Tuesday 29 April 2014

Rama-rama

Akhir-akhir ni.. aku benci kau. Kenapa? Sebab kau selalu pot pet mengalahkan pop corn. Dah la aku tak faham ape yang kau bualkan. Sekejap topik A pastu terus melompat ke topik J. Sampai penat aku haa? dan haa? dan haaaa???.. 

Lebih-lebih lagi kau dalam mamai. Lagi la pening kepala aku nak faham. Kena fokuskan telinga.. 

Dan yang paling buat aku lagi benci ialah kerana......

Yeah.. kau bagi aku rama-rama tanpa kau sedari. Tak suka! Sebab aku lagi suka kalau kau bagi aku coklat, kuma-kuma ke.. belanja aku makan ke.. Takpun bagi aku samsung flip tu haa.. kekeke.. :P

Dan

Ada satu malam waktu kite borak, jujur.. aku sangat suka bila kite membicarakan isu tu. Kerna itu yang terpendam dalam hati selama ini. Cuma tiada kekuatan untuk memulakan isu tersebut. Entah kenapa, malam itu aku beranikan diri.. dan segala persoalan selama ini akhirnya terjawab. Di kala itu juga, sedikit hati ini di ketuk.

Mungkin bagi kau, itu hanya soalan yang biasa (mungkin la..) tapi bagi aku ianya sangat penting. Penting kerna itu yang aku cari selama ini. Bukan senang untuk seseorang berbicara tentang itu. Dan jawapan yang jujur keluar dari mulut kau. Terima kasih. Aku sangat menghargainya. 

Sedangkan aku sendiri masih merangkak.. masih belajar untuk berjalan. Jadi, di situ aku nampak.. aku dan kau mampu memberi dorongan dan juga sokongan supaya akhirnya, kita mampu untuk berdiri dan berjalan. Agak sukar, tapi andai kita masing-masing saling mengingati.. pasti boleh.

Dan, wechat yang kau send pada suatu malam.. membuat aku tersenyum sorang. Sekali lagi, pintu hati ini ada yang mengetuk. Bagi aku, ianya sangat sweet. 

Yang aku cari, ada dalam diri kau. Cuma, kekadang aku nampak. Mohon, serlahkan sikit.. nescaya, pasti apa yang kau nak..kau akan dapat.

Nway, thanx for the butterlies :')


4 comments:

  1. guess who? I always have butterflies in my stomach during my study ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye meh? haha..
      just during ur study??
      how bout right now - present?

      Delete
  2. hahahaha..currently I also have butterflies in my stomach :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh really? hahaha
      so, we are in the same situation..
      give me five! ;p

      Delete