Thursday 12 February 2015

Demi Kawan

Kadang-kadang, demi insan yang bergelar sahabat.. kita sanggup buat apa sahaja. Tak kira masa dan waktu. Terutama ketika mereka memerlukan pertolongan kita. Selagi boleh tolong, kita tolong. Apa gunanya kawan..kan? Itulah prinsip aku.

Baru-baru ini, Irza datang secara mengejut kat bilik aku. Ingatkan nak ajak pergi makan. Kebetulan masa tu aku dah bersiap nak keluar ngan kawan, Mila. Dengan muka riangnya aku sambut kedatangan Irza. Rupanyaaa...

"Apple, mintak tolong hantar stesen bas. Sekarang.."

"Eh, kenapa tetibe je ni?"

Mata Irza berkaca. Aku pandang dia - sayu. "Orang nak balik umah. Nak putuskan pertunangan..", kata Irza menahan sedaya upaya agar air mata dia tak menitis. 

Aku tengok jam, nak pukul 6 dah. Ada lagi ke bas? Aku terus mintak pinjam kereta dengan rumet. Aku tekad, nak hantar dia balik rumah. Tak kisah laa.. janji kawan aku ni selamat sampai rumah.

Mujurlah Mila berprinsip macam aku jugak. Tanpa dirancang, kami terus menuju ke rumah Irza. Dalam kereta, sesi luahan perasaan. Paling lemah, bila dia start menangis. Seriously, aku tak tahu nak buat apa. Terus mesej Popcorn. Hahaha.. Popcorn suruh pujuk, tapi.. aku biarkan je. Um, bila tengok kesian la pulak. Aku takleh tengok perempuan nangis wehh.. T_T So, I just tap her shoulder to calm her down. 

Sampai destinasi, Irza berbincang dengan parent dia. Tak tahulah ape yang dorang bincang sebab kami tak masuk campur. Hasil keputusan, parent Irza tak bagi putuskan. Seperti yang aku agak. 

Lebih kurang 8.30, kitorang gerak balik. Tak cakap banyak pasal pertunangan. Ada jodoh takkan ke mana kan. Aku dan Mila lebih selesa untuk bercakap pasal aktiviti hujung minggu, makanan, cuti dll. Sambil tu, tangan aku sibuk duk bermesej ngan Popcorn. 

Dalam 10.30, kitorang selamat sampai kampus. Langkah je kaki masuk bilik, terus disoal siasat oleh rumetku. Nasib Irza dah bagi izin untuk ceritakan hal sebenar, kalau tak..alasan apa la nak bagi. Dah la bawak kete orang gi jauh-jauh. 

Bagi aku, dalam hidup ni..senang je. Kalau kita rajin tolong orang, iAllah.. akan ada orang tolong kita. What we give, we get back. :)

8 comments:

  1. apple.. kita kira kawan kan? tlg hantar sy balik rumah mak.. kat johor.. boleh? ekeke.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kalau dekat takde masalah.. alang2 tu, boleh pusing johor.. ngee :D

      Delete
  2. InsyaAllah. Kita tolong org, akn ada lbh banyak kbaikan datang. Tak pd kita, pada fam or Our loved ones. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep! Sangat2 setuju.. Walau sekecil manapun, selagi boleh tolong.. kite tolong.. tak rugi pun :)

      Delete