Tuesday 29 April 2014

Rama-rama

Akhir-akhir ni.. aku benci kau. Kenapa? Sebab kau selalu pot pet mengalahkan pop corn. Dah la aku tak faham ape yang kau bualkan. Sekejap topik A pastu terus melompat ke topik J. Sampai penat aku haa? dan haa? dan haaaa???.. 

Lebih-lebih lagi kau dalam mamai. Lagi la pening kepala aku nak faham. Kena fokuskan telinga.. 

Dan yang paling buat aku lagi benci ialah kerana......

Yeah.. kau bagi aku rama-rama tanpa kau sedari. Tak suka! Sebab aku lagi suka kalau kau bagi aku coklat, kuma-kuma ke.. belanja aku makan ke.. Takpun bagi aku samsung flip tu haa.. kekeke.. :P

Dan

Ada satu malam waktu kite borak, jujur.. aku sangat suka bila kite membicarakan isu tu. Kerna itu yang terpendam dalam hati selama ini. Cuma tiada kekuatan untuk memulakan isu tersebut. Entah kenapa, malam itu aku beranikan diri.. dan segala persoalan selama ini akhirnya terjawab. Di kala itu juga, sedikit hati ini di ketuk.

Mungkin bagi kau, itu hanya soalan yang biasa (mungkin la..) tapi bagi aku ianya sangat penting. Penting kerna itu yang aku cari selama ini. Bukan senang untuk seseorang berbicara tentang itu. Dan jawapan yang jujur keluar dari mulut kau. Terima kasih. Aku sangat menghargainya. 

Sedangkan aku sendiri masih merangkak.. masih belajar untuk berjalan. Jadi, di situ aku nampak.. aku dan kau mampu memberi dorongan dan juga sokongan supaya akhirnya, kita mampu untuk berdiri dan berjalan. Agak sukar, tapi andai kita masing-masing saling mengingati.. pasti boleh.

Dan, wechat yang kau send pada suatu malam.. membuat aku tersenyum sorang. Sekali lagi, pintu hati ini ada yang mengetuk. Bagi aku, ianya sangat sweet. 

Yang aku cari, ada dalam diri kau. Cuma, kekadang aku nampak. Mohon, serlahkan sikit.. nescaya, pasti apa yang kau nak..kau akan dapat.

Nway, thanx for the butterlies :')


Wednesday 23 April 2014

23.04.2014

Just received a letter. Damn! Shit!

Say goodbye to my dream.

Say goodbye to run.

Say goodbye to everything.

Two years which I can see full of 'chaos'.

The new me will reborn. And you can't see the old me unless you are the chosen one, the true one.


Benar kata orang, pada masa inilah andai tiadanya kekuatan.. engkau akan menuding jari menyalahkan Tuhan yang tidak pernah membela nasib hambaNya.. yang tidak pernah mendengar rintihan hambaNya. Lantas, pada masa ini jugalah engkau berpaling jauh dariNya. Seolah kepercayaan engkau padaNya tiada lagi - kosong.

Padahal, tidak pernah engkau nampak akan hikmahnya kenapa engkau di ujiNya sedemikian rupa.

Siapa aku untuk bicara semua ini. Iman yang sentiasa tunggang terbalik, tak pernah utuh. Dah la hidup pun tak betul, senget. 

Tapi, tipu andai aku tidak persoalkan takdir ini. Tipu, andai aku menerima semua ini dengan ikhlas. Tipu, andai aku tidak marah, memberontak. Tipu, andai aku tidak rasa sedikit putus asa kat Kau.

Dan kenapa harus aku yang berjalan di atas ujian ini? Persoalan yang takkan pernah aku dapat jawapannya.

2017. Jauh sangat tahun ini untuk aku.

Jujur, aku give up. Semua yang aku pernah ada, dah takde. Orang yang aku sayang pun, entah ke mana. Bila mana saat aku ada kekuatan untuk bangkit.. dengan cepatnye jugak kekuatan aku itu direntap. Aku dah takde pape. Semua harapan aku kira hancur berkecai. Tiada guna untuk aku kutip dan cantumkan balik harapan.

Kerna, aku dah give up.

  

Saturday 19 April 2014

Find Partner And You Will Eat More

Sejak akhir-akhir ni, selera makan aku dah takde. Kalau dulu, nasi lah peneman setia aku. Tapi sekarang air milo je jadi kawan baik aku. Pagi petang malam, tu jela yang mampu aku telan. Bukan tak lapar, lapar.. tapi entahla tekak aku ni.. Kesian kat perut aku.

Kalau makan pun, sebab mak aku masak. Tu pun sebab nak amik hati. Yelah, penat mak kite masak.. takkan la tak nak jamah walau dua tiga empat suap kan. Dorang pun hairan kenapa aku makan seciput je. Aku pun tak tahu dah nak jawab ape. Jawapan mudah, 'kenyang lagi'.

Aku ni dah la sekeping, bila dah jadi camni makin bertambah la sekepingnya tu. Ditiup angin, mahu tak terbang aku.. Tak macho, tak cool la nanti. hahaha.. Aku pun tanya pakcik gugel camne nak tambah selera makan. Macam-macam tips la pulak. Dah la banyak ngan ayat panjang berjela-jela. Memang tak la aku nak baca. Main scanning sudah.

Cari punya cari, adalah satu penulisan sorang ni. Duk promote Shaklee. Aku tak kisah pun shaklee tu. Yang penting camne nak tambah selera makan. Banyak-banyak cara kan.. yang paling aku tertarik ialah 

'Dapatkan seorang pasangan yang menarik untuk suapkan makanan. Tak telan, dia merajuk.'

Tips yang ni aku suka. hahaha.. Barulah ada selera nak makan beb. Ada orang tolong suapkan.. ;p Maka, aku kena cepat-cepat melamar Ariana Rose jadi pasangan aku. Nanti boleh dia masak untuk aku.. suapkan aku. Bahagianyaaa...

Harapan agar lamaran aku diterima. Oh Ariana Rose...


p/s: she's getting married ^__^ 

Wednesday 16 April 2014

What A Bad Day

Banyak yang berlaku dalam masa satu hari ni. Banyak sangat sampai aku rasa nak hilang dari dunia ni jap buat sementara waktu. Boleh?

Serba serbi tak kena. Bagi aku lah. Ada je benda yang akan dipersoalkan dan ada je isu yang entah hape hape akan terbit. 

Bukak fesbuk, ingatkan ada la cerita yang menarik dan best sebab dah lama aku tak bukak. Sekali bukak, nah kau..! Memang best sangat! Sampai tak terkata, terkedu. Sedih, geram, menyampah semua ada. Sakit hati pun ade jugak. Seolah hati ni di robek kembali.. geezzz.. 

Pastu, time camni la 'the old' muncul kembali. Perkara yang paling aku nak elakkan. Tapi, bila dah dalam keadaan yang begini.. aku biar je 'the old' tuh. Biarkan sampai akhirnya aku bertegas untuk stop. Betul, kalau aku tak stop, dia akan melarat mungkin sampai esok, lusa ataupun selamanya. Mohon lupakan apa yang telah aku 'enter'.

Dan seperti yang dijangka, aku tak sihat. Tapi ku gagahkan jua demi mereka. Ada tanggungjawab yang harus dipikul di situ.

Perut lapar gile + bad mood + sakit pergi keluar carik makanan. Malam. Mujur kereta tak banyak maka best la untuk aku tekan minyak sesuka hati aku. Aku tak kisah. Janji cepat pergi, cepat balik. Perut harus diisi - my priority.

Hati yang tersakiti mana bisa sembuh begitu saja. Namun, di telannya jua hanya untuk melihat satu senyuman. Banyak yang perlu di jaganya hinggakan sendiri tak terjaga walau luka berdarah sekalipun. Di biarkan mengalir kerna percaya, aliran itu pasti akan berhenti jua. Cuma parut sahaja yang akan membekas.

p/s: yang baru pasti menyusul di luar pengetahuan kau

Tuesday 15 April 2014

Selamat Hari Dilahirkan

Aritu merupakan birthday insan yang aku sayang iaitu Pinky. Sayang yang hanya mampu aku luahkan setahun sekali. Tidak pernah aku miss dalam mengungkapkan sayang serta rindu pada tarikh itu setiap tahun. 

Pernah sekali aku meluahkan perasaan kat dia. Jantung macam nak tercabut waktu tunggu balasan daripada dia. Takut semua ada. Takut hubungan persahabatan tu terputus. 

'Pinky pun sayang Apple. Tapi ape maksud Apple, jadi milik Apple? Bukan Pinky dah milik Apple ke?'

'Milik Apple selamanya..'

'Selamanya? Maksud Apple?'

Susah kan bila confess kat orang yang straight dan innocent macam Pinky ni. Tak faham apa yang kita nak.

'Takde pape. So, sekarang Pinky tahu kan yang Apple sayang Pinky'

'Ye Apple. Pinky pun sayang Apple taw'

Mujur, takde pape yang buruk pun berlaku lepas tu. Hubungan kami makin rapat adalah. Dan sejak hari tu jugaklah, aku di gelar 'husband' Pinky. 

Walaupun ade sorang ni 'macam' aku jugak(sahabat aku) dan juga sangat rapat dengan Pinky turut mengakui yang Pinky 'milik' aku. Aku ingat lagi kata-katanya..

"Wei Apple! Kau pegi mane? Bini kau cari tadi haa.."

Bingung aku jap masa ni. Jujur aku tak tahu bini yang dimaksudkannya adalah Pinky. Bila dapat tahu, kamain lagi hati ni duk berbunga. Sebab ayat tu keluar dari mulut dia yang aku kira 'lawan' aku dalam menawan hati Pinky.

Yeay! Dapat hadiah birthday dari Pinky. Cantik. Comel. Kiut. Masih tersimpan rapi hadiah tersebut di kamar aku.

Bila ingat balik semua ni, aku hanya mampu senyum sorang-sorang. Indah. Bahagia. Walaupun Pinky tidak aku miliki, cukuplah dia tahu yang aku sayang kat dia. Dan menyayanginya tidak pernah buat aku rasa sakit malah aku ingin melihat dia bahagia.

HAPPY BIRTHDAY PINKY!

Monday 14 April 2014

-untitled-


Aku bukan pujangga
Yang pandai rangkai kata
Yang ku punya hanyalah segenggam cinta


p/s: selamat beraya buat dirinya...

Sunday 13 April 2014

::Pearl.Kahwin::

"Apple, Pearl dah nak kawen.." Eksaited muka dia waktu bagitahu berita ini. 

"Yeke? Alhamdulillah. Akhirnya, jodoh dia sampai jugak setelah sekian lamanye.. Bila?" tanya aku. Hati tak tahu nak cakap ape. Gembira ade, sedih pun ade. Gembira sebab nanti Pearl sah jadi milik orang. Sedih sebab nanti takleh ngade-ngade ngan die dah.

"Tak tahulah. Kau la tanye. Dia kan baik ngan kau. Kesayangan gituuuu.." 

"Hahaha yelah nanti aku tanya. Face to face gituuu.."

..........

Dua hari kemudian.

"Pearl! Pearl!" Berlari aku pergi mendapatkan dia. "Haa, ape dia Apple?" tanyanye ringkas.

"Heee.. dah nak kawen da orang tu.." sambil cuit-cuit bahu dia.

"InsyaAllah.." Maka berboraklah kami pasal kisah penyatuan dua hati. Simple sangat. Lelaki tu nak kenal, so Pearl suh pegi jumpa parent. Tak sangka lelaki ni serius dan terus buat ikatan pertunangan dan akhirnya ke alam pernikahan.

..........

"Hey.. Pearl nak kawen dah..!!" bagitahu aku ngan eksaitednye kat classmate pompuan aku. "Haa?Biar betul?? Takde ribut, takde angin.." Semua dah tertumpu kat aku. "Betul.." Jawab aku ringkas. "Camne dorang jumpe?" Bila aku cerita kat dorang, mulalah mereka duk menjerit-jerit. Katanya, nak carik calon camtu jugak. Taknak cintan cintun, kalau boleh nak bercinta lepas kawen. Alahai, comel je korang ni aku tengok.

..........

Di hari perkahwinan...

Tepat pilihan Pearl. Paling menarik perhatian aku ialah apabila dah selesai akad nikah, suaminya terus melakukan sujud syukur. Aku percaya, dia dapat bahagiakan Pearl. 


Hari silih berganti. Bulan berganti bulan. Aku mendapat khabar yang Pearl sekarang pregnant. Alhamdulillah. Bertambah lagi rezeki untuk dia sekeluarga. Aku senang melihat senyumannya yang kini sedang meniti hari-hari kebahagiaan.


Friday 11 April 2014

Oh Matematik

Dari kecik sampai naik sekolah menengah, aku duk belajar Matematik kena kira-kira. Tak kiralah operasi tambah ke, tolak, darab dan bahagi ke.. yang pasti PENGIRAAN. Kalau tak cukup jari nak kira, amik kalkulator. Sifir kena duk dalam kepala otak. Itu wajib!

Tapi.. bila aku dah masuk kolej, Matematik yang aku belajar selama ni macam sia-sia. Kosong. Kenapa? Sebab semua pengiraan tu dah takde oke! 1+1=2 tu memang dah buang jauh-jauh. Jangan haraplah ada pengiraan dalam Matematik yang aku belajar sekarang. Stresssssssss!!

Bila nak exam, yang ni la paling aku tak suka. Bukan duk sibuk hafal formula tapi duk hafal makna, pengertian, langkah-langkah dan yang sewaktu dengannya. Tu baru Matematik, kepala dah nak pecah. Tak masuk subjek lain lagi. 

Ada sekali tu kuar soalan 'Apakah maksud penyelesaian masalah?'. Gila kan. Aku pun main hentam jela jawabnye. Goreng ikut sedap aku je. Pastu, 'Apakah maksud polygon?'. hahaha.. Aku dah geleng-geleng kepala tengok kertas soalan. Duk pandang kawan aku kiri kanan. Masing-masing senyum. 

Yang aku tak leh blah satu soalan ni. Aku lupa bentuk soalan dia. Tapi kena selesaikan soalan tu dengan menggunakan gambar rajah. Tak silap aku pasal ayam. Satu habuk aku tak tahu camne nak solve. Last sekali, aku lukis ayam je kat tempat jawapan tu. hahaha.. 

Wajib kena hafal Model Polya. Tak pernah aku dengar selama ni. Kenalah hafal langkah-langkah model ni. Silap satu step, babai la kau.. Dan memang keluar pun soalan ni. Dia bagi soalan biasa tapi kena selesaikan mengikut model polya ni. 

Masalah rutin dan buka rutin laa. Pendekatan Heuristik laa.. Tu tak masuk strategi penyelesaian masalah. Biasa dia bagi satu soalan dan solve menggunakan strategi yang berlainan. Strategi yang aku ingatlah.. teka dan uji, simulasi, mencari pola dan melukis gambar rajah. 

Pastu kalau nak kira-kira kan, kena buat algoritma. Um, bende alah ni yang kite kira pakai blok asas sepuluh tu. Jenuh nak lukis blok tu dalam exam. Mujur main puluh-puluh je. Kalau ratus, gilaaa..!

Yang aku tak suka, soalan macam ni. 


Aku selesai soalan ni pakai gambar rajah. Aku lukis itik dan lembu lidi je. hahaha..

Thursday 10 April 2014

Hanya Kenangan

Aktiviti hujung minggu aku biasanya bermain futsal. Aku ajak mana-mana kawan pompuan aku nak main dan tak lupa juga kaum adam. Kami biasanya main mix. Campur lelaki dan perempuan. Walaupun campur tapi aksi peluk-peluk tu memang takde okay. 

Bagi aku, bila main mix ni lagi best dan teratur. Kenapa? Sebab bila main ngan pompuan.. dah macam seperti lalat duk hurung taik. hahaha.. betul, aku tak tipu. Kalau bola tu bergolek kat sana, maka mereka beramai-ramai serbu sebelah sana. Tergelak-gelak aku tengok dorang ni. Comel pun ade gak. Senang cerita, kat mana bola tu bergolek, kat situlah mereka semua.. duk kejar bola yang satu.

Biasanya kami main pukul 6 sampai 7 melainkan dua orang lecturer pompuan kami nak join gak. Barulah masa tu di anjakkan pukul 5 hingga 6 petang. Amek kul 6 petang tu senang sebab pastu kami akan sambung badminton pulak. Sebelum tu, pergi makan ramai-ramai. Kul 9 malam datang balik main badminton sampai jam 10. 

Partner wajib badminton aku, Im. Kalau ada pape tournament, dia akan ajak aku masuk regu campuran. Aku ngan dia memang ngam dan ade jalinan kimia yang sangat kuat masa atas court. Bila aku main ngan orang lain, selalu je berebut bola. kikiki... Kekadang, aku partner ngan Daddy. Tu pun sebab paksaan dari member-member. Dan aku tak suka sebab dia suka rampas bola aku.. 

Bila di hujung sem.. masing-masing dah pokai maka kami akan bermain kat gym. Kalau kat gym, memang sampai 1,2 pagi la jawabnya. Haa, mase ni laa para ex aku akan naik hangin, majuk segala bagai ngan aku. Padahal aku dah bagitau awal-awal dan dorang memang dah kenal sangat bila aku dah stat bersukan ni. Jangan harap aku nak layan fon tu. Tapi entah laa.. tak habis-habis merajuk.. Jenuh aku nak pujuk.

Rasa berduit sikit, kami akan konvoi kereta sama ada ke air terjun, tak pun tengok wayang. Hm, kolej aku ni jauh sikit eh sangat ngan cinema. Amik masa dalam sejam lebih jugak laa. Maka aksi racing pun bermula. Jalan pulak straight je so memang best la tekan minyak tu.. hahaha.. 

Um, tapi semua tu dah tinggal kenangan. Kenangan yang akan abadi tersemat dalam hati aku. Mereka, terutama Jade dan Daddy.. adalah kawan yang di gelar sahabat. Dan aku sangat rindukan mereka. 


Monday 7 April 2014

Tiada Lagi

Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih menyatu
Takkan mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biarkan aku sendiri tanpa dirimu

Tiada lagi kata cintaku
Tiada lagi ku bersamamu
Biar ku simpan semua 
Kenanganku bersamamu.



Mustahil untuk aku kembali pada kau lagi, my Love Ribena. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Terima kasih untuk segala kenangan. 

Thursday 3 April 2014

To Whom It May Concern


KPOP!



Simple and cute hairstyle! Isn't it?
But, I prefer Yong Hwa's style :D

You, with this hairstyle definitely more than just cute ;)


p/s: anyway..he is cute like you, candy! =p

Tuesday 1 April 2014

Satu ketika...

aku pernah hampir kehilangan kau dari hidup aku, selamanya. Bagai jantung direntap waktu tu. Aku buntu, resah, otak kosong tak dapat nak fikir. Kenapa? Mengapa? Persoalan yang tak terjawab. Aku hilang arah.

Aku takut hilang kau. Aku sayang kau. Kau dah jadi sebahagian dari hidup aku. Aku tak tahu camne hidup aku kalau kau takde. Kepada siapa aku nak bercerita? Kepada siapa aku nak luahkan? Dengan siapa aku nak gelak ketawa? Dengan siapa aku nak cerita benda yang bodoh dan entah ape-ape..?

Peneman setia, adik aku. Dengar luahan hati, kesedihan hati aku. Sampai dia pun tak sanggup tengok muka aku yang moody, muram. Senyum pun terpaksa je. Sebab jarang untuk aku dalam keadaan macam tu.

Dari hubungan yang rapat tetiba rapuh macam tu - sekelip mata. Hati mana tak hancur luluh wei. 

Apabila mendengar penjelasan, yang nyata sangat mengejutkan aku. Satu tindakan bodoh daripada seseorang. Lantas, kau mengambil keputusan menjauhkan diri. Kata kau, demi kebaikan aku.

Cuma satu yang aku pinta, kembalikan kau dalam hidup aku. Tuhan mengerti, perlahan Dia kembalikan kau kepada aku. Walaupun agak sukar pada awalnya untuk meneutralkan balik semuanya. Yang pahit, semua aku telan dan telan. Takpe, biarlah.. janji aku ada kau.

Sekarang, aku dan kau dapat bergelak ketawa macam biasa. Aku tak kisah dan walau papepun yang bakal berlaku, aku takkan tinggalkan kau. Aku akan jaga dan pertahankan hubungan ni.

Dan sejujurnya, aku sangat bersyukur kau hadir dalam hidup aku. Sedikit sebanyak, banyak yang kau ajar aku tanpa kau sedari. Marah kau, nasihat kau, kutukan kau.. semua tu mengajar aku.

Aku mohon agar hubungan yang terjalin ini kekal di dunia dan juga akhirat.

Hey kapas yang bergula! Aku sayang kau ngek!


p/s: Buat kamu si Bulat, mekaseh sebab selalu di samping daku =)