Monday 4 May 2015

Mengimbau...

Dulu, dia yang aku kejar. Gaduh macam mana sekalipun, akan tetap berbaik. Kadang-kadang benda tu sekecik kuman je tapi kami suka membesarkan ia. Bila gaduh, sekelas tahu sebab kami memang tak akan bercakap. Dua-dua keras kepala.

Hampir setiap minggu kami akan gaduh sehinggalah dia bagitau, dia penat dah gaduh. Aku pun sama. Sejak hari tu, kami cuba elakkan untuk bertekak. Hari demi hari berlalu.. Melangkah ke sekolah merupakan hari yang sangat bahagia buat aku.

Suatu hari, dia menangis. Sebab apa, aku tak tahu. Disebabkan dah ramai yang pergi pujuk, so aku biarkan je dia menangis. Tapi ternyata semuanya tak berhasil. Maka, kawan aku panggil aku, bagitau yang aku sorang je yang dapat pujuk dia. Berbunganya hati ni hanya Tuhan yang tahu. 

Setahun berlalu, namun hubungan kami seperti biasa. Um, tak..aku tipu. Kami dah kurang on call apatah lagi bermesej. Aku di kelas sana, dia di kelas sana. Tapi, setiap hari Khamis pagi aku akan pergi lepak kelas dia. Cukup hanya sekadar menatap wajahnya dari jauh. Disampingnya, Rexa yang aku rasa dah mengambil alih tempat aku. Tapi, Rexa seolah tahu siapa dia untuk aku. Setiap kali dia cari aku tapi tak jumpa, Rexa pasti akan cakap, "Bini kau cari tadi..".

Bertahun lamanya selepas tamat sekolah.. tapi setiap tahun aku takkan miss wish birthday dia. Cukuplah dia tahu yang I'm still care about her. 

Hari ini, dia dah berkahwin. Dengan jejaka idamannya yang aku sangat yakin dapat pimpin dia ke syurga. Sedih saat malam dia diijab kabulkan. Tapi pada masa yang sama, aku bahagia. Senyuman dan tangisan dia pada malam itu, cukup jelas dia bahagia. Kebahagiaan dia, kebahagiaan aku. 

Bulan lepas, birthday dia. Seperti biasa, aku akan wish. Dan dia reply, "Thanx sentiasa doakan saya" siap ngan kiss emoticon. Oh, how I miss her. Aku rindukan saat bahagia aku dan dia. Andai waktu dapat diputarkan, aku nak nikmati setiap saat aku dengan dia. 

For my dear Pinky, your happiness is my happiness. Keep smiling. Dont ever shed your tears anymore.. I will always pray for you. Semoga awak dan dia bahagia hingga ke syurga. :)

No comments:

Post a Comment