Tuesday 15 April 2014

Selamat Hari Dilahirkan

Aritu merupakan birthday insan yang aku sayang iaitu Pinky. Sayang yang hanya mampu aku luahkan setahun sekali. Tidak pernah aku miss dalam mengungkapkan sayang serta rindu pada tarikh itu setiap tahun. 

Pernah sekali aku meluahkan perasaan kat dia. Jantung macam nak tercabut waktu tunggu balasan daripada dia. Takut semua ada. Takut hubungan persahabatan tu terputus. 

'Pinky pun sayang Apple. Tapi ape maksud Apple, jadi milik Apple? Bukan Pinky dah milik Apple ke?'

'Milik Apple selamanya..'

'Selamanya? Maksud Apple?'

Susah kan bila confess kat orang yang straight dan innocent macam Pinky ni. Tak faham apa yang kita nak.

'Takde pape. So, sekarang Pinky tahu kan yang Apple sayang Pinky'

'Ye Apple. Pinky pun sayang Apple taw'

Mujur, takde pape yang buruk pun berlaku lepas tu. Hubungan kami makin rapat adalah. Dan sejak hari tu jugaklah, aku di gelar 'husband' Pinky. 

Walaupun ade sorang ni 'macam' aku jugak(sahabat aku) dan juga sangat rapat dengan Pinky turut mengakui yang Pinky 'milik' aku. Aku ingat lagi kata-katanya..

"Wei Apple! Kau pegi mane? Bini kau cari tadi haa.."

Bingung aku jap masa ni. Jujur aku tak tahu bini yang dimaksudkannya adalah Pinky. Bila dapat tahu, kamain lagi hati ni duk berbunga. Sebab ayat tu keluar dari mulut dia yang aku kira 'lawan' aku dalam menawan hati Pinky.

Yeay! Dapat hadiah birthday dari Pinky. Cantik. Comel. Kiut. Masih tersimpan rapi hadiah tersebut di kamar aku.

Bila ingat balik semua ni, aku hanya mampu senyum sorang-sorang. Indah. Bahagia. Walaupun Pinky tidak aku miliki, cukuplah dia tahu yang aku sayang kat dia. Dan menyayanginya tidak pernah buat aku rasa sakit malah aku ingin melihat dia bahagia.

HAPPY BIRTHDAY PINKY!

No comments:

Post a Comment