Friday 17 January 2014


Dia, insan yang aku anggap seperti nenek aku sendiri meskipun tiada pertalian darah telah pergi menghadap Ilahi hari ini. Agak terkejut sewaktu mendengar berita tuh, sebab hajat aku nak melawat arwah esok (hari ini) memandangkan arwah sakit. 

Bukan rezeki aku kot.

Lepas je waktu Maghrib, kami terus bertolak ke rumah arwah. Pilu, hiba di benak hati ini. Aku teringat waktu arwah nenda aku meninggal dulu. Insan yang paling aku sayang dalam dunia ni. Menangis aku sebab tak sempat bersamanya di saat-saat terakhirnya. Sampai hari ini, rasa terkilan itu masih ada.. tapi janji aku dalam menguruskan persiapan mengebumikannya, aku penuhi.. Terima kasih Tuhan.

Aku menjejakkan kaki ke rumah nenek. Suasana kelam, suram. Duduk aku bersebelahannya, sedekahkan al-Fatihah dan Yasin. Hati aku menangis, aku kehilangan lagi seorang nenek..

Ku lihat, tatap wajahnya yang terakhir. Indah, cukup indah. Seperti sedang tidur. 

'Kau tempatkanlah nenek dalam kalangan orang yang beriman..amin..', bisik hati aku.

Selesai semuanya, kami pulang. Seakan tak percaya, seolah ianya satu mimpi..tapi itulah kenyataannya yang harus aku terima.

Dalam dua hari ini, banyak berita yang mengejutkan telah aku terima. Dapat tahu kebenaran yang sangat memeritkan tapi aku cuba mempositifkan segalanya sehinggalah aku dengar sendiri dari mulut dia. Aku setuju ngan Mai, jangan terus menghakimi.. mungkin ada sebab kenapa dan mengapa. Sabar dan menunggu bukan perkara yang mudah. Tapi itu yang aku dan Mai harus lakukan sekarang dan selagi aku mampu menolong Mai, aku akan tolong. 

Jujur, aku down sangat semalam. Tapi, ada yang hadir dalam menceriakan aku walaupun cuma seketika. Di tambah pulak dengan kisah kegelapan. Sehinggakan aku abaikan kawan aku sorang tu. Mujur dia memahami, tidak menyalahkan aku.

Baru je hari ini nak mulakan dengan langkahan yang baru, dapat pula berita nenek. Sabarlah duhai hati. Dan wahai hati yang sedang setengah mati rindukan dirinya.. tabahlah..

Semoga esok iaitu hari ini, akan berlalu dengan senyuman dan gelak ketawa.. tiada lagi keperitan.



No comments:

Post a Comment