Wednesday 16 April 2014

What A Bad Day

Banyak yang berlaku dalam masa satu hari ni. Banyak sangat sampai aku rasa nak hilang dari dunia ni jap buat sementara waktu. Boleh?

Serba serbi tak kena. Bagi aku lah. Ada je benda yang akan dipersoalkan dan ada je isu yang entah hape hape akan terbit. 

Bukak fesbuk, ingatkan ada la cerita yang menarik dan best sebab dah lama aku tak bukak. Sekali bukak, nah kau..! Memang best sangat! Sampai tak terkata, terkedu. Sedih, geram, menyampah semua ada. Sakit hati pun ade jugak. Seolah hati ni di robek kembali.. geezzz.. 

Pastu, time camni la 'the old' muncul kembali. Perkara yang paling aku nak elakkan. Tapi, bila dah dalam keadaan yang begini.. aku biar je 'the old' tuh. Biarkan sampai akhirnya aku bertegas untuk stop. Betul, kalau aku tak stop, dia akan melarat mungkin sampai esok, lusa ataupun selamanya. Mohon lupakan apa yang telah aku 'enter'.

Dan seperti yang dijangka, aku tak sihat. Tapi ku gagahkan jua demi mereka. Ada tanggungjawab yang harus dipikul di situ.

Perut lapar gile + bad mood + sakit pergi keluar carik makanan. Malam. Mujur kereta tak banyak maka best la untuk aku tekan minyak sesuka hati aku. Aku tak kisah. Janji cepat pergi, cepat balik. Perut harus diisi - my priority.

Hati yang tersakiti mana bisa sembuh begitu saja. Namun, di telannya jua hanya untuk melihat satu senyuman. Banyak yang perlu di jaganya hinggakan sendiri tak terjaga walau luka berdarah sekalipun. Di biarkan mengalir kerna percaya, aliran itu pasti akan berhenti jua. Cuma parut sahaja yang akan membekas.

p/s: yang baru pasti menyusul di luar pengetahuan kau

4 comments:

  1. relax...take it easy and be strong enough :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. the hardest thing to do is take it easy in this situation. but i'll try

      nway, thanx alynna :)

      Delete
    2. good..it's my pleasure ;)

      Delete
    3. im always good.. haha ;p

      Delete