Thursday 10 April 2014

Hanya Kenangan

Aktiviti hujung minggu aku biasanya bermain futsal. Aku ajak mana-mana kawan pompuan aku nak main dan tak lupa juga kaum adam. Kami biasanya main mix. Campur lelaki dan perempuan. Walaupun campur tapi aksi peluk-peluk tu memang takde okay. 

Bagi aku, bila main mix ni lagi best dan teratur. Kenapa? Sebab bila main ngan pompuan.. dah macam seperti lalat duk hurung taik. hahaha.. betul, aku tak tipu. Kalau bola tu bergolek kat sana, maka mereka beramai-ramai serbu sebelah sana. Tergelak-gelak aku tengok dorang ni. Comel pun ade gak. Senang cerita, kat mana bola tu bergolek, kat situlah mereka semua.. duk kejar bola yang satu.

Biasanya kami main pukul 6 sampai 7 melainkan dua orang lecturer pompuan kami nak join gak. Barulah masa tu di anjakkan pukul 5 hingga 6 petang. Amek kul 6 petang tu senang sebab pastu kami akan sambung badminton pulak. Sebelum tu, pergi makan ramai-ramai. Kul 9 malam datang balik main badminton sampai jam 10. 

Partner wajib badminton aku, Im. Kalau ada pape tournament, dia akan ajak aku masuk regu campuran. Aku ngan dia memang ngam dan ade jalinan kimia yang sangat kuat masa atas court. Bila aku main ngan orang lain, selalu je berebut bola. kikiki... Kekadang, aku partner ngan Daddy. Tu pun sebab paksaan dari member-member. Dan aku tak suka sebab dia suka rampas bola aku.. 

Bila di hujung sem.. masing-masing dah pokai maka kami akan bermain kat gym. Kalau kat gym, memang sampai 1,2 pagi la jawabnya. Haa, mase ni laa para ex aku akan naik hangin, majuk segala bagai ngan aku. Padahal aku dah bagitau awal-awal dan dorang memang dah kenal sangat bila aku dah stat bersukan ni. Jangan harap aku nak layan fon tu. Tapi entah laa.. tak habis-habis merajuk.. Jenuh aku nak pujuk.

Rasa berduit sikit, kami akan konvoi kereta sama ada ke air terjun, tak pun tengok wayang. Hm, kolej aku ni jauh sikit eh sangat ngan cinema. Amik masa dalam sejam lebih jugak laa. Maka aksi racing pun bermula. Jalan pulak straight je so memang best la tekan minyak tu.. hahaha.. 

Um, tapi semua tu dah tinggal kenangan. Kenangan yang akan abadi tersemat dalam hati aku. Mereka, terutama Jade dan Daddy.. adalah kawan yang di gelar sahabat. Dan aku sangat rindukan mereka. 


No comments:

Post a Comment