Monday 6 January 2014

Group Mencari Partner

Baru-baru ni, aku ada join satu group. Bukan ape pun, saja nak tengok apa aktiviti mereka dalam tu. Kalau korang single, nak cari partner.. takpun nak pasang lagi dua tiga orang, aku menggalakkan korang join group ni tapi risiko tanggung sendiri la. Tangan aku ni gatal je nak membalas komen, nak segala bagai tapi mujur hati aku tegas berkata 'JANGAN!!'. hahaha..

Kalau korang tulis single, nak cari partner.. kompem ramai yang akan datang berkomen kat kau..! Maka, bertambah la koleksi friend request tu. Approve, jangan tak approve k..hahaha.. Tapi, pandai-pandai la memlilih untuk di jadikan pasangan hidup tu.. 

Dan seperti biasa, kalau dah group macam ni maka banyaklah peringatan diberikan. Ceramah segala bagai pun ada. Aku tak kisah, aku baca je.. mana yang baik, aku ambil.. Dan macam biasa, ada yang tak boleh terima melenting marah segala bagai. Aku tak salahkan mereka.. masing-masing ada hak untuk pertahankan hak masing-masing. 

Ada yang bagi nasihat, sangat bertapis.. perkataan yang di gunakan pun okay, tak kasar. Maka sejuklah jugak hati yang membaca. Menerima dengan seadanya. Ada jugak yang pakai bahasa dan ayat yang kasar. Kasar yang kalau korang baca, memang korang akan sumpah seranah kat mereka ni.. Kalau jenis yang ni, memang ramai la ahli-ahli group yang tampil.. ngan aku sekali pun terlibat.. Sebab terlalu geram ngan perkataan yang mereka guna. Memang peperangan berlaku la dalam group ni.. Tembak sana, tembak sini..

Yang sangat menyakitkan hati aku bila di timbulnya isu, orang macam aku ni takde agama. Amboi, sedapnya tangan dia menaip bagitahu yang kami ni takde agama. Apabila di bahaskan, dorang bagitahu 'Kalau korang ada agama, korang tak kan jadi macam ni. Ni bukan orang Islam ni.. kalau Islam, takde nya jadi macam ni..Agak-agak la kan kalau nak bagi nasihat pun..

Lagi satu ayat 'kita sama tapi yang membezakan adalah amal dan taqwa'. Agak terkedu jugak aku membacanya. Dan adalah sorang membalas.. 'yeah it's true. i never said u r wrong.. but who r u to judge us..? to tell us that we r different from amal n takwa.. only He can judge me,us.. i'm his creator, i put my faith on Him..aku sembah pada Tuhan yang satu'. Aku menantikan jugak jawapan orang tu, tapi sampai hari ini takde pun.. senyap membisu..

Nasihat memang bagus. Tapi biarlah kena dengan caranya. Lain orang, lain la cara nak menasihatinya. 

Papepun, kalau aku bosan memang aku akan bukak group ni. Macam-macam ragam yang ada. Kalau ada niat di hati nak berkasih, nak bermadu.. jemput-jemputlah masuk group ni. Nombor fon mana yang korang nak, semua ade.. Wechat? Wasssaaaappppp?? Semua ada.. Macam group mencari jodohla pulak kan. Tapi ingat, janganlah permainkan hati mereka.. 

Dan setakat ini, aku memang pejamkan mata je bila duk tengok nombor-nombor fon, id wechat dan wassap segala bagai tu.. Tak berminat. Baik aku bermesej ngan mereka yang aku selesa, yang aku sayang. Lagi best.. :)


p/s: nama group tu cari sendiri la ye.. tak nak menggalakkan untuk join.. ;p


14 comments:

  1. Ada gak eh group camni? oh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. mestilah ade cik hanie.. takpe, biarkan mereka janji mereka happy :)

      Delete
    2. kat fb ek? kasi link. nak skodeng2.

      Delete
    3. yup, kat fb..
      eh..haha. nak betul2 ke cik hanie? saya tak menggalakkan.. :)

      Delete
    4. haha nak tgk je. bukan nak join pun.

      Delete
    5. haha.. iyelah cik hanie.. nati saya bagi link tu k :)

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. haha.. apakah maksud cik bel ye? :)

      Delete
    8. This comment has been removed by the author.

      Delete
    9. saya tak mengajar papepun cik bel.. saya hanya berkongsi :)

      Delete
  2. cam tahu group ni tapi xsure lah dia bg number hp ke x?

    tp ayat di ats tue cm penah tgk satu post kat group tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah tgok eh? hehe..

      num ph xla sebanyak id wechat n wassap tu.. tp still ade la.. :)

      Delete
  3. act banyak jeee group yang mendedahkan number. yang lagi best cinta satu hari pon ade. adeh budak2 ni terikut2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, betul tu.. sangat banyak. bile bebas sgt duk bagi num fon segala bagai, mulalah sakit hati sebab dipermainkan.. mungkin mereka bahagia ngan cara camtu kot.. :)

      Delete