Monday 27 January 2014

Kebahagiaan Yang Dicari

Kebahagiaan apakah yang dicari selama ini? Diri sendiri ataupun orang lain? Atau bersama-sama mengecapi kebahagiaan? 

Memang jikalau boleh, ingin ku kecapi bahagia itu bersama orang yang aku sayang. Kalaulah boleh, kalaulah mampu, kalaulah....

Di saat hubungan itu di hujung tanduk, di saat perasaan sudah kosong.. mampukah aku lagi untuk meneruskan hubungan ini? Sayang itu masih ada, tapi tidak seperti dulu. Mungkin kerana hati aku yang berubah. Hati aku yang dambakan insan lain. Aku cuba menidakkan tapi aku tak mampu menipu diri sendiri. Benar, hati ini sudah terukir nama orang lain. 

Jahatkah aku andai aku putuskan hanya kerna hati ini berubah? 

Jahatkah aku andai tiada langsung ruang dan peluang untuk dirinya buktikan cintanya terhadap aku?

Jahatkah aku andai aku masih meneruskan hubungan ini tapi hati ini sudah terpaut pada orang lain?

Hakikatnya, aku memang jahat kerna membenarkan hati ini diketuk. Bukan aku minta, tapi di saat pintu hati diketuk, aku tak mampu menghalangnya. Dan perasaan itu hadir tanpa aku sendiri sedari.. 

Entah. Aku sendiri tidak tahu apakah yang patut aku lakukan. Aku taknak lukakan hati mana-mana pihak. Aku rela, aku je yang sakit, yang perih terluka.. janji bukan mereka. 

Kata-kata cik Bebit benar. 'Apa ertinya kalau ada pihak yang sakit hati dengan kebahagiaan yang kita ada? Kadang-kadang usaha untuk buat orang happy itu lagi berbaloi.'

Mungkin ku patut meneruskan hubungan ini. Tapi mampukah aku? Mampukah aku memberikan kebahagiaan yang dia impikan? Sedangkan pada masa yang sama, hati ini mahukan insan lain. Adakah ini pengorbanan yang patut aku lakukan? 

Andai, aku meneruskan.. kepada dirinya, hati ini akan tetap untuk kamu. Takkan pernah pudar perasaan ini terhadapmu. Aku akan sentiasa minta yang terbaik untuk diri kita. Ini tak bererti aku mengalah, tidak bererti aku akan berhenti mengejarmu.. Aku akan sentiasa menyayangimu. Dan ini juga merupakan permintaanmu untuk melihat aku bersamanya. 

Akan ku tunggu saat tibanya waktu itu, untuk aku memilikimu. Mungkin di saat ini, kamu bukan untuk diriku lagi. Tapi, percayalah.. aku takkan pernah mengalah.

Iye, mungkin ini yang patut aku lakukan. Ku pernah kata, janji aku yang sakit bukan mereka. 


Pendamlah. Telanlah. 



No comments:

Post a Comment