nak main tarik-tarik, mane tau terkeluar emas ke, ifon ke.. Ok, tak. Tipu. 
Dah ade tali, boleh la belajar cara ikatan. Ikatan buku sila ke, simpul manuk ke.. tindih kasih ke.. mane tau lepas tu kasih tu makin bertindih-tindih terus sampai jinjang pelamin. Hm, tipu lagi. Takde la kan sampai tahap tu. Eh, tapi ape salahnye? Dulu, zaman berhingus selamba je kawen. Tak sempat cerai, esok kawen ngan orang. Lusa orang lain pulak. Ni zaman berhingus pandai lap sendiri, lagilah takde masalah.. 

Ok. Merepek. 

Dan kesudahannya, semua terpulang kat kita macam mane nak main ngan tali. Simpul-simpul, pastu buang ke.. gantikan ngan main getah ke.. buat jadi pembaris ke.. jadi tali inci pun boleh. Boleh tiap2 ari ukur lilit badan.. buat ikat bot or binatang ke.. Nak makan ke. Ikut sedap rasalah yek

Adios! Jom cari roti canai! 


p/s: nanti tali tu saya nak ikat hati awak dan hati saya dengan ikatan bunga geti + simpul mati. *simpan dulu ayat ni untuk yang berhak*


Friday 7 April 2017

Getaway

I need a break. An escape. Just a quick getaway to refresh. I don't drink, but I think I will.. at a beach, front of bar & grill.. and sip margarita while looking at the sky. Ah, such a nice view and a superb place. 

Hey Pulau Babi. Tunggu aku datang so aku boleh buang segala kebabian ni.. 

(gugel punye gambar)

Thursday 6 April 2017

Hero 2

Alhamdulillah. Hero dah discharge from hospital. Tiga hari duk ulang-alik ke hospital. Sangat penat. Badan tak cukup rehat. Tapi demi Hero, gagahkan jugak. 

Nasib mase duk kat hospital, ade pakcik2 kelakar yang boleh buat teman sembang. Takde la bosan sangat. Pemandangan dari tingkap pun boleh tahan. Tengok rupa wajah bandar ni haa yang tengah duk membangun tapi kosong. 

Tengok doktor-doktor pelatih tengah rawat pesakit. Sambil tu usha, cuci mata kot ade yang cantik menawan. Tapi aku lagi tertarik ngan bahasa dorang. Term amende ntah, tak paham aku. Dengar jela.

Dah lama sebenarnya tak datang hospital ni. Masih creepy macam biase. Lift pun kejap ok kejap tak. Waktu malam, suram redup je.. Ngan lampu yang malap, samar-samar.. Tak boleh ke pasang lampu yang cerah sikit area nak naik tangga or lift tu? ==" Tarik nafas dalam-dalam aku bila naik lift kul 12am! Hahaha..

Oh, yang tanya Hero tu kenapa.. Hero buat angioplasty. Tak tahu, google la yek. 

Adiosss..!

*pergi mcd nak beli mcflurry green tea, tapi habis.. T__T*

Tuesday 4 April 2017

Hero


To my hero..

Keep strong! Be strong!
All the prayers are with you.
And please..please.. get well soon.
We all love you.

Saturday 1 April 2017

April

New month, a new day.

1st April.. and for the first time in my life, I hope it will be an April fool to me.

"April Fool!"

I wish that would come out from your mouth.. or text maybe? or email? or picture?

But I guess, it wont.
Yeah, it wont.