Monday 23 February 2015

Pondan

Banyak hari yang lepas, apa yang merasuk budak kelas aku.. tak tahu lah. Mentang-mentanglah lecturer tak masuk, macam pesta muda mudi pulak dah jadi. Pasang lagu kuat-kuat dengan speaker, karoke reramai. Siyes, happening giler! Macam dah habis exam.. ahaha. 

Dah habis melalak berapa banyak lagu entah, ada sorang keluarkan segala warna lipstick dia. Haa, apa lagi. Masing-masing duk pakai laa. Aku tengok dari jauh je. Hahaha.. takde maknanye aku nak pakai semua tu. Ada yang warna merah mengancam! Warna pink..oren.. Siap selfie muka menggoda. Main gigit-gigit bibir. Adeii.. hahaha..

Pastu, kawan aku si Azie ni tarik tangan aku. 

"Apple, meh la try pakai", sambil pegang lengan aku. Tangan dia lagi satu dah get ready dah nak leset mende tu kat lips aku. Maka, aku ni dah jadi tumpuan bebudak ni. Al maklum, orang tak pernah pakai segala benda tu. Hoho.. Aku layan jela. Haha.. Best gak kadang-kadang buat keje macam ni. Bukan selalu, kan? ;)

Dah siap touch up aku, apalagi, snap photo la! Suka eh dorang amik gambar aku pakai lipstick. Huhhh! Masing-masing dah ..
'waaahhhhhh Apple pakai lipstick..' , 
'eh, cantik la...' , 
'sesuai la ngan kau Apple..'

Pastu, aku pun sajelah nak tunjuk kat kawan aku lagi sorang ni. Dia ni dari tadi duk hadap fon. Sibuk sangat ngan bisnes! Tak hirau langsung apa yang berlaku kat dalam kelas. Bila aku panggil, dia tengok aku. Apalagi, kamain dia gelak kat aku.. dan cakap.. "Hahaha.. Apple.. macam pondan..hahahaha"

Ok, pondan T.T.. Hensem sangat ke aku ni sampai dia cakap aku pondan? sobs! haha.. tapi sikit pun aku tak amik hati sebab dah kenal sangat dengan gurauan dia ni.. Kawan yang boleh kau harap bila susah, apatah lagi senang. Kata-mengata itu menjadi kewajipan untuk kami..haha..

Sampai bilik, send pic kat Popcorn. Popcorn cakap cantik, nice! Hahaha.. tergelak-gelak aku. Adeiii...

Sekian, kisah pondan aku. Terima kasih kerana membaca. Doakan aku dapat mewakili kolej dalam olahraga (larian pecut).

p/s: Gong Xi Fa Cai! 

4 comments: