Wednesday 12 March 2014

Coretan - Luahan

Ku sangka, hujan bakal memadamkan kepanasan yang melanda namun, matahari tetap setia memberi baktinya. Jujur aku ingat semua dah setel dan hanya perlu menunggu pengesahan dari pihak berkenaan. Ternyata, ada lagi yang menyusul.

Ku terima surat 'cinta' yang jelas meragut jantung aku sekejap. Tidak ku duga, elaun yang aku dapat harus dibayar kepada mereka balik. Walaupun hanya untuk satu semester, tapi jumlahnya bukan sedikit. Aku tahu ayah aku takkan bangkitkan isu ini bahkan akan setel semua ini tanpa pengetahuan aku. Tapi aku rasa bersalah. 

Andai bisa ku putarkan balik masa itu, aku takkan jamah sedikit pun peristiwa hitam tuh. Orang yang aku sayang sendiri, lepaskan tangan dalam diam. Janji yang hanya tinggal kata-kata. Tidak di tunaikan apatah lagi untuk berusaha dalam mengotakan janji. Di fikirkannya waktu itu, cukup aku ada dengannya. Dan masa dan duit dihabiskan dengan keseronokan.

Bukan untuk membangkitkan isu, tapi itulah hakikat. Aku menolong dengan ikhlas dan tak minta diberi balasan. Cukuplah kau untuk aku. Benar, cinta itu buta yang akan membutakan segalanya sehingga sanggup buat apa sahaja demi cinta. Dan itulah salah aku yang nyata. 

Hubungan yang terputus ini, mungkin kau ingat aku yang selingkuh. Benar, sebagai manusia, aku sayang dirinya. Andai kau faham kata-kata itu. Tapi, fikiran kau jelas tidak padan dengan umur kau. Melenting, amarah itu pegangan kau. Malas untuk aku terangkan. Dah itu dalam kepala otak kau, penjelasan aku sia-sia.

Sekiranya kau mampu buka mata luas-luas, kau akan mengerti satu persatu mengapa hubungan ini aku putuskan. Bukan aku tak sayang..aku sayang tapi aku dah muak dengan semua cerita kau, janji manis kau. Kau hebat berkata, itu aku sangat tabik namun untuk dilaksanakan sukar sekali.

Dan kesudahannya, aku harus hadapi semua ini tanpa kau. Iya, seperti hari-hari yang lepas. Aku yakin aku mampu hidup tanpa kau. 


9 comments:

  1. you'll never walk alone..i'm with you

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sampai jadi papa kedana pun sanggup asalkan hati dia sepenuhnya milik kita.. tapi bila hati kita sering diabaikan, kawan²nya lak lebih utama mula la terasa kekesalan bergadai semua tanpa berfikir hal yg negatif.. terlalu berharap 'kau untuk aku seorang'. -penyesalan yg menyakitkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat-sangat setuju.. biar papa kedana, janji dia untuk aku.. itu dulu. buta, yang tersangat buta.. sekarang, mata dah tercelik luas.
      belajar la dari pengalaman dak keciq.. aku pun banyak belajar.. sakit memang sakit tapi jangan di ulang lagi penyesalan tersebut..

      Delete
    2. terkadang dlm kita tercelik, adakalanya terpedaya juga dgn lakonan manusia ni.. mulanya nampak sempurna tapi makin lama, terserlah karakter sebenar.. bila kita melangkah pergi, dikatanya kita curang & tak setia pada janji..
      # pengalaman mendewasakan. ur story sikit sebanyak ada persamaan dgn life aku..

      Delete
    3. betul la tu. awal2 kenal, pijak semut pun tak mati.. dah lama kenal, mulalah true colour dia keluar.. menyesal time tu tak guna sebab hati dah sayang. so, telan jela semua..
      haa yang bab curang tu sangat menyakitkan! padahal kita melangkah pergi disebabkan perangai dia.. tapi apa yang dia nampak, kita yang curang.. ptuihhh la.. huhuuu *tetiba geram bila ingat balik*

      Delete