Wednesday 25 February 2015

:: Untitled ::

Antara ex aku, sorang ni je yang aku masih berhubung. Tu pun jarangggg.. Bila contact tu maknanya ade something la tu nak cerita. Tak lain tak bukan, Shiznat. Juga, satu-satunya ex yang tak pernah nak block fb aku, unfriend apatah lagi. Aku dan dia bawak haluan sendiri tapi masih care for each other in our own ways. 

Sebut pasal ex, aritu tangan ni menggatal bukak page PG (ex no.2 aku). Uih, rupanya dia dah tak block aku. Dulu, kaw-kaw dia block aku. Habis satu family dia block aku. Aku malas nak cerita pasal dia detail sangat sebab tahap kebencian aku kat dia sangat2 mendalam. Kalau hati ni lembut, mungkin satu hari nanti aku citer pasal PG ni. 

Haa, guess what bila aku bukak page dia ni. Rupanya masih duk teringat kat aku. Ayat yang bila aku baca, boleh muntah hijau ungu. Huhhh.. Tu tak bukak page dia yang lagi satu. Yang kat situ lagi banyak dia duk merepek. Rindu laa.. sayang laa.. Blergghhhh.. 

Taip pasal dia sekarang ni pun dah buat tekak aku gelegak. Betapa benci aku kat dia. 

Huhh, terus hilang mood.

Aku cuba gak hilangkan sikit kebencian tu.. tapi ahhh.. tak boleh! Bila ingat apa yang dia buat kat aku.

p/s: Popcorn gemok! hahaha :P

Monday 23 February 2015

Pondan

Banyak hari yang lepas, apa yang merasuk budak kelas aku.. tak tahu lah. Mentang-mentanglah lecturer tak masuk, macam pesta muda mudi pulak dah jadi. Pasang lagu kuat-kuat dengan speaker, karoke reramai. Siyes, happening giler! Macam dah habis exam.. ahaha. 

Dah habis melalak berapa banyak lagu entah, ada sorang keluarkan segala warna lipstick dia. Haa, apa lagi. Masing-masing duk pakai laa. Aku tengok dari jauh je. Hahaha.. takde maknanye aku nak pakai semua tu. Ada yang warna merah mengancam! Warna pink..oren.. Siap selfie muka menggoda. Main gigit-gigit bibir. Adeii.. hahaha..

Pastu, kawan aku si Azie ni tarik tangan aku. 

"Apple, meh la try pakai", sambil pegang lengan aku. Tangan dia lagi satu dah get ready dah nak leset mende tu kat lips aku. Maka, aku ni dah jadi tumpuan bebudak ni. Al maklum, orang tak pernah pakai segala benda tu. Hoho.. Aku layan jela. Haha.. Best gak kadang-kadang buat keje macam ni. Bukan selalu, kan? ;)

Dah siap touch up aku, apalagi, snap photo la! Suka eh dorang amik gambar aku pakai lipstick. Huhhh! Masing-masing dah ..
'waaahhhhhh Apple pakai lipstick..' , 
'eh, cantik la...' , 
'sesuai la ngan kau Apple..'

Pastu, aku pun sajelah nak tunjuk kat kawan aku lagi sorang ni. Dia ni dari tadi duk hadap fon. Sibuk sangat ngan bisnes! Tak hirau langsung apa yang berlaku kat dalam kelas. Bila aku panggil, dia tengok aku. Apalagi, kamain dia gelak kat aku.. dan cakap.. "Hahaha.. Apple.. macam pondan..hahahaha"

Ok, pondan T.T.. Hensem sangat ke aku ni sampai dia cakap aku pondan? sobs! haha.. tapi sikit pun aku tak amik hati sebab dah kenal sangat dengan gurauan dia ni.. Kawan yang boleh kau harap bila susah, apatah lagi senang. Kata-mengata itu menjadi kewajipan untuk kami..haha..

Sampai bilik, send pic kat Popcorn. Popcorn cakap cantik, nice! Hahaha.. tergelak-gelak aku. Adeiii...

Sekian, kisah pondan aku. Terima kasih kerana membaca. Doakan aku dapat mewakili kolej dalam olahraga (larian pecut).

p/s: Gong Xi Fa Cai! 

Thursday 12 February 2015

Demi Kawan

Kadang-kadang, demi insan yang bergelar sahabat.. kita sanggup buat apa sahaja. Tak kira masa dan waktu. Terutama ketika mereka memerlukan pertolongan kita. Selagi boleh tolong, kita tolong. Apa gunanya kawan..kan? Itulah prinsip aku.

Baru-baru ini, Irza datang secara mengejut kat bilik aku. Ingatkan nak ajak pergi makan. Kebetulan masa tu aku dah bersiap nak keluar ngan kawan, Mila. Dengan muka riangnya aku sambut kedatangan Irza. Rupanyaaa...

"Apple, mintak tolong hantar stesen bas. Sekarang.."

"Eh, kenapa tetibe je ni?"

Mata Irza berkaca. Aku pandang dia - sayu. "Orang nak balik umah. Nak putuskan pertunangan..", kata Irza menahan sedaya upaya agar air mata dia tak menitis. 

Aku tengok jam, nak pukul 6 dah. Ada lagi ke bas? Aku terus mintak pinjam kereta dengan rumet. Aku tekad, nak hantar dia balik rumah. Tak kisah laa.. janji kawan aku ni selamat sampai rumah.

Mujurlah Mila berprinsip macam aku jugak. Tanpa dirancang, kami terus menuju ke rumah Irza. Dalam kereta, sesi luahan perasaan. Paling lemah, bila dia start menangis. Seriously, aku tak tahu nak buat apa. Terus mesej Popcorn. Hahaha.. Popcorn suruh pujuk, tapi.. aku biarkan je. Um, bila tengok kesian la pulak. Aku takleh tengok perempuan nangis wehh.. T_T So, I just tap her shoulder to calm her down. 

Sampai destinasi, Irza berbincang dengan parent dia. Tak tahulah ape yang dorang bincang sebab kami tak masuk campur. Hasil keputusan, parent Irza tak bagi putuskan. Seperti yang aku agak. 

Lebih kurang 8.30, kitorang gerak balik. Tak cakap banyak pasal pertunangan. Ada jodoh takkan ke mana kan. Aku dan Mila lebih selesa untuk bercakap pasal aktiviti hujung minggu, makanan, cuti dll. Sambil tu, tangan aku sibuk duk bermesej ngan Popcorn. 

Dalam 10.30, kitorang selamat sampai kampus. Langkah je kaki masuk bilik, terus disoal siasat oleh rumetku. Nasib Irza dah bagi izin untuk ceritakan hal sebenar, kalau tak..alasan apa la nak bagi. Dah la bawak kete orang gi jauh-jauh. 

Bagi aku, dalam hidup ni..senang je. Kalau kita rajin tolong orang, iAllah.. akan ada orang tolong kita. What we give, we get back. :)