Wednesday 22 January 2014

-Untitled-

Di sudut itu, tersimpannya segala barang yang pernah diberi, dihadiahkan oleh ex aku. Aku kumpulkan satu tempat, berhajat untuk membuangnya. Iya, buang agar segala memori bersamanya turut aku buang jauh-jauh. Namun, hingga hari ini ianya masih di situ - tak terusik. 

Seseorang pernah berpesan kepadaku, 

"Buanglah semua barang yang dia beri. Kalau boleh, lapikkan dulu tangan tu sewaktu menyentuhnya."

"Barang kamu yang ada dengannya, kalau boleh pergilah ambil. Tapi ingat, jangan disimpan.. buanglah atau bakarlah. Usah rasa sayang, kamu boleh beli yang baru."

"Dan, ingat pesan ini.. jangan pernah bertentang mata dengannya sewaktu kamu jumpa dia. Elakkan bercakap. Bacalah dulu sebelum kamu mengambil barang tuh."

Hari ini, aku masih tidak bertandang ke rumahnya untuk ambil segala barang aku. Berat sangat hati dan kaki ini untuk ke sana. Sedangkan dah bertahun semua ini terjadi. 

Bukan aku percaya, tapi apa yang dikatakan olehnya benar belaka. Sepanjang bersama, sedikit pun aku tiada perasaan iri hati mahupun jeles apabila melihat dia bersama orang lain. Dia yang jeles dengan aku adalah. Sayang, tipulah kan kalau tak sayang. Tapi, sewaktu dengannya aku lebih mementingkan kawan aku daripada dia. Aku sanggup cancel takpun melewatkan date aku hanya kerana kawan. 

Aku tak pernah kisah andai dia minta putus. Nak putus? Putus jelah.. Memang aku takkan pujuk, merayu segala bagai untuk kembali bersama. Aku kejam? Mungkin, tapi jujur aku katakan.. aku langsung tak kisah. Putus, sambung, putus, sambung.. Bosan okay! Sangat menyampah..! Dia lah yang biasanya menyambungkan balik hubungan kami tuh.

Sewaktu aku mendapat tahu akan kebenaran, mengapa perasaan aku sebegitu waktu bersamanya.. agak sukar untuk aku percaya. 

"Ada sebab kenapa dia suka tenung mata kamu. Ada sebab dia sentiasa bermain manja dengan rambutmu itu..", kata orang itu.

Aku hanya tersenyum sendiri. Seakan percaya tak percaya.


No comments:

Post a Comment